Yang gojes gojes je

Thursday, March 29, 2012

Stress Tips and Techniques

Dear reader, honestly i wanna share with you about the technique on how we can reduce our stress that can effect our daily routine and our health, if we cannot manage it well..nowadays, our lives are so stressful that we cannot even try to avoid the many factors that cause our blood pressure to rise, our muscles to tense and our heart rates to race..yes, im even always to adapt the situation when i get angy, i can feel my blood pressure totally increase until i got headche!

I wanna share u a few tips i just get from my reading, that can be used at least to reduce our stressful..lets check it out below!

There are various relaxation techniques you can combine with self massage to help you manage stress.try to find a few methods that work for u and set aside some 'me time' each day to practice them.as you get more proficient, u can use them any time u feel tense.i also practice it while sitting down at my relaxing chair at office!hehehe





First, DEEP BREATHING: breathe in very slowly, taking the air deep into your lungs.watch ur abdomen rise.hold for a count of 3.breathe out.repeat as often as you wish..like me, sleang selikan dengan beristighfar...feel the tension ease with every breathe.it works!try it ;p

Second, COUNTING MEDICATION :find a comfortable position.close ur eyes n slowly count to 10.then start at 1 again.clear ur mind of everything but keep on counting.if anytng intrudes into ur thoughts...sila abaikan dan lepaskan ia sambil terus mengira.

Third, VISUALIZATION: close ur eyes and imagine a relaxing scene you know very well ex;a secluded beach, a tranquil wood, a favourite food (red velvet cake ahaks) and many more for example..fikirkan apa yg paling best la...focus on every detail-sights,sounds,smells, until u can almost believe you are there..part ni aku susah sikit sbb mcm2 bnda menerjah masuk dalam kepala.huhu!

Try la ok! ;)


sambutan anniversary kami :-)

Assalammualaikum


Hujan lebat la pagi ni..jem toksah cakap la.sejam lebih aku stuck!dah la sakit perut tak ingat, nasib baik tak tersembur dalam kete.kah kah kah!elok je sampai opis, toilet la tempat dituju terlebih dahulu..hahahaha!!

Ok, nak cerita pasal sambutan anniversary aku semalam..sambutan la sangat kan!huhu.aku tanya hubby takde ke bunga ke kad ke bagi kad aku?dia cakap takde, tak tau nak beli kat mana.cis!dah agak dah!takpe la...*merajuk di hati tak siapa yg tahu ;p

Lepas amik bebudak tu, masuk kereta hubby aku cakap 'mama cuba tgk kat belakang kerusi tu ada apa'.aku pun dgn excited la tgk apa kebenda kat situ.tadaaaaaa!!!yeay yeay dapat kad!terus senyum simpul gitu wah!tapi bunga takde la..hubby aku bukan reti beli bunga2 ni.dan aku pun tak kisah sebenarnya..saja je nak mengada-ngada kan.ahaks.

Terharu aku baca apa yg dia tulis..seterusnya buat aku sebak dan bergenang air mata..hahaha poyo!serius la..tak pernah lak aku tau yg dia pandai bermadah indah...walaupun aku agak musykil...huuurrmmmm...ce korang baca kad ni..






Aku tak rotate terus je upload dari tablet..maafkan aku jika kepala korang terpaksa disengetkan.jiwang kan ayat dia...namun segala kemuskilan aku terjawab malam tu..copy paste rupanya...aku agak dah!kakakakaka




 Red velvet cake ni aku order kat bff aku..sedap tau..kalau korang nak rasa boleh la roger aku...gerenti makan sekali nak order lagi!hehehe..tapi strawberry terjatuh ke bawah sebab cream tu licin,aku lak bawak kete cam pelesit.nasib baik tak hancur kek tu.kekekeke





                                                  Happy 4th anniversary to us! ;)
                                                                        







menu special aku, ketam masak lemak cili padi.sedap!










Siakap 3 rasa yang menjilat jari ;)
makan semalam dah hancurkan diet aku untuk  seminggu!huwaaaaa

rumah sewa

saja nak tunjuk umah sewa aku..kecik je umah ni.apartment 3 bilik 2 bilik air..dah dua tahun lbh kot duduk sini.aku takde pun mendeco bagai..bukan umah aku pun..even semangat berkobar nak mengecat,psg wallpaper dan mcm-mcm lagi.hehehehe..tunggu ar pindah rumah nanti, aku share dgn korang..tu pun kalau cantik la..idea aku ni kadang bukan boleh pakai sangat!hahahaa...aku suka warna merah=hitam.so perabot byk warna cenggitu la..korang rasa apa warna cat yg sesuai untuk tema merah hitam??kang aku cat satu rumah warna merah baru tau.kah kah kah..aku rasa light orange mcm ngam..rasa jela..aku tak nak slh pilih warna, nanti menyesal..huhuhu..sebabnya aku tak nak biarkan cat putih nanti nmpk kotor sesangat,esp ada anak kecik kan..rumah sewa ni merata conteng-conteng kotor..nasibla aku pindah nanti, harus tuan umah kuarkan kos yg tinggi untuk repair blk rumah dia.hahahaha..gambar ni aku saja amik lepas aku siap kemas, pasal anak2 aku tido..tu yg bersih je tu..diorang bgn, terus tak jadi mcm dalam gambar dah!kah kah kah




ni la ruang tamu rumah sewa aku ni..kecik sangat kan..aku takde mendeco apa pun..main susun je ikut suka..kiranya takde tema khusus la.

 

ni dekat ruang depan pintu..kat hujung pintu tu aku letak lemari hiasan warna putih yg lebar tu..kiranya warna putih akan termasuk la dalam tema rumah baru aku nanti.ahaks.tema kunun ;p

 

ni dining aku..situ dining situ la ruang tamu..aparment memang la macam ni..tak suka...huhuhu...so far aku guna meja makan 4 kerusi je,ni beli masa dok kelatan dulu..pindah nanti aku nak let go kat ibu aku, dia nk letak kat belakang rumah buat tempat lepak kot..kakakakaka...belah kanan hujung sekali (tak amik gambo sbb bersepah kakaka) aku letak kitchen cabinet yang tinggi tu...nak let go jugak kot pindah nanti..berdepan kabinet tu aku letak kabinet dapur untuk memasak..tak amik gmbr gak sbb dapur aku tak cuci lagik..hahahahaha..

sekian cerita pasal rumah sewa dan decorationnnya..decoration??buwwweeekkk ;p kalau korang ada idea bernas nk bg kat aku, pls drop ur comment here okeh! :)

Wednesday, March 28, 2012

Masak-masak sempena anniversary ;)

Assalammualaikum


Tadi dah cakap kan, hari ni anniversary aku yg ke 4 tahun..hikhikhik..tadi aku tweet hubby...hari ni nak aku masak ke dia nak blanja makan??ok kan aku tanya cenggitu?hahahaha...dia reply tweet aku 'u masak la hehe'..ceh!dah agak dah mesti nak suruh aku masak punya la tu..ptg semalam hubby dah belanja aku McD lepas balik keje, so hari ni aku boleh ar tolak ansur balik masak!keh3

Tadi kat pasar tani opis, aku dah beli lauk pauk yang nak masak hari ni...waaaa byknya menu aku nak masak!*byklah sangat! eeermmmm special day la katakan..ahaks.So, menunya ialah ketam masak lemak cili padi,siakap 3 rasa, sayur campur goreng belacan dengan dessert red velvet cake (bukan aku buat,order je..hehe)..ok tak?ke nak tambah menu lagi?hahahhahah..tu pun rasa dah tertonggeng kekenyangan!

To my cayang, happy birthday darling!mmuaahhhhhhh100X!!!*eeerrrr hadiah takde ke?;p




 tak sabarnya nak balik masak kat bawah ni! ;p


ketam masak lemak cili padi!*google

 

siakap tiga rasa!*google gak
 ~
~
~
~
.................dan................




red velvet!*google lagik


Esok berat aku naik 3 kilogram okeh!lol
 

Missing children

Assalammualaikum


Sebak, bergenang air mata aku bila review balik kes kanak-kanak hilang diculik dan dibunuh sejak beberapa tahun dahulu lagi..aku pun ada anak..harapan aku, dan juga harapan ibu bapa di luar sana, janganlah anak kita pula menjadi mangsa.Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul..anak yg dikandung selama 9 bulan, dibela penuh kasih sayang sehingga la dia hilang..ibu bapa mana yang tidak gila merindui dan mengenangkan nasib anak yg tidak diketahui?sekurang2nya biarlah ada kubur untuk diziarahi...:( kenapa la ada manusia kejam dalam dunia ni.Apa sekali pun, diharapkan kes Asmawi,Sharlinie dan yang lain terus disiasat oleh pihak polis dan jangalah ditutup kes tersebut..penculik dan pembunuh masih berkeliaran, di mana-mana sahaja!be alert all the time!


ingati wajah suspek!mana tahu anda pernah terserempak dan mungkin akan terserempak dengannya!




lagi lakaran wajah suspek/penculik


 

in memory....:(

Chocolate moist


masih fail bab mendeco..tgn keras.lps aku sapu buttercream guna pisau kanak-kanak ikea punya tu (spatula khas utk kek takde,sok aku beli hehe) aku letak lagi whipped cream yg siap dlm tin tu..aku spray je ikut suka hati..tu yg jadik cam kat atas.hahahaha!!nanti aku g amik kelas menghias kek okeh. :)

 

budak ni makan 2 cup tau..sedap dia cakap..budak2 tak pandai bohong ;p

 

chocolate moist with buttercream...hubby cakap sedap sangat.yes!lepas ni aku tambah berat badan la...hahahhaha...esok aku nak buat vanilla cake pulak.lusa aku nak buat red velvet..i love baking! ;p

Happy Anniversary :)

Assalammualaikum


Today, 29 March is our 4th anniversary...Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah...4 tahun lepas, jam 10.40 pagi kami diijabkabulkan..dengan 2 kali lafaz..2 kali okeh..hahahhah..aku sah sebagai isteri kepada suamiku..melalui kehidupan dalam rumah tangga, ada pasang surutnya...tahun pertama adalah paling mencabar buat kami berdua..masih belum mengenali diri pasangan dgn mendalam, masih mencari-cari keserasian...ya..mungkin ada yg mudah untuk serasi bersama gitu..tapi kami tidak..selepas berkahwin baru la mula belajar tentang perkongsian hidup.alhamdulillah tahun berganti tahun, segalanya berjaya kami lalui bersama,susah dan senang bersama..Dia bukan sahaja suami, tetapi dia juga rakan karib yang paling memahami diri aku dan menerima aku seadanya...moga ikatan kasih ini akan terus kekal, terus kuat melalui ranjau-ranjau dalam kehidupan dan insyaAllah akan diserikan lagi dengan ahli keluarga baru ;)

Amennn....doakan kami juga :)

Tuesday, March 27, 2012

Pergola

Aku minat sangat dengan atap pergola ni..tu lah angan-angan aku nak buat awning kat porch nanti..motifnya sebab aku nak gantung pokok-pokok menjalar kat atas kayu tu..pastu boleh aku gantung orkid ke..wah mesti best rasa mcm duduk dalam hutan sikit..hahahaha...cuma aku tak nak yg bertiang, nanti ruang porch jadi sempit tak muat nak sumbat 2 bijik kereta...pergola polycarbonate ni agak mahal sikit daripada awning polycarbonat dgn tiang besi..sebab kos kayu kan tinggi..aku survey ramai yg beli kayu 2nd hand je jimat kos sikit..sebab tu aku cakap dgn hubby tak nak buat awning lagi, tunggu la ada rezeki aku nak jayakan impian memasang pergola..ceh impian angan tak sudah lol;p sesiapa yg ada experience buat pergola ni share la dgn aku berapa kosnya ye??hihi ;)




aku nak buat camni la kat porch depan tu..tiang tu terus sambung kat tembok pagar.

 

ataupun macam ni

 

tiang tu aku tak nak sebab ruang terhad.kalau umh semi d ke banglo ke ok la..aku nak gantung pokok2 camtu la..moga2 aku tak menternak nyamuk sama.hahahaha

 

contoh lagi

Impian, angan tu kekal ke?

Aku tak tau nak panggil apa benda kat bawah ni...jadi aku namakan air terjun atau pun kolam kecik pun boleh kan??hehehehe




aku berangan nak buat kolam camni kat rumah nanti..kecik je cukup takde la makan ruang sangat..buat belah tepi tembok dekat dgn gate kan..tapi lambat lagi la kot..ongkos nya tiada.huhuhuhu..kos dalam 3k jugak kot aku rasa ataupun kurang sikit..yg besar punya aku tanya 6500k..memang cantik design dia..hhurrrmmm angan-angan jelah aku ni...tah hape-hape..nak itu la nak inila..macam la benda2 ni semua aku boleh bawak masuk kubur kan..nafsu je semua ni..bila dah ada itu, nak ini pulak.senang ckp,manusia ni memang takkan pernah puas..subhanallah..aku sdg belajar untuk menerima apa yg ada sekarang tanpa perlu berfikir nak tambah itu ini lagi dengan seadanya..sebab benda ni semua hanya pinjaman sementara, rumah yg besar,kereta mewah,duit yg banyak, pakaian dan beg berjenama semua tu hanya pinjaman kan..bukan hak kita pun..alangkah lebih baik kita upgrade diri kita supaya semakin hari semakin dekat kepadanya...inssyaAllah....

Eksperimen

Assalammualaikum


Mengantuknya aku hari ni..malam tadi tak tidur lena sebab kak long dengan adik batuk je non stop..kesian kat diorang.pastu hubby bgn bagi ubat batuk kat kak long..aku lak tido sambil berdengkur.kah kah kah.Kalau tak elok jugak kena bawak g klinik la...maybe tak serasi dengan ubat tu kot.

Lepas siap masak untuk dinner semalam aku try buat buttercream atau juga boleh dipanggil toping atau icing..act byk cara nak buat icing ni..so aku buat eksperimen untuk tgk yg mana paling sedap.bezanya bahan yg digunakan sahaja..Sebelum ni aku guna whipping cream.dia mahal sikit tapi rasanya memang tip top..begitu jugak kalo guna cream cheese.Korang boleh bezakan rasa kek mahal dgn kek murah..kalau kek murah tu mesti kita tak nak makan icing dia kan?tapi cuba korang makan toping untuk red velvet cake contohnya..tu feveret aku tu..memang sedap..padanlah dia guna cream cheese,philadephia cheese (aku main eja je hihi)..so malam tadi aku try buat guna butter,icing sugar dgn esen vanilla je...satu sebab kos murah la..tak sedap!tak best!jadi bagi aku whipping cream adalah yg terbaik!macam aku ni suka buat untuk makan sendiri je, so biarlah aku guna whipping cream atau cream cheese je janji sedap dan puas hati.Well, aku dah agak expert buat chocolate muffin cup cake..boleh tahan sedap la...hahahahaha..lps ni aku nk belajar buat kek lain pulak..esp red velvet yg amat kucintai..hehehehe..aku try satu-satu..selagi aku tak puas hati dgn rasa kek aku tu, aku terus buat kek yg sama berulang kali sampai la aku rasa sedap macam beli kat kedai..sekarang ni aku mmg aktif membaking, jadi seronok pulak..one day aku nak masuk kelas untuk belajar jadi lebih expert.baru la aku boleh buat bisnes jual kek...kekekekeekek



setakat macam ni aku dah boleh buat..expert dah...*berlagak sket ;p



aku nak belajar sampai la pandai buat macam ni..design mendesign ni memang dah sebati dgn jiwa aku..termasuk la minat mendesign kek..hahahah

 

geram aku tgk cup cake yg comel ni...one day aku akan berjaya jugak buat macam ni..*yakin itu perlu tapi haruslah merendah diri.pernah dgr iklan ni tak?kakakaka



Macam anjing??

Assalammualaikum


Korang tengok gambar kat bawah ni...




pertama kali aku tengok...aku takde langsung rasa seperti tajuk entry aku tuh...selalunya tali ni orang guna bawak anjing atau kucing berjalan-jalan..Tujuannya??tak nak binatang peliharaan lari atau hilang....dan kalau digunakan seperti gambar di atas apakah tujuannya??dah tentu sama seperti apa yang aku cakap tadi...tak nak anak hilang atau lari merata-rata...Masalahnya..adakah ibu bapa sedia praktikkan pada anak-anak kecil apabila dibawa berjalan ke tempat yang sesak dgn orang ramai seperti shopping complex dan taman??Dan aku boleh buat andaian bahawa kalau aku mula dulu buat macam ni, mesti semua orang akan pandang kan?pertama, pandangan penuh minat bahawa "eh bagus jugak kan guna tali camni selamat sikit anak-anak" atau..."apa la buat anak macam tu ingat anjing ke"?


Well.....korang dalam golongan yang mana satu??dalam dunia yang semakin tak selamat dgn kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, budak hilang dan sebagainya..aku rasa cara sebegini sedikit sebanyak dapat pastikan anak kita selamat berada dalam genggaman kita ketika berada di luar, apatah lagi yg punyai anak lasak mcm anak-anak aku..hehehe...jadi bersediakah anda untuk dipandang pelik oleh masyarakat??pesnan aku...pls be open minded, jgn seperti katak bawah tempurung!

Monday, March 26, 2012

macaroon

Tadi aku pergi shopping kat Ikea ho ho ho bkn merewang yer tapi g beli brg perhiasan untuk pejabat...smgt btol msg2 mana tau ada rezeki boleh menang ke kan.aku jamu mata je, ada la beli sudu sukat tepung dgn alas meja je...cukuplah aku dah berhabis byk dah shopping kat cni bln lps.sukacita diumumkan poket aku benar2 kering sob sob sob.aku lalu stall jual coklat dan ternampak la si comel di bawah ini


kat bawah sekali tu...macaroon..org yg jual tu ckp depa amik masa 2 tahun nak belajar buat macaroon ni tu pun masih senget2 lagi.no wonder la harga agak mahal.rm 3.90 seketul cinonit.aku beli 3 ketul je buat hilang rasa mengidam aku ni.hahahaha..balik opis nak makan tgk2 dah hancur.cis!nasib baik bole makan lagi wlpun feel takde sbb rupa buruk.kekekekeke






Family day opis hubby

Assalammualaikum


Eh banyak lak entry aku update hari ni yer..byk benda nak cerita kot..hehehe..tadi hubby aku call, hari sabtu ni ada family day opis dia bertempat di Taman Metropolitan Kepong..aku tak pernah dgr pun tempat ni so aku google la nak tgk rupa dia..sebelum ni hubby aku ckp dorang nak buat kat Gambang Water Park..tapi jauh kot..lepas tu nak cut cost buat jelah kat Kepong.hahahaha...ada cabutan bertuah dan macam-macam lagi..pagi tu ada senamrobik..aku tak dpt bygkan cmne la nak bersenam robik..sapa la yg nak pantau 2 orang kanak-kanak cergas tu.Apa pun aku harap hari tu adalah hari bertuah buat kami sekeluarga..mana tau boleh menang hadiah pertama cabutan bertuah??dapat aircond sebijik ke lega aku..kah kah kah

Takde yang special pun pasal taman ni..tempat open senang nak beriadah aje la..


ni kena pantau zaraa dgn irfan betul2..tak nak terleka sebab ipan sgt suka air..dia akan terjun je..bimbang juga sebab ada kes baru-baru ni kat taman tasik titiwangsa kan..minta dijauhkan! 

 

mesti seronok bebudak tu dpt lari puas-puas..ari minggu lepas plan nak bwk g dataran main lari-lari kat padang tu tapi ada sambutan hari polis, jem merata tempat.last2 dok dalam kereta je 2 jam lps tu balik minum kat mamak depan rumah je..ceh

buai laju-laju

Rumah aku ni sekali tgk dah macam nursery yang  penuh barang permainan..bezanya kat nursery tu berkemas kot sedangkan kat umah aku....errr...errrrr...errrrrr tolong sambung okeh.hahaha



ada khemah..ada buaian..gelungsur je takde sebab rumah dah sempit.kalau tak memang aku dah beli..hahahaha

 

rileks je dia duduk atas buai tu.pandai buai sendiri, dia goyangkan badan dia depan belakang sampai buai tu bergerak.agak dia give up dia akan panggil mama dia suh buaikan..hehehehe

 

kak long rajin jugak tlg buai adik..siap nyanyi "buai laju-laju".....sila sambung sendiri ;p

 

**pindah rumah nanti mama beli yang lain pulak okeh! :)

macam cina

Assalammualaikum


Semalam kan masa aku lepak kat kedai motor Wilhin kat Balakong sambil tunggu urusan pendaftaran motor hubby settle, telah terjadi satu babak best yg buatkan aku bangga dan hidung kembang kempis kerana berjaya mengeksyenkan diri pada hubby aku yang suka mengutuk aku.hahahaha

Apakah??kerani kaunter tu mintak IC aku nak fotostat sebagai rujukan..amoi yg tgk IC aku tuh cakap 'kakak macam cina la kalau tak pakai tudung' (IC tu aku free hair)..hahahahaah aku senyum simpul sambil menyiku hubby aku di sebelah yg buat muka poyo tak puas hati..dia cukup jeles kalau ada orang puji bininya nih..kakakakakak

Dedulu kan masa aku zaman remaja, memang selalu orang ingat aku cina..masa tu kan free hair, dgn rambut panjang rebonding fringe di depan....comelnya aku di waktu dahulu ahaks *sila muntah ;p

Mana-mana aku pergi la, esp nak beli barang di mana salesgirl tu amoi, mesti dorang akan cakap cina dgn aku..bila aku ckp menggunakan bahasa malaysia, baru dorang cakap oooo i ingat u cina...situasi tu memang selalu sangat la berlaku..agaknya aku tak bole sorok mata aku yg agak sepet tak sepet nih kot..ahahahaha..nak buat camne...darah keturunan cina memang mengalir dalam tubuh aku..harus la ada sipi-sipi walaupun kulit aku kurang pencahayaan!!!ahahahahaha...

Dalam sepupu sepapat aku, akulah yg paling tak putih melepak mcm diorang yg lain..tapi mata aku la paling besar antara semua yg sepet-sepet belaka..dedulu masa aku kecik aku salu rasa rendah diri..kenapa aku hitam?kenapa aku sorang je kulit gelap??huwwwaaaaaaa

Tapi kan bila aku makin besar, kulit aku makin cerah, dah tak gelap cam dulu lagi..makin cantik je aku ni hohohohoho *korang jgn ckp aku perasan tau aku saja je kihkihkih

Sekarang ni aku dah berhijab, dah kurang kecinaan la..nak pulak makin menembun, tak papan macam dulu lagi..dah takde orang tetibe ckp cina dgn aku la..hehehheeh ;)

Pssttttt hari ni ada gotong royong kat opis aku..dan dan je..kalau takde org nak dtg melawat, masih la rupa opis nih macam stor!LOLOLOL








dinner malam tadi

tak sempat masak sebab tunggu motor hubby keluar, aku tapau sushi kat jusco je...kenyang dan sedap.i love sushi!


craving......

Assalammualaikum


Kegilaan aku terhadap kek memang tidak dapat dinafikan lagi..kenapa la makanan ruji kita bukan kek tetapi nasi??*tetibe ;p

One of the reason kenapa aku selalu buat kek sekarang adalah kerana aku rasa puas yang amat bila dapat mengunyah teksturnya yang lembut esp cream cheese yang sangat awesome...ohhhh*mata pandang atas ;p

Maka logiklah kalau aku buat sendiri daripada membeli selalu hahahaha..ketika ini aku sedang mengidam carrot cake pula..aku dah pun gogle resipinya tapi bukan hari ni atau esok lusa la aku nak buat..tunggu cuti maaaa..jadi apakah caranya untuk menghilangkan kemengidaman ni??Jusco kat umh aku tu ada Secret Recipe tau...eh apa kena mengena aku mengidam dgn aku bgtau kat jusco tu ada SR?ting tong!

En suami.,..balik karang kita singgah jusco ok...isterimu ini mahu makan carrot cake..tak tahan sangat dah ni..air liur juga sedang meleleh-leleh *tipu

Hohohohohoho kenapalah aku suka kek sangat ni???????!!!!!!!



i love cream cheese! ;p

 

nyummmmyyyyy....*gambar google*


 

4th anniversary

Diam tak diam, 29hb ni masuk 4 tahun dah perkahwinan aku..alhamdulillah...bagi aku usia perkahwinan ni masih baru sangat lagi..macam kerja kerajaan la..kalau 4,5 tahun keje tu jgn cakap dah lama kerja..masih baru masih hijau..lainlah 15 tahun ke atas, itu baru boleh berbangga cakap dah lama aku keje, dah lama aku kawen! :p

Syukur alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak..yg sulung nak masuk 3 tahun bulan 5 nanti..tu aku kawen awal tu, umur 23 tahun..kekadang ada gak rasa menyesal kenapa aku kawen lambat!hahahaha..seronoknya alam perkahwinan, ditambah dgn 2 orang anak.hanya yg melaluinya sahaja yg faham..perceraian???jauhkanlah sekali!sedih tgk kawan2 yg bercerai-berai!kadang-kadang mereka ni lebih mengikut hawa nafsu dan ego masing-masing!setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.kita yg perlu bijak menghadapinya.jgn terlampau ego dan rasa diri bagus maka senang dan bangga pula bagitahu satu dunia "ye aku dah bercerai sebab pasangan +*$#^!!

Rumah tangga mana tidak dilanda badai..itu lumrah alam rumah tangga.tak ada masalah, tak manis la kehidupan,takde pergaduhan, takde la kita semakin memahamj pasangan kita..biar apa dugaan (kecuali pasangan curang dan tak nak berubah,kaki pukul,kaki botol dsb) kalau kita bijak menanganinya pasti rumah tangga dapat diselamatkan!kalau boleh katakanlah tidak pada 'perceraian'!kesian pada anak-anak..bila mereka besar nanti dan tak nak jaga ayah.mak dia sebab ayah/mak dia tinggalkan dia sewaktu kecil, nak salahkan siapa??siapa puncanya??tanya lah diri sendiri :) bagi aku, waktu enjoy2 dah lama habis, sekarang adalah waktu untuk berubah menjadi ibu bapa,anak,isteri dan hambanya yang sempurna sahaja..sempena ulang tahun perkahwinan ni, tiada apa yang aku harapkan kecuali semoga Allah mengekalkan kebahagiaan, menjauhi segala anasir-anasir negatif yang boleh memusnahkan rumah tangga kami dan doaku semoga suami terus menjadi ketua keluarga yg bertanggungjawab,beriman dan boleh membimbing kami anak beranak ke jalan Allah...ameennnnn..

Sambutan?nan hado la..tapi aku dah tempah red velvet cake.ahaks..nak jugak kan!tak de hadiah takpe janji kek tu wajib ada!hahahaha...

Aku tau cam poyo lak aku buat pre-post pasal anniversary ni..eh pre-wedding tau la aku..kakakkaka....nanti baru aku selitkan gambar kek kalau rajin kecuali aku dapat hadiah best, aku akan buat new entry part II punya!hahahaha *verangan nak dpt hadiah sila tersedar dari mimpi ;p



29 Mac 2008 kami diijabkabulkan..hampir tak kenal ini suami aku..kenapa kurus ek??buaahahahaah larikkkk!!!

Sunday, March 25, 2012

baking membaking

Assalammualaikum


Aku nak tepek gambar cup cake aku buat malam tadi..bertungkus lumus aku buat tau...sebab teringin nak makan kek punya pasal..bagus jugak kan aku buat sendiri daripada membazir duit beli kat kedai..hehehehehe...malam kang aku nak buat lagi tapi kek lain pulak...oh aku sudah gila membaking! ;p



kat dalam tu aku buat simple chocolate muffin..aku tak letak choc chip dgn koko pun..toping dia pun simple and easy but delicious..*puji diri sendiri jap kekeke

Saturday, March 24, 2012

cucur udang


breakfast pagi tadi,aku buat cucur udang je..cicah sos made in kelantan..panas2 sedap woooo...lunch aku dah prepare nk msk kerapu stim limau.tapi tak msk lagi sbb keluar g bangi,tgk rumah,g byr downpayment motor hubby,pastu g umah my parents lak amik baju aku...so kerapu stim limau,malam kang la aku masak kau eh.....

Friday, March 23, 2012

berapa hari nak tahan entah

Assalammualaikum


seronoknya dua beradik ni main dalam khemah.....baling membaling bola keluar khemah lagi...mama jgk nk mengemas nanti tu..tgk gaya bebudak ni main, tak tau la brp hari nak tahan khemah lembik ni.haishhhh...terasa sayang 89.90 aku beli..ganas betul budak2 ni main.esok lusa koyak patah lah tu.silap2 malam ni punah ranah.tak larat aku nak bebel dah...tak syg brg betul....sorang pun tak ikut perangai aku,cermat..syg brg..sedih bila dorang tak menghargai betapa susahnya mamanya ni cari duit sob sob eh emo lak aku kan anak pun kecik kenit tak reti apa lagi.hehehehe










Pedasnya...

inilah mihun tomyam+curry yg telah membuatkan perut aku sakit memulas-mulas pedih argghhhhhhhhh!!!cukuplah sekali aku makan..walaupun sedap, tapi kepedasannya tu memang tak bole tahan..sampai aku mintak air mineral dgn ais!tak kira lagi air mata nak meleleh!hahahaha..well kalau korang nak cuba bleh la try kat Old Town White Coffe..aku?sorry la nak makan lagi.huhu!


aiskrim serba sedikit membantu menghilangkan kepedasan.



ok nak balik, posing jap depan jusco au setiawangsa!hikhik



aku tapau kat jusco..buat makan petang sambil tunggu hubby aku yg lambat lagi...gggrrr...isi perut sbb lunch tadi aku makan sikit je,tu pun dekat sejam aku cuba makan mihun tu sikit-sikit sebab pedas sesangat!tak habis pun..separuh je aku terdaya..mau buasir ni kang kah kah kah!



New arrival at poplook.com

Assalammualaikum


I love poplook!!!teheehe...poplook.com just upload their new collection of dresses,blouse and many more...so ladies, lets check it out at www.poplook.com!!i just grab a polkadot dress below...;p





Thursday, March 22, 2012

pavlova oh pavlova

Baru aku tau apa rasanya pavlova..ye...dan aku takkan makan atau buat lagi dah...hahahaha...kenapa?sebab tak kena dgn tekak aku..manis..aku bukanlah penggemar makanan manis malah air suam adalah air harian aku di rumah dan pejabat kecuali en hubby belanja makan kat luar hehehe..apa pun aku puas hati sebab aku dah buat sendiri..resipi?aku amik dari myresipi..korang bole la goggle resipi nya sendiri okeh!and make sure kalau tak suka manis, jgn totally ikut sukatan gula tu...kalau aku..aku akan kurangkan setengah!dan untuk buttercream pun korang boleh kurangkan setengah daripada sukatan gula icing tu..apa pun i really love my buttercream, it taste like a red velvet buttercreamyyummyliciousss!!




akhirnya aku berjaya buat pavlova...ku ingatkan ia sejenis kek tapi bukan..dan aku tau apa fungsinya strawberry and kiwi tu..rasa masam buah akan kurangkan rasa manis, ia meneutralkan rasa gula tersebut...apa pun aku tak suka la...ini kali pertama dan kali terakhir aku buat...kah kah kah well buttercream tu sangat sedap..*ceh puji diri sendri kakakaka



Buai laju-laju

Assalammualaikum


Zaraa selalu mintak permission mamanya untuk bawak dia ke taman nak main buaian..tapi kadang kala mamanya ini agak malas ditambah dengan kes-kes penculikan yg sangat menakutkan sekarang..Bukan apa, takut kita terleka..biarlah main dalam rumah aje walaupun kadang-kadang kesian juga tengok dia dan adiknya yg notti itu kebosanan terkurung..sabar ye..nanti kita pindah rumah bole main puas-puas dekat porch depan..heheheh

So aku tertengok la blog jual pakaian kanak-kanak ni....eh ada jual buaian la!*halamak harus duit gaji terbang hoho dan aku pun terberkenan la pulak dengan buaian ni..sangat comel dan harganya pun mampu milik la mamanya pejam mata kan!kah kah kah terus la isi order form..eh mana nak letak buai tu dekat rumah apartment ni entah?barang pun dah penuh....hhmmmm pikir kemudian yg penting beli dulu itu konsepnya!hahahaha



buaian nilah yg aku order..comel kan..mesti kakak dgn adik tu berebut nak naik..hahahaha



ni pun best..sesuai sgt letak depan rumah kitorang nanti..tapi harganya tu..eerrmmmm takpe la...hihihi ;p