Yang gojes gojes je

Sunday, September 11, 2011

peringatan untuk wanita bergelar isteri

Malam tadi i layan drama kat tv3 Berkalung Noda.pelakon dia pasha sendat..layan punya layan best jugak.banyak sgt pengajaran.yg pasti kalau kita buat tak elok,akan dapat balasan tak payah tunggu di akhirat.cite ni mengisahkan si pasha yg curang dan berzina dgn bf yg juga laki org.alasan sbb dia sunyi,husband dia asyik travel oversea.bila blk mesia,pun takde masa nak g vacation bila bini ajak.last2 terjumpa mamat ayat manis,tersungkur terus dalam dakapan lelaki itu,hingga anak2 diabaikan.

dorang siap duduk serumah,mcm laki bini,si pasha ni nk mtk cerai dan tak mo jaga anak2 dia sbb dia nak anak dgn bf dia aje,yg sebenarnya keje kaki menipu pompuan,target dia pompuan kaye berstatus bini org.so mamat tu hidup mewah dgn mengikis duit pompuan2 bodo itu.lepas tu ugut nk sebar video lucah dorang kat suami isteri2 yg tak sedar diri itu.

Aiseh pnjg benor nak citenye.ringkasannya suami dia blk dan siasat lps org gaji dia bgtau psl hal bini dia tu tp laki dia ingat bini dia hnya abaikan anak dan ada bf lain jer.rupanya intip punya intip mereka dah bersekedudukan...

Sepandai2 katak melompat akhirnya dipenyek juga oleh kereta.suami pasha ni panggil jbtn agama tangkap khalwat mereka berdua tu.si pasha ni kata kat ustaz2 tu diorang laki bini yg sah.tetibe je laki dia muncul di sebalik dinding dan ckp 'saya suami dia yg sah'.terkejut beruk si pasha ni.laki dia masuk umh tgk byk gambo bini dia dan kekasih gelap tu tergantung.keciwa sungguh hatinya lantas diceraikan isteri dia dengan talak 3 sekaligus dan haramkan jumpa anak2.

mereka berdua itu pun dimasukkan ke lokap atas kes khalwat.menangis la si pasha ni mengenangkan nasibnya.nk mintak cerai sgt pastu sedih lak.lps kuar lokap dia blk kg tapi kene halau dgn adik dia sbb ayah dia mati terkejut,mak dia lak jth sakit.laki dia dah berhijrah kat oversea bwk anak2.haaa pdn muka ko.dpt laki kaye,baik tak bersyukur kan..ni kes betul ni,byk jadi sekarang kan.

last sekali dia jadi gila,kesian pulak tgk kan.kot ye pun dia jahat,suami dia tak patut la pisahkan terus dia dgn anak2..last sekali dia mati kene langgar kete,yg langgar tu rupanya ex bf dia..tamatlah cite itu.ooiii panjangnya entry nih!

baiklah, di sini apa pengajaran yg kita dapat?godaan ada di mana-mana.kadang2 tu belum jumpa lagi.kalau dah jumpa tu yg jadi macam2..zaman sekarang ni kita tgk tak kira dah,bini org lebih laku drp anak dara.sbb bini2 org sekarang ni berkerjaya,cantik dan bergaya.sekali tgk kalau tak tau,kita kata belum kawen lagi.

I pernah ada pengalaman jugak.masa tu i consultant utk unit trust.i byk jumpa client kan,mcm2 jenis org dalam bidang profesional.masa tu inai i masih di jari kaki.kekekek..dia ni seorang lawyer kat syarikat besar ni.tak mo sebut lah..tgk dari rupanya mmg dia dah kawen la..umo 30 an gitu.tapi dia ni ok la bila tau i dah kawen,terus tak jadi.

lagi seorang ni lak laki org juga,i pernah keluar dgn dia.masa tu i belum kawen,masih kerja di rtm.kenal sbb dia tegur dan mintak name card i masa i g post opis kat kl sentral,tlg byr ptptn suami.dgn gentlemannya dia duduk sebelah i.lelaki jenis ni mmg pandai mengayat.dia ajak i keluar,naik honda stream dia beberapa hari selepas itu.borak punya borak sleamba je i tnya u dah kawen ke?bgus pulak dia mengaku.i byk tnya psl family dan anak2 dia.saje je.dlm hati geram sgt.lama2 agaknya dia rasa i tak tunjukkan minat,so dia pun phm2 lah kan.tapi mamat tuh mmg smart la.hahahahah!

nak cite mmg byk.klu ini terjadi pada kita,hanya kena kuatkan iman.kalau rasa tergelincir cepat2 kembali ke pangkal jalan.ingat anak2 kalaupun dah tak syg atau cinta pada suami tu.tolong ingat anak-anak yer.kesian kat mereka.tolonglah jangan curang wlu sejahat mana pun suami tu.kalau dah tak suka berpisah cara elok dan jgn la buat dosa dengan berzina dengan lelaki lain.

harap2 kita semua dapat mengelak diri drp perkara2 begini.kuatkan iman dengan sentiasa mengukuhkan keimanan diri dengan bersolat dan berdoa kpd Allah.setiap dari kita tidak terlepas daripada diuji,oleh sebab itu kita dikurniakan akal fikiran utk membezakan baik dan buruk.insyaAllah,sentiasa berdoa yer.yg lebih penting jika ada di kalangan rakan2 kita atau sesiapa shj terlibat dlm masalah ini,kita jangan sesekali nak komen macam2 psl rumah tangga org lain,sbb kita tak tahu satu hari nanti mungkin terkena kat batang hidung kita sendiri,kalau tak pada kita,pada saudara mara kita.nauzubillah,mintak simpang la kan.peringatan utk sesama muslim..utk i juga..:)


Thank you sangat for reading this entry yang panjang berjela! :p

No comments:

Post a Comment