Yang gojes gojes je

Sunday, January 5, 2014

picnic di sungai tekala, semenyih

Assalamualaikum

Salam isnin..aku takde monday blues pun.ok je dtg kerja.takde rasa malas mcm selalu.biasalah baru masuk 2014 dan azam nak semangat g kerja pon masih baru kan.keh3..aku akan sedaya upaya tak nak el tak nak mc tahun ni.nak zero mc.dan zero el.cayok yana!dan aku hrp aku dapat tukar ke putrajaya dlm masa terdekat.amin...

Hari sabtu kami bwk anak2 pi picnic.saja nak bagi depa mandi sungai.kalau laut ni aku tak brp suka sebab ayaq masin.satgi ipan naik gatai2 satu badan.dia ada eczema jadi kulit agak sensitif.lepas kemas rumah mendobi bagai aku masak nasi goreng dan siap2 lah nak keluar dlm pkl 11.30.sg tekala ni dekat ja dgn umah aku.dlm 20 minit ja.nak pi congkak jauh lak kena pusing.jalan yg blh tembus ke langat masih blom bukak sejak tanah runtuh thn lepas.kami sampai tu tak ramai org pun.pi beli makanan sket lagi pastu menapak naik tangga ke atas.sampai2 ja anak2 aku biasalah tak sabar nak terjun.ayaq punya sejuk, aku pun tak rasa teringin nak mandi.heehehe..dlm sejam lepak hujan rintik2 pulak.terus kemas barang dan beransur pulang.tu pun ipan zarif melalak nak andi sungai lagi.jari kedut habis ada hati nak mandi lagi.kui3..jom layan gambar.


Jauh berjalan.naik tangga lagi.anak2 aku tetap steady.aku yg mengah.hehe

Nasi goreng jela yg mampu aku siapkan untuk picnic kami.keh3..

Aku dan hubby makan nasi suap suap sambil tgk anak2 main air ahaks

Syoknya depa...aku tgk ja.malas nak mandi sebab pyh nak tukaq baju.tempat tukaq baju tak terjaga.kotor.

Anak-anak gembira aku pun sama turut gembira.antara peranan ibu bapa ialah menggembirakan hati anak2 dan in shaa Allah bila mrk besaq nti mrk akan ingat betapa baiknya layanan ibu bapa mereka.menggembirakan anak2 juga memperoleh pahala dan tertulis di dalam Al Quran.jangan merungut kalau anak nakal dan tak dgr kata.mereka hanya seorang anak.kita yg tua lah yg mencorak mereka.bukan mengherdik dan menghukum anak.mereka perlu dididik dgn kasih syg dan penghargaan.

Kenit ni nampak ja brutal tapi dlm ayaq tak brani mcm kakak dia.takut2 nak jalan pastu panggil kakak dia 'ayaaa unggulah adik..' 

Nyawa aku.kesayangan aku dunia akhirat.syukur alhamdulillah.semoga bahagia ini berpanjangan.kita hanya merancang.tapi ingatlah rencana Allah itu lah yg terbaik tanpa kita sedari.amin..

**************

2 comments: