Oleh Dr Aminudin Mansor
DALAM kehidupan, untuk hidup berkeluarga menjadi matlamat setiap orang. Pasangan suami isteri yang berkahwin berkeinginan mempunyai anak dan seterusnya mempunyai kaum keluarga yang lebih ramai. Membentuk keluarga bahagia mestilah berasaskan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan. Justeru, membahagiakan keluarga dulu sebelum membahagiakan orang lain sangat penting dalam kehidupan berkeluarga.
Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti mengimpikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga. Kebahagiaan di sini adalah kebahagiaan seperti pasangan lain yang bahagia berkahwin. Matlamat dan falsafah perkahwinan sangat jelas untuk meramaikan umat dan mengeratkan hubungan keluarga yang baru dibentuk.
Permasalahan dan musuh kepada keluarga bahagia adalah berselisih faham hingga membawa kepada perceraian. Setiap pasangan baru berkahwin sudah tentu tidak inginkan perceraian. Apa lagi jika perkahwinan diasaskan atas dasar cinta, tetapi tidak dapat mengelakkan perceraian berlaku apabila masalah melanda rumah tangga.
Mengikut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh 15 minit. Pada 2009, sebanyak 27,116 kes perceraian dicatatkan daripada sejumlah 135,136 perkahwinan yang didaftarkan pada tahun yang sama. Soal institusi keluarga dijadikan perkara ‘main-main’ dalam kehidupan golongan tertentu.
Jika ditinjau mengikut catatan kes perceraian yang berlaku pada 2002, sekitar 13,937 kes dicatatkan. Sepanjang 2007 dan 2008 sebanyak 75,299 kes perceraian rumah tangga direkodkan. Ini jumlah skala besar yang harus diberi perhatian serius oleh masyarakat untuk ditangani segera.
Banyak perkara dikatakan menjadi pencetus perceraian. Antara alasan sering diberikan pasangan terbabit ialah tidak wujud persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan kehadiran orang ketiga.
Di samping itu, jika ditinjau terdapat juga perkara asas yang menjadikan punca keruntuhan rumah tangga. Antaranya kehidupan mengutamakan harta benda, mengutamakan kerja, keseronokan hawa nafsu dan masih mementingkan hidup bebas dan bersosial walaupun sudah berkahwin. Kesolehan setiap ahli keluarga menjadi penentu bagi menegakkan bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Ini menyumbang kepada kesejahteraan negara. Mendidik ahli keluarga beramal soleh adalah tanggungjawab ibu bapa. Bagi ibu bapa yang ingin mengubah keadaan keluarganya ke arah lebih baik mereka mesti mengubah keadaan dirinya sendiri terlebih dulu ke arah kebaikan.
Sebahagian daripada kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah milik keluarga bahagia. Membentuk keluarga bahagia mesti bermula dengan ilmu, iman dan amal. Kehidupan berkeluarga dan pembangunan keluarga adalah sebahagian aktiviti ibadat kepada Allah.
Ciri-ciri seseorang mencintai keluarganya adalah selalu bersabar dalam mendidik anak dan menjamin keimanan keluarganya. Kesabaran ini sangat penting bagi kesinambungan kepada keluarga bahagia. Kesabaran ini juga mesti ditunjukkan pada saat kesusahan dan ketika menghadapi masalah.
Seseorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah bukti kasih kepada keluarga. Oleh sebab itu, peranan bapa dan ibu yang bekerja sangat penting. Anak harus memikirkan betapa susahnya ibu bapa mendidik dan membesarkan mereka untuk menjadi insan sempurna.
Tingginya darjat suami ditentukan perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya. Begitu juga darjat seorang isteri yang mempunyai akhlak dan kesopanan yang dapat mendidik dan menjadi teladan kepada anak.
Lantaran itu Nabi s.a.w. mengingatkan: “Sesiapa berkahwin (beristeri) maka dia sudah melindungi (menguasai) separuh agamanya, oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi.” (Al Hakim dan Ath Thahawi).
Sesungguhnya, keluarga ialah tempat yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka dalam rumah tangga. Fenomena perpecahan dalam keluarga kini yang membabitkan perceraian semakin membimbangkan. Perpecahan dan perceraian menyumbang kepada perpecahan dalam ahli keluarga.
Kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. Anak yang dididik dengan penuh kasih sayang akan melahirkan anak bertanggungjawab dan mampu membalas jasa ibu bapa di kemudian hari.
Justeru, Nabi mengingatkan: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan wanita adalah orang mulia dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asaakir).
Sikap baik dan sentiasa berkasih sayang mesti diwujudkan dalam keluarga. Sikap ini mesti dijadikan amalan dalam kehidupan berkeluarga. Sikap baik ini bukan saja melalui perbuatan malah melalui tutur kata. Ibu juga harus menunjukkan teladan dan contoh terbaik sebagai ikutan kepada anak.
Konsep kebahagiaan dalam rumah tangga mesti difahami dan diwujudkan. Rumah tangga hendaklah menjadi tempat yang penuh dengan suasana kedamaian, kasih sayang, ketenangan, keselamatan dan kesejahteraan diri (jasad dan roh) hasil daripada keserasian dan permuafakatan ahli keluarga. Tanggungjawab suami dan isteri mesti ditunaikan dengan sebaik-baiknya.
Pembangunan keluarga mesti membawa dan menjurus kepada keseimbangan kehidupan mulia sama ada dari segi kebendaan dan rohani untuk ahli keluarga. Selain itu, pembangunan keluarga juga turut membabitkan penghayatan budaya ilmu dan keikhlasan.
Apabila semua ahli keluarga dididik dengan ilmu dunia dan akhirat secara seimbang serta setiap mereka mempunyai niat yang baik untuk membahagiakan keluarga, pastinya kebahagiaan hidup dalam keluarga akan dapat dicapai. Sentiasa mewujudkan kebahagiaan dan suasana harmoni juga menjadi penyumbang kepada keluarga bahagia.

No comments:
Post a Comment