Yang gojes gojes je

Thursday, August 9, 2012

zaraa nak masuk sekolah dah...

Assalamualaikum


Akhirnya setelah difikirkan sekolah mana yang zaraa nak pergi nanti, saya buat keputusan hantar kat pusat asuhan islam PASTI..setelah disurver dan google merata, ini saja lah tempat yg sesuai, berdekatan dan yg paling penting omaknya ni berkemampuan hehehehe..

Genius Aulad tu dah tanya, macam mencekik jugak la yuran per month dan registration tu..per month Rm284, registration segala mak nenek almost 1k..aduhai...mama papa ni keje makan gaji je dengan kerajaan nak oi...bukan tak mampu nak hantar, tapi byk lagi tanggungan lain perlu diambil kira..bayar insurans saja dah berapa, boleh stopkan insuran sikit tapi rasanya insurans dan saving untuk masa depan lg penting kot drp taska mahal yg belum tentu menjamin anak jadi org berguna pada pendapat saya laaa....

PASTI yuran sebulan RM80, registration segala mak nenek uniform,aktiviti dan mcm2 lagi RM300++..agak mahal la berbanding KEMAS dan PERPADUAN..ye la nama pun swasta mana dapat dana dari kerajaan..tak apa la...sebab saya memang nak hantar anak2 ke tadika yg ajar asas islam..tiap hari beleajar solat,doa dan mcm2 lagi.saya harap mana pun anak saya pergi dan belajar mereka akan belajar dgn baik dan jadi insan berguna dunia akhirat..itu saja harapan saya..apa guna jika belajar tinggi,fasih berbahasa inggeris dan belajar di sekolah yg versatile tapi akhlak tidak sempurna...doa dan harapan saya hanya ingin kan anak2 yg soleh dan beriman.kalau boleh nak anak2 kita dpt lebih baik dari kita kan, esp ilmu agama.insyaAllah...lepas raya nanti dah nak kena registerkan Zaraa dah..maka tahun depan Zaraa akan bangun pagi, mandi dan ke sekolah selama 3 jam!!excitednya bila fikir anak nak masuk sekolah kan!hahahahah...

Tadi pegi kedai jual brg2 untuk buat kek dgn kuih kat chow kit..ramainya la orang...dah beli la kelengkapan untuk buat biskut raya..cuma ada lagi tak beli sebab takde kat situ..kos untuk 5 jenis kuih ni lbh kurang dlm RM110 bajet saya..kalau beli 50 bijik paling murah dpt la rm25.4 jenis dah seratus.ada 50 bijik je..buat sendiri, boleh bg mak,mak mertua lagi..jimat kan??malam ni mula la operasi membuat kuih lps balik dr jalan TAR..kena bg kenit2 tu tidur dulu baru bole bersilat kat dapur tu ha..plan nak siapkan biskut mazola dengan sarang semut ini malam...tak sabarnyaaaa......hihihihi

1 comment:

  1. jangan lupa esok bawak skit kuih raya hang mai umah aku..kekekekeke

    ReplyDelete