Yang gojes gojes je

Monday, September 5, 2011

Open House pulak

Assalammualaikum....

Banyak dapat jemputan open house??i pun dah dpt invitation dah.start minggu ni penuh sampai hbs puasa sebulan.kalau rajin nak pergi,pergi la..myb kalu pi pun kenalan rapat2 je.nak rehat kat rumah pulak.penat blk kg beraya tak hilang lagi.

Ada plan nak buat open house jugak..hurmmm bukan open house la makan2 kut.klu open house setakat makanan 2 jenis bukan open house namanya ye tak? :p

Tengok ah lepas gaji la buat.duit pun dah suam2 kuku ni.dan2 jugak sampai surat kena bayar air dan elektrik untuk rumah baru ni.esok kut nak pi bayaq.lepas raya jugak nak suh bayar kan.hampessss lah pemaju nih.tak tau ke duit dah hbs beraya sakan?hehehehe

Member si Linda pi melawat tapak,katanya umh kami dah buat pagar.sabtu ni nk pi tgk lah..tak sabarnya nk duduk rumah baru...hahahaha

Ok,ckp psl open house blk,i ingat nak buat utk kawan2 rapat aje,dan kwn2 hubby.rumah i kecik,sarat dengan perabot pulak,mmg tak muat la klu bertembung ramai2.12 org je muat kut dlm satu2 masa.so lupakan la nk buat open house besar-besaran gitu kan.

Menu dalam minda ni ialah tak lain tak bukan nasi ayam dan laksa.cukup ler kan.utk mkn kawan2 aje.lps tu buat la kek yg sempat belajar dgn MIL masa blk raya hari tuh,tambah dgn desert sikit kan.huurrrmmm tengok keadaan la.nti rancang2 tak jadi pulak.

errmmm weekend nih nak pi kedai aircond la.nak pasang kat ruang tamu.aircond nya dah mmg ada,tapi tak terpasang jugak berapa lama dah.sbb ingat nti nk pindah,bukak pasang bukak pasang pulak kan.dah la nk pasang pun mahai.tapi bila tengok berhabuk je kat dlm stor tu takut rosak pulak klu dah lama sgt biarkan.jadi moh la kita pasangkan aircond itu yer..

Petang kang family mertua sampai umh kut dari perlis.esok nk hntr adik ipar kat UPSI.i pun dah apply cuti siap2 dah esok.cuti tinggal la 6 hari lagi.sedih!apa pun mlm td tido kol 12 ye sbb kemas rumah dan lipat baju 2 bakul.2 bakul lagi sedang menanti!hahahahha!


Thank you for reading this entry!

2 comments:

  1. Yana..open house aku lepas gaji ni la.. tu pun utk rakan2 terdekat sajork..geng2 laki kita lahh.. takpa aku buat utk penutup raya..insyaallah..

    ReplyDelete
  2. aku pun cadang gitu jugak.tp tgk cmna.klu mizi kata ok buat sabtu ni,hang jgn lupa mai tau

    ReplyDelete