Yang gojes gojes je

Sunday, September 25, 2011

Addicted to red+black

Anda suka warna apa??Saya dari dulu sampai la sekarang,warna feveret ialah pink,merah dan hitam..masa belum kawen dan muda remaja,addicted to pink colour..kalau beli baju tu mata mesti nak nampak warna pink je dulu..pink ni nampak sweet je..Masa kerja kat RTM pun pakaian kasual utk keje weekend mesti pink satu badan!kalau baju pink,seluar pun pink.handbeg pink,kasut pun pink!membe2 pun panggil pinky.tapi still tak dpt lawan kegilaan hanim muhili la..hari2 pink,kereta,spot rim pun pink!!hehehe hehehe

Sejak dah berkeluarga pulak,kegilaan terhadap warna merah dan hitam semakin menjadi2..tapi tidaklah terlampau over gitu..bajet pun tak berapa nak ada kan..i memang suka menghias rumah.kalau boleh tetiap minggu nak ubah susun atur kediaman..mcm la rumah kau besar kan :p

Kalau membeli barang-barang untuk rumah,mesti nak beli warna hitam dan merah.So far perabot dan hiasan rumah banyak kaler merah dan hitam..kalau pergi ikea tu mesti rembat apa-apa je asalkan warna hitam dan merah.2 minggu lepas pergi sana, sempat jugak la rembat carpet kecik warna merah.ikut hati nak je beli lagi warna hitam pulak..tapi dah takde tempat nak letak,ruang tamu pun dah ada 2 carpet..of coz la merah mak ngah jugak..sofa pun hitam.alas sofa merah.hiasan dinding hitam merah jugak..kalau boleh nak transform satu rumah jadi hitam merah!hahahaha!!mereng dah aku nih :p

Dah dok plan dah rumah siap nanti,harus satu rumah tema hitam merah!disebabkan saya minat sangat dengan barang2 kat Ikea,dah gtau hubby dah perabot satu rumah nak beli kat Ikea yer..mcm lah duit kau byk sangat..takpe berangan tak salah :p

Pernah dengar ada ustaz ckp kalau boleh elakkan warna-warna garang yg terlalu byk di dalam rumah.sebab warna merah ni panas..syaitan suka katanya..boleh jadi punca pertengkaran dalam rumah tangga..errmm so far takde la pulak rasa camtuh wlpun kat rumah byk warna merah..maybe kena minima kan sikit campur dengan warna putih..so nampak balance la kan??hihihiih

Jom tengok angna-angan minah jenin ni..keh3

dapur rumah nak buat camni..warna putih tu tukar hitam la.


 meja makan dah plan nak beli warna hitam camnih..kalu warna merah cepat nmpk kotor



cantik kan..modern but simple..i suka camni


mana nak cari ek corak camni?hahahahaha


ni pun lawa jugak.ce byg kan tukar warna merah hitam.kekekek


 merah dgn putih pun lawa jugak kan..errrmmm tengoklah camne.ni angan2 je belum tentu jadi :p


yg putih tu tukar hitam jugak
-
-
-
-
Serius tak sabar nak tunggu rumah siap!oh money come to mama plsssssss :p

1 comment: