Yang gojes gojes je

Sunday, April 29, 2012

Sepupu kahwin

Assalammualaikum w.b.t


Sabtu lepas kami ke majlis perkahwinan sepupu aku belah ayah aku, anak pak ndak aku, abang ayah aku yg ketiga.act dah beberapa tahun aku tak jumpa sepupu aku ni, sekarang dah pangkat Kapten Dr Dzull Fadhli..baru je thn lps kot balik Malaysia...lbh kurang 6,7 tahun jugak la aku tak jumpa sebab dia study kat Rusia..adik dia lak pun sama lama tak jumpa, yg tu study kat India sana nun amik medic jugak..yg adik perempuan diorang pun lama gila aku tak jumpa..tu study ACCA kat Uitm je, tapi lama gak tak jumpa boleh?hahaha..gile lama kan tak jumpa..masing2 pun sibuk dgn study dan kerja masing2, selalunya kitorang nih time kenduri la berjumpa ramai-ramai.Alhamdulillah walaupun jarang jumpa sebab sibuk tapi kami masing-masing kalau dah jumpa mulut pot pet pot pet bergosip..maklumlah kata lama tak jumpa..byk la benda yg nak ditanya kan..kak yana,wife sepupu aku siap ckp muka aku dah lain gila (last jumpa tak pakai tudung) kot..ahaks..dia cakap aku makin comel..huwarrghhhh kembang semangkuk jap!ahahaha (dlm hati alhamdulillah,segala pujian bagi Allah) ;p

Adik beradik belah ayah aku termasuk saudara mara dekat dan jauh memang ramai gila, sangatlah meriah!sampai ada yg tak kenal pun iye..hihihi..majlis ni berlangsung kat kem kementah sebab pak ndak aku rumah dia kat dalam kem ni..plus along (fadhli) pun di bawah angkatan tentera jugak (biasiswa kementerian pertahanan)..along dpt wife doktor jugak, bercintun masa di rusia lagi, skang plak bertugas di hospital yang sama kat bentong...wife along ni orang kelantan...hihihihi ;p

Aku tak bawak kamera jadi tak byk la gambar yg diambil plus memang tak dan nak amik pun dgn si kenit yg berlari-lari senang hati ke sana ke mari.ada la beberapa keping haaa buat tatapan aku untuk diabadikan dalam blog ni.



bersama sepupu, kena 'kerah' sambut tetamu..huhu



dari kiri, anak mak lang bakal doktor gigi..sebelah aku tu kak eda anak abg ayah aku yg sulung, pen pegawai kat majlis perbandaran kajang..masih bujang :)



along dan wifenya...hensem cousin aku ni..kalo tgk live, lagi la hensem putih melepak...dari kecik hensem ni..untung wife dia :)



si pembawa pedang



tiup semboyan ke apa ni..aku tak tau apa benda tu...hehe..masa ni berarak pengantin nak masuk.



aku dan adik2 sepupu...anak2 maksu aku,adik pompuan tunggal ayah aku..dari atas kiri athina, baru hbs foundation tunggu nak masuk universiti..sebelah tu kakaknya amelia skang study ekonomi kat uitm, zara byk ikut prangai kak ya dia, over and gedik masa kecik.hehe..pandai pun hope ikut kak ya tau zaraa...yg lelaki tu abg sulung syafiq, tgh study animation tak silap kat mulimedia university.



nasib baik kenit ni leka tgk kartun kalau tak letih mengejar dia.




angle yg lgsg tak best..haha!aku segan nak ke depan sebab tetamu vvip jek at depan nun ;p

 ~
~
~
Selamat Pengantin baru kat along dan wife, moga bahagia hingga akhir hayat..amin....



Hasil HomeDec 2012

Assalammualaikum w.b.t


Seperti yg aku beritahu sebelum ni pasal homedec 2012 kat klcc, maka semalam aku dan suami pun terjah lah ke sana tanpa anak-anak..nasib baik tak bawak depa..kalau tak mau jalan setengah jam aku ajak hubby balik.hahaha..lama berjalan mencuci mata, dekat 3 jam jugak sampai sakit kaki aku pakai kasut Bata tuh..terus hubby aku ajak pergi butik crocs, dapat la sepasang crocs baru...yeay! ;p

Talking about homedec, aku hanya lock price untuk wallpaper sahaja..nak kata murah byk dari yg kat luar tak jugak, tapi lebih murah la sikit..lepas tu aku beli jam dinding yg unik2 tuh..tapi tak byk choice,yg aku berkenan design tapi waran aku tak suka lak..tapi ada la jugak aku rembat 2 set warna merah dan hitam (dia datang sepasang) dan ada 2 set sahaja..aku beli set yg terakhir tu pun amik yg display..huhuhu..jam aku nanti tak sama dgn org punya la sebab dia buat tak byk stok..kira cam special la sket kat situ kan.ekekekeke..murah gak, satu set rm35 dua set jadik la rm70.....hubby aku yg bayar dan tak ckp byk apa aku nak..thx cygku....hihihi ;p


Kitchen cabinet byk pakej yg murah kat kubic..tapi aku rasa pakej2 tu sesuai utk rumah apartment jek..kubic hanya jual brg, kita sendiri kena call installer dan charge utk transportation dan installation, beli sinki paip,hob n hood,electrical dan kalau kena ubah paip semua kena tanggung sendiri..cthnya la kalau amik pakej dapur yg 2k punya,kalau tambah itu ini dah tak jadi 5,6k jugak?so setelah berbincang dgn hubby,kitorang nak proceed je dgn G-Classic...sebab semua complete siap aksesori lagi,soft hinge dan macam2 jugak la utk kabinet 9 kaki atas bawah dgn harga yg reasonable.cuma tunggu siap semua je,tak pyg nak pening kepala kena cari benda lain tu sendiri..utk hob and hood dlm pakej g-classic bg pun dapat brand rubine..sinki double,paip semua la..harapan aku nak dpt rege lg murah kat homedec?nan hado!kikiki

Mostly kat homedec nih semua barangan branded dan high quality, harga dah mmg mahal, bila kat homedec ni mmg boleh dpt harga murah la...mcm aku la kan,bukan aku mampu pun nak beli cermin bilik air rege sampai 700 hengget!hahahaha...so, kalau korang ada 50k dalam tangan baru syok datang sini..lagipun bathroom hardware,kipas lampu semua aku dah beli pun..so tujuan dtg homedec nak survey kitchen kabinet je dgn grill..grill pun semua wrought iron ye, takde besi bodo tuh je..yg tu kena g cari kedai kat luar ye uolsss..hahahah..lps tu aku berkenan langsir kat baguss curtain..aku hampir beli la nk letak kat tingkap dapur yg boleh tarik2 tu org sebut apa ntah,bukan langsir kain tu..alahai lupa plaks...ahahahaha...utk 2 roll tgkp rege rm399..nsb baik aku ingat, main nak beli je.ukuran kang tak tepat sia2 je duit aku hangus!terus tak jadi..hubby ckp nti pergi opis pemaju mintak ukuran semua kita g beli lain,homedec sampai rabu je..ceh bilanya nak pi?esok opis tutup cuti,rini aku keja...makanya gudbye la harapan nak langsir baguss curtain sob sob sob..

Kesimpulannya, kami byk cuci mata je la kat homedec...iye2 kuarkan duit kunun nak lock price macam2 lah..last2 aku hanya habiskan RM170 aje...yeay! :-)

baru tahu...:)

Assalammualaikum w.b.t

Apakah nifas?

Nifas atau nufas (dengan dhammah nun) ialah darah yang keluar dari qubul wanita selepas bersalin.Seandainya dia bersalin dengan cara pembedahaan, iaitu dengan cara membedah perut wanita hamil dan mengeluarkan bayi kandungannya dari bedahan tersebut, maka wanita tersebut tidak mempunyai darah nifas. -dari buku FIQIH WANITA-

**baru ku tahu, wanita yg bersalin melalui pembedahan tak mempunyai darah nifas...maksudnya tak keluar lah darah yang banyak beberapa hari selepas kita bersalin tu...hehehe..itu lah..byk baca blog hiburan, buku--buku untuk tambah ilmu tak nak baca...hihihi :p

Wednesday, April 25, 2012

tak bestlah iklan macam ni

Assalammualaikum w.b.t


Pernah tengok iklan kat bawah ni??Aku tertengok dalam paper metro..tak tahu nak cakap apa...hehehe...in my opinion, macam kurang sesuai la...tak semestinya produk untuk 'tenaga' perlu diiringi iklan sebegitu rupa, apatah lagi modelnya makcik2 dan pakcik2.Kesian model yang menjadi mangsa ni.huhuhu..ada lagi satu iklan tu yg pasal membesarkan payudara sebelum dan selepas, model tu bertudung dgn aksi menggoda...agak keterlaluan bila dialog dia berbunyi 'suami pun cemburu bila lelaki di luar sana menoleh ke arah saya!'...alahai...dah berdosa pulak kat situ sebab menayang aset...tauke2 produk ni pun janganlah over sangat kut iye nak melariskan produk dan model pula sila fikir baik dan buruk sebelum anda 'beraksi' ;)

Apa pendapat korang???





Tuesday, April 24, 2012

Adeh, sengal tumit kakiku

Assalammualaikum w.b.t


Mentang-mentang hari ni gaji masuk, laju je aku ke Sogo.hahahaha..tak plan pun nak pergi apatah lagi nak shopping..tetiba ofismate ajak makan McD terus laju ke sana!Aku cam tak caye je yang aku boleh jalan kaki melangkah ke Sogo tu, pergi balik ok!tak pernah-pernah la aku rajin nak berjalan dan membazirkan peluh aku, tetiba hari ni aku jalan kaki lak..jauh gak oit..dari jkr tu ke stesen lrt ke komuter kat bank negara tuh, cross jejantas turun naik tangga sampai lah ke sogo..but ok jugak kan kurang2 aku exercise..untung sebab cuaca mendung..tu pun berpeluh ketiak.kakakaakaka..aku rasa cam sihat je..semalam join aerobic class sejam 15 minit jugak, blk umh mandi solat terus pengsan sampai pagi penat punya pasal!hahahahah!sakit2 dah kaki aku ni ha byk berjalan.huhuhu..dah sampai sogo niat nk makan tak sah kalau tak terpesong..sempat jugak aku rembat kasut kat Sembonia sepasang..keh keh keh...orang??tokah ckp la ramai ke tak..heran jugak aku sogo tu manjang je sale, tak pernah yg tak sale..shopping la korang sampai lebam, korang banyak duit.aku takde duit.beli kasut terus balik la :p

Harga rumah menakutkan!

HARGA rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000.
Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira RM6,000 sebulan.
Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.
Tinjauan Jurnal di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga rumah teres baharu dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah harga RM460,000.
Di Kajang, rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang RM335,000 (24x75 kaki).
Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman dan tempat letak kereta yang mesra pengguna.
Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.
Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.
Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi,” katanya.
Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Beliau memberi contoh rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh lapan tahun lagi.
“Untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
“Secara purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM6,000 bagi golongan pertengahan. Jika harga rumah naik sekali ganda maka pendapatan isi rumah harus meningkat seiring dengan harga rumah,” terang beliau.
Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak.
Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam RM400,000 sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun.
Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.
Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya.
Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kuala Lumpur, NK Tong berkata, pelbagai faktor menyebabkan kenaikan harga hartanah termasuk pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.
“Dengan kemudahan seperti MRT, orang ramai akan mula keluar dari pusat bandar dan bertumpu ke kawasan pinggir Lembah Klang. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah akan meningkat,” hujah beliau.
Tambah Tong lagi, konsep bina dan jual yang suatu ketika dahulu hangat diperkatakan diramal dilaksanakan pada tahun 2015 dan ia pasti meningkatkan harga rumah.
“Jika konsep itu dilaksanakan, pihak pemaju akan mengehadkan jumlah rumah yang dibina dan ini mengakibatkan terjadi situasi permintaan melebihi penawaran,” jelasnya yang tidak menolak spekulasi turut memainkan peranan rumah dijual pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar.
Dalam situasi ini pasangan muda yang ingin memiliki sebuah rumah idaman pada masa hadapan disaran supaya menanam tabiat menabung sekurang-kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah.
Mentor kewangan, Azizi Ali berkata, senario sekarang menunjukkan kebanyakan pasangan muda bersikap sebaliknya. Mereka membelanjakan kesemua wang pendapatan dengan harapan akan ada lebihan untuk dijadikan simpanan.
Katanya, apabila menabung dulu sebanyak 10 peratus, pasangan masih mempunyai 90 peratus daripada jumlah pendapatan manakala jumlah hutang tidak boleh melebihi 40 peratus pendapatan.
“Jumlah bayaran untuk kereta tidak patut melebihi 10 peratus atau maksimum 15 peratus,” katanya.
Jelasnya, trend pasangan muda sekarang adalah mereka lebih cenderung memiliki kereta mewah hingga membebankan hutang isi rumah.
 “Kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada hutang sendiri dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan hutang,” katanya.
Bagaimanapun, kenaikan harga rumah mungkin memberi kebaikan kepada pemilik kediaman sedia ada.
Penjawat awam, Ariffin Ahmad, 30, memberitahu beliau membeli sebuah rumah teres dua tingkat pada penghujung tahun 2009 pada harga RM167,000.
“Tidak sampai setahun saya dan keluarga menetap di kawasan itu, harga rumah saya meningkat hampir sekali ganda menjadi RM288,000.
“Membeli rumah adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang tetapi saya lihat kini harga rumah yang ditawarkan semakin mahal menyebabkan ramai orang tidak mampu membelinya. Jika ada pun, pasti lokasinya di luar Kuala Lumpur,” katanya.
 
 
 

Mengapa jutawan Sendayu Tinggi pakai purdah??

Assalammualaikum w.b.t

Saja nak kongsi kisah Rozita jutawan produk Sendayu Tinggi..walaupun dah ramai tahu dia berpurdah dan cerita ni pun dah lama, saya nak kongsikan jugak apa yg dia cakap..Sebab saya tgk sekarang ni manusia makin sombong dan riak dengan kekayaan dunia yg mereka miliki sehingga merendah-rendahkan orang lain disebabkan perasaan bangganya.Moga perkongsian ini mendapat manfaat untuk kita dan diri saya sendiri.


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.



Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia…

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.


Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .


Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua
Sumber :- Facebook Warga omaQ.org

9 SEBAB MENGAPA HATI KITA TIDAK BAHAGIA

Assalammualaikum w.b.t


Kadang-kadang kita sebagai manusia, sering melakukan kesilapan tanpa disedari atau tidak..kadang-kadang juga kita tidak sedar sikap kita membuatkan orang sakit hati atau membenci kita..adalah baik kita sering merenung keburukan diri daripada mencari peluang menilai keburukan orang lain..kerana jika kita bersikap begitu, ia bermakna kita orang yg sombong dan hanya menganggap diri kita saja yg betul dan terbaik.Seterusnya rezeki tertutup sama ada dari segi kewangan, tidak dikurniakan anak dan sebagainya..rezeki untuk mengecapi kebahagiaan juga sukar dicapai..oleh itu jika inginkan ketenangan hati, buangkanlah dahulu sifat mazmumah yg ada dalam diri kita.Adalah lebih baik melakukan perubahan secara perlahan-lahan daripada terus hanyut dengan keegoan diri.



 Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan rasa bahagia di hati kita ialah:

1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad Dengki - Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya, sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama dengan menderma). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi Allah benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita ialah bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, bermakna itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu yang dapat dimanfaatkan.

6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan.

7. Ego - Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang itu menjadi paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika dia dipuji, dia akan menambah amalnya. Tetapi jika dikeji, dia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak dan takabbur dengan apa yang kita ada.

9. Cintakan Dunia - “Tidak ada harta, menderita. Dapat pun menderita!” kerana bila sudah dapat harta, susah pula untuk menjaganya. Berharta tidak mengapa, tetapi kawal perasaan hati supaya jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati nanti, kita cuma membawa amalan dan doa anak kita yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan:

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara keseluruhan yang disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya. Tetapi ialah kerana sifat-sifat MAZMUMMAH. Makin tinggi sifat mazmummah seseorang itu, makin ia TIDAK BAHAGIA. Samada bermujahadah atau membiarkan sahaja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua di akhir. Jadi, sama-samalah kita senantiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya padahnya. Wallah'hualam...

Ciri-ciri orang munafik

Asalamualaikum w.b.t


Hari ni kita ambil tahu tanda tanda seseorang itu orang Munafik ( Munafiq ) . Ciri ciri orang munafik banyak tersebut dalam Al Quran Dan Hadis Nabi . Orang Munafik boleh juga di ibaratkan musuh dalam selimut . Waspadalah dengan golongan orang munafik ini kerana banyak helah mereka dan tipudaya mereka .

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad.

Disini beberapa lagi….. tanda tanda orang munafik menurut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w untuk peringatan renungan kita :

Malas beribadah kepada Allah , Lupakan kepada Allah , Lalaikan solat fardhu , Mempercepat perbuatan semasa mengerjakan solat , Gemar meninggalkan solat berjamaah , Meninggalkan solat Jumaat , Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf , Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi , Menyembunyikan ilmu pengetahuan , Dusta ,Fitnah , Mengumpat , Mencaci maki , Mungkir janji , Riak , Hasad dengki , Bakhil , Sombong antara sesama manusia , Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya , Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai , Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya , Mengengkari Takdir Allah , Enggan berjihad dijalan Allah , Mempersendakan kesucian Agama , Menghina sahabat Rasullah , Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar , Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup , Menangguhkan pembayaran Hutang , Keluh kesah apabila ditimpa musibah , Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah , Menipu dalam jual beli , Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman, Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak) , Membuka rahsia orang lain , Membuat kerosakan dimuka bumi , Duduk dan bercampur dengan orang orang yang memperolokan ayat Allah , Mengubah dan menyalahgunakan ayat ayat Allah. Memakan harta anak yatim , Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam , Bermuka dua , Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang , Melampaui batas yang digariskan oleh Allah , Menghalalkan perkara yang haram , Bersumpah dengan selain nama Allah , Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin , Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim , Menuduh orang beriman bodoh , Memutuskan hubungan silaturahim , Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa dan Menghianati sesuatu amanah … Wallahu a’lam .

Fadhilat solat Dhuha

Assalammualaikum w.b.t


Bagi sesiapa yang banyak masa terluang di pejabat atau bila-bila ada kesempatan, marilah bersama-sama mengerjakan solat Dhuha..selain solat 5 waktu, adalah baik untuk kita amalkan solat sunat yang lain juga, supaya berganda pahala dan keberkatan diberi Allah S.W.T..insyaAllah..bagi yang tidak menghafal niat dan bacaan ketika sujud terakhir mahupun doa selesai solat, boleh la lihat pada buku atau kertas sahaja..tak salah asalkan kita berusaha, Allah akan lebih menyayangi kita atas kesungguhan untuk mendapat keredhaannya..lama-lama nanti kalau dah diamalkan insyaAllah boleh dihafal dengan lancar.


Kelebihan Sembahyang Dhuha 

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani)



sumber:www.islam2u.net

Monday, April 23, 2012

Aku,kosmetik dan bla bla bla

Assalammualaikum w.b.t


Update lagi..sorry la kalau ada yg bosan..eh ada ke yg baca blog cabuk aku ni?kikiki..hujung bulan, kami dah tak de keje sangat..awal bulan je yang sibuk..bosan sangat sebab tu keje update blog aje..ampun...huhu!

Aku nak share pasal kosmetik dan lain2 penjagaan diri yang aku pakai sekarang ni..kalau ada pembaca yang ada experience tentang produk yg digunakan dan best, sila lah share yer..syaratnya produk yang mampu milik aje tau..hahahaha

Untuk jagaan kulit muka aku gunakan.........



Nano White..aku beli semua set yang ada..harga murah je.so far aku pakai ok jelah,sesuai dgn kulit..moisturiser dia yg best, kulit mmg lembap.nak kata kulit jadik cantik cam Diana Danielle tu tak de la.janji tak naik jerawat sudah.so far aku puas hati je..cuma agak malas pakai masker..si ipan suka korek sbb dia heran tgk muka aku mcm hantu kot..kikiki..aku ada gak guna SKII..dua kali je aku beli..nak maintain 199 sebulan tu perit aku rasa sebab byk bnda lain yg lbh penting lagi..berkesan mmg berkesan..tapi blom tahap kemampuan aku lagi kot..nantilah tunggu aku jadik pegawai.kekekeke


aku guna bb cream from garnier sebagai bedak asas..kadang2 jek aku aku pakai..best jugak sbb rasa lembut je kulit..dah nak habis sebab zaraa main picit2 itu hari..kakakakaka



compact powder aku guna brand miyami from cosway..sebelum ni aku pengguna maybelline..tapi miyami nih lagi best so aku guna 2 way cake miyami aje..


lipstik aku guna brand maybelline mcm kat atas yg bekas warna pink nih..aku suka yg ni sebab warna dia pekat dan tahan lama.koleksi aku tak byk pun.2,3 warna dh cukup..bukan mcm zaman anak dara kaki make up.skang tak lagi..natural lagi bagus.ewah



 
lip gloss guna brand body shop perisa strawberry..sama gak kdg2 je pakai..2 tahun tahan kot dah jarang pakai..kakakakaka



perfume lak aku guna brand body shop..kadang pakai kadang tak..ms blom kawen aku pakai DKNY yg apple tu dgn estee lauder..lps dah berkeluarga automatik penjimatan berlaku di sini..good thing! :)



untuk scrub badan aku guna brand eriesya yang warna oren tuh..bagus scrub ni aku suka..cuma agak pedih sket la sebab butiran dia kasar2 lps tu kalau ada luka pedih sebab garam kan..so far puas hati je.kulit lembut je..aku pun takde masalah kat kulit badan so ok la.



syampu lak, aku guna head and shoulders je..kdg2 pantene kdg2 rejoice..belasah je..dulu masa blom kawen aku pakai loreal..maklumlah rambut rebonding haruslah jaga elok2 kan..skang tak kisah dah..hahahaha


bila dah bersalin, kenapa ye tumit kaki mudah pecah dan retak2??esp anak ke dua..so aku terpaksa la guna ellgy plus ni..tapi aku ni malas, kaki dah ok aku tak guna dah..pastu aku suka saja korek2 bagi pecah.hahahahaahh!!tak senonoh sungguh!lol



dan tak lupa...kalau aku tak pakai compact powder, aku tepek ni aje..sedap jugak pakai dia..bau pun wangi.harga tersangatlah murah!



losyen badan aku guna brand garnier yg botol kuning ni..lagi satu aku guna yg botol hijau aqua defense..losyen2 ni letak kat opis baru aku rajin pakai sket..hehehe



kat rumah aku guna brand vaseline..ada 3 botol berlainan jenis aku guna..tak habis2 lagi aku guna sebab malas pakai..kekadang hubby aku yg tolong pakaikan.........kat kaki jek ok!hahahaha!

Jadi itu saja la barang2 penjagaan diri yg aku gunakan..aku ni simple orangnya, tak kisah apa2 pun janji murah dan sesuai dengan aku dah la..korang lak macam mana??

















Esok gaji

Assalammualaikum w.b.t


Esok gaji yeay!semua pakat tak sabar sebab dapat tunggakan dan kenaikan gaji baru kan..Alhamdulillah..jgn lupa ucapkan terima kasih kepada kerajaan!Walaupun anda penyokong parti PKR yg sering menghentam UMNO, ucapkanlah juga terima kasih sebab anda pun merasa gak duit kerajaan bagi walaupun mulut prang pung prang pung dok mengutuk BN dan UMNO.opppsss!talking from real situation i have seen ye..hihihihi..tak kisahlah, tapi jangan lupa panjatkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan..jangan tahu merungut saja.tu tak bersyukur namanya ;p

Errrmm dah lama tak beli handbeg baru ni...tetibe!hahahah!


terbaru aku beli ialah pada bulan 3 tahun lepas yer!aku bukanlah suka shopping handbeg sangat.ada 2,3 pun dah memadai kot.time bujang dulu lain la.sembonia kat atas ni jek aku mampu, coach, LV even guess bagai tuh sorry la aku tak mampu kot, almaklumlah ada anak kecik 2 org yg perlu diutamakan keperluannya..heheheh.. tak tau la kot mr hubby nak belikan kat isterinya nih kan.tehee

Informasi berguna,jom check diri masing-masing!

Assalammualaikum w.b.t


Ok, aku tukar template lagi..kekekeke..tak best lak yg dynamic view tu pasal susah nak tgk org update blog..aku akan kerap tukar2 la kalo rasa dah jemu...ampun..hehehe..jom aku nak share sikit informasi berguna untuk korang..aku copy dari satu blog ni, tapi lupa la plak..malas aku nak gugle balik..ampun ye tokey susu..hihihi..jom..check diri masing2 ada tak tanda-tanda seperti di bawah :-


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :- 

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak
: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering
: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. 

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah
 . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) Kerap Kencing
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar
 : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Sunday, April 22, 2012

The happy me

Assalammualaikum w.b.t


Korang dah makan?Alhamdulillah..aku pun dah..tapi kesian sangat kat aku..makan sayur kubis jek sob sob sob takpela nak sihat punya pasal lah kononnya tu.ahaks

Malehnya nak menaip, apa kata aku letak gambo je baru aku cerita sikit-sikit yerk? ;p



sabtu malam ahad, bawak anak-anak main kat klcc park..tgk si ipan tuh, kuat betul tgn dia bergayut..hahaha!penat kejar budak ni, dia kurang pandai berjalan tapi terlebih pandai berlari tanpa henti.aku kalau g sana mesti kena pakai tshirt dgn sua track, pastu pakai tudung ala2 makcik..sebab tak guna nak melawa, nanti berpeluh2 mengejar ipan ni.huahuahua

 

tgk anak dara ni, budak lelaki pun tak panjat macam tu tau..dia panjat dari bawah sampai atas.tinggi jugak tau.aku tgk kan je, kalo dia jatuh aku tepuk tangan jek.kejam tak?kui3

 

nasi goreng kampung breakfast pagi ahad..byk betul aku letak cili padi.memang pedas la sampai hubby aku sakit perut..hehehe..makn dgn ayam goreng, kenyang sampai petang.

 

manggo puding..dessert petang sabtu.aku saja letak syrup hersyey tuh.stok puding ada lagi, apa lagi campurkan lah dengan air dan susu cair siap!

 

petang semalam aku buat puding marble..1st time buat tgk resipi..alhamdulillah menjadi..sedap pulak tu..ahahaha puji diri sendiri jap..mcm biasa aku mesti buat untuk ibu aku sekali :)

 

kanak-kanak riang belum mandi, sibuk main belon sambil mamanya mengemas rumah.itu sajalah serba sedikit cerita di hujung minggu..mcm biasa, hidup aku hanya dgn keluarga dan aktiviti masak-memasak.apa pun aku bersyukur dgn kebahagiaan hidup sekarang ni..walaupun semua serba sederhana, tapi aku tetap gembira....:)