Yang gojes gojes je

Monday, December 29, 2014

persistency 95%!

Assalamualaikum

Hari ni langit cerah.panas.tak hujan.alhamdulillah..hrp2 la kain kat rumah kering.lembap je sebab hujan kan.Alhamdulillah persistency kitorang 95%.melayakkan kami untuk dapat bonus pada end januari 2016.bonus 3 lapis untuk 3 tahun berturut.persistency masih gak kena monitor tahun depan.semua payment client dah settle.ada yg aku bayarkan..alhamdulillah semua ingat bayar balik hutang huhu..sbb jg thn kitorang mesti buat collection sblm tarikh persistecy run.so mmg mtk client bayar cepat.sbb persistency ni pntg.kalau bawah paras silap2 lesen ejen boleh ditarik balik, dah tak dpt nak jaga client2 sedia ada..bahaya tu.thats why dr thn pertama ni kitorang jaga betul2.alhamdulillah client2 so far jenis mudah kira mudah bayar dan mudah bagi kerjasama.hrp2 nya client akan dtg pun serupa jugak.tinggal 2 hari lagi sblm 31hb dis..aku ada satu appt hari ni.tu je.yg lain tak sempat dah.biar jadi case untuk januari 2015 la.semoga rezeki kami sekeluarga dipermudahkan...tambah2 lagi tahun depan adalah tahun paling getir dlm hidup aku agknya..dengan keberanian dan keyakinan aku akan terus melangkah walau seribu dugaan dtg menerjah..gitu.....hahahahahaha...takpe yakin pada Allah.Dia yg bagi kita rezeki kan.bff aku yg register sbg ejen takaful di bawah kitorang nampaknya semakin bergerak laju.tahniah untuk amim dan suami.jaga attitude dan berdisiplin inshaaAllah kejayaan akan jadi milik korang.dlm apa bisnes sekalipun, attitude plg penting.kau hebat bercakap, present produk mcm mana sekalipun tapi kalau kau malas, suka beri alasan, suka bertangguh, dtg training lambat, ponteng kelas, tak follow apa leader ckp ssh kau nak berjaya.di prudential jalannya dah tersedia cantik.ikut je.klu ikut, inshaaAllah, tgk saja cth org2 yg dah berjaya mcm mana sikap dan motivasi diri dia.pokok pangkalnya adalah diri sendiri.selebihnya doa dan tawakal.

Baru td aku mesej teacher rani smart reader, tanya uniform dah boleh amik ke...tak blh lg rupanya.nsb baik aku tak pegi sana.cehhh...khamis ni cuti new yr.korang pg jalan mana?aku dok umh je kot.habis2 jalan kat shoping complex.hehehe..nak kemas2 umh sket lipat baju.pagi jumaat mak dgn pak mertua sampai kang terkejut tgk umh yg bersepah.biarlah kali ni mak dtg dia takyah tlg lipat baju kahkahkah....mmg aku tak lipat baju sgt pun.smgu sekali baru lipat.mana sempat nak lipat?ada kat umah pun pkl 7.masak cuci kemas segala bagai mana ada masa nak lipat lagi?penat tau tak..tu blm lg klu aku kuar jmpa client.celah mana la yg sempat nak kemas umh.anak2 plak mmg kaki sepah..ibu yg bekerja kebanyakan mmg camni btol tak.jgn cop kami malas.tp rasalah dulu mcm mana kehidupan ibu yg bekerja ni dlm ms yg sama nak buat kerja rumah, handle bisnes lagi.masa tu cukup2 untuk tido je.walau tahun depan aku fokus bisnes takaful je pun ttp sama je kehidupan aku.keje pagi meeting jmpa client ptg br blk.ntah2 mlm baru balik.itulah kehidupan...syukur je apa yg ada.pkl 12 nak g beli makanan.eh lupa cite, aku diet atkins skang.hari ke 13 dah.dah turun 5.5 kg camtu.inchloss byk.baju size m dah longgar balik hehe.rs ringan badan bile dh kurus sikit.ritu mmg mcm dipam2 bdn aku makan tak ingat dunia.semua baju ketat.ni dah mengecik sket baru selesa.target aku lg 5kg ni.skang brt 61.4.statik dr smlm sbb ada cheat sket kui3...nk dpt 56kg ni.mcm sebelum kawen.tp agak sekeping la.kalu mcm papan sgt naikkan balik ye tak.hehe.nti aku share apa yg aku makan sepanjang 13 hari untuk turun 5.5 kg.ni kira sikit.ada yg turun 10kg dlm ms 2 minggu.yg best diet ni yg aku rasa la, bdn rs sht, segar.yg best lagi kulit licin.jerawat pun tak naik wlpun period.sbb byk makan sayuran hijau dgn amik protein agknya.aku nk teruskan je diet ni demi untuk kesihatan.:)


                                        thank you for reading this entry!

Sunday, December 28, 2014

sekolah tangguh akibat banjir

Assalamualaikum

Baru je dapat mesej daripada principal smar reader kids tempat kak long dgn ipan sekolah next year, patutnya sekolah mula 5hb isnin.tapi dsebabkan banjir dan announcement sekolah ditangguhkan, pre school pun terlibat sama.ok la tu aku tak kisah pun.sama je...9hb ada orientation day.12 hb sekolah bukak.Orientation day tu 3 jam je.aku cuti separuh hari la kot settlekan anak2 dulu then baru la keje balik..mcm mana la agknya ipan sekolah nanti..kak long tu takpe sebab dah biasa.mungkin nanti tukar sekolah lain ni ada beza la sket sebab kat smart reader tu cikgu mengajar iqra' fardu ain je melayu.yang lain cina dan india.dan kat situ mmg speaking omputih je.pandai la anak aku nti ckp meleret2 omputih hahahaha...ipan la kira 2 tahun la nti kat smart reader inshaaAllah..kak long setahun je.pstu masuk darjah 1 dah lega sket aku tak dibebani dah dengan yuran yang bisa memutuskan urat2 dlm badan kih3..

Kelengkapan persekolahan pun aku tak cari lagi.sebab daripada uniform, kasut, beg stokin dll semua smart reader sediakan khas dia punya.senang la sikit.kalau nak beli pun alat tulis tu je...sabtu ni aku nak pi amik brg2 diorang dan settlekan lagi separuh yuran yg baru bayar.baru bole tarik nafas lega...demi anak2, kena kerja keras lagi.plan aku cuti sekolah thn depan sblm kak long masuk darjah satu nak hntr dia tuisyen bahasa cina.kiranya tusyen je smpi blh baca , cakap dan tulis dlm bhs cina.walaupun aku decide tak jadi hantar sekolah cina tapi aku nak gak anak2 menguasai bahasa cina.plan gak nanti nak hntr dorang kelas muzik ukelele ke biola ke.inshaaAllah kalau ada rezeki..yg penting tahun depan aku kena keje keras siang malam la untuk kesenangan family di masa akan dtg...semoga Allah mempermudahkan jalan dan rezeki kami...Hubby aku lak baru dpt surat kenaikan pangkat ke gred 44 untuk calon simpanan....doa aku semoga rezeki berpihak pada dia...tp klu naik pangkat kena transfer dia nak tolak je...aku pun ok je takde masalah.sama je.yg penting susah senang kami sentiasa bersama, mcm yg kami dah harungi beberapa tahun ni.syukur la Allah sentiasa bantu kami walaupun ujian yg perit dan mencengkam sanubari kami rasai sendiri.moga tahun depan yang akan datang turut meninggalkan episod duka kami sekeluarga seperti angin lalu..enggan menoleh ke belakang lagi, aku hanya target untuk gapai impian aku, semuanya demi anak2 aku dan juga keluarga aku.soal tgjwb tu biarlah Allah yg menentukan kerana aku masih tidak mampu dan diberi peluang untuk menggalasnya.apa pun aku redha dgn semua yg terjadi kerana Allah tidak memberatkan hambanNya dengan ujian yang tidak mampu untuk dipikul.alhamdulillah berbelas tahun aku memikul ujian itu satu demi satu.hanya kesabaran, doa dan tawakal saja yg mampu aku usahakan.aku yakin pasti ada sinarnya nanti.entah kan bila?biarlah Allah saja yg menentukan..sesekali aku tidak pernah melupakan, setiap hari aku titipkan dalam doa di setiap waktu solatku...inshaaAllah..baru aku tau aku seorang yg sgt penyabar rupanya.hasil dari ujian yg tak pernah putus mendidik aku menjadi insan yg redha dgn setiap apa yg berlaku.walau dibuang, walau dihina , walau tidak diingini aku redha.Lailahaillaantasubhanakainnikumtumminazzolimin...






suka cari salah orang

Assalamualaikum

Salam isnin.sejuknya pagi ni.hujan masih belum berhenti.Annoying sgt aku tgk status2 kat fb sekarang ni sejak banjir ni.semua isu dipolitikkan.cari salah orang je kerjanya.yg menulis tu pun ntah2 bukan baik mana pun perangai.kalau baik, takkan cari salah orang.kutuk orang.kata org itu ini.org yg suka cari salah org lain ni, mengutuk mencaci boleh la dikatakan sbg manusia yg hatinya kotor macam najis.tapi lupa dlm diri diselaputi najis tetapi tetap mahu menuding jari menuduh dan menyalahkan orang lain.lagi bagus tilik diri sendiri, cari salah diri sendiri tu dulu.tapi tak semua manusia ada sikap mcm ni.dia rasa dia betul, hebat, baik, suci murni dan sengaja lupa atau takut nak hadapai kenyataan diri tu sebenarnya kotor mcm najis jugak.kasar bahasa aku pagi2 ni kan..sebab apa?sebab aku meluat sgt dah.senang cite unfren mereka2 yg bersikap negatif mcm ni.jika bukan di alam maya sekalipun aku tak ingin berkawan dgn org mcm ni.blh bawa kemudaratan.kalau kawan korang asyik je ajak ngumpat, pastu korang ngumpat dia g tmbh lg bkn nak nasihat yg elok, layak ke jadi kawan?tu bukan kawan.tu setan namanya.setan bertopengkan manusia.kawan yg baik ialah kawan yg menasihatkan ke arah kebaikan, bukan jenis yg menambah2 dendam benci supaya silaturahim tak dapat dijalinkan.berdosa besar org yg memutuskan silaturahim ni.tanggung la esok kat akhirat merangkak2 kau mencari org yg dicaci.susah klu jenis tak nak sedar diri ni.ok itu saja luahan hati aku yg panas pagi ni..tak la panas mana.havoc je lebih kikiki...toksah marah2 la ya...suka marah2 ni sama mcm perangai syaitan.bila hati kita sikit nak teremosi marah, lagilah syaitan mengapi2kan..benci dia lagi!marah dia lagi!cari salah dia lagi!sudahnya syaita bertepuk tangan.nama pun manusia mmg la tak blh lari dari perasaan tu tp kita blh kawal kan marah?istifar, ingat Allah byk2.dah tu je nak ckp.aku langsung bukan alim.tp aku byk belajar dr pengalaman yg aku lalui.Assalamualaikum.

Friday, December 26, 2014

ke Genting Highlands

Assalamualaikum

Ahad lepas aku pegi genting.lama woooo tak pegi sana...1st n last time masa kak ong umur setahun lebih sket.masa tu aku blm pregnant kat ipan lagi.asyik nak pegi tak tak jadi2 sampai la ipan genap 4 tahun 8hb dis ritu kikiki...ni pun pegi sebab hubby outstation.ada meeting kat sana.apa lagi angkut la bini dgn anak2 tersayang ni haaaa.....aku siap cuti isnin tu nak ke genting punya pasal hehehe..lagipun selagi boleh hubby aku mmg akan bawak aku sekali..kalau tak boleh, mak mertua, sepupu atau adik ipar akan dtg teman.sejak aku sakit tu, dia mmg risau tglkan aku dgn anak2 wlpun aku dah ok sbnrnya.yelah nak takut apa kan.Allah tu ada sentiasa menjaga kita..tu aku yakin.ok punya la excited nak pegi genting wlpun anak2 baju sejuk pun takdak.tak sempat nak pi beli.aku berangan nak main game kat luar tu.tapi hampeh msih tutup.2016 baru bukak.tgh upgrade.so blh main kat dlm je la..pukul 2.30 baru check ni.pastu naik kete kabel ke atas.jalan2 makan pkl 6 turun balik.malam hubby meeting.sok tu plak mmg tak g mana dah dok bilik je sbb hujan.smpi la hubby habis meeting pkl 1, makan dah gerak blk kl.heheh..jom aku share pic.


excited nak naik cable car.1st time utk aku sbnrnya.gayat jugak weh..tinggi...mengucap ja aku spnjg tu.yelah kang tetiba jatuh ke mana tau kan.huhu..cuaca memang sejuk.berkabus.tp ondway turun tu lagi la kabus tak nampak apa sebab dh mula hujan.
 

ipan muka cuak suh berdiri kt depan nak amik gambar hahaha..tu kak long tu..baju sejuk tu yg sama dia pakai masa dtg genting 4 thn lpas hahahah!!muat la lagi wlpun singkat.cian kak long hehu..nti mama beli baru la.papa ckp nak dtg blk hjg bln 1 nti main puas2 kat dalam tu...asa dtg ritu kewangan mencukupi saja takde la nak main2 semua sgt.yela hjg2 thn ni anak2 nak sekolah, dgn aku rolling duit bisnes byrkan premium client dulu sbb persistency nak kira hjg2 thn ni. so phm2 lah kan..di awal2 bisnes ni saving utk tu tak la berapa nak ada.apa pun alhamdulillah persistency dah 90 ke atas.lega.penting tu untuk bonus hehu..rezki anak2 tu je.


adeh semak la org kat blkg tu.
 

kebetulan tgh promosi filem bertajuk nun kat blkg tu.so sesapa nak amik gmbr dgn watak2 dlm filem ni free je.aku cpt2 beratur hahaha.tak penah aku amik gmbr camni tau..ni org yg handle tu tlg amikkan dgn kamera hp aku.hihi puas hati aku.

 

pas turun baru check in.cantik wei bilik ni.modern concept.aku suka!ni kat genting view resort hotel.kat belah2 bawah gak tapi totap sejuk.makanan kat hotel ni sdp2 belaka.aku mmg rekemen ler kalo nak dtg.

 

katil.simple je tp cantik.satu bilik cantik.kalo nak dtg rmi2 blh amik rumah apartment yg ada 3 bilik lagi dlm tu.ni studio apartment kot namanya.rate 1 mlm tak silap dkt 300 kot.tapi aku menginap free je hehe.nx time blh dtg sini lagi.

tu jela pun..ondway nk blk ingat nak singgah strawberry farm tp hujan malas pulak.next time la..tu je gmbr aku blh share sbb mls nak transfer masuk dr hp ke laptop byk2..aku kan pemalas.tu yg blog pun lama bersarang.ni baru rasa nak menulis balik dgn hati yg ikhlas gitu....ok tata...


thank you for reading this entry!

manusia suka bersangka-sangka

Assalamualaikum

Salam jumaat...pejam celik nak sampai penghujung disember dah kite...lagi beberapa hari masuk la tahun baru....apa azam korang?hehehe..azam aku, biasalah, nak berjaya dalam hidup dunia akhirat tu je.tahun depan aku akan melangkah ke alam baru...apakah alam baru itu??jeng3..biarlah rahsia.kui3..Well...aku nak ckp pasal sikap manusia yang suka bersangka-sangka kerana percaya pada sesuatu yg tidak benar, tidak tepat ataupun fitnah la senang cerita.nak2 pulak dlm zmn serba canggih, penggunaan media sosial tanpa batasan ni.nak perli orang update status facebook.marah org update status facebook.mcm2 jenis laaa....ada tu yg aku baca kan.....updatenya " bla bl bla.... belajar tinggi tapi takde otak"...pergh....ni statusnya sbg jiran sebelah yg suka jaga tepi kain orang.takde keje dah gamaknya.nak gelak pun ada...org mcm ni kan byknya dosa dia kan...bertahun2 percaya benda yg tak tepat, bersangka2 buruk, tuduh menuduh..byknya dosa dia tanggung.kesian pulak rasanya...takpe la doa saja dia dpt hidayah supaya hati tu bersih sikit.kalaulah tau hal sebenar malu agknya nak mengadap muka org yg dikatanya takde otak tu tapi takpela.....nk org tau buat apa kan.yg penting Allah tahu segalanya.kita tak perlu pun penghargaan dari manusia.tak penting.sebab tu orang kata diam, bersabar lebih baik.telan saja kata-kata hinaan dan cemuhan.berlapang dada dan doakan saja yg baik2 buat mereka yg belum diberi hidayah.kita ni hanya blh nasihatkan je, nak berubah atau tak tu kehendak sendiri dan dah tentu la hidayah dari Allah...kita perlu sentiaa muhasabah diri sendiri.jgn angga diri kita baik diri kita betul.aku apa2 hal sekalipun benda pertama yg aku buat, aku mesti renung apa salah aku.apa aku dh buat.dan aku berazam utk berubah.aku tak pandang salah org pd aku wlupun ya dia mmg bersalah atau pun tidak.aku ttp tuding jari pd diri aku sendiri.wlupun aku dianiaya, aku akan ttp rasa aku lah yg menganiaya diri aku sendiri.bukan org lain.dgn cara ni, aku mudah memaafkan orang yg berbuat salah pada aku, melupakan apa yg berlaku dan plg pntg dpt memupuk sifat rendah diri dan hina di sisi Tuhan..bukan..bukan aku nak bercakap pandai bab agama walhal aku sendiri pun byk kekurangannya dan masih memperbaiki diri.aku bercakap dari sudut diri aku.terlalu banyak dah pengalaman dan ujian yg aku lalui dalam hidup aku ni.sampai satu saat bila aku diuji lagi, aku hanya mampu senyum dan ckp pada diri, 'ala, rileks la.sikit je pun susah.Allah nak uji tu..positif..kan dah lalui lg teruk kan.apalah sgt ujian sekecil ini.tujuan hidup pun mmg utk Allah uji.sabar dan redha jelah...kepada manusia yg berkenaan, kalau tak tau apa2 tak perlu lah lebih sudu dari kuah.sedangkan di mahkamah pun kedua pihak diberi peluang untuk bela diri kan...jadi kita ni jgnlah dgr dari sebelah pihak dan terus percaya membuta tuli dlm keadaan apa sekalipun.mcm aku, aku lbh suka tanya dua2 pihak dan baru aku blh buat kesimpulan wlpun tak semestinya benar 100%.jika tidak blh adil pd org lain adil lah pd diri sendiri.usahlah menambah dosa yg telah pun bergunung di dalam diri tu.sekian.sama2 muhasabah diri.