Yang gojes gojes je

Tuesday, August 21, 2012

kembali bekerja

Assalamualaikum...


Selamat hari raya buat semua!rata-rata masih beraya di kampung.saya hari ni dah masuk ofis..memang tak best!huhuhuhu...nak buat macam mana, beraya di kl aje, buat apa nak cuti kan??jumaat ni insyaAllah akan pulang ke Perlis sampai ahad kenduri kahwin sepupu suami..plan nak half day jumaat tu, tengah hari hubby amik terus gerak ke kampung.Ahad tengah hari gerak blk kl, mesti jem jalan sebab isnin ramai dah start keje..kena bersiap sedia fizikal dan mental untuk meredah jem!

How's ur raya??raya kami sekeluarga biasa2 sahaja..tidak lah beriya2 seperti orang lain..tahun ni paling sederhana rasanya..sampaikan balang kuih raya pun takde..sudahnya kuih raya letak dalam tupperware..keh3..meriah jugak raya kat kl...raya pertama pukul 7.30 gerak dari semenyih ke rumah parents..beraya kat sana dulu..lepas tu pergi rumah pak ngah, rumah mak su dan rumah mak tok sedara semua..penat jugak la..paling best berkumpul adik beradik belah ayah kat umah mak su..bole tak, ada yg tak kenal sebab sepupu baru kawen,saya lak 4 tahun tak raya dgn diorang.nak hrp jumpa hari biasa memang tak la kan kecuali kenduri dan raya je..boleh tak kenal..eh ni siapa??hahahaa!!ada hikmah la raya kl tahun ni..berkesempatan berkumpul sanak saudara ;)

raya kedua ke rumah parents lagi lepas tu beraya ke rumah mak lang pulak..lepas tu balik umah.penat makan byk.hahahaa...raya ke 3 ku buat open house lah kununnya..untuk mak2 sedara yg nak dtg beraya dan tgk rumah baru anak sedara ni haaa...hehehehe..bertungkus lumus masak nasi ayam lazat ececeh...penat oi masak sensorang..sorry nak buat open house lah yer...tak yah tanya..nak dtg raya,dtg je..takde rumah terbuka..tak larat kalau takde orang tolong.hahahaha..raya ke 4 dah datang keje!mencik!

No comments:

Post a Comment