Assalamualaikum...
Dah setahun kot blog ni..act dulu ada blog jugak tapi dah direset ke blog baru..ada la sebab tertentu..sampai bila nak berblog?aku pernah tulis sebelum ni, blog ni takkan lama, satu masa nanti bila aku rasa aku nak deactive kan blog ni, aku akan buat..cuma tinggal blog khas untuk anak-anak je, yg mana setiap entry adalah berkaitan keluarga dan anak, takde entry pasal lain..yg itu yg akan aku kekal kan sampai hujung nyawa...act aku agak malas dah nak berblog ni..macam tu jugak social network lain...facebook pun dah tak aktif pun..banyak sebab la...esp ada orang yg dengki iri hati,suka syak wasangka buruk (niat sebenar dia je yang tau)..kekadang kita update status tu biasa je..tapi ada sesetengah bagi komen yg tak membina..atau ada unsur nak perli kita.bagi aku yg dah ada anak, dah cukup matang ni, zaman nak bergurau senda melampaui batas dah tak wujud kot..kalau dulu aku ni jenis gila-gila, sekarang totally tak begitu langsung dah..lain org lain kan..aku lebih selesa berubah ke arah kebaikan, sopan santun gitew awww...hahahahaha!!bagi aku la, kekadang poyo asyik update status anak je, macamlah kau sorang ada anak (dituju kat diri sendrik ahaks), pastu asyik update status shoping je manjang (nak tunjuk byk duit wlpun ada perkataan alhamdulillah...motif sebenar?) ni pun dituju kat diri sendiri kalau pernah terbuat (rasanya tak kot ;p) lagi, status perli orang macam kau tu baik dan mulia sangat heh (pernah alami) so aku rasa social network ni kalau tak digunakan dgn betul membawa banyak DOSA yang kita tak sedar..kekadang niat kita nak nasihat org tapi tanpa sedar cara tu salah dan menyakitkan hati orang lalu mencetuskan permusuhan, sedangkan puncanya dari kita sebab suka sangat cari salah orang dan perli melalui fb dan twitter sedangkan kawan tu ada dalam list fren, manusia mana tak marah kan?kuncinya sabar je dengan orang macam ni.one more thing aku dah tak aktif berfb sebab dalam diam ada stalker yg nak tau je apa aku buat, apa aku beli, kereta apa aku pakai, rumah apa aku beli, semua lah!lepas tu kecoh-kecohkan pulak..tu memang aku pantang la...sebab prinsip aku tak suka masuk campur atau amik tau pasal org lain kecuali family aku sendiri je, jadi aku harap orang lain pun akan buat mcm tu dgn aku..but mustahil kan?setiap orang tu ada je rasa tak puas hati dalam diri..sometimes aku rasa eh tu blog aku, suka hati aku la nak cite pasal apa kan.hak aku.mcm jugak acc instagram..hak aku nak upload apa2 pic untuk simpanan dan kenangan aku, tapi jgnlah dari situ nak amik tau semua pasal hidup aku...kalau cakap yg baik takpe jugak kan.so better aku stop la ber fb tu..aku happy ke, dpt duit sejuta ke, diam lebih baik walaupun seronot-ronot nak bgtau semua orang.hehehehe...aku nak kehidupan yg biasa, tanpa siapa tahu apa aku buat.kalau boleh biarlah orang lupa je kat aku, tak tau aku ada anak berapa, keje apa, dan lain-lain lagi..aku putuskan untuk aktif dalam blog dan instagram sahaja,,sebab tak ramai kawan kat situ..kalau ramai dah follow, maybe aku stop jugak...mcm aku cakap tadi, hidup aku adalah rahsia aku.bukan dikongsi segala mak nenek dgn orang.muktamad!
aku pun dah lama tak aktif Fb..malas sebab nanti apa2 status kita kadang2 ada orang salah anggap..huhuhu.. so baik sengap2 jaa..huwaaaaaa...
ReplyDeletekalo blog pulak, ada jugak yang bagi komen2 negatif wei...tapi aku tak publish..malas nak melayan...
memang pun..niat kita kdg2 disalah tafsir.menyampah dah aku.baik senyap lagi elok.hati pun tak sakit.kat blog pun sama jugak.dah nama pun blog kita,suka hati la nak tulis pasal apa kan.tapi ada je manusia saiko ni suka putar belit.asyik nak cari salah org je,salah sendiri tak nampak lepas tu lagi ego dan sombong.huh
ReplyDelete