Assalamualaikum
Baru je dapat mesej daripada principal smar reader kids tempat kak long dgn ipan sekolah next year, patutnya sekolah mula 5hb isnin.tapi dsebabkan banjir dan announcement sekolah ditangguhkan, pre school pun terlibat sama.ok la tu aku tak kisah pun.sama je...9hb ada orientation day.12 hb sekolah bukak.Orientation day tu 3 jam je.aku cuti separuh hari la kot settlekan anak2 dulu then baru la keje balik..mcm mana la agknya ipan sekolah nanti..kak long tu takpe sebab dah biasa.mungkin nanti tukar sekolah lain ni ada beza la sket sebab kat smart reader tu cikgu mengajar iqra' fardu ain je melayu.yang lain cina dan india.dan kat situ mmg speaking omputih je.pandai la anak aku nti ckp meleret2 omputih hahahaha...ipan la kira 2 tahun la nti kat smart reader inshaaAllah..kak long setahun je.pstu masuk darjah 1 dah lega sket aku tak dibebani dah dengan yuran yang bisa memutuskan urat2 dlm badan kih3..
Kelengkapan persekolahan pun aku tak cari lagi.sebab daripada uniform, kasut, beg stokin dll semua smart reader sediakan khas dia punya.senang la sikit.kalau nak beli pun alat tulis tu je...sabtu ni aku nak pi amik brg2 diorang dan settlekan lagi separuh yuran yg baru bayar.baru bole tarik nafas lega...demi anak2, kena kerja keras lagi.plan aku cuti sekolah thn depan sblm kak long masuk darjah satu nak hntr dia tuisyen bahasa cina.kiranya tusyen je smpi blh baca , cakap dan tulis dlm bhs cina.walaupun aku decide tak jadi hantar sekolah cina tapi aku nak gak anak2 menguasai bahasa cina.plan gak nanti nak hntr dorang kelas muzik ukelele ke biola ke.inshaaAllah kalau ada rezeki..yg penting tahun depan aku kena keje keras siang malam la untuk kesenangan family di masa akan dtg...semoga Allah mempermudahkan jalan dan rezeki kami...Hubby aku lak baru dpt surat kenaikan pangkat ke gred 44 untuk calon simpanan....doa aku semoga rezeki berpihak pada dia...tp klu naik pangkat kena transfer dia nak tolak je...aku pun ok je takde masalah.sama je.yg penting susah senang kami sentiasa bersama, mcm yg kami dah harungi beberapa tahun ni.syukur la Allah sentiasa bantu kami walaupun ujian yg perit dan mencengkam sanubari kami rasai sendiri.moga tahun depan yang akan datang turut meninggalkan episod duka kami sekeluarga seperti angin lalu..enggan menoleh ke belakang lagi, aku hanya target untuk gapai impian aku, semuanya demi anak2 aku dan juga keluarga aku.soal tgjwb tu biarlah Allah yg menentukan kerana aku masih tidak mampu dan diberi peluang untuk menggalasnya.apa pun aku redha dgn semua yg terjadi kerana Allah tidak memberatkan hambanNya dengan ujian yang tidak mampu untuk dipikul.alhamdulillah berbelas tahun aku memikul ujian itu satu demi satu.hanya kesabaran, doa dan tawakal saja yg mampu aku usahakan.aku yakin pasti ada sinarnya nanti.entah kan bila?biarlah Allah saja yg menentukan..sesekali aku tidak pernah melupakan, setiap hari aku titipkan dalam doa di setiap waktu solatku...inshaaAllah..baru aku tau aku seorang yg sgt penyabar rupanya.hasil dari ujian yg tak pernah putus mendidik aku menjadi insan yg redha dgn setiap apa yg berlaku.walau dibuang, walau dihina , walau tidak diingini aku redha.Lailahaillaantasubhanakainnikumtumminazzolimin...
No comments:
Post a Comment