Yang gojes gojes je

Monday, November 17, 2014

im back!!!!

Assalamualaikum!!

Lamanya tak aktifkan dan merepek2 dalam blog ni!hehehe..disebabkan terlalu bosan takde keje, maka ku aktifkan la balik blog ni.kalau sibuk, takde la update terbaru.lagipun, tak blh nak update2 sgt..pasal ada yg memerhati.tanpa dia sedar, saya turut memerhati dia...jaga-jaga.....hehehe....bukan apa, sekarang ni, gambar dalam facebook pun dalam masa 2 minit org boleh sihir.tak percaya?pergi belajar, cari guru, belajar lah tentang perubatan islam dan yang seangkatannya.jangan pi cari bomoh lak!jaga iman jaga akidah ok sahabat2.tak cium bau syurga orang yg mengamalkan perbuatan syirik ni ya.nauzubillahiminzalik.

Dah hampir setengah tahun aku berhijrah ke tempat baru.alhamdulillah di sini rasa tenang dan gembira walaupun kadang kala ada juga cabaran yang membuatku tension hehehe...aku dah pun resign dari government.aku bukan lagi staff kerajaan yer..dan tak pernah menyesal pun benti keje.sebab Allah dah halakan rezeki aku dan keluarga ke arah lain.selepas apa yg kami lalui selepas ujian kami tempuhi dengan kesabaran, Allah kurniakan pula rezeki yang tidak diduga-duga.Apa aku buat, kerja kat mana, duduk kat mana semua tak perlu lah aku ceritakan di sini.kadang2 privasi tu sgt penting sebab kita tak tahu niat orang.Manusia yang dalam hatinya penuh hasad dengki, khianat, tidak boleh melihat kegembiraan orang lain, sentiasa ada di mana-mana.Kadang-kadang, orang terdekat dgn kita yang cuba merosakkan hidup kita.Tapi tak apalah, antara sebab wujudnya syurga dan neraka.kita boleh pilih nak ke mana.hati dan niat kita untuk apa?untuk apa Tuhan jadikan akal untuk berfikir?tapi ada yang itdak gunakan akal yg diberi dgn sebaiknya.mengadu domba, menghasut dan mcm2 lagi penyakit hati.sentiasa lah tilik diri sendiri daripada asyik mencari salah orang lain sahaja.

ok lah, dah masuk waktu zuhur.jom solat di awal waktu.mintak izin undur diri, lain masa ketemu lagi, sy ada kerja sedikit, nak jurus 'tetamu' tak diundang ni.heheheh..Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment