Yang gojes gojes je
Tuesday, February 28, 2012
Anak siapa tu?
Nak cerita sikit la...hari isnin baru ni saya dengan hubby cuti.Tengah hari tu kami lunch dekat restoran nasi arab dekat kajang, lepas tu saya ajak la hubby pergi tengok rumah kat semenyih sekejap, dekat sebulan dah tak buat lawatan tapak.hehehe..sama je keadaannya...cuma dah ada guard je..cepatlah dapat kunci oi....huhuhu...ok masa kami sampai tu, nampak ada 3 orang budak sekolah menengah tengah 'study' kat pondok dekat taman depan rumah kami tu.2 org lelaki seorang perempuan, pakai baju sekolah dengan 2 bijik motor.siap ada buku lagi konon-konon 'study' la tu..nampak macam mencurigakan je..kitorang reverse kete nak balik lepas tu baru la nampak 'agenda' sebenar budak hingusan ni..depa ni couple, yg lelaki lagi sorang tu peneman dok berdating la..jadik informer kot JAIS datang serbu kot.duduk sebelah2 sambil buku di sisi konon2 nampak mcm study la...padahal nampak dok berpegangan tangan di celah-celah baju tu.setakat tu je saya nampak tau, selebihnya mana budak jantan tu masukkan tangan dia no komen..sedih betul tengok budak2 ni..kecik-kecik lagi dah terjerumus ke lembah maksiat dan tak mustahil boleh jadi sampai berzina nanti..siapa mak bapak dia?mana mak bapak dia?mak bapak dia tau tak anak dia pergi mana?tak telefon ke tanya dah balik/pergi sekolah belum??ikutkan hati ni nak saja turun dari kereta, sound budak2 ni suruh balik rumah.itu baru sikit yg kita nampak.remaja sekarang tak terkawal langsung, semua benda nak cuba.lepas tu termengandung, terberanak and finally terbuang anak!!Ya Allah kau lindungilah anak-anak dan zuriat keturunan kami dari maksiat dan zina!amennnnnn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment