Yang gojes gojes je

Friday, May 3, 2013

dugaan 2013

Assalamualaikum

Lusa korang mengundi?jangan tak mengundi tau.undi itu sangat berharga..aku pun pestaime nak mengundi nih..excitedd...hehehe..ingat, sebelum mengundi pandang muka anak2, byangkan masa depan mereka nanti.pilihan di tangan anda :)

ok, back to topic..isnin 29 april suamiku kemalangan motrsikal...kebetulan aku mc sebab demam.lepas hubby g keje dlm 10 minit dia call tapi bila angkat putus.aku call blk sampai 10 kali tak dapat.masa tu hati dah tak sedap.memang piki yg buruk2 je.lepas 15 minit ada pangilan dari no yg tak dikenali.bila angkat ku dengar suara lelaki dan bunyi bising mcm kat jalan raya..masa tu aku dah menangis sebab aku yakin memng hubby eksiden.tuhan je yg tau perasaan masa tu..aku cuma berharap yang lelaki itu takkan beritahu aku khabar yang mungkin akan buat aku merana seumur hidup..lepas tu aku dgr suara hubby kat telefon.alhamdulillah!!aku tahu dia selamat.dia bgtau yg dia eksiden lepas tol lekas.hubby mtk aku dtg.terus angkat anak dgn tak mandi semua capai je baju yg ada sambil menangis ku bawak kereta menuju ke tempat kejadian.dalam hati tak henti2 berdoa semoga suami tak teruk.

sesampai di sana aku tgk hubby bersandar kat divider..er6 dia agak teruk gak la..hubby luka dekat lutut..klu tgk keadaan motor org tak sangka yg dia hanya cedera ringan.alhamdulillah Allah selamatkan dan lindungi dia..kesian dan sedih tgk seluar dia habis koyak..inilah pertama kali suami eksiden.pagi tu dia terlambat dan tak penah pun ikut jalan tu.bnda nak jadi kan.eksiden dekat selekoh.hubby cakap licin.mmg ada kesan minyak kat situ.dia pun bawak agak laju jugak masa tu..terima kasih yg tolong suamiku.Allah saja yg mamu balas jasa kalian.aku inform dekat bos aku then dia arahkan lelaki2 yg aa kat ofis pergi ke tempat kejadian tgk keadaan aku.sbb bos aku tau aku demam.dia risau aku bawak kereta dlm keadaan risau.terima kasih bos..aku bawak hubby ke hospital kajang.motor pulak kawan2 opis yg uruskan angkut naik dengan van penjara sebab lori kebetulan takde.che wan rakan opisku cakap 9 orang angkut motor hubby tu pun mcm nak terkeluar buasir sebab berat..kekekeke..terima kasih tak terhingga kat mereka semua,,bawak ke kedai motor wilhin tempat hubby beli motor tu..Allah saja yg mampu membalas kebaikan semua.

Syukur lepas x ray takde yg patah.doc cuci luka je.masa nak balik tgk big boss ku lak muncul kat hopital..hehehe..mekasih puan zainah amik berat pasal staff nye wlupun yg eksidennya suami staff je hehehe..dalam kejadian ni, dgn izin Allah byk yg melindungi suamiku..mujur dia pakai kasut motor, jaket, bag dgn sarung tgn.semua ni melindungi dia dari luka yg teruk.kalau dia pakai pad kat lutut maybe luka pun tak.baru lah ku faham kenapa hubby habiskan duit byk utk aksesori dia.semuanya utk safety jika berlaku kemalangan biasa..

sekarang motor perlu dibaiki dan dicover insurans..amik masa 2 bln juga katanya..tak apalah..so sekarang suami pinjam motor pakcik dia utk ke tempat kerja.Ya Allah, lindungi lah keselamatan org2 yg ku sayang..amin...


**nanti nak update satu berita gembira :)**