4 hari lagi aku pindah ke semenyih
4 hari lagi aku kena bangun pukul 5.30
4 hari lagi aku kena keluar rumah pukul 6
4 hari lagi ku bebas daripada penjara rumah apartment
4 hari lagi aku dapat jiran baru yg tak berapa nak ada
4 hari lagi aku bebas jemur kain ikut suka nak sidai kat mana
4 hari lagi aku akan sampai lewat daripada biasa ke rumah lps habis keje
4 hari lagi aku kena adjust time waktu memasak sama ada sempat atau tak.
hahahahahaahahaha
Saja je kan, act aku nak pindah rumah dah..progress rumah aku dah siap apa yg patut...barang pun dah bawak sikit dengan lori atok angkat aku...penuh jugak lori tu..tapi kan kat umah skang nih mcm tak jejas apa pun even dah angkut byk barang.nampak sangat banyak gile perabot dan lain2 barang kat umah aku kan..hahahaha *nyesal suka beli perabot manyak2!;p
Kitchen cabinet dah siap jugak..errrmmm lepas ni keje aku melangut kat kitchen la sebab sayang sangat kan!kah kah kah!Cat...tak jadik sebab aku malas..so pakai jela cat putih.lain tahun kitorang cat satu rumah tu..aku dah penat nak buat segala bagai..slow2 la mencantikkan rumah.Hari sabtu angkut barang, ayah aku siap bawak pokok serai,kari dgn daun kunyit..dia siap tanam dah kat tanah belah tepi bilik tu..siap bawak cangkul tu!kakakakaaka..lepas tu dia tanam pokok kari kat tanah belah depan rumah.dia cakap nanti siapa nak amik pun boleh..kui3..kelakar la ayah aku ni...siap suruh aku tanam pokok pandan sebelah paip tuh..aku ckp nak tanam rumput carpet.kih3...ibu aku siap masak dari rumah, kitorang lunch kat rumah baru jek.best!Hari sabtu dgn ahad ni baru la angkat brg2 besar sekaligus tinggal lah terus kami di rumah baru tu..esok, orang wallpaper nak dtg pasang wallpaper kat living room dgn dining..takde la nampak kosong sangat rumah kan,dah aku tak cat.tak sabar gak nak tgk rupa selepas pasang wallpaper tuh..hari sabtu orng aircond nk dtg pasang aircond dalam bilik gak..rasanya settle la benda2 wajib kat umah tu..cuma langsir dgn railing tu belum g carik lagi.aku just nak beli meja makan 4 kerusi yg palstik warna merah ikea punya tuh je,nak letak kat dapur untuk kitorang makan situ..meja makan utama tu buat hiasan tunggu orang dtg rumah.hahahaha..hurrmmm itu jelah kot..tahap kering dah ni..slip gaji hubby aku pun siap tolak dah pinjaman perumahan.sekali ganda dari bayar rumah sewa sekarang ni..hukhukhuk..perasaan?happy sgt sebab dapat duduk rumah sendiri, tgk rumah sendiri.habis duit pun puas hati sebab hak sendiri..walaupun bukan rumah semi D apatah lagi double storey, itulah kemampuan diri..harap-harap lain tahun ada rezeki, boleh beli rumah semi D amin :p
bilik no 4 dijadikan play room anak-anak..suka betul diorang dapat main mainan dan sepah2kan bilik tu dgn bebas,takde nak kena marah dgn aku lagik.kekekeke...aku belum deco lagi bilik ni.plan nak pasang wallpaper kalau ada rezki nanti.akan dideco pelan-pelan ikut bajet.hik2.
magic english corner..baru jap aku susun diorang sepahkan habis DVD semua tu..ggggrrr...aku siapkan tv kecik,dvd player dalam bilik ni,sambil diorang main sambil tgk DVD magic english tuh..tengoklah sangat kan..hahaha..aku plan nak buat mini library dalam bilik ni..lepas tu depa sepahkan balik.huwwaaaa
lepas ni semuanya serba baru...
ReplyDeletehehehe..kalau takde ongkosnya,takde jugak serba baru kak ;p
ReplyDelete