Yang gojes gojes je

Sunday, September 30, 2012

semakin baik

Assalamualaikum


Sambungan siri bercakap dengan jin..hahaha..dah 3 kali aku pergi berubat..Alhamdulillah makin baik dah kesihatan.cuma semangat untuk dipulihkan tu mengambil masa..ustaz tu cakap aku ni lemah semangat...huhuhuhu..mana la nak tau kita ni lemah semangat kan..tapi memanglah aku ni penakut sejak kecik lagi.takdenya pergi toilet kalau tak mak teman..hahahah..pasal rumah pulak, sebelum tabur garam dan lada hitam pun, rasanya dah macam takde kot..sebab takde dah rasa meremang bulu tengkuk..agaknya syaitan tu lari sebab hari2 kami baca yasin dan doa2 untuk menghalau makhluk yg dilaknat Allah ni..syukur alhamdulillah..rasanya semua dah kembali normal..cuma nak keluar malam balik lewat tu mcm tak berani jugak sebab takut mengikut lagi..tapi tawakal aje, yg penting sblm masuk rumah baca bismillah,beri salam dan baca ayat qursi.hubby suruh sebulan sekali pergi la darul syifa' lagi untuk pulihkan semangat..yg penting dan rasa bersyukur sebab tiada lagi masalah sakit pinggang dan sesak nafas yg teruk..alhamdulillah...ku sentiasa positif menempuh apa jua ujian, kerana aku tahu itu tanda Allah sayangkan aku..kalau tak kerana itu, mungkin amal ibadat aku tidak bertambah.alhamdulillah.

kerja ladang pahala

Assalamualaikum


Kalau kita nak jadi manusia yg baik dari segi rohani dan jasmani orang kata, banyak2 kan membaca buku bermanfaat, rancangan tv bermanfaat dan berguru dengan mereka yang tinggi ilmu agamanya..kalu kita suka tengok rancangan hiburan, baca blog dan majalah hiburan saja, apa yg kita dapat??perlu bijak seimbangkan antara dunia dan akhirat.

Bercakap pasal rezeki di tempat kerja, ramai yg ambil mudah.kita bekerja selama 8 hingga 9 jam, adakah berbaloi gaji kita dibayar sebanyak itu?sebaliknya adakah kita bekerja selama 3 jam tetapi dibayar gaji seperti bekerja selama 8 jam??fikir-fikirkan...adakah selama ini kita jujur dengan diri sendiri?datang bekerja lebih masa, sedangkan kerja itu boleh disiapkan pada hari bekerja biasa tanpa perlu melakukan overtime??dan adakah waktu bekerja lebih masa kita betul2 bekerja atau sibuk melayari internet???Kita ada masa sebanyak 8 jam di pejabat..adakalanya kerja kita disiapkan cepat, maka tidak lah dikatakan salah kalau mahu melayari internet..tapi kebanyakan dari kita, kerja terbengkalai sebab sibuk melayari internet,melepak di pantry minum dan bersembang, mengumpat orang pula tu, masyaAllah!

Cuba lihat dan renung diri kita, adakah kita pernah mengambil hak yg nyata bukan milik kita??alat tulis, kertas, dakwat printer malah air coway yg disediakan di pejabat itu adakah hak milik kita??kemudahan itu disediakan untuk digunakan dalam waktu pejabat sahaja..tapi tegakah kita, sanggup membawa botol yg banyak dari rumah semata-mata air coway di pejabat untuk dibawa balik minum di rumah??kita bagi anak kita minum, cucu kita minum dan sesiapa sahaja..tak sedarkah bahawa anda sedang beri makanan HARAM kepada anak-anak anda??ingatlah bahawa segala harta benda di pejabat adalah milik kerajaan, dibeli hasil cukai daripada rakyat di Malaysia...cuba tanya diri sendiri, mampukah anda nak minta seluruh rakyat Malaysia menghalalkan air, makanan, alat tulis, kertas dan lain2 barang yg anda ambil untuk kegunaan peribadi??mampukah sebelum anda meninggal dunia nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia??fikir-fikirkan..kita mungkin nampak hal ini kecil dan remeh.tapi tanpa kita sedar kita sedang menghimpun dosa2 yg mungkin akan ditanggung oleh keturunan kita..anak yg degil, malas belajar, mengandung luar nikah dan macam2 hal lagi, adakah memang itu takdir Tuhan atau kita ada dan pernah mengambil sesuatu yg bukan hak kita??fikir-fikirkan tuan puan!!

Cuba kita lihat ibu bapa yg anak2 mereka berjaya, pandai,masuk ke universiti, kerja yg bagus, akhlak yg baik dan terpuji, taat kepada perintah Allah bagaimana ya??cuba kita selidiki latar belakang keluarga mereka...ya, ibu bapa memberi mereka makan dan didikan dari sumber halal, dari hasil titik peluh tangan mereka sendiri..tapi kita???tidak segan silu pula mengambil hak yg nyata bukan milik kita!sebab itu hati kita kotor dan busuk!pergi ke pejabat untuk mencari rezeki yg halal, tapi kita sibuk ke hulu hilir mengumpat, menjaja cerita orang, memburukkan orang kerana hanya nampak diir kita sahaja yg baik.duduk minum di pantry sambil cicah biskut dalam air teh, sambil mengumpat orang itu ini.makan biskut, makan daging saudara sendiri...ramai dari kita solat cukup tapi hati tak bersih.sebab hati tak bersih la kita suka mengumpat, buat cerita tak betul pasal orang lain yg kita tak suka atau benci ataupun iri hati mungkin?

Mari kita tilik diri kita, adakah 8 jam waktu di pejabat kita benar2 bekerja??ingatlah, sekali kita bercakap buruk tentang rakan kita, Allah akan membalas setiap perbuatan kita, sama ada berlaku pada diri kita sendiri ataupun anak2 kita.tetapkan niat setiap kali bangun pagi, pergi bekerja untuk rezeki yg halal lagi berkat, bukan mencari rezeki yg haram!

Friday, September 28, 2012

acai berry

aku dah try acai berry ni 2 hari..untuk apa ye??untuk kurus lah!hehehe...google la ye apa dia acai berry ni...so far kawan2 yg try memng dah kurus..tu yg jelous tuh..huhuhu...simple je makan acai berry ni.makan sebijik sblm sarapan dan pastikan minum air yg banyak sebab lemak terkumpul akan dikeluarkan melalui air kencing..dan 2 hari ni jugaklah aku penat sebab ulang alik tandas yg jauh tuh..hehehe..pantang larang yg perlu diikuti ialah elakkan minuman berkafein seperti kopi,nescafe dan teh sebab ia akan meneutralkan acai berry..aku memang kerap dahaga, satu botol mineral sekali teguk habis tu pun dahaga lagi..lps tu kat tekak rasa mcm pahit dan maybe tu kurangkan selera makan kot..aku harap2 dapat la turun kurang2 5 kg pun jadi la..tau tak lps raya berat aku naik 3 kg so skang berat 65 kg huwwaaaa!!BMI lak drp normal terus overweight!!!menci!!!huhuhuhu...sebab tu la aku try jugak,diet sendiri hampeh je lambat nak turun.sebulan turun sekilo je sob sob sob..kalau aku berjaya turunkan brt badan baru la aku berani nak jual kat korang yer..heheh..lps 2 minggu aku akan timbang berat dan update kat sini..fyi acai berry ni tak mahal pun dan semua mampu beli, tahan untuk sebulan pulak tu..Rm100 sahaja yer....hrp2 dapat balik bentuk badan idamanku..hahahaha


Thursday, September 27, 2012

horey dah jumaat!

Assalamualaikum


Salam jumaat, hari ni tak sabar nak dengar pembentangan bajet 2012..harap2 ada berita yg menggembirkan kita sebagai kakitangan awam..terima je dengan redha apa saja yg kerajaan beri. bersyukur drp tak dapat apa langsung..hehehe...korang mengharap bonus berapa bulan??kui3...

Okeh, japgi ada kursus kat dewan...kursus bertajuk menjana pendapatan dengan menulis blog bersama Dr Irfan Khairi..tak tau lagi nak g ke tak sebab aku sakit perut lak mencirit.huhuhuhu..

Semalam kami balik umah sendiri dah..lately tak banyak duduk rumah sebab hubby kursus pastu meeting sampai malam.rumah pun dah berhabuk, hari ni balik nak cuci kemas semua.petang semalam dah singgah nursery beli rumput carpet..kitorang beli rumput carpet jepun Rm6 sekeping..rumput philiphina murah je rm2.50..cuma rumput jepun lagi gebu dan tebal dan lambat panjang..pastu aku beli la batu hiasan tempat pijak tu..nanti aku upload gambo.aku beli 6 keping.3 keping bentuk empat segi dan 3 keping lagi bentuk bulat.tak banyak choice lak kedai tu hish.pastu aku beli batu warna hitam dan putih yg size besar.rumah aku tu sikit je pun yg ada tanah so tak banyak la guna rumput carpet..semalam beli 9 keping tp mcm tak cukup lagi 5 keping..nanti la beli lain..petang kang hubby mula la keje2 nya menggembur tanah dan susun rumput tuh.hihihi..lps ni nampak la comei sket umah kan..pastu tgk air pancut cantik2 lak..yg kecik dan simple pun seratus lebih juga..takpe2 next wishlist.hahahhaaha..

hari sabtu petang nak ajak hubby pergi nilai 3, usya pondok comel letak depan rumah..usya harga je,beli lain tahun.kikiki..aku nak cari frame ayat quran kalo ada yg murah2 dan cantik.hai banyak btol aku nak beli kan, susah kalau hobi suka mendeco ni..berhabis duit je banyak.hahahaha

Monday, September 24, 2012

meja makan idamanku

meja makan untuk 6 orang..atas dia tampered glass..harga rm600++

dipadankan dengan kerusi..
 

match tak dan sesuai kan dgn konsep moden?hihihi..meja dan 6 bijik kerusi harga RM1400++..ok lah kan tak ler mahal sangat..ok simpan wishlist ni, hrp dapat capai..hahaha

 

lagi wishlist ku, armchari mcm ni 2 bijik dan tengah letak meja kat bawah ni..ok tak?masih dgn konsep moden kan??harga RM290++...kalo dapat warna merah yg best nih.

 

side table untuk letak di tengah2 armchair..harga rm89 all item form IKEA. kalo dapat semua ni maka lengkaplah untuk ruang makan dan ruang tamu..confirm stop beli dah..eh yeke?hehehe..takpe slow2, dpt taun depan, taun lagi satu pun takpe..huhu ;p

apa perubahan kat rumah

keadaan rumahku yg terkini..apa perubahan??takde yg besar pun, cuma dah beli cermin besar untuk letak kat dining tu, dan tambah crabb mirror dekat console table tu je..so far rumah dah ok dah, cuma biasalah kan, ada je nak tambah, tukar itu ini..hehehe..kerusi jati tu nanti nak letak tempat lain, kat luar maybe untuk duduk2 minum petang..sebab ku berangan nak beli armchair.bila nya nak dapat entah.sesapa tau kalo lorenzo ada sale khabarkan pada gue ya...nak terjah tgk harga dulu.hahahahha..next wishlist yg nak direalisasikan sebelum hujung tahun ialah tukar meja makan baru, yg putih ni letak dapur dan tukar divider baru jugak ganti divider putih tu (goyang sikit sebab ku psg sendiri, so bahaya takut tumbang).lagi, nak beli set ayat quran yang cantik kat nilai 3, dan nak beli perabot dan deko bilik Zaraa..hope akan siap hingga hujung tahun ni..aku kan guna kekdah ada modal buat.hehe..sabtu ni projek deco landskap rumah..nak beli rumput dan lain2 barang, kami laki bini la yg buat sendiri..simple je kot sebab tanah pun tak luas mana.nanti bila dah siap ku share kan kat blog ni yer...hihihi
Puan Linda, rumah macam mana dah mula ke renovation?grill dah pasang?nanti nak ronda rumah hang tengok.hehehe..

sambungan siri bercakap dengan jin

Assalamualaikum

Baru hari ni dpt bukak blog kat opis.semalam semua kena block..potong stim betul..dah la keje semua settle,menganga je aku kat opis,internet lak tak bole bukak sampai ke email jkr.ni baru boleh ni..baru la bole start berblogging..kikiki

Ok, aku nk cite pasal sambungan siri bercakap dengan jin muehehehe (pacat ko kena bayar royalti kat aku kalo nak bukukan kisah serammmmm aku nieh kah kah kah)..sabtu lepas aku pergi darus syifa' semenyih..tapi lupa bawak garam ngeg ngeh ngeh..so hal rumah aku masih blom settle..khamis ni baru nak pergi balik dgn hubby aku..tapi alhamdulillah la semalam dah kurang rasa meremang,seram dan rasa ada orang usya aku..maybe aku amalkan ayat2 ruqyah dan lain2 ayat yg ustazah tu ajar tiap kali lepas solat kot, maka hantu, iblis, setan dan yg sekumpulan dengannya pun lari keluar..pagi semalam pkl 5.30 pg aku dgr org bersiul kat luar tingkap rumah..aku rasa la hantu tu sedeh duduk luar tingkap pasal tak dpt masuk rumah dah.kihkihkih.

Ustazah tu berubatkan aku, disebabkan kami sama2 pompuan maka senang la ustazah tu pegang badan aku.dia picit kat tempat yg aku selalu sakit.masa dia pegang urut dari perut ke dada aku, 3 kali aku bernafas laju kemain tinggi dada, nampaknya benda tu datang balik.aku ingatkan ustaz rashid tu buang, benda tu tak ikut aku lagi dah.rupanya tidak..takpa..aku pasrah..aku maklum bukan senang benda tu nak tinggalkan badan aku yg dah lama dia menumpang.usaha,doa dan tawakal jela yg aku mampu..byk jugak aku tanya dan belajar dari ustazah tu..paling aku terharu ustazah tu cakap, Allah uji adik sebab dia sayang adik, Allah nak adik jadi lebih baik, lebih beriman pada Dia..huhuhuhu...aku bersyukur sebenarnya..kalau dulu aku hanya buat yg wajib spt solat dan baca quran tu pun kalau tak busy.tapi sekarang tiap2 hari aku berwirid,berzikir,amalkan ayat2 ruqyah yg asas serta selang dua hari aku akan baca yasin lps solat kalau tak dapat hari2..aku nampak dari situ apa hikmah semua ni.

Bila dah ada experience mcm ni, aku mudah rasa sama ada bnda tu ada atau tak..entahlah, maybe Allah beri aku instinct kot..bila kat rumah aku mmg ada rasa pelik tu tapi aku dah boleh buat tak tahu, dalam hati aku cakap takpe la, aku tau 'ko' ada tapi jgn kacau aku ok..aku macam jadi dah biasa pulak..ohhh tidak.......kuang3..aku bole cam bila aku rasa tak sedap badan maknanya benda tu datang..bila aku ok, benda tu keluar amik angin kejap..boleh tak gitu?hahahaha..tapi betul,aku mudah 'rasa' sekarang ni.

So sekarang ni aku boleh rasa, apa yg aku amalkan tu nampak kesan jugak di samping aku tak lupa minum air ubat tiap hari.dan sekurang2nya sebulan sekali aku kena jumpa balik ustaz rashid tu.amalan mmg tak boleh tinggal langsung.insyaAllah.pasal rumah, nanti kena tabur garam 3 petang berturut2..kalau masih rasa semacam baru la ustaz dari darus syifa tu dtg rumah..menurutnya, ramai orang yg duduk kat semenyih dan rinching dtg jumpa dia semua pasal gangguan dalam rumah.rumah aku ok sebenarnya takde apa..cuma ada yg mengikut masa kami balik malam..menurut seorang perawat lagi (bukan darus syifa') taman yg aku duduk tu memang keras, dulu ada tapak kuil hindu kat situ.area umah belakang.nasib baik bukan umah aku.huhuhuhu..tapi takpela..tiap masalah ada penyelesaiannya kan.kalau tak jadi gini, aku bukan percaya sgt benda2 mcm ni.bila kena batang hidung sendiri, kat diri sendiri, baru lah aku rasa..apa pun aku bersyukur atas ujian ni, sebab aku nampak hikmah nya.terima kasih Ya Allah kerana menyayangi dan menguji aku, supaya aku lebih dekat pada Mu...

Ok, tutup cerita nanti aku sambung lagi apa jadi lepas tabur garam 3 petang tu yer...hihihi..well, aku dah ada jiran..lega sangat2!bila ada orang sebelah dan belakang, kurang sikit perasaan takut tu.hubby aku dah macam2 menyembang dgn jiran tu, aku blom lgi pernah jumpa or bercakap dgn bini dia..hehehe..nanti lah kalo terserempak..so far blom nampak lagi.

Hubby bagi aku berita best,hari sabtu ni lepas aku balik keje dia ajak pergi nursery, nak beli rumput carpet dan lain2 barang untuk landskap rumah.yeay!gumbira tak terkata..lps ni cantiklah sikit laman tu, ni tidak, buruk benar nampak rupa tanah dan pasir..hehehe..projek ni DIY la apa lagi..jimatkan kos.mujur hubby aku pandai buat segala benda.senang keje takyah upah orang..disebabkan bajet untuk landskap ni, maka aku tak boleh la melawat ke ikea bulan ni seperti selalu...sob sob sob..ada je barang nak beli lagi..tapi takpa kita buat slow2 ikut bajet..ada buat.takde dok senyap.hehehe.sekian cite panjang lebar aku.maaf kalau ada yg bosan membaca blog ni.nama pun diari hati..segala rasa dari hati la ku hamburkan kat sini.ampun!heheh!








Friday, September 21, 2012

wall deco

Assalamualaikum


O, nak buat entry pasal idea deco la pulak..hihihi..hari ni takde keje la...sebab tak bole buat keje...peruntukan untuk byr claim pegawai habis, tengah tunggu peruntukan masuk sampai isnin ni..so kena hold dulu TNT yg ada, tak boleh peraku lagi..apa lagi, hari ni rileks je la..takde keje pun bosan jugak kan..esok nak datang susun baucer yg beribu lemon tu.haih!

Ok, kali ni saya nak share pasal wall frame la...act frame ni bole buat sendiri..kita hanya perlu beli kain/wallpaper,kayu mengikut size yg dikehendaki dan paku kecil sahaja.memang plan nak buat sendiri, guna kertas wallpaper yg banyak lebih tu..frame kayu ada 2 set, yg lama punya..saya tak berkenan design frame tu..so nak koyak, dan tampal wallpaper kat frame tu..minggu depan la kot nak buat, sebab hjg minggu ni takde rumah.kalau menjadi bole buat sendiri je pasni..kalo tak jadi....ermmmmm jom terjah blog http://dywalldeco.blogspot.com/
ngeee...;)


berkenan design ni.
 

letak dalam bilik anak lawa gak ni.

 

pilihanku always merah! :)

 


nak cari design mcm ni, letak kat ruang tv di dapur.
 

hitam sentiasa jadi pilihan gak :)
~
~
 ~
sape tau, kat nilai ada tak kedai jual frame2 macam ni???eh tadi bru ckp nk DIY kan.hampeh!kekekekeke

Thursday, September 20, 2012

demam

Assalamualaikum..


Spread love to everyone! ;)

Hari ni ku rasa tak berapa sihat..pagi tadi bangun tido je, rasa tekak sakit dan perit,hidung selsema dan ada sedikit demam la....dah la suami takde..hukhukhuk..alhamdulillah malam tadi aku tidur dgn lena, tiada mimpi buruk dan tiada rasa takut..syukur pada Mu Ya Allah..usaha mesti diteruskan..nyaman betul tido malam tadi..ku tidur di tengah dan diapit oleh anak2 kesayangan Zaraa dan Irfan kiri dan kanan ;)

Hari ni dah jumaat, esok cuti, tapi ku tak cuti kot..lepas settle urusan pasal rumah tu, nak gegas ke ofis kalau tak lewat sangat..byk baucer nak disusun ikut PTJ..ahad pun akan ke opis jugak..memandangkan suami pun takde kan, boleh la g keje tanpa halangan..hehehe...errmmm act rindu kat rumah sebnarnya..sejak blk dari pangkor sampai hari ni tak sempat kemas dan cuci rumah pun..bila kita ni dah hobinya mengemas je, bila seminggu tak buat tangan ni rasa gatal semacam aje..hahahahah..

Ok la. nak masuk tido, badan pun rasa lemah je ni...have a great weekend everybody!

Wednesday, September 19, 2012

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN

Assalamualaikum

Aku google byk pasal gangguan jin ni dan aku kongsikan mana tau mungkin terkena pada kita tapi kita tak sedar...setakat mimpi buruk,terkejut tu ingatkan benda biasa je..sampailah aku sakit..sesak dada yg doktor ckp gastrik pun sebenarnya mungkin angkara jin..alhamdulillah hari ini aku dpt bernafas dgn baik, tiada sakit dada.Allahuakbar!hubby pun memahami, dia pun mula byk membaca pasal benda ni..mungkin boleh tolong isteri dia ke kan..tadi hubby aku call, aku cakap aku sedih, kenapa aku kena semua ni?tapi takpe la kan,dugaan Allah..aku tau bukan senang aku nak pulih sepenuhnya, yg penting aku tak boleh takut, jin pun makhluk Tuhan juga..asalkan tak mengganggu aku dalam rupa bentuk yg menakutkan sudah..huhuhu..tadi aku rasa sakit bhg belakang, tapi kejap je..sekarang dah ok...insyaAllah sebulan sekali aku akan jumpa ustaz untuk berubat terus menerus, di samping aku sendiri berusaha melawan dan merawat sedaya aku..insyaAllah.

(SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR ANDA SEGERA DIRAWAT!!!) **yg aku tandakan merah adalah gangguan yg aku alami


Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Ketika jaga
*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
 *Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.

rasa lebih sihat dan ringan

Assalamualaikum


Entry ni adalah berkaitan dgn entry sebelum ini..hari ni, aku duduk kat kerusi buat kerja dari pukul 7.30 pagi tadi, bgn g toilet dan buat air je.selebihnya duduk..kalau sebelum ni aku alami sakit belakang dan pinggang yg sangat la rasa...nak masuk surau baring je..tapi hari ni dh pukul 11 pagi, aku tak rasa sakit langsung..cuma rasa lenguh sebab duduk lama je..aku pun rasa hairan..badan aku rasa ringan je, rasa lebih sihat, tak seperti selalu..alhamdulillah...memang sungguh lahanat 'benda' yg menyeksakan badan aku tu..lepas berubat semalam aku rasa kurang sakit2...aku mesti teruskan rawatan ni..dah 2 kali aku kena, tak mustahil aku boleh kena lagi kan..aku faham, masuk bab jin, makhluk halus ni, beriman macam mana sekalipun tetapi tidak berilmu, sukar kita nak kesan gangguan2 secara halus ni..mujur selama ni aku sediakan benteng pertahanan diri, aku pun bukanlah baik sangat..tapi aku sentiasa pastikan tidak tinggal solat mana pun aku pergi, dan baca al-quran sekurang2nya seminggu sekali..bermaksud aku kena lebihkan lagi amalan aku, sbg pendinding diri aku sendiri kan..segala yg berlaku ada hikmahnya, mesejnya Tuhan mahu aku jadi lebih baik dari sebelum ini..lebih baik dari hari ke hari..hari ini lebih baik dari semalam.insyaAllah..harapan aku, tak nak la lagi kena macam ni...huhuhuhuhu..dan harapan aku lagi, suami aku sentiasa ada di sisi aku sbg penguat semangat dan sebagai pembimbing aku dunia akhirat...b..u baca blog i kan???pls take note k..selamilah hati isterimu ini..kihkihkih..apa pun syukur pada Yang Esa...cerita masih belum tamat pasal rumah tu..nanti dah settle aku buat entry sambunga ye.dah macam siri bercakap dgn jin plak..haahahaha

jin??

Assalamualaikum


Semalam aku dah amik exam untuk confirm jawatan,alhamdulillah selesai..lega rasanya.lulus ke tak tunggu jela result.balik dari sapura tu, aku terus g umah ustaz rashid darul syifa ambik nombor giliran.aku dapat no 6, dalam 3.30 waktu rawatan tapi 2.30 aku dah tunggu sana dah..niat jumpa ustaz sebenarnya nak suruh tgk pasal rumah.lately aku rasa semacam, gerak geri rasa diperhatikan..kadang2 tak semena-mena bulu tengkuk aku meremang..tapi aku tahankan je sebab mungkin perasaan aku je kan..but rasa diperhatikan tu memang sentiasa..kat bilik air dan kat dapur esp..adui meremang bulu roma aku tengah menaip nih tau!korang takut tak??kekekeke..ok teruskan cerita.kemuncaknya malam ahad tu, zara tido umh onni dia..so ipan tinggal sorang.aku dgn hubby duduk atas sofa tgk tv..ipan main sorang2..sekali aku nampak dia main dengan 'seseorang' kat ruang antara meja makan ke dapur..lampu dapur masa tu gelap aku tutup..ipan main cak-cak, mengekek2 gelak tapi dia tak masuk dapur..dia main kat lorong ke dapur tu je..aku terus ckp kat hubby 'abang, ipan main dgn sapa tu?huhuhuhu..terus hubby panggil ipan ke depan.ok, hubby diam tak ckp apa.sebab dia tak pernah rasa pelik..aku je yg rasa..bab bau busuk dlm rumah 2 kali dah aku bau, last jumaat lepas bau wangi lbh kurang 5 ptg aku pi tanya hubby apa bau wangi sgt tu??bau tu mcm bau bunga, bedak..bukan bau yg biasa kita bau..dah nampak ipan dok main tu, aku tak nak tunggu lama la sebab aku pun perasan lain dah kat dalam umah tu, tak macam sebelum ni.jumpa ustaz, dia mintak g kat darul syifa semenyih jumpa ustaz razak ahad ni, ustaz tu kena dtg rumah dulu.so hal pasal rumah belum settel la kan...jom aku cite bab kedua.

Aku mintak ustaz tolong tengokkan aku, maksudnya tolong ubatkan sakit aku..aku pernah cita kan,aku skt pinggang yg teruk..sejak beberapa bulan ni mmg aku kerap sakit,tak sihat,kerap migrain.aku ckp dgn ustaz, aku ada baca buku, petanda jin ada dalam badan kita, itulah antara tanda2nya..aku dah g hospital,x ray tapi doc kata aku sihat,takde sakit apa,tulang pun dlm keadaan baik..ustaz mintak aku duduk bawah menjulur kaki...dan bermulalah sesi rawatan..ustaz mula tepuk belakang aku,masa tu aku dah mula rasa semacam..badan aku rasa dingin, dlm perut aku macam ada puting beliung,berombak naik sampai dada, nafas aku makin laju..masa tu aku dh ckp dlm hati betul sangkaaan aku...ada sesuatu dalam tubuh badan aku..tapi aku tak leka,ustaz baca ayat kursi,aku pun ikut baca dalam hati dan berdoa supaya Allah lindungi aku dari syaitan dan iblis yg terkutuk...bila dada berombak tu, rasa mcm nak marah, nak menjerit tapi mujur aku kuat dan boleh lawan perasaan tu..ustaz cakap 'keluar dari tubuh raihana' beberapa kali...ustaz stop dan tanya kenapa aku menagis?sebab muka aku merah, mata aku bergenang air mata..bukan aku menangis..tak tau la kenapa..aku pun cakap la apa yg aku rasa, nak termuntah semua ada..lepas tu ustaz teruskan rawatan kali kedua..sekali lagi ustaz cakap 'engkau keluar dari tubuh raihana' beberapa kali..lepas tu ustaz picit lutut aku dan tanya aku sakit tak...aku tak sakit...lepas tu ustaz stop.

ustaz tanya aku, ada tak lebam2 kat badan??ye, peha aku memang selalu menjadi mangsa gigitan, lebam pun selalu..aku kira dah bertahun kot..sampai hubby pun cakap asal badan aku asyik lebam je??aku ckp la kena gigit hantu air..kihkihkih..ustaz tanya ada nampak kesan gigit, macam kesan gigi tak??alamak!!seramnya haku....huhuhuhu...tapi aku tak perasan ada bekas gigi sebab aku tak pernah belek pun..ustaz ckp lps ni kalau ada lebam lagi, cari bekas gigi lps tu amik bawang merah belah dua dan gosok2 pada lebam tu, sedut bisa keluar katanya...aku rasa bisa jin tu la yg buatkan badan aku lemah dan sakit..ok takpe..lepas tu ustaz teruskan rawatan ketiga kali ni aku duduk dan dia pegang kepala aku..tapi tkde rasa mcm rawatan 1st tu lagi dah..maybe jin tu dah keluar..ustaz bg aku air untuk minum dan mandi, termasuk anak2 aku..dia pesan nanti bawak suami dtg, bwk garam sekali...kenapa yer??aku rasa maybe kitorang satu rumah dia nak check sekali..kesian anak2 aku..huhuhuhu...lagi satu,dia tanya aku tido selalu tak terkejut tersentak???ya mmg selalu aku tekejut dan bila tgk jam antara pkl 3 pagi ke 3.30 pagi je..tau tak masa tu la hantu byk keluar dan masa tu la makhluk halus ni boleh merasuk kita.

kata ustaz,bnda tu dah lama ikut aku, tapi dia tak tahu berapa lama.dia tak byk ckp pun psl bnda apa yg ikut aku dan aku pun tak tanya.selama ni aku takde la rasa takut2 ke apa kan..maybe sebab aku tak tinggal solat,baca jugak quran kalau tak busy,maybe 'benda' tu tak boleh nak buat aku lagi teruk kot.dia cuma menumpang badan aku, bagi aku sakit,lemah,letih je.semalam ms tunggu turn pun sakit gila pinggang aku duduk..lepas keluar dr bilik ustaz tu dgn adik aku, hilang pulak rasa sakit tu..insyaAllah aku yakin benda tu dah keluar, ustaz mesti akan buat smpai keluar..cuma takut datang balik je...katanya kalau kita pernah kena, badan kita memang mudah dimasuki makhluk halus seumpama jin, sebab dah ada ruang dalam badan kita untuk jin tu masuk...kira ni kalu kedua la aku kena..masa baru kawen dulu kena jugak.berubat kt perlis alhamdulillah sihat lepas tu..yg ni pulak tak tau la sejak bila mengikut aku.huhuhuh..aku ni comel sgt kot sebab tu jin suka ikut??kah kah kah.

kita kena percaya la bnda ni memang ada..dia pun makhluk tuhan juga..selama ni aku ingat aku solat,baca quran,berzikir, takde la bnda halus yg nak ganggu kita..tapi tak...hubby kebetulan lak hari ni jugak nak kursus kat melaka sampai ahad..bila tah aku nak bawak dia jumpa ustaz tu..so aku tido umah  aku..jgn hrp aku nk blk umah selagi tak tahu apa kebenda ada dalam umah tu kan.huwwaaaa...hubby lepas aku cita semua tu, dia byk diam je..baru dia nak percaya apa yg aku cakap selama ni..selalu aku mengadu tp dia buat tak tau je..sekali aku tgk dia yg lbh takut dari aku kah kah kah!!

Sabtu ni aku nak pg darul syifa semenyih dgn mak aku, jumpa ustaz razak tu.oh, malam tadi aku dgn hubby gilir2 baca ayautl qursi 300 kali, ustaz kata insyaAllah apa je bnda dlm umah kita akan keluar dari rumah kalau kita baca 300 kali non stop dan boleh bergilir2 kalau penat..3 jam lbh kitorang nak habiskan baca tau..lps tu terus tido sampai pagi sebab penat sangat....huhuhuu..hrp2 keluar la bnda tu kan..tp bila dah jadi mcm ni, perasaan cuak tu mesti ada dan sukar nak hilang..act aku tak suka ada perasaan takut dlm rumah sendiri..takpe la, kita berusaha dulu kan..insyaAllah lama2 perasaan tu akan hilang.

Tuesday, September 18, 2012

nasi ayam

Assalamualaikum


Walaupun gambar yg akan ku publish ni takde kena mengena dengan tajuk entry, ku tetap nak cerita jugak..semuanya pasal terlupa maik gambar nasi ayam aku tu..macamlah nasi ayam aku tu fofular seantero punya kecoh tak amik gambar kan??kekekekeke..act makcik aku datang kl, pakcik aku ada keje kat sini..so diorang tido umah mak aku sejak jumaat..aku lak kursus,ahad malam tu lps balik baru sempat jumpa makcik aku...sebelum dtg makcik dah request nasi ayam kat aku...so tak nak la menghampakan permintaan orang pada kita kan...ku masak la nasi ayam sedap tu...eh sedap ke?perasan nya kau yana....*bagi can

isnin petang diorang datang rumah aku yg comel tu..iyelah memang comel sebab aku tak mampu kot nak beli rumah banglo yg luas gila...hikhihkhik..so aku terus je bako ayam kicap dalam oven hidangkan untuk tetamu..aku sempat buat puding karamel gak la..tu je yg mampu sebab tak dan cari barang nak buat benda lain kan..makan dan bersembang, lepas tu aku keluarkan kuih raya yg masih banyak tu..buat lak kopi panas cap bola sepak memang layan sambil sembang2 adik beradik..makcik mila ni adik mak aku.lepas maghrib la baru diorang balik..tak puas lagi nak sembang2...huhuhu...esok makcik balik perlis..pakcik aku tu mintak tukar putrajaya dah..kalo dpt duduk kuarters la diorang..


puding karamel..aku guna susu cair sepenuhnya..biasanya aku guna susu pekat je..aku lebih suka rasa yg letak susu pekat la...lagi sedap pada tekak aku.

 

nasib baik sempat amik gambar sementara bateri tab aku pun nak kiok dah tu..belah kiri tu la makcik aku..yh belah kanan tu mak aku.alamak, free hair la plak dlm gambo nih...heheheh..balik keje kang nak lepak jap umah mak aku smbil makan laksa..yeay....my feveret!lupakan diet seketika!hahahahaha!!!

KURSUS DI PANGKOR

Assalamualaikum...


Aku baru je balik dari pangkor, kursus 3 hari kat sana..hari cuti lak tu pegi...rugi rugi rugi...1st time aku sampai sana...cantik betul air laut dia..beza sungguh dengan air laut kat port dickson..hehehe..hijau je..bersih.aku rasa nak terjun je..tapi tak berkesempatan..hukhukhuk..hajat  nak pi pangkor laut, nak snorkelling pun tak dapat..naik van pi ikut geng makcik2 yg banyak, diorang kira nak shoping ikan bilis je.mana nak g round pulau naik bot..sob sob sob...takpela, aku ajak hubby g honeymoon sana nanti..berdua..bole nek beskal,buat snorkelling sesama..ehehehe...kumpul duit....:)


sampai jeti lumut..tunggu nak nek feri ke pangkor..tu bebudak opis aku.masih bujang.aku je mak orang.kikiki
 

ahahaha..kitorang ting tong masa ni..kak miha ni pesal tak nak angkat kaki gak??sape tak angkat kaki tak comel.ekekeke

 

atas feri..1st time aku naik selain feri kat penang yg bole bwk kete tu..hehehe..angin sangat kuat, kena tutup baju tu uolss...kikiki..cantik tgk pemandangan pulau...nak honeymoon.....!!huhu
;p
 

bergambar di atas feri..panas terik masa ni..sunburn dah aku.

 

selepas aktiviti sukaneka di tengah panas.

 

aku teringin nak mandi laut tu,tapi takde org pun yg nak terjun..takkan aku nak buang tebiat kan..kakakakaka
 

ini malam kursus..fasilitator sgt best..byk benda terkesan di hati..insyaAllah..ni opismate aku.apis dah jadi mummy..ekekeke..nasib baik di kecik senang la kot geng diorang balut..ce balut aku yg comel nih.mesti tak cukup tisu..huahuahua

 

petang sabtu kitorang sewa van..byr sorang rm10, dlm van tu muat 10 orang..ronda pulau.merata pergi..antaranya kat sini..tak ingat nama pntai ni tp cantik sgt air yg jernih.ada pokok cantik kat sini.aku siap pose kat pokok tu..tapi gambar tu aku mcm comot sket..tak bole la publish kat sini..aku kena maintain cute...kah kah kah

 

nice view kan....nak datang sini lagi!

 

bersama opismate..cantik tak uniform kitorang?boria sokmo..kekekeke
 

besar tak sotong ni?kau hado?ni kat kilang buat sotong.siap ada mickey mouse lagi tu..motifnya mickey tu duduk situ tak pulak aku pasti kenapa.kui3
 

eh nape aku nampak tembam??ke aku memang tembam??hukhukhuk *kekadang kenyataan mmg pahit utk ditelan :p
 

bilis bermacam jenis..makcik2 opis tu membeli bagai nak rak,bagaikan tiada hari esok bagi ikan bilis.eh?
 

aku suka pic ni..baju kami tu nampak sgt gojes.hihihi

 

opsss...ijinkan ku mengepose sebentar ya....hehehe...nak dtg pangkor lagi...maybe tahun depan.sebab aku dah tkde cuti lagi dah..sob sob sob
_
_
_
sekian cite kat pangkor..semoga kita ketemu lagi..ku belum puas bercanda denganmu..

Wednesday, September 12, 2012

home sweet home

Nak tunjuk gambo umah sket yer..bukan nak menunjuk pun..nak abadikan dalam blog aje..plus nak mintak jugak idea orang lain.hehehe..akhirnya angan nak beli cermin besar ni tercapai jua...mekasih encik suami kerana merealisasikan impian daku ngeeee.....kami beli kat ikea..RM213 je..ku dah tgk kedai lain semua mahal gila.400++..ni range 200 kira ok la kan..macam biasa amik kaler dark brown la..putih pun ada jugak.pun cantik.bila dah pasang cermin ni, masuk rumah aje nampak luas dan lagi panjang rumah..sebelum ni dinding tu kosong, suram je.sekarang dah berseri rumahku.awwww.next plan nak beli wall shelf yg tebal kaler hitam, drill kat bawah cermin tuh..boleh la letak apa2 barang hiasan seperti pasu,lilin dan sebagainya.pastu kitorang aim nak beli meja makan kayu solid, boleh lipat jadi kecik, kalau bukak boleh duduk sampai 8 orang.kalau nak ruang luas, lipat tinggal besar meja untuk 4 orang aje..harga RM500++ meja shj tak masuk kerusi.kerusi bole pilih mix and matchkan aje.kalo dapat bonus nak beli la..hahhaha..meja makan putih ni nak transfer ke dapur.
 

mirror mirror hanging on the wall....aku memang suka byk cermin, sebab rumah nampak luas.plus senang aku nak posing check make up dgn tudung sebelum keluar rumah.kakakakaaka..dinding sebelah kiri dan kanan kat cermin nih masih nampak kosong..belum ada idea nak deco apa..tunggu la sampai idea datang..selain frame apa yg boleh ku buat yer kat dinding tu?idea??
 

ruang tamu ku..masih yang sama takde perubahan atau penambahan..bulan depan nak beli carpet warna hitam kat ikea, ganti carpet warna coklat yg bulu-bulu kat ruang depan ni..nampak tak gambar seciput masuk kamera tu..hhihihi..warna hitam tu lagi sesuai la dgn konsep rumahku, hitam+merah+putih.gitewww...yg lama nak transfer masuk bilik tido.lepas tu kalo ada duit lelebih, nak tukar langsir tu warna merah dan hitam letak selang seli 4 pasang.jadi merah-hitam-merah-hitam.lawa tak agaknya??hehehee

 

frame penyeri ruang yg kosong..frame kat atas tu turun harga///rm49 je..harus la rembat.lagi wishlist ku, nak deco bilik Zaraa lak..dah aim nak beli single bed,wardrobe yg tinggi dan meja.lepas tu atas meja nak buat built in wardrobe (tu nti tgu ada modal)..act tringin nak beli furniture utk budak2 yg mcm2 jenis tuh.tapi fikirkan bnda nak pakai lama dan anak makin membesar, rugi pulak.nti dia dah tak nak bilik penuh kartun.hahahaha..so kita deco yg sesuai untuk anak perempuan.mungkin cat bilik warna pink ke...macam kat bawah ni.


ahaaaa..lbh kurang begini la plan ku..almari baju sebelah meja study.atas meja study tu nak buat built in wardrobe.tema wanra pink dan putih..adeh tak sabar nak realisasikan impian tu.hahahaa..project ni insyaAllah bulan November punya..hihihihi..untuk bilik irfan pun design lbh kurang cuma tema je la lain yg sesuai untuk boy kan.even diorang tak tido sendiri lagi, ku siap2kan jelah..nampak kemas sket bilik..bilik no 4 tu akan dijadikan bilik tetamu.pun plan nk letak single bed je..rumahku ni setingkat je.ruang tamu dan dapur memang luas.tapi bilik tak dpt la nak luas mcm rumah double storey..so kena gunakan perabot yg jimat ruang.ikea punya idea memang terbaik la untuk ruang kecil.so ini la antara wishlist ku..pelan2 kayuh...untuk laman lak, blom terfikir nak tanam rumput carpet lagi..jiranku dah tanam dah.cantik aje..aku biarkan dulu kot..nak cantikkan yg dlm umh punya dulu,sebab kat luar bukan tgk selalu..hahahahaha...sekian.


Tuesday, September 11, 2012

manusia

Assalamualaikum


Errmmm entry ni nak meluahkan pendapat/rassa hati/pandangan//manusia ni mcm2 perangai kita jumpa kan.makin lama hidup lagi banyak kerenah manusia kita jumpa.alhamdulillah diriku dikelilingi saudara dan rakan yg baik-baik saja..dalam byk2 tu mustahil la takde sorang dua yang meroyan kan..even kita tak berkawan pun dengan dia..suka nak meroyan tak tentu hala..motifnya pun tak pasti la apa..cuma bole nampak la dari dulu, dari kecik, prangai langsung tak berubah.ingat dah kawen,ada anak, baik la sikit hati tu.takde hasad dengki dgn orang lain..tak perlu la nak mention begitu, kenapa?saja nak kasi gua cemburu kah??sorry la..mcm ni la..kalau hati kita busuk, cemburu, tak nak tgk orang lain lebih dari kita..jangan kita anggap org lain pun ada perasaan begitu la..tak perlu nak susah payah 'cerita' dengan harapan orang nak rasa dengki??oh tidak....diriku sentiasa bersyukur dgn apa yg ada, mengikut kemampuan..tak payah la org lain ada kita pun nak jugak.nak lebih lagi, tak nak kalah..duit hangpa, suka hati hangpa.tapi tak perlu la 'cerita' nak bg org rasa lebih rendah dari uolss...sebab dah kenal sgt prangai begitu, memang rasa la niat dan motif uolss tu...kesian...act sikit pun tak rasa terjejas..cuma rasa eh,apa motif dia ni??saja nak kasi gua tau lah tu?tsktsktsk..hancuss...peel lama lagi dek non ni...bila kita rasa privacy kita terganggu, apa kita buat org tahu, even menulis dalam blog sekalipun, sentiasa ada stalker yg nak amik tahu kisah kita,rumahtangga sampai ke wardrobe kita. of coz rasa tak selesa dan tak suka..kalau niat baik takpa...tapi niat disebaliknya, yg dah beberapa kali terkena ni sentiasa la beringat..nk buat mcm mana, sebab selalu kena, rasa curiga dan tak percaya sentiasa ada.jadi...perlahan-lahan akan ku deactivekan diri ini...mungkin jugak berhenti menulis blog untuk tatapan umum, untuk tatapan sendiri aja...Ya Allah, jauhkanlah aku dari gangguan makhluk perosak sebegini.dan berilah mereka itu taufik dan hidayahmu supaya bersih dari busuk hati,dengki dan sifat-sifat mazmumah.

kaki sape ni...


Sunday, September 9, 2012

tentang anak-anak

Assalamualaikum


  
chicken porridge+potato+brocoli+carrot adalah favourite anak-anakku...time cuti je boleh masak..hari keje onni dia buat bubur ayam jugak...diorang makan je nasi, tapi kalau bubur mcm ni,bermangkuk2 boleh habis pagi sampai malam.kalau mamanya ni cuti 3 hari ada kat rumah, memang nampak sangat irfan tu menggemuk..skang pun tembam je pipi tu..lately dia kurang makan..nak kena beli vitamin balik ni.as a mom, bila kita penat masak dan bila anak makan habis, sangat puas rasanya...but the other side, pernah ku nak suapkan irfan but he refuses to eat, ku jadi sedih..boleh??teruk betul mama dia ni kan..hehehe..kena banyak sgt sabar dgn anak, tu diorang masih kecik, bila besar nanti lagi byk cabaran yg perlu kita hadapi.doaku setiap hari bukan saja nak anak2 jadi anak yg baik,yg soleh, tapi doa supaya diri sendiri jadi yg terbaik buat anak-anak,disayangi dan dihormati anak-anak.amin..

ni kenapa baby chair sampai ke living room ni??hehehe..actually irfan didenda oleh mamanya.as i said early, sometimes quite hard nak suapkan dia makan..he plays a lot, lari sana sini, kita pulak kena kejar di ke sana sini.bila dah masuk mulut dia boleh muntahkan balik..dah kena lap lantai yg kotor..itu lantai takpe..kena carpet berbulu gebu tu?alahai...geram jugak, tapi fikirkan balik, dia hanyalah anak kecil..tak mengerti apa-apa.tak faham lagi mamanya tak suka kotor,tak suka sepah,tak faham mamanya penat.lepas tu mood kembali ok, ucapkan alhamdulillah sebab diberi Allah anugerah tak ternilai yg bukan semua dapat memilikinya...irfan didenda duduk dalam kerusi dan diikat selama sejam!lama tak?hehehe..suapkan dia makan sampai habis (papa suap).lepas tu sempat mama vacum rumah, papa tolong mop satu rumah (thx a lot papa really appreciate ur cooperation in housework) irfan stay duduk dalam tu tengok kartun.bising jugak dia nak bangun tapi kami biarkan je.sebagai denda sebab tak nak makan mama suap..hihihi..kalau lepaskan dia, kerja rumah bole jadi tunggang langgang sebab dia sangat rajin nak tolong.sometimes ku biarkan je dia buat apa dia nak buat kecuali hal yg mengotorkan dan membahayakan.

ni minah motor versi cute tau..hahahaha..tengok la tu, dia pakai sendiri helmet,sarung tangan papa dia.lepas tu naik kete menan adik dia kat rumah onni.bab merapu boleh tahan jugak si kakak ni.dia bijak bercakap, kadang2 kita boleh rasa eh biar betul dia yg keluarkan kata-kata yg mengagumkan kita orang tua ni..she's only 3 yrs old.cuma satu je dia masih pakai pampers.on saturday u cuba ajar dia tak pakai pampers.alhamdulillah dia boleh.malam je kantoi kencing dlm seluar dalam.hahahah..cuma bila nak yak yak, dia tak nak buang dalam toilet.dia nak pakai pampers.kalau tak, dia tak nak berak.so misi satu hari dikatakan agak berjaya..on sunday gagal meneruskan misi mengajar dia sebab sibuk (tok ngah dia meninggal dunia).dan isnin, mama dah kerja pula...weekend ni ku dah pesan kat papa dia..kan cuti 3 hari.papa dia plus satu hari lagi on friday..ku suruh hubby ajar dia lagi.sebab ku ke pangkor kan.insyaAllah anak mama mesti boleh.mama balik ahad nanti nak dgr papa cakap kak long dah tak pakai pampers kecuali time tido je yer....


ahaa...zaraa dan irfan ni suka lepak tgk kartun atas coffe table yer...dia tak reti nak duduk atas sofa yg empuk tuh..kadang2 berdiri,duduk,menonggeng dan macam2 gaya.bukan tak marah dia suruh duduk atas sofa. risau kaca meja tu retak nanti.tapi budak kan..apa yg kita laranglah dia suka buat..esp memanjat grill pintu dan tingkap!itu yg kekadang rasa nak pengsan tgk, sebab kita takut dia jatuh..panjat pulak sampai ke atas..yg irfan malam td, hilang.selak langsir, ada di sebalik tu rupanya, memanjat sampai ke atas paling tinggi..kita selak langsir, dia sengih2 nampak gigi.nak marah pun tak jadi.sudahnya mama dan papanya gelak.heheheehe..anak-anak..tolonglah jgn panjat grill..mama bukan bole pantau tiap saat.tak larat la mama macam tu...takut je dia jatuh..kalau tgk tinggi tu, memang boleh patah kaki tangan.tu belum bab suka main fius...yg ni irfan, cukup suka main plug bukak tutup.pandai pulak cari benda nak korek fius tuh.ku tamparkan je tangan dia tu kuat2 biar dia tau kita marah dia main benda macam tu..tapi,,,esok buat balik..aiyoo.......ku cakap kat hubby, 2 orang ni macam ada 5 orang anak..bising rumah.hahaahaha..alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal hendaknya...kalau  kita nak anak-anak kita baik, kita dulu kena perbaiki diri kita..pandanglah setiap perkara yg ada di sekeliling kita dengan positif..jangan kedekut dgn ibu bapa, beri apa yg kita mampu, bukan saja wang ringgit..kasih sayang, perhatian,pertolongan di kala memerlukan.nak pupuk jiwa kita supaya peka dgn perasaan orang lain bukan mudah..tapi perbaikilah diri hari demi hari.bangun tidur berazamlah aku mahu jadi anak/isteri/suami/sahabat/pekerja yg lebih baik hari ini.kalau bukan kita yg ubah diri sendiri, siapa lagi??setiap orang ada masa silam,ada kesilapan.jadikan itu semua pedoman untuk kita jadi manusia yg lebih baik, hamba Allah yg lebih beriman.insyaAllah, kita perlu yakin dan serahkan semau urusan kita kepada Allah, pentadbir sekalian alam.kita sudah usaha yg termampu, selebihnya terima lah qada' dan qadar dari Tuhan.insyaAllah.

 






PANGKOR

Assalamualaikum..


eh,banyak lak entry ku update hari ni ye..hehehe..jumaat ni nak ke pangkor island selama 3 hari weeee!!!first time nak g ni..pernah sampai jeti lumut je.ni pergi kursus ni...free of charge,bawak diri aje..hahaha..act bole bwk family sebab kursus ni tak heavy pun.kursus atas kertas.pepaham jelah..hahahaha...ku tanya hubby nak g tak, dia kata takpe la, pergi dulu.nanti kita satu family pergi sendiri hujung tahun ok...yes!hahahha...tapi....isteri dia ni ada cuti lagi ke???kekekeke...takpe kita tunda ke tahun depan la gamaknya..start dari sekarang bole kumpul duit..yeay!budak2 tu duduk dgn papa la ye jumaat sampai ahad..mesti rindu gila kat diorang ni huhuhuhu...semoga perjalanan mama selamat pergi dan pulang yer..


kitorang akan stay kat sini...resort biasa je ni...kalau nak best g sendiri lah yer.hehehe

ku teringin nak snorkelling even tak pandai swimming.ngeh ngeh ngeh..bole je kan?tenggelamkan kepala je kat dalam air laut.hahahah!!


 


wishlist

Assalamualaikum


Sejak ada rumah sendiri ni, asyik verangan je nak itu ini..i mean untuk mencantikkan rumah dan memberi kepuasan mata kepada diri sendiri hehehehe...macam aku, suka tengok rumah kemas,bersih dan catik.kalau balik kerja tu, tgk rumah cantik,kemas dan teratur rasa hilang penat dan stress.rumah kan tempat terbaik.hhihihi..so far decoration yg diidamkan belum mencapai tahap yg diinginkan..bagi yg bergaji kecik cam aku ni, sikit-sikit dan berperingkat la shopping barang rumah kan..one by one gitew...ahaks..sampaila dapat apa yg diinginkan sepadan dgn bajet dan kedudukan diri tu, baru aku gumbira..ekekekeke..so far yg kecik2 dan murah2 boleh la dilaksanakan..yg besar2, insyaAllah tahun depan, hujung2 tahun lah kot..hahahaaha..nak pasang awning dgn tukar auto gate dan gate baru...gitewww...wishlist baru ku ialah...


tadaaa....comel lah pondok nih.nak nak nak!hahaha..walaupun umahku bukanlah semi d, tapi muat je nak letak kat depan tu sebab porch luas jugak..tapi yg comel gini je lah..tempat untuk istirehat..ada nampak satu rumah tu ada pondok cenggini...jelous!hehehe..dah survey, bukan ratusan la.1k ke atas jugak..so kena hold dulu nampak gayanya..

last week pergi ikea, cermin besar tu dah turun harga.yes!cepatlah gaji oi.......hehehehe

mak ngah kembali ke rahmatullah

Assalamualaikum

Semalam dapat berita sedih..mak ngah ku meninggal dunia..awal pagi ada la dgr bunyi telefon berdering tapi pagi sgt ku tak angkat esp nom yg tak dikenali..pastu dia call hp hubby lak..baru la hubby angkat..lebih kurang pkl 8 la..mak su yg call rupanya..katanya mak ngah ku tenat..so kitorang terus bangun mandi gegas nak ke hospital..pkl 9 mak su call.mak ngah dah tak ada..dah meninggal dunia...innalillah...

Kitorang terus ke hospital..semua sedara pun ada yg dah sampai.urusan mandi dan kafan jenazah semua buat kat hospital..mak ngah ada anak sorang je,sepupuku kak eda..umur dah 35.baru bertunang..tak sempat arwah tgk kak eda naik pelamin seterusnya rasa bela cucu.mak ngah meninggal sebab jantung..dah tahpa teruk..injap langsung dah tak berfungsi..dah lama dia sakit tapi degil tak pernah check kat spital..yg boleh check tu sbb pak ndak ku (doktor) tgk dia mcm ada tanda2 jantung.kena marah baru pi check..dah check terus kena masuk wad seminggu..lps tu ok keluar blk, app utk operate lepas raya..lps tu masuk hospital lagi sekali sampaila arwah hembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun.

Pertama kali aku masuk bilik mayat hospital..masa tu baru lps makan kat kantin.masuk je bilik tu, ada bau semacam,tak pernah bau macam tu sebelum ni..2 kali ku nak termuntah..aku mmg sengaja masuk.nak rasa masuk bilik mayat, supaya diri ini lebih insaf dan lebih ingat mati.walaupun debar sebab ada mayat di keliling yg belum dimandikan,tgk terkaku atas katil tu memang seram sejuk.masuk sampai dalam tgk kak eda dgn dibantu 2 org pembantu hospital tgh mandikan jenazah.sebelum dikafankan kitorang semua dibenarkan masuk tgk..kesian kak eda..dah la anak tunggal, mak kesayangan pula pergi.tinggallah dia dgn pak ngah je kat rumah.lepas settle bawak masuk van jenazah nak bawa ke surau kg melaka dan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan kg melaka jugak, sama kubur dgn atok dan pak lang.alhamdulillah semua berjalan lancar dan cepat.

Ibu aku tak masuk bilik mayat tu tunggu kat tempat menunggu je..sebab dia jenis lemah semangat.kalau ada orang mati, kubur pun dia tak boleh pergi.sebab lepas tu dia macam sakit-sakit..aku masuk je dgn yakin, dengan harapan agar aku jadi manusia yg lebih solehah di sisi Allah..dgn harapan aku insaf dan ingat mati sentiasa...sayu..itu yg aku boleh gambarkan..aku sebak semasa berada dalam bilik mayat tu...satu hari nanti diri aku sendiri yg akan begitu..pakaian terakhir aku hanyalah kain kafan berwarna putih..tiada lagi baju cantik,berjenama,make up di muka,perhiasan di badan dan sebagainya...astagfirullah...semoga aku jadi hamba Allah yg lebih beriman.insyaAllah....semoga roh mak ngah dirahmati Allah, dikurangkan seksa kuburnya, dan diampuni segala dosanya semasa di dunia.

Friday, September 7, 2012

frame menaikkan seri ruang




Assalamualaikum w.b.t


Dah lama tak cerita pasal deco-deco yer...hari ni nak membebel pasal deco lah pulak boleh??boleh la yer...kihkihkih..

Bahan yang dijadikan tema untuk dekorasi hari ini ialah frame ye anak murid..eh?macam cekgu kelas kemahiran hidup lak..hehehehe...

Bermacam jenis frame yang ada dijual, pelbagai bentuk, size dan mengikut tema dekorasi rumah anda..anda hanya perlu bijak menyuai padankan frame dengan dinding dan ruang yang ada di dalam rumah anda..teknik menyusun pun penting supaya ruang yg diletakkan frame tidak terlalu sarat dan seimbang.

Anda boleh memilih untuk meletakkan gambar kenangan keluarga ataupun poster-poster dan gambar yg menarik seperti bunga-bungaan,alam sekitar dan sebagainya..mai kita tengok hasil dekorasi menggunakan frame gambar ye..


gunakan frame bersaiz sama untuk menampakkan keseimbangan penataan ruang dinding.chewah.pandai lak aku berkata-kata seperti interior designer kah kah kah.
 

frame yang diletakkan secara melintang akan nampak menarik jika ia digantung secara berpasangan.

 

sumber pencahayaan menjadikan ruang dinding tampak menarik dan menyerlahkan lagi imej di dalam frame tersebut ewahhhh

 

frame pelbagai saiz digabungkan.kreatif kan.

 

simple dan mampu menaikkan seri ruang.
 

boleh dijadikan sudut mengabadikan memori indah di sini..anda perlu bijak memilih warna yg seimbang dengan tema kediaman dan warna dinding.pelbagai rupa bentuk frame menyerlahkan lagi kecantikan kediaman anda ecececeh..

 

mana weh nak cari frame macam ni??mcm menarik aje..aku rasa dia tebuk tengah frame tu pastu masukkan mentol kecik,buat wirering blkg frame tu ke dinding pastu masukkan la kayu2 tu dlm frame tu gitu aje..boleh??kekekeke...serius kalo jumpa aku beli je terus!hahahaha
~
~
~
~
sekian idea deko untuk hari ini..kalo aku rajin aku sharekan la deco frame kat ghumah aku yer.ala simple2 jek pun...dan kalau nak cari mana frame mcm dalam gambar ni, korang pergi je kat ikea berlambak.macam2 harga ada.dari yg kecik sampai ke beso.yg penting kena pandai mix and match je mesti cantik la jadinya tu..heheheehee.well...selamat bercuti..esok aku keje bnyak baucer nak susun huhuhuhuhu

Wednesday, September 5, 2012

kau hado??

Assalamualaikum


Baru balik opis nih...dekat 3 jam melepak dalam dewan tan sri mahfoz khalid, jamuan raya kementerian kerja raya..first time masuk dewan tau.2 tahun lepas2 dok luar je berpanas..tahun ni jadik VVIP.hahahaha..puas hati dapat salam menteri, Datuk Seri Shaziman.menteri kesayangan kami..hohohoho...dalam dewan dah salam..kat luar salam lagi.gila kuasa uolsss!hahahaha!!rugi nya tak bawak kamera.hp pun tak bawak.lenggang kangkung kami.kalo tak bergambar dah dengan menteri dan khatijah ibrahim..kitorang siap lambai khatijah suh dtg tmpt duduk kitorang.pastu salam bagai.yg lain berpusu-pusu macam orang hilang arah nak bergambar dgn dia.aku tak tau la kalo siti nurhaliza yg dtg.mau siti lari belakang pentas sebab takut.hahahaha..aku request kat khaty lagu ku pendam sebuah duka and dia angguk..tapi masa tak cukup kot, masa dia salam dgn kitorang tu la lagu last dia perform.kecewa!my favourite song tu sob sob sob..kitorang dah keluar dewan nak amik apam balik.sekali menteri jalan ke luar lak bertemu warga kerja..sekali lagi kitorang salam..over!kau hado???hahahaha..masih handsome dan muda.kecik je orangnya.aku rasa ada makcik2 yg tak lena tido malam ni seh..kah kah kah!adoi, habis diet aku.makan banyak jugak walaupun rasa sikit-sikit...huwwwaaaaaa!!dari hari selasa makan free.esok pun sama, jamuan raya cawangan kami lak, cawangan pengurusan korporat.yahhhuuu........(macam la aku ni kaki makan sangat nak seronot lebey hahaha).

ari khamis

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni hari khamis.hari berbatik bagi kakitangan kerajaan..hari ni ku pakai baju batik setelah beberapa bulan tak pernah pakai.hahahaha..act aku ada 4 pasang baju batik (ok la kan dgn 2 tahun berkhidmat) tapi amat jarang nak pakai sebab malas gosok.dah gosok cepat aje berkedut.kecuali kain jenis creep tu boleh tahan sikit la..kalau ironing aid habis lagi la buat hiasan je baju batik dalam lemari ehehehe.sebab kat sini tak berapa nak kisah kau pakai batik ke tak (kalau kat putrajaya mau kena tindakan tatatertib nih hahahaa) aku tgk ramai aje yg tak pakai batik.kebetulan hari ni ada rumah terbuka kementerian kerja raya, kena la pakai batik kot sebab ada ramai orang besar kan...kang kena sound tak pasal-pasal.hahahaha..well, aku rasa badan macam dah ringan sikit.rasa ada pengurangan 1kg kot hahahahaha perasan!maybe sebab seminggu ni aku tibai oat je.lepas tu tak makan nasi.makan kat jamuan opis pun amik sikit aje.malam tak makan mcm selalu.rasa-rasa aje..semput pun dah 2 hari tak kena..ok la kot..akan ku teruskan usaha diet ni..insyaAllah aku target 2 bulan aku akan kurus dgn berat 56kg!!mampu????hahahhaha tengok je la heh ;p

Tuesday, September 4, 2012

setuju...tak...

BOS IS ALWAYS RIGHT!!

setuju??

im not agree with that!because why??bos hanya manusia biasa,yang tak lepas daripada melakukan kesilapan dan berperasaan..Jadi, untuk kata bos sentiasa betul..tidak sesekali...kecuali la bagi mereka yang pandai ambil hati, bodek bos kan...hehe :)

BUT...

CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT!!

Why??

Haruslah...customer yg bayar duit kat tauke kedai.kikikiki

awalnya sampai opis

Assalamualaikum


6.30 dah ada dalam ofis ye...mampu???hhehehe..today hubby got meeting at putrajaya..jadi kena pergi sendiri la kerja.sebab tu keluar awal tak nak tempuh jem.nak pulak malam tadi period...senggugut tak sangga ni ha..nasib baik bekalan ubat dan vitamin ada.harap2 bole bertahan la sebab 1st day kan..pagi tadi keluar dari umah semenyih 5.45 pagi.agak berdebar drive jauh pagi-pagi buta, bawak anak, nak pulak spec tinggal umah ibu!aiyoo...sesapa yg tak pakai spec tu, jagalah mata anda dengan baik..bila dah rabun, byk yg susah dari yg senang..esp untukku yg tak gemar pakai spec dan lens nih..hahahaha..

sampai umh ibu bawak keluar budak2 tu sensorang la...ipan dukung tangan kiri, zaraa dukung tangan kanan.mampu???hahahaa..i'm not complaining.sebab dah biasa.bukan tak pernah teruk lagi drp tu..masa hubby kat kelantan..kami dok apartment.pagi2 ku usung irfan dgn zaraa yg nyenyak tido kejut tak nak bangun.kiri kanan kendong anak, dengan handbeg dan kadang2 beg baju diorang sekali.jalan ke kereta (mujur dok ground floor) but klu tak bernasib baik dpt parking jauh dan kalau lagi tak bernasib baik sila lah bertemu sekumpulan anjing yer..pernah siap bawak payung lagi takut anjing serang..bole la ketuk sekuat hati.kekekekeke...pagi petang macam tu yer..hampir setahun kot..6 bulan dengan zaraa je sebelum irfan lahir,dengan perut boyot la masa tu...setiap hari..segala urusan pun buat sendiri,anak sakit,klinik semua sendiri yer..hubby seminggu atau 2 minggu sekali je balik 2 atau 3 hari..dah rasa dah semua tu..cuma bukanlah kita ni cite A sampai Z masalah dan kepayahan hidup kita kan.orang hanya nampak luaran..dalaman orang tak tau...tapi takpe, akhirnya kesusahan tu berlalu..alhamdulillah..yg penting abaikan kata-kata orang yg tak faham tentang hidup kita..keluarga kita..kan?? :)...pagi ni terbaca status sorang kawan..kesian..sejak kawen berjauhan.suami di sarawak..tentera kan.bertahun kawan dpt keje lain dan dpt tukar ke sarawak beberapa hari sebelum raya.seronoknya dia.tumpang happy untuk dia..sebab faham mcm mana masalah tu kan..malah dia lebih rumit..lagi jauh.lepas tu baru beberapa minggu tinggal bersama,suami kena bertugas ke manila 3 bulan pulak..so pity..dah la dia baru kat sarawak, tanpa sesiapa.kecuali anak kecil peneman kala sunyi.tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia kan..itulah, kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yg lebih susah daripada kita..sbg seorang yg pernah alami semua ni, aku sangat memahami perasaan si isteri dan dpt bayangkan hari-hari hidupnya tanpa suami dan keluarga yg jauh.tapi apa nak buat. itulah kehidupan dan harga yg perlu dibayar oleh seorang isteri kepada tentera..harap2 ain tabah dan cekal semangat.Allah sentiasa bersama kita inshaAllah..

well...today ada jamuan raya opis kami..semua disuruh pakai baju raya la kot...aku je tak pakai baju raya.hahahaha..malas la..takde mood sebab senggugut ni.lemau je badan.sakit perut sakit pinggang sakit peha semua sakit la...hahahahaha..eh, perut mcm berbunyi la....motip????kehkehkeh...errmmm nak terjah pantry cari oatmeal..selamat bekerja untuk semua..:)

Monday, September 3, 2012

hujung minggu

Assalamualaikum


Petang ahad lepas bawak la anak-anak g taman dekat umah sebab dah janji..bulan posa sampai lepas raya tak menjenguk ke taman budak-budak bertuah tu..hehehe..kitorang naik moto 4 orang,,mampu??motor takde bakul kat depan lak tu..kak long duduk depan, mama dgn adik kat belakang..ranap moto tu sebab ada dua orang debab yg naik kah kah kah!!memula pusing taman dulu, nengok rumah2 yg tengah renovate..pastu cakap la kami laki bini nanti nak buat itu nak buat ini macam la duit ada kan.hahahaha...

Kami lepaskan la anak-anak main, kak long takpe..ipan tu kena monitor..being a mommy to a toddler like irfan ni sebenarnya more challenging especially dia sangat lah lasak!orang naik papan lungsur dengan tangga, dia naik turun kat situ jugak.pastu turun tu kalau duduk takpe gak..ni otai je dia turun sambil berlari??sikit lagi nak gedebuk atas lantai.ada sorang budak cina same age but irfan younger 3 months than him.baik je.sopan.takde nak lari-lari cargas macam irfan tu.senang atok dia jaga.si irfan, eerrmmmm dia tak kenal erti berjalan perlahan-lahan..agaknya dia nak jadi atlit lumba lari 100m kut??kekekekeke..setengah jam je kami laki bini penat dah, dengan cuaca yg panas..so kitorang naik moto balik g ronda2..

Masa ronda-ronda tu kak long buat lawak aje..dia nampak budak2 yg ada tepi jalan semua dia tegur..hye kakak!kakak!hye!ramah benor anak pompuanku nih..lepas tu ada anjing tengah jalan...dia bole cakap "hanjengggggggg" *dalam nada manja pulak tu,macam panggil anjing tu nak bagi makan pulak..kekekeke..bukan anjing ye..HANjenggggggggg......hahahahahaha!!!

lepas tu lalu taman fasa 2, ada lagi anjing dengan tuannya sekali...kak long boleh cakap apa tau.."langgar dia langgar dia" kuat pulak tu!!hahahahah!!!sakit perut kami gelakkan dia.selamba je nak langgar anjing tu depan tuan dia..kui3...lepas round balik rumah dah dekat pukul 7.


sepetang di #thegreens #semenyihmewah3


oh, this is our breakfast..mee hailam in the houseeee...i took recipe from my mom..i woke up early in the morning and prepared this for breakfast..licin!hihihihi



and this is puding karamel..i cooked on friday night..act dah lama tak buat puding ni...berdebar jadi ke tak puding ku.hahahaha..ah simple recipe je ni, insyaAllah jadi..cuma manis sikit sebab kurang air dalam karamel tu..hubby suruh buat untuk bawak ke opis dia hari jumaat ni,ada pot luck jamuan raya.alamak!hehehee..malam ni nak buat puding roti lak..sedap pulak linda buat masa makan kat umah dia bulan posa ritu..dah amik recipe dari ana suzana..tunggu linda email takdak pun...hehehehe
~
~
~
~
itu aje cite kami anak beranak di hujung minggu ;)