Yang gojes gojes je

Thursday, September 22, 2011

Redha dengan ujian Tuhan

Assalammualaikum...

As i said from my previous entry,open house di rumah saya pada ahad ini dibatalkan..hrp semua kawan-kawan yg telah dijemput baca entry ni.saya pun dah tak sempat nak maklumkan kat sorang2..kat opis pun saya kena buat anouncement jugak..nak buat macam mana kan..

Berbalik pada cerita kejadian samun bersenjata yg menimpan keluarga saya semalam, pada mulanya makcik saya keluar nak ke rumah jiran di depan rumah kami sahaja.ketika itu ayah saya sedang melepak di buaian di belakang rumah dan nampak kelibat 2 org bermotorsikal jenama Kriss berwarna hitam yg berpatah balik menuju ke arah makcik saya.bila ayah saya nampak anak haram jadah tu letak parang kat leher makcik sambil ugut makcik 'kau jgn jerit aku bunuh kau nanti', ayah saya terus sergah dan pergi nak selamatkan makcik.

Bila 2 org anak haram jadah tu nmpk ada org dtg nk tlg dia terus potong rantia leher dgn parang dan nak lari naik motor sorang lg anak haram jadah yg dah sedia tunggu atas motor nak lari.Bila ayah saya dengan sebelah tgn tergantung sebab patah dapat pegang leher dia dgn sebelah tgn je,dia terus angkat parang nak libas ayah saya kat tengah belakang..makcik yg nmpk terus menjerit kuat dan jiran yg baru sedar pun jerit.bila dengar ramai org dah menjerit2 anak haram jadah tu pulun nak lari jelah sebab dah takut tapi sempat libas parang jugak dan kena 2 jari ayah saya kat belah tgn yg patah tu jugak.

Akibat libasan parang tu jari ayah kena jahit 5 jarum,dah hampir nmpk tulang putih dah..apa pun mujur ayah tak cedera teruk.makcik yg ke balai polis ckp 2 org anak haram jadah tu guna no plat palsu.tp polis pun reramai keluar cari kot2 lah terjumpa motor kriss hitam tu.makcik tak nmpk muka sbb dia pakai full face helmet dgn spek hitam.ayah kata dia nmpk muka tp tak clear sgt la sbb pki spec kan.

Modus operandi mereka ni sekarang ialah meround kawasan kampung pada waktu semua org keluar bekerja dan hanya ada wanita dan kanak-kanak shj di rumah.Jadi readers berhati2 lah..jgn percaya sesiapa pun.ada kes baru ni dia bertanya jalan lepas tu letak pisau kat leher makcik ni mintak dia serahkan semua brg berharga.

Lagi satu kes baru berlaku kat kwn suami,kereta dia dipecah masuk oleh seorang wanita bertudung.tapi nsb baik pemilik kete ni nampak even pd mulanya dia confuse dan tgk byk kali itu mmg plat no kete dia.bila ditanya pompuan tu pura-pura tersalah masuk kete dan keluar masuk ke kereta dia yg betul iaitu proton Gen 2..dengan muka selambanya.persoalannya...mcm mana dia blh dpt kunci pendua kereta tu???

Mcm2 taktik si penjahat sekarang ni..apa p un saya bersyukur anak saya Zara tak ikut makcik sebab dia yak yak masa tu.so my mom panggil dia masuk nak cuci wee wee dulu..kalau tidak,tak taulah mcm mana sebab Zara pun pakai rantai leher dgn gelang kaki..balik rumah semalam saya bukak habis semua..ingat dah raya tu yg bg pakai.tapi lps ni mmg saya takkan bg pakai dah..

Apa pun kami anggap semua ni dugaan Allah sebab kami tidak pernah ditimpa musibah sebegini..apa yg berlaku pasti ada hikmah di kemudiannya..dan buatkan saya sedar akan kebesaran Allah..Tiada kesalan tetapi ucapan terima kasih dan syukur kepada Allah kerana Dia menguji kami kerana sayangkan hambanya..

Pesanan saya readers....berhati2 lah tau..org jahat semakin banyak.kalau boleh bwk senjat perlindungan simpan dlm handbeg kita..huh panjangnya entry..

Sebelum tutup cite ada dgr satu berita gembira ni dari Kem Kewangan..kami kat bhg kewangan ni la dpt berita dulu sama ada benar atau tidak tunggu shj berita yg telah disahkan yer..:)



Thank you for reading this entry!

1 comment:

  1. yeaayyyy..mintak2 dapat naik gajiii..tak dapat bonuss pun takpaa, asalkan naik gajiiiii

    ReplyDelete