Yang gojes gojes je

Wednesday, February 29, 2012

update berat terkini

Ok...dengan dukacitanya diumumkan berat saya tak turun langsung sepanjang berholiday 3 hari tu..nak kata makan byk tak pun,tengah hari saya amik nasi sikit je segenggam.pagi sy tak makan.mlm dah pergi tmpt ikan bakar haruslah makan,tapi tak mkn nasi pun meratah lauk je..blk rumah sedih berat tak turun langsung utk minggu tu..ataupun sebab saya kurag minum air kot..saya rasalah!stok dah habis pun sebulan,target untuk turun 10kg???nan hado!hahahhaa..turun 5kg jek pun.mana nak nampak kurus lagi.cuma yg seronok size seluar daripada 32 dah turun ke 28 la..target saya nak berat 56kg.sekarang 63kg lagi oi...dan saya pun tak berniat nak teruskan dgn ssolution..bukan sbb tak ok,bagus je produk ni mmg tak lapar kalau kita minum dia...tapi sebab tak mampu nak maintain RM421 setiap bulan..so saya beralih kepada satu produk ni...nama dia slimherbs..rm95 je untuk sebulan..kan lebih jimat..saya dah order pun.sebelum ni pun saya dh pernah dgr psl slimherbs ni siap nak order lagi..tapi takde rezeki duit hbs lg byk kat tmpt lain...kih3...ala kalo duit byk ok je kan.ni sebab takde duit la mcm2 alasan..ahahhahaa...ok, nti kita tgk pulak mcm mana kesan dgn slimherbs nih..huhuhu ;)

shopping at Thepoplook.com

Saya minat betul dengan dress yg dijual kat Thepoplook.com ni..makan hati je tgk dia update new design kat facebook, lps tu ramai lak selebriti2 pakai baju2 from them..tapi tiap kali nk order je bukak website dia, terus saya tutup balik walaupun dah listkan nak itu nak ini (mcm lah duit byk hiks) tapi terus tak jadi nak order..pasal apa???pasal booking online dia tak sama dgn kita beli online yg biasa2 tuh..kalo yg biasa isi order form lps tu bank in duit settle...simple la..tapi kat poplook lebih 'maju' la untuk saya yg agak buta IT nih huahuahua...punya lama la dok godek jugak sebab nak jugak beli baju tuh..siap tnya kat fb lg nak order tak phm.hahahha..lps tu barulah try isi semua..wah sangat sistematik!jakunnya aku!!!hahahhahaa...dan terus la byr by maybank2u..dah settle tunggu sampai je baju tu..ngeh2...dgn itu secara rasminya saya mengumumkan duit dalam akaun saya tinggal RM9.89 sen je!nak makan apa sampai dapat gaji nanti???huhuhuhu ;p


ni lah dress yg saya order tu..ni pandangan dari belakang.hopefully muat la.hehhehe.

kalau nak beli sila la ke thepoplook.com ye!



minat betul dgn dress ni tapi out of stock..tunggu dia restock balik la ;)

Tema hiasan penting

Tadaaaa...nak share pasal dekorasi lah pulak boleh??saya pun tengah mencari-cari idea lagi macam mana nak menghias rumah saya nanti..dalam kepala memang dah ada perancangan, cuma tunggu masa untuk melaksanakan je..yg penting saya mengikut bajet la..kita buat ikut kemampuan kita asalkan nampak kemas dan cantik dan kita puas hati betul tak??Cakap pasal cat, mula2 saya ingat tak nak cat rumah tu, biarkan je warna putih yg pemaju bagi.tapi kalau dicat, rumah kita akan naik seri betul tak?cuma saya agak konfius nak cat satu rumah cantik  atau cat beberapa bhg dinding yg sesuai dengan susun atur perabot dan perhiasan..masih mencari idea ni..jom saya share sikit info yg saya dapat ;)

MENCIPTA ruang dalaman yang sempurna bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan perancangan teliti agar tidak terikut dengan kediaman orang lain. Ia lebih memberikan cabaran apabila berpindah ke rumah baru kerana suasana itu memberikan ruang-ruang dinding yang kosong.
Pilihan penataan memberikan gambaran gaya hidup penghuni kediaman itu sendiri dan ia menjadi tatapan tetamu yang bertandang.

Fikir konsep atau tema asas, pengisian ruang atau warna-warna yang sesuai termasuk penataan cat untuk segenap inci kediaman anda.


Cat semestinya menjadi elemen terpenting dalam mengubah suasana suram menjadi lebih ceria sepanjang masa.

Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skima warna yang anda inginkan.

Bandingkannya dengan langsir dan permaidani atau lebih baik jika anda uji terus ke dinding anda.

Biasanya cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding.

Jika anda ragu dengan tona sesuai, pilih yang lebih pucat dan dapatkan khidmat nasihat dari kedai cat yang anda kunjung itu.

Perancangan yang dibuat termasuk bajet perlu diambil kira dan anda boleh mengelakkan kediaman menjadi bahan uji dekorasi.

Dapatkan idea yang jelas berkenaan pembinaan dan hiasan dalaman kediaman anda untuk keselesaan semua.

Pembinaan dalaman bermaksud struktur atau kemudahan yang anda bina di dalam rumah selain dinding, lantai dan siling yang sedia ada.

Ia mungkin kabinet, almari pakaian atau dinding sempadan yang menambahkan seri kediaman.
Hiasan dalaman pula antara elemen yang memberikan warna, tekstur dan estetika kepada ruang-ruang dalam kediaman anda.

Ia mungkin cat, kertas dinding, lukisan, gambar, kemasan langsir atau perabot seperti sofa mudah alih.

Kombinasi yang kreatif serta bijak antara pembinaan dalaman dan hiasan dalaman menyempurnakan idea anda itu.

Jika anda melihat sesuatu perhiasan dan berkenan di mata padankan dengan latar kediaman anda dan kenal pasti sama ada sesuai atau sebaliknya.

Elak membeli, memilih atau membina secara rambang jika mahu menjadikan dalaman rumah anda benar-benar menarik dan membanggakan.


sumber:http://hiasanrekaindah.blogspot.com/

Masak yee mee

Assalammualaikum...selamat pagi...nyamannya cuaca, sejuknya aircond kat opis ni.yelah sebab dari semalam hujan je kan.sampaikan lepas je isyak semalam saya terus pengsan dalam bilik tak sedar apa sampai pagi.hahahaha..mcm letih sgt je kan...act tak de apa pun nak story, tapi nak jugak update blog, jadi saya nak cerita la pasal menu untuk dinner semalam je.ni kira menu plg malas lah ni...saya masak yee mee.kosong tak letak apa, letak fish meatball dgn sosej je. pasai malas nak kuarkan seafood yang beku dari fridge tu.tak kisahlah janji suami dgn anak-anak dapat makan kan.hehe..hari ni plan nak masak ikan siakap stim pulak so kejap lagi ada pasar tani kat ofis ni, nak beli ikan siakap la..hopefully ada...ok tu je nak cerita ;)

gambar tak berapa clear sebab wap panas melekat kat kamera.;p


Tuesday, February 28, 2012

Anak siapa tu?

Nak cerita sikit la...hari isnin baru ni saya dengan hubby cuti.Tengah hari tu kami lunch dekat restoran nasi arab dekat kajang, lepas tu saya ajak la hubby pergi tengok rumah kat semenyih sekejap, dekat sebulan dah tak buat lawatan tapak.hehehe..sama je keadaannya...cuma dah ada guard je..cepatlah dapat kunci oi....huhuhu...ok masa kami sampai tu, nampak ada 3 orang budak sekolah menengah tengah 'study' kat pondok dekat taman depan rumah kami tu.2 org lelaki seorang perempuan, pakai baju sekolah dengan 2 bijik motor.siap ada buku lagi konon-konon 'study' la tu..nampak macam mencurigakan je..kitorang reverse kete nak balik lepas tu baru la nampak 'agenda' sebenar budak hingusan ni..depa ni couple, yg lelaki lagi sorang tu peneman dok berdating la..jadik informer kot JAIS datang serbu kot.duduk sebelah2 sambil buku di sisi konon2 nampak mcm study la...padahal nampak dok berpegangan tangan di celah-celah baju tu.setakat tu je saya nampak tau, selebihnya mana budak jantan tu masukkan tangan dia no komen..sedih betul tengok budak2 ni..kecik-kecik lagi dah terjerumus ke lembah maksiat dan tak mustahil boleh jadi sampai berzina nanti..siapa mak bapak dia?mana mak bapak dia?mak bapak dia tau tak anak dia pergi mana?tak telefon ke tanya dah balik/pergi sekolah belum??ikutkan hati ni nak saja turun dari kereta, sound budak2 ni suruh balik rumah.itu baru sikit yg kita nampak.remaja sekarang tak terkawal langsung, semua benda nak cuba.lepas tu termengandung, terberanak and finally terbuang anak!!Ya Allah kau lindungilah anak-anak dan zuriat keturunan kami dari maksiat dan zina!amennnnnn....

Kejam sungguh kau pengasuh durjana!

Kejam...memang betul-betul kejam...manusia yang sanggup buat macam ni dekat kanak-kanak kecil..memang takde hati dan perasaan..lebih tepat lagi boleh label mereka ni sebagai binatang je.Disebabkan marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, Johor bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.Apa perasaan ibu bapa kanak-kanak yg menjadi mangsa tu ye bila tengok keadaan anak diorang macam tu??kalau saya la agaknya..mau saya bagi penampar,penyepak kot kat pengasuh jahanam tu..memang saya buat sungguh!geram betul tengok!Nasib baik la anak-anak saya dijaga oleh mak saya sendiri..sebab tu saya senang hati pergi kerja, tak payah fikir sangat anak ok ke tidak dekat rumah.for those yg takde choice untuk hantar anak ke nursery, hanya doa dan tawakal sahaja la yg mengiringi..nasihat saya kepada ibu bapa yg hantar anak ke taska/nursery/day care, sila pastikan taska tersebut berdaftar dengan JKM..if anytng happen, mudah untuk kita ambil tindakan..jangan ingat taska yg berada di bawah pejabat kita tu taska yg sah sebab tak semua yg berdaftar, kebanyakan kes di Putrajaya yg kita dengar sebelum ni..jadi pastikan selidik dulu latar belakang nursery..pastikan yg berdaftar dengan JKM ok...apa2 jadi nanti...saman je!eh sikit-sikit nak saman ;p




rujuk paper harian metro hari ni..sedih btol tgk budak ni kena dera..mesti seksa,nak menangis tak boleh,ditahan-tahan dekat dada.kalau ada asma mcm mana??apa hukuman setimpal agaknya yg patut kita bagi pada pengasuh durjana ni??eeeeiiiiii geram!

Monday, February 27, 2012

habis bau udang!

Memandangkan kerja dah settle dan takde apa nak buat kat opis ni..memang la rajin nak update blog.ada je ceritanya kan..cuba kalau tak masuk pejabat, takde la updatenya..hehehe..tadi saya shopping brg basah sikit kat pasar tani ofis, ada la beli udang besar, sotong, ikan kerisi dengan ikan merah sikit.buat lauk untuk masak minggu ni.Semalam pergi carrrefour, takde lauk yg fresh pun.walaupun mahal sikit la kat sini, boleh je beli tapi takde la beli banyak-banyak..kebetulan saya bawak tupperware tadi sebab bwk muffin dari rumah, terus saya bukak fridge keluarkan semua lauk, kupas kulit udang, buang taik udang kat belakang tu, bersihkan sotong, dan ikan..basuh bersih lepas tu simpan dlm tupperware, letak blk dlm peti sejuk..settel kan kerja..balik nanti terus masak je....bestnya...tanpa menyedari saya dah mengunakan air yg dibayar oleh kerajaan untuk peribadi..ahaks!tak teringat pulak..so sekali ni jelah ye..tu pun sbb ada tupperware je....kui3...sorrrryyyyy...:p dan akibatnya tangan dah busuk berbau udang+ikan+sotong!!!


 Resipi untuk dinner???kuewtiaw ladna ;)









MY:balik nanti nak g beli tilam baru.weeeeeee :p

Irfan yg memeningkan kepala mama!

Happy lunch hour bloggers!3 hari ni habis diet saya sebab g holiday kan, makan pun tak terjaga..so hari ni saya start diet blk..syg kalau tak jaga sebab dah turun 5kg, opismate pun ada yg tegur pipi dah cengkung sikit...haishh kalau turun 10kg agaknya org tak kenal kot?hahahhaa...ok, nak story pasal hero saya la...irfan tuh...inilah org kata kan..anak perempuan dgn lelaki tak sama..ingat zara tu dah cukup lasak..sjk ipan dah blh jalan dulu, mmg tak terkawal sungguh si kecik ni.lasaknya alahaiii....kat umh dah mcm Dave jerit kat Alvin (cite alvin n chipmunks) iiipaannnnnnnnn!!!!hahahaha penatnya la dgn budak kecik ni..he's so tiny...tapi fizikal tak melambangkan betapa aktifnya dia...kecik-kecik cili api orang kata.bab mengumbah pinggan mangkuk,bukak tutup kabinet,panjat kerusi sampai atas meja makan,berdiri melompat-lompat pulak toksah ckp la..tuang susu lps tu lap dgn kain dia, tuang air lps tu cepuk2 dengan tangan,tukar channel tv,ketuk tv baru mama tu..huhuuhuh..bila kita marah buat dek je..mmg tak makan saman langsung.bukak tutup plug la yg paling geram sebab bahye kan.tak larat la dgn budak ni..dia mcm anti je bila tgk umh berkemas..lps saya kemas, dia akan amik balik bantal semua sepahkan kat bawah balik.mcm tu jugak mainan.geram je!!!Lepas tu dia akan jadi hyperaktif kalau bwk masuk bilik..msuk bilik je dia aktif semacam menjerit melompat kesukaan,main dgn kakak dia.naik turun katil, mengumbah kabinet tv, bakul kain yg dh pakai dalam bilik tu.hbs dia sepahkan.bila kita babab tgn dia,kemain lagi melawan balik.lps tu buat muka comel...hehehe..masa kat PD last week, keje bergaduh je dgn kak long, kes rebut pelampung,rebut botol air.hahaha...kelakar sgt tgk..tau tak,bila kita dok perhati gelagat anak ni...rasa bahagia sgt.hilang segala mak bapak stress atau tension,hilang marah.wlpun kdg2 penat blk keje nak buat itu ini,anak pulak menyepah bg tumpah itu ini,main kejar2 pulak dgn diorang...bila tgk je muka diorang, hilang rasa penat tu kan...tak tau nk ckp betapa sygnya kita kat anak-anak kan...apa pun haruslah tak melebihi kecintaan kita kepada Allah,kerana anak-anak kita itu bukan milik kita, tetapi milik-Nya...doa saya semoga kesihatan dan keselamatan anak-anak saya sentiasa terpelihara, dan moga mereka menjadi anak yg soleh dan beriman...amennnn...


tengok la tu...landing baik punya sambil tgk tv...notti betul budak rambut keriting nieh :) *hugs*


~
~
~
~
MY:nak landing dalam surau sampai pkl 1 lps tu terus solat zuhur.hihi :p

Cuti-cuti at Tiara Beach walaupun demam,go go holiday! :p

Assalammualaikum....

Hari ni baru masuk ofis uolss...semalam terkedang sebab kepenatan akibat berholiday sedangkan diri tuh demam sampai ke la ni haaa...padan muka diri sendiri la kan...kih3...nak cite... minggu lepas tanpa plan yg bebetul, lps maghrib jumaat tu kitorang terus gerak ke Port Dickson..dengan hotel nya baru la booking tengah hari tu...batangkan ler...plan nk cuti mmg dah ada.tapi sebab ipan boy selsema n batuk, omaknya pun sama, ingat nak tunda ke minggu ni jela..sekali tetiba rasa tergediks nak g jugak hari tu...hahahah..punya survey hotel, nak stay kat Avillion sekali penuh..Lexis lak..kalau walk in je masuk mak ai rege bilik 700++!rasa membazir lak, baik buat benda lain walaupun ikut hati gamble je asalkan puas hati.nsb baik suamiku penjimat orangnya..heheheh...last2 buat decision pergi Tiara Beach Resort sebab situ ada Theme Park, niat nya pun nak bg kids yg happy, bukan omak atau bapaknya yg nak main air kan..ritu jugaklah call membe kpd membe yg keje kat sana,terus booking..murah la sikit sebab bukan melalui hotel.masa tu mmg tak terbayang pun bilik camne sbb tgk kat website dia nampak ok je...malam tu lps kitorang sampai,amik kunci,masuk bilik..alahai...kecewa!!rasa nak nangis pun ada..huhuhu..bukan bilik tu tak selesa.ok je besar..tapi kan environment dia sgt la sedey!dah la mengadap hutan, laut pun takde...*salah sendiri tak tanya ejen tu betul2. Terus rasa nak nangis.sebab plan cuti ni nak rehat je dalam bilik memandangkan diri tak berapa nak sihat..so nak la bilik tu mengadap pool atau laut..tapi hampeh!!puas la hubby pujuk malam tu.sebab salah dia,dia yg nak cari resort murah sikit.sedangkan Thistle ada je kosong bilik,rate 400++ je pun..apa lagi nangis la bini dia ni heh..hahahaha *tipu dan-dan ler dia sibuk dok mentenet nak booking hotel lain pulak...ceh tak payah,dah check in,duit pun dah bayar..sebal je rasa...dengan iron takde,nak cari makan punya la jauh,kafeteria kena nek kete kalau nak pergi kat depan nun..mmg not reccomended la kat korang..bygkan ler saya bwk bnyk baju jalan,tapi pakai baju yg sama dari hari bertolak,jalan sana sini,sampai la hari blk kl,t-shirt tuh je la tibai sebab takde iron.sabar je la...tension betul..hari sabtu tu baru la nampak ramai yg dah datang..bangun pagi pkl 9 dah siapkan anak-anak dgn swimming suit nak intai pool best ke tak..hahahaha..jom tgk gambar ;)


walaupun bilik resort cam hampeh,tapi pool dia mmg the best untuk kanak-kanak!kemain suka budak 2 org ni main air..ipan sampai meleleh hingus tak nak naik.heheheh


seluar tu saya g beli hari jumaat tu kat sogo dgn my bff anne yg dtg jemput kat opis.nak cari yg full punya kemain la mahal sampai seratus lebih,tak berbaloi kot bukan selalu mandi kolam pun.yg murah sikit harga dlm 60++ tak de size lak..ha yg ni jela plg kecik untuk dia..kesian dia sejuk.ahaks.


tengok,best kan theme park dia..teruja betul..hubby lak bengang je tak dpt nak join kolam untuk dewasa tu sebab kene main dgn anak..kih3..



macam model dah anak ku ini...hhehe



over



dia dah makin berani turun kolam yg agak dalam.minggu ni nak bwk mandi pool lagi kat desa water park pulak.linda...jom???



ni kalau mummy anne tgk mesti dia ckp gediks mcm mama.kui3.



my hero



kolam kat sini mmg best,besar,luas dan cantik-cantik..kalau pool dia i reccomend la.



nak turun g cari makan 





tengok apa tu???



funny btol tgk ipan,kemain pandai dia berenang,tergedik2 je kaki dalam air,tepuk2 air..dia la plg kecik kat situ yg turun naik kolam..org gelak je tgk dia.


ni main tepuk air yg lebih.



kesian,bgn pagi lapar makan cikedis dulu sementara nak keluar cari makan.



so itulah kisahnya 2 malam kat sana..mmg tak pergi laut kat teluk kemang langsung pun sebab cuaca sgt panas,saya lak tak sihat.teruk betul selsema..ipan pun sama.nasib baik dia tak demam teruk..apa pun wlpun holiday kali ni tak brp nak best sbb mslh hotel dan juga kesihatan, happy tgk anak-anak seronok main.pagi ptg bwk g pool..menggigil pun tak nak balik..hahaha..insyaAllah hubby dah janji bulan 5 nanti lepas dah pindah rumah, nak g PD lagi sekali,,nak stay kat Thistle pulak...:)

~
~
~
thanks for reading

Thursday, February 23, 2012

Hargai setiap masa bersama anak-anak kita

Masih belum terlambat untuk ucap takziah kepada adik Faris.rasanya ramai dah tahu kisah ni kan...insyaAllah syurgalah tempatnya..ameenn..

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian...

 1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.
Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.


To my angel Zaraa and irfan, mama loves u so much..maafkan mama jika ada memarahi,memukul atau merungut selama ini..mama janji akan jadi ibu yg lebih baik dari hari ke hari (setiap hari mama berusaha) insyaAllah....*hugs*

Teruknya selsema!

Adoi....teruknya selsema ni..tak henti-henti bersin accccummmmm!!*tgh taip ni bersin tau hiks. dah tau dah,takde nak elok 2,3 hari ni ha..silap-silap sampai seminggu.selalu macam tu la..antibodi sangat lemah, tetiap bulan demam.tapi skrg ni musim la...ramai je dgr demam.irfan dgn zara pun selsema batuk.dah makan ubat selsema, haruslah mengantuk.silap-silap masuk tido dalam surau kejap lagi.dah bgtau cc hari ni nak half day la..tak larat..act rini dah janji dgn my BFF Anne nak lunch sesama.lama sgt tak jumpa and gossip gurl.ahaks..dah janji kan, kena jumpa jugak la..lps lunch me terus balik rumah,makan ubat n tido!!act mlm tadi ipan boy buat hal lagi, bgn pkl 3.30 pg tak tido sampai la subuh..nak main je keje dia.geram betul dgn si kenit ni..dah la mama tak sihat ni..adik..adik..nasib baik comel.heehehe..well,selamat bercuti hujung minggu to all bloggers..kalau sihat esok nak bertolak ke PD, cuti2 rehatkan minda! ;)

Wednesday, February 22, 2012

letak mana?

ada membe tanya,mana saya letak brg2 yg saya beli smntra nak dpt kunci rumah?hahaha ok begini la keadaannya....masa memula sampai mcm ni la.lps tu kitorang kemas dan susun ats almari baju.esp yg kaca tu sbb kalau letak dlm stor,tkt budak2 ni masuk main tak psl2 pecah.yg bukan kaca me ltk dlm stor yg sempit tu la.nak buat camne umh skrg ni mmg kecik,padat dgn brg lak tu.terpaksa la bersesak sikit.hey cptlah dpt kunci oi...tak tahan sama jem kt BMC ni makim menjadi2.nk ke umh my parents yg tak sampai 10 min blh jd setengah jam kat traffic light saja.mengalahkan duduk kat semenyih pulak.org2 yg ddk sini mmg tertekan dgn jem kat traffic light tu.hrp phk terlibat amik perhatian la.dh byk kali msk paper.pnduduk pun byk kali mtk hapuskan tol 90 sen tu.sian kat org yg duduk sini la.me tkpe nk pindah dah.hehehe  




demam

hari ni saya mc sebab tak sihat.act dari semalam lagi dah rasa tak sdp bdn.perut dr pg smpi ptg sakit.mcm skt sengugut tu.ubat mmg dh mkn.pg tadi mmg tak lrt la nk bgn g keje.dgn selsema,sakit tekak tak ingat.kalau msuk opis jgk dgn econ y sejuk tu mmg lagi teruk la n lama nak tunggu baik.selalu mcm tu la.so nekad je la mc rht kt umh.irfan pun tak sht jgk,ptg smlm bwk g an-nur.rini hbby hntr umh onni sbb me tak larat.zaraa tkpe sbb dia dh bsr pandai mandi makan sendiri.sygnya kak long,semua pandai buat sendiri.mama tak susah dah.good gurl.eh batuk tetiba lak..nak g kinik kete kat umh ibu pulak.ptg la kot baru nak pergi.cptlh baik demam,klu tidak cancel ler nak cuti cuti mesia hjg minggu ni...

Tuesday, February 21, 2012

Review filem Safe House

Last week lepas beli brg2 untuk rumah me n hubby menggatai nak tgk movie lak..sebab dua kenit tu tinggal, baru la ada can nak berdating..hehehe..memula nak tgk Ghost Rider 2 tapi lambat pulak..so kitorang decide tgk Safe House je even tak tau pun cerita ni macam mana..layan kan jela..memula agak boring.lps tu mmg best la, banyak aksi tembak menembak,pukul memukul.agak ganas la.kanak2 tak sesuai tgk yer...tak sia-sia la beli tiket mahal hari tu..huhuhu..nak tunggu filem 'Devil's Inside' pulak..nampak macam serammmmmmm je...





Tobin Frost (Denzel Washington), an ex-CIA agent turned international criminal, acquires a file from MI6 agent Alec Wade (Liam Cunningham). Attacked by the mercenary Vargas (Fares Fares), he enters an American embassy and is moved to a CIA safe house in Cape Town, South Africa.
The "housekeeper" is Matt Weston (Ryan Reynolds), a low-level agent. He watches Frost's interrogation by Daniel Kiefer (Robert Patrick). When Vargas and his men attack the house, Weston escapes with Frost captive. Weston contacts his mentor, David Barlow (Brendan Gleeson), at CIA headquarters. Catherine Linkater (Vera Farmiga), another senior CIA operative, orders Weston to lay low and call back later.

Cerita selanjutnya g tegon sendiri la...:p

new look!

Tadaaa...let's c my Zara's new look!Act mama potong rambut dia sebab dia sangat malas nak sikat rambut..mesti kena kejar satu rumah kalau nak sikat rambut dia..dah la rambut tu kusut..serabai sangat dah tengok.ikat rambut pun tak nak..apa susah...kita potong saja!!eeeerrmmm she's request me to cut her hair like Dora...ohhh pandainyer kamu ye...bila tanya rambut kak long macam siapa? 'macam Dora!' :)


for the first time gunting rambut dia tak menangis.sebelum ni..haru satu kedai tu dgr dia menjerit.hahaha..very good girl,kakak dah besar,dah pandai kan.tgk cermin je dia..nak pulak amoi tuh ckp dia comel,tersengih2 dia tgk cermin tak sbr nk tunggu rambut 'Dora' siap!heeeee



mama, am i look like Dora??ahhhh boleh la..lagi nampak mcm ank cina bila rambut dah pendek.hehehe..so mama tak perlu kejar dia satu rumah lagi untuk sikat rambut!

Tak boleh konvo??

Padan muka untuk diri sendiri!itulah,tangguhkan lagi untuk amik MUET, dah ujian kedua bulan julai nanti..ujian pertama untuk 2012 dah pun bermula haaa...huwwaaaa!!boleh lega sikit sebab call MPM tadi tanya,result exam bulan 7 akan keluar pada bulan 9...confirm katanya..kalau mcm tu sempat la konvo tahun ni sebab konvo pun bln 10..harus kene merayu kat pihak universiti la agaknya ye....ah nanges jap!!Nasib baik ada suami yg amat memahami kerenah isterinya yg manja nih.hukhuk..hubby ckp takpe la konvo tu bile2 boleh..kalau tak sempat betul tahun depan je la konvo yer...yg penting transkripnya tu nak buat modal mintak kerja lain...sob sob sob...tak apa la..kalau ada rezeki sempat la..klu tak,tunggu tahun depan je ler...eh tadi jumpa classmate kat uum,pergi sana jap buat correction kat slip exam itu hari,sok pagi uumkl nk hntr ke sintok..sesaja la tanya yuni, perodua ada kosong tak...ada la jwtn ksg utk executive,starting basic RM2500..tu tak termasuk kemudahan lain.wah!berpinar bijik mata kejap!but sorry...tak boleh mohon lg la,tunggu result exam keluar dulu la gamaknyer...takpe2...kalau dapat offer mcm tu mmg pejam mata je berhenti daripada jadi kerani kat sini..mmg lah syg sebab dh dpt gomen kan..tapi kalau tak berbaloi buat apa.baik tak yah sambung dgree kalau nak jadi kerani sampai mati.bukannya ckp kerja kerani ni tak bagus..idak ler...tp sbg manusia kita mesti nk upgrade jugak kehidupan bkn je akhirat untuk dunia pun kene jugak piki kan,untuk kesenangan keluarga dan mak pak kita..ada lebih boleh bg lebih kat mak ayah kan??huhuhu...yg best kije gomen ni 1st sbb pencen dan sng buat loan kot??hahahaah!!!takpela, hubby dah stabil dah dalam kerjaya dia di jabatan kerajaan,at least dia ada pencen,kalau saya masuk swasta pun takde masalah kot.apa pun kita hanya merancang,tuhan yg menentukan..rezeki tu akan dtg,sama ada cepat atau lambat je..yg pntg skrg ni kerja je baik-baik, improvekan diri dan fikir kerja kerana mencari rezeki yg halal.itu aje ;)

Monday, February 20, 2012

kesayanganku

Boring la time-time rehat cenggini...dah tak makan, nak tido pun takde feel..so..update blog jelah..layanzzzz ;)


this is my hero...amacam?cara yg betul naik beskal ye!



bukan kembar ye..bila jalan2 org suka pandang2 sebab ingat bebudak ni kembar, dah stroller utk kembar punya.sng sket mama n papa nak jalan, tak payah kejar salah sorang.


kusyuk je


mama n Zaraa..ish gemuknya saya bila pakai shirt camnih..gmbr ni last week, berat baru turun 3kg je.tak nampak pun kurus lagi..i want my old figure back!huhuhu :p


@papparich..zaraa with her favourite maggie celup.hehehe


Cuti-cuti meraikan habis study sekaligus anniversary :p

InsyaAllah hari jumaat ni nak g holiday la...berehat-rehat selepas berhempas pulas dgn exam dan juga menyetelkan hal rumah.alasan kan.hehehe..boleh la kot sekali holiday sempena anniversary ke 4 29 mac depan.sekali harung lah tu..hahaha..maybe nak g Tiara Beach Resort kot kat Port Dickson aje, dekat kan senang.mana ada duit nak g Bali,Jupun,Bandung bagai..rumah dah kata mai sini duit mai sini duit nak renovate tu...huwwwaaaaa!!act malas nak travel jauh-jauh dengan budak kecik ni, irfan lak kalau jalan jauh waktu siang mesti demam.g hantar pak lang dia kat UPSI mesti blk demam.so kita g PD jelah ye dokat jo..eh dpt rate untuk gov tau..untungnyerrrr...

me suruh membe tolong adjustkan bilik,tunggu reply dari dia la.act me pilih tmpt ni sebab tgk gambar kat tmpt ni, sesuai sangat la untuk kanak-kanak bergumbira..macam ala-ala sunway lagoon la lebih kurang..me pun rase excited nak ikut terjun sekali.muahahaha...ermmm hubby let's beli baju renang muslimah bole?gile mahai la swimming suit yg menutup aurat tu..kalau mmg selalu mandi pool berbaloi la beli.ni mandi kolam pun setahun sekali..kih3..so jumaat ni nak serbu Sogo la, beli swimming suit untuk irfan..tak comei la kalau pakai short je ;p

Petang jumaat tu ingat nak bertolak la terus check in sana.ahad baru balik.holiday 4 beranak puas-puas..mengeratkan hubungan,menyemai cinta dan kasih sayang :) errmmm bos, jumaat nak half day buleh tak?huhu

Moh nengok gambar!

best kan?zaraa dgn irfan mesti suka nih :p


ni bukan takat budak je,mak pak budak pun boleh hilang pertimbangan.hahha


lampu je la nampak cantik ;)


iye ke ada badut2 nieh?



ni belah mana pulak entah

Papa outstation je kids demam

Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki hari ni, kenyang perut sudah..makan segenggam kuew tiaw grg dgn sekeping roti telur, kenyangnya sampai rasa mengah!mau ke tidak kalau lepas makan telan 2 botol air mineral?muncit kedepan sudah....hehehhe..thx to u all moga dimurahkan lagi rezeki ;)

Dah makan byk pagi ni, maka ni la makanan terakhir untuk hari ni..skrg ni kalau saya makan byk sikit, saya akan stop makan selepas itu.sbb skrg bergantung dkt sssolution kan, perut tak la rasa lapar langsung.tinggal beberapa peket je lg untuk 2 minggu.lps hbs tu,kena diet sendiri la.insyaAllah boleh..syg kalau tak diteruskan sebab bukan sng nak turun 5kg dalam masa 2 minggu kan!rasa seronok bila pakai baju semuanya dah longgar sedikit,bahkan beli jeans pun dah turun 2 saiz!suka!:p

target saya nak dapatkan berat badan 56kg je dah cukup.tu kira saya dah cukup kurus lah tu,sesuai dgn ketinggian saya.cayok2!!Heee ;p..appointment dekat Dr Rehfeld untuk aromatheraphy massage pun tak terpegi lagi ha..sabtu ni kene jugak luangkan masa.2 minggu ni sibuk sikit.last week dah massage, me mmg recommend tempat ni kalau korang nak buat facial ke massage ke dll..mmg best,puas hati dan berbaloi dgn harga yg dibayar, tak mahal sgt pun berbanding dgn servis dia..try la ;)

Ok, nak cite pasal kids la...asal papa dia outstation aje diorang mesti tak sihat.Irfan semalam dah batuk-batuk.mlm tadi pun dia mcm tak selesa,badan berdedar sikit.pagi tadi dia bgn, me bg susu lepas minum habis dia muntah balik..3 kali dia muntah!pity him!dengan batuk dia lagi..dah bagi ubat dah malam tadi,ubat yg dia demam bulan lepas tu.kalau hari ni tak ok jugak kena bawak g klinik la jawabnya.dah mcm terbiasa pulak,papa keje luar je anak demam.haishhhh..cepatlah balik wahai en suami :p

Sunday, February 19, 2012

checklist untuk 1st stage dah settle!

Alhamdulillah.boleh tarik nafas lega sikit sebab barang-barang elektrik untuk rumah dah siap beli dah...itu termasuk la kipas untuk satu rumah, lampu, peralatan untuk bilik mandi dan juga water heater...cuma aircond je belum beli/booking lagi..perabot pun dah booking jugak, bila daapt kunci dan siap buat cornice baru la suruh kedai tu hantar..kiranya sekarang ni dah takde nak buat apa la kecuali nak renovate sikit aje..macam buat kitchen cabinet, cornice kat syiling, dengan awning aje..lepas kira-kira auot gate mungkin kitorang hold dulu kot, tgk dulu budget macam mana..tembok pun ingat nak tanya jiran sebelah kot dia nak share buat sama-sama kan.ataupun kalau dia buat dulu syukur alhamdulillah la.hehehhe..cuma tile kat depan tuh je nak pecah letak semua tile.itu sahaja la nampak gayanya..kalau ada duit lebih ingat nak tukar gate tu kalau tak, pakai je dulu yg pemaju bagi, cuma cat putih sahaja...hari sabtu n ahad memang kitorang shopping brg untuk rumah saja kat puchong.penat tak ingat la..nasib baik kenit berdua tu tinggal dgn aonni dia.kalau bwk diorang harus tak terkawal keadaan kot.hahahaha..kira area puchong mmg murah la..lampu kitorang beli kat top ten dgn houses lighting, kipas kat HL and water heater pun kat HL..act harga dua kedai ni ada yg lebih mahal ada yg lebih murah, tgk brg la..so surver je dua2 kedai ni..kedai lain pun byk tapi 2 ni la yg paling murah dan orang ramai sampai berlaga punggung!!yg best kat HL sbb siap ada nombor giliran untuk bayar.sistem mmg sistematik la.best!beli punya beli sebenarnya dah terlebih sikit bajet untuk brg2 ni..kalo ikut kiraan dah tetapkan jumlah maksimum, tapi lebih jugak..tu la kan...huhuhuh...takpe la janji puas hati bila tgk rumah cantik nanti.cantik ker?ahaks.perasaan?rasa gembira sgt sbb first time kot ada rumah sendiri..korang yg belum beli rumah lagi,nti bila dah beli mesti korang akan rasa excited yg tak terhingga..ke aku je yg excited lebih?hahahha :p so brg2 yg dah beli tu kitorang susun atas almari baju penuh sampai syiling.hehehehe..hai bila pemaju nak call suruh datang amik kunci rumah ni???? :p


Lokasi pertama beli kipas kat houses lighting..suggested by makcik norze..murah 2-3 rgt berbanding kat top ten
 

houses lighting jugak..ni beli lampu..sebelum tu dekat top ten beli lampu utk bilik tidur dgn toilet aje.utk luar punya kat top ten mahal sikit.

 
  
lepas borong lampu,kipas, jom balik!sebab kete dah full..hehehe..bathroom punya brg kitorang pergi beli esok tu pulak :)
 

itu jela ceritanya...act byk je bnda nak cerita..kat blog ni hanya secebis aje dari kehidupan seharian..bukan semuanya dikongsi..yg umum2 aje bole kongsi..buleh?hahahah..so korang kalo nak beli lampu dan kipas g lah kat puchong tu yer..mmg murah la berbanding tmpt lain..mmg kedai ni jadi tumpuan, dah mcm stesen bas yg sesak masa raya aidilfitri!

Back to work!

Hollaaaaa.....puas bercuti 2 minggu (puas ke?) hari ini sudah kembali bekerja...heaven je rasa 2 minggu tak masuk ofis,tak buat kerja...hakhakhak....mcm biasa la kalo cuti je kerja berlambak atas meja.slow2 la siapkan insyaAllah esok boleh settle kot :p

Hari ni hubby pergi PD ada bengkel selama 3 hari, makan kami anak beranak menumpang la di rumah ibuku selama 2 malam..huhu...entah nape takut pulak sekarang ni.dulu ok je lagi la laki dok kat kelantan kan..ni la namanya manja.bila takde boleh je buat bila ada mengada-ada..heheehhe..hubby drive sendiri kali ni sebab takde transport and dia sorang aja..so hari ni bawak kelisa la..dah lama tak bawak kereta rendah, rasa janggal pulak tadi macam duduk atas jalan raya.kih3..ok la nak cerita pasal checklist rumah.entry selepas ini ye! :)

Saturday, February 18, 2012

selesai beli kipas dan lampu

penatnyaaaaa....hari ni sy n hubby berdua pergi beli kipas dan lampu utk rumah baru kitorang.location dah tentu kt puchong.kitorang beli kipas kat houses lighting dgn lampu sekali pastu beli lampu lagi kat top ten.situ byk kedai tau tp blh nmpk la org byk kat 2 buah kedai ni je sebab murah.pntnya la hai mendongak tgk lampu mcm nak patah leher.kui3.dgn org ramai tak ingat.so dh tak yah piki nk bli lg dah settle!kipas beli 7 bijik semua brand KDK.kat luar punya beli yang 5 bilah ada remote.dlm blk tibai yg biasa wrna putih 3 bilah je cut cost huuhu!lampu semua sekali 17 bijik lain2 jenis.kitorg amik yg simple je sesuai dgn konsep moden.amoi yg packing tu ckp lampu kitorg pilih cantik n simple sng cuci.heheheh sesuai la kan bajet pun ala-ala kadar je.yg pntg mata sndri tgk cantik dah bukan nk bg org tgk pun kan.hehehe...dapat offer cermin blk air moden design dgn harga 35 je dgn pembelian 500 ke atas.sy amikk satu je utk toilet luar.so esok misi membeli brg2 utk bathroom pulak.bila settle semua ni dah boleh lega sikit.tinggal kos utk renovate sikit jelah.tu pun kitorang dh decide auto gate buat kemudian la..bila2 ada rezki blh je tambah.yg pntg kat dlm rumah je dulu.ok,perabot pun dah siap boking.meja makan,sofa,tilam,bedrom set,coffe table set yg sama dgn kabinet tv kat umh ni pun dah settle.paling best dpt beli floor lamp dgn harga 49 shj.apa lagi rembat 2 bijik terus!ni kat top ten.desig yg lbh krg kat ikea dgn hrga 500++.tak ke untung?cantik tau rasa nk psg terus je.hahaha....tak sbrnya nak pindah :

Thursday, February 16, 2012

syukur padamu tuhan :-)

alhamdulillah,perjuangan menuntut ilmu selama 5 tahun  akhirnya sudah selesai....hanya menunggu masa untuk dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi pada majlis konvokesyen oktober depan...pejam celik saya mula mendaftar di uum semasa masih bujang hinggalah kini sudah ada 2 orang anak baru habis.hehehehe....itupun sebab 2 kali saya terpaksa tanggu penajian disebabkan keadaaan kesihatan yg tak mengizinkan semasa mengandugkan irfan dan setelah melahirkan pun saya tak mampu utk habiskan sbb tak punya masa dan tenaga kerana suami tiada di sisi untuk membantu.tapi alhamdulillah semanat saya terus kuat biar apa pun dugaaan sy perlu habiskan juga.dan sykur sy telah pun melalui peperiksaan akhir dalam pengajian.dan insyaallah saya yakin semua berjalan dgn lancar.konvokesyen hanya satu penganugerahan.transkrip yg lbh pntg utk saya maju dalam kerjaya,kewangan dan kehidupan.segala tohmahan y pernah sy hadapi kini berbalas sbb saya amat yakin,kutukan dan hinaan org terhadap saya pasti akan membuahkan kejayaan buat saya dgn izin-Nya...terima kasih kpd suami yg byk memberi sokongan pd saya selama ini.insyaAllah jika ada rezeki dan peluang saya akan terus sambung buat master bulan Mei nanti.terima kasih ya allah atas rezeki dan kebahagiaaan yg engkau berikan pd kami.ameeennnn....




Monday, February 13, 2012

minggu exam

assalammualaikum

minggu exam yg sgt mentensionkan hehehe.semalam dah lepas 1 paper.hari ni ada 2 paper lagi.hope semua berjala  lancar dan y pntg tkde paper yg sangkut!huhuhu

Thursday, February 9, 2012

irfan buat hal

kepeningan tak ingat hari ni akibat tak cukup tido.dah la cuaca panas bertambah pening..ipan boy memang buat hal malam tadi.pkl 3.30 pg dia bgn tak nak tido..bisng mulut dia pot pet pot pet nak ajak kita main.mama ak layan dia,dia turun katil ajak papa pulaki main.papa angkat dia ltk ats katil blk..pastu dia turun balik.huhuhu..sabo jelah.mls lyn dia kita tido je lantak la dia main sorang2..tapi bising lak mulut tu haaa..cmne nak tido?pkl 5 pg baru dia tido..pkl 6 bgn dia pun bgn kemain cergas semacam..adoi la...rini mama n papa mengantuk betul..mata ni terpejam secara otomatik je..rini lak ke sana sini uruskan mcm2 hal..penatnya la hai...dan2 jugak rse nak demam..bebudak ni pun badan pns jugak,dah bwk g klinik tadi...huwwaaaaaa penatnya!!pssstt hubby jom lah kita g jaco..kui3

Wednesday, February 8, 2012

turun 2kg??

6 HARI try sssolution...jeng jeng jeng...entah bole caye ke tak..tadi timbang guna penimbang kat umh ni turun 2kg..tp penimbang kat umh ni bukan leh caya pun.sedapkan la hati sendiri bleh tak konon2 turun 2kg?ahaks.banyak tu dalam masa 6 hari!sabo2 yana...teruskan usahamu mengawal pemakanan dan bersenam walaupun sedikit..kita tgk sebulan apa jadi..harapan nak la turun 7 kg pun jadik la..lps tu amik lagi sekali produk ni lps tu nak stop dan maintain dgn kawal makan..ah tak sabarnya nak kuwus cam dolu2!gatai!hik3..nak jual kene test kat diri sendiri dulu baru org percaya kan?hopefully bukan berat yo yo ye turun pastu naik blk.ssb kdg2 dlm proses menurunkan berat badan kemungkinan brt boleh naik dulu kemudian bila hormon dah mula stabil..stabil eh?ahaks tibai je lah! baru la berat tu akan turun perlahan-lahan..ada saya baca org tu mkn seminggu je produk ni turun 7kg!maybe dia mmg tak mkn lgsung lps tu buat senaman tanpa henti tiap hari selama sejam kot.apa pun...hubbyku menaruh harapan tinggi untuk melihat bininya ni selim cam dolu2.poyo! :p

Bila cuaca panas

Sejak 2,3 hari ni panas betul cuaca.nak keluar pun takut..tu baru panas dunia....:) ahaa bila panas kan sedap dapat makan....

cendol pulut dan mee bandung..mee tu hubby makan.me mkn cendol je..tahan nafsu sebab diet.kalau tidak...kih3

Tuesday, February 7, 2012

Lega

Baru je tadi merungut itu ini tiba-tiba Allah tu permudahkan sebahagian masalah kita..ah..kdg2 menyesal dan marah kat diri sendiri, sbg manusia biasa bila kita dah terlalu penat dan mcm2 dalam fikiran ni kita senang je nak merungut itu ini semua tak kena,tapi lepas tu apa yg kita rungutkan tu berjalan lancar pulak..selalunya beigitulah..Ya Allah...ampuni hambamu ini kerana terlalu mudah berasa rendah hati dan berputus asa...terima kasih Ya Allah kerana telah memberiku jalan yg mudah..errmmm dalam sibuk-sibuk pun, dah siap masak untuk anak-anak makan.Sebahagian tugasan pun dah email pada lecturer En Amin..tinggal sikit je lagi..terima kasih tak terhingga pada yg banyak membantu esp kawan2 seperjuangan..huhu!act nk menjawab last year paper tapi yg dah print siap semua tertinggal lak kat opis!adoi!ingatkan bwk balik segala mak nenek tu dah masukkan semua..ada jugak yg tinggal la hai..esok la jwbnya  amik kat ofis :)



spaghetti carbonara untuk breakfast pagi tadi.cepat dan mudah disediakan

sambil mama buat revision dan email asmt, kak long sibuk colour buku..oh adik irfan tido dgn papa..leganya si kecik lasak tu tido!



sempat siap sup ayam+cendawan+carrot untuk anak-anak makan..anak-anak saya suka sup esp irfan

ahaaa ni hasil kak long colour tadi.muahahah

Rabu punya cerita *tak tau nk ltk tajuk ape

Assalammualaikum


Hubby aku demam pulak, MC hari ni..patutnya pagi tadi aku dah keluar la nk g campus study kat sana..ni tak jadi la nampak gayanya sebab dah gtau my mom tak hntr bebdak ni..mesti dia nak kelur mana-mana lah tu.takkan tetibe g hantar lak..huwwaa!!!NAK STUDY!!!mmg tak blh la bukak buku dgn dorang ni.mintak hubby jaga aku nak study 2 jam je pun bising dia nak tido la apa la..masa aku sensorang dulu,demam panas teruk pun dgn kudrat seorang wanita ni mampu je jaga bebudak berdua ni,takde sapa pun yg tolong..itulah bezanya lelaki dan perempuan kan..lelaki banyak mencipta alasan.huh!serabut weh piki lagi berapa hari je ni..dgn modul tkde..uum kl ni cam hape je.dah berbulan kot aku mintak fotostat modul..td aku mtk jugak,dah free2 budak tuh kene sound dgn aku.apa ingt kitorng ni blajar free ke?smpi modul pun tak boleh bagi..bg alasan buku baru..pale hangguk dia la, dah berkurun kengkawan yg lain amik subjek tu..dah aku suruh confirm rini jugak aku nak modul tu kalau tkde pandai2 fotostat.haisshhh ada jela nk bg aku skt hati time2 kritikal mcm ni kan!Malas la piki lagi,jom layan gambo semalam :)



kat Jusco BMC bwk kids main

gemuknya saya kan..:p







dahaga sangat la tu