Yang gojes gojes je

Showing posts with label anak ku sayang. Show all posts
Showing posts with label anak ku sayang. Show all posts

Friday, December 26, 2014

ke Genting Highlands

Assalamualaikum

Ahad lepas aku pegi genting.lama woooo tak pegi sana...1st n last time masa kak ong umur setahun lebih sket.masa tu aku blm pregnant kat ipan lagi.asyik nak pegi tak tak jadi2 sampai la ipan genap 4 tahun 8hb dis ritu kikiki...ni pun pegi sebab hubby outstation.ada meeting kat sana.apa lagi angkut la bini dgn anak2 tersayang ni haaaa.....aku siap cuti isnin tu nak ke genting punya pasal hehehe..lagipun selagi boleh hubby aku mmg akan bawak aku sekali..kalau tak boleh, mak mertua, sepupu atau adik ipar akan dtg teman.sejak aku sakit tu, dia mmg risau tglkan aku dgn anak2 wlpun aku dah ok sbnrnya.yelah nak takut apa kan.Allah tu ada sentiasa menjaga kita..tu aku yakin.ok punya la excited nak pegi genting wlpun anak2 baju sejuk pun takdak.tak sempat nak pi beli.aku berangan nak main game kat luar tu.tapi hampeh msih tutup.2016 baru bukak.tgh upgrade.so blh main kat dlm je la..pukul 2.30 baru check ni.pastu naik kete kabel ke atas.jalan2 makan pkl 6 turun balik.malam hubby meeting.sok tu plak mmg tak g mana dah dok bilik je sbb hujan.smpi la hubby habis meeting pkl 1, makan dah gerak blk kl.heheh..jom aku share pic.


excited nak naik cable car.1st time utk aku sbnrnya.gayat jugak weh..tinggi...mengucap ja aku spnjg tu.yelah kang tetiba jatuh ke mana tau kan.huhu..cuaca memang sejuk.berkabus.tp ondway turun tu lagi la kabus tak nampak apa sebab dh mula hujan.
 

ipan muka cuak suh berdiri kt depan nak amik gambar hahaha..tu kak long tu..baju sejuk tu yg sama dia pakai masa dtg genting 4 thn lpas hahahah!!muat la lagi wlpun singkat.cian kak long hehu..nti mama beli baru la.papa ckp nak dtg blk hjg bln 1 nti main puas2 kat dalam tu...asa dtg ritu kewangan mencukupi saja takde la nak main2 semua sgt.yela hjg2 thn ni anak2 nak sekolah, dgn aku rolling duit bisnes byrkan premium client dulu sbb persistency nak kira hjg2 thn ni. so phm2 lah kan..di awal2 bisnes ni saving utk tu tak la berapa nak ada.apa pun alhamdulillah persistency dah 90 ke atas.lega.penting tu untuk bonus hehu..rezki anak2 tu je.


adeh semak la org kat blkg tu.
 

kebetulan tgh promosi filem bertajuk nun kat blkg tu.so sesapa nak amik gmbr dgn watak2 dlm filem ni free je.aku cpt2 beratur hahaha.tak penah aku amik gmbr camni tau..ni org yg handle tu tlg amikkan dgn kamera hp aku.hihi puas hati aku.

 

pas turun baru check in.cantik wei bilik ni.modern concept.aku suka!ni kat genting view resort hotel.kat belah2 bawah gak tapi totap sejuk.makanan kat hotel ni sdp2 belaka.aku mmg rekemen ler kalo nak dtg.

 

katil.simple je tp cantik.satu bilik cantik.kalo nak dtg rmi2 blh amik rumah apartment yg ada 3 bilik lagi dlm tu.ni studio apartment kot namanya.rate 1 mlm tak silap dkt 300 kot.tapi aku menginap free je hehe.nx time blh dtg sini lagi.

tu jela pun..ondway nk blk ingat nak singgah strawberry farm tp hujan malas pulak.next time la..tu je gmbr aku blh share sbb mls nak transfer masuk dr hp ke laptop byk2..aku kan pemalas.tu yg blog pun lama bersarang.ni baru rasa nak menulis balik dgn hati yg ikhlas gitu....ok tata...


thank you for reading this entry!

Sunday, January 5, 2014

picnic di sungai tekala, semenyih

Assalamualaikum

Salam isnin..aku takde monday blues pun.ok je dtg kerja.takde rasa malas mcm selalu.biasalah baru masuk 2014 dan azam nak semangat g kerja pon masih baru kan.keh3..aku akan sedaya upaya tak nak el tak nak mc tahun ni.nak zero mc.dan zero el.cayok yana!dan aku hrp aku dapat tukar ke putrajaya dlm masa terdekat.amin...

Hari sabtu kami bwk anak2 pi picnic.saja nak bagi depa mandi sungai.kalau laut ni aku tak brp suka sebab ayaq masin.satgi ipan naik gatai2 satu badan.dia ada eczema jadi kulit agak sensitif.lepas kemas rumah mendobi bagai aku masak nasi goreng dan siap2 lah nak keluar dlm pkl 11.30.sg tekala ni dekat ja dgn umah aku.dlm 20 minit ja.nak pi congkak jauh lak kena pusing.jalan yg blh tembus ke langat masih blom bukak sejak tanah runtuh thn lepas.kami sampai tu tak ramai org pun.pi beli makanan sket lagi pastu menapak naik tangga ke atas.sampai2 ja anak2 aku biasalah tak sabar nak terjun.ayaq punya sejuk, aku pun tak rasa teringin nak mandi.heehehe..dlm sejam lepak hujan rintik2 pulak.terus kemas barang dan beransur pulang.tu pun ipan zarif melalak nak andi sungai lagi.jari kedut habis ada hati nak mandi lagi.kui3..jom layan gambar.


Jauh berjalan.naik tangga lagi.anak2 aku tetap steady.aku yg mengah.hehe

Nasi goreng jela yg mampu aku siapkan untuk picnic kami.keh3..

Aku dan hubby makan nasi suap suap sambil tgk anak2 main air ahaks

Syoknya depa...aku tgk ja.malas nak mandi sebab pyh nak tukaq baju.tempat tukaq baju tak terjaga.kotor.

Anak-anak gembira aku pun sama turut gembira.antara peranan ibu bapa ialah menggembirakan hati anak2 dan in shaa Allah bila mrk besaq nti mrk akan ingat betapa baiknya layanan ibu bapa mereka.menggembirakan anak2 juga memperoleh pahala dan tertulis di dalam Al Quran.jangan merungut kalau anak nakal dan tak dgr kata.mereka hanya seorang anak.kita yg tua lah yg mencorak mereka.bukan mengherdik dan menghukum anak.mereka perlu dididik dgn kasih syg dan penghargaan.

Kenit ni nampak ja brutal tapi dlm ayaq tak brani mcm kakak dia.takut2 nak jalan pastu panggil kakak dia 'ayaaa unggulah adik..' 

Nyawa aku.kesayangan aku dunia akhirat.syukur alhamdulillah.semoga bahagia ini berpanjangan.kita hanya merancang.tapi ingatlah rencana Allah itu lah yg terbaik tanpa kita sedari.amin..

**************

Wednesday, October 17, 2012

ke tesco

mengidam cool blog sampai ajak hubby pergi tesco semenyih!hahaha..my favourite chocolate tu.best seller.suka tambah black pearl tu sedap..cappucino hubby punya.masuk tesco jap beli daging burger,cheese, dengan jajan2 sikit.kak long skang suka pau nak beli itu ini.aiskrim la gula-gula la..gigi pun dah nampak mcm ada rosak sikit even dia rajin berus gigi.
 

alololo budak comel mulut muncung baju kotor habis minum cool blog.dia minum pastu sembur habis baju dengan seluar.geram je dgn budak ni.gggrrrr..

 

eksyen lebih nak makan mihun sup last2 ipan yang habiskan.yg best kat foodcourt tesco ni, makanan untuk budak disediakan dalam mangkuk yg kecik..kira tak membazir la..untuk bihun sup ni RM2.50 je.sedap jugak.

 

anak-anakku sayang
 


wajib la kalau dah nampak menan kan..tu pun masa turun nak balik ada menatang2 yg boleh tunggang tu, hubby cepat2 bawak lari ipan hahaha..tu pun dia nampak tertoleh2 ajak naik.nasib baik tak pengsan atas lantai.hahahaha..

 

oppsss mama nak masuk blog jugak.hahaha..ya ampun gemuk sungguh aku ni..cepatlah turun berat badan..tengah usaha diet ni walaupun tak berapa nak gigih sangat.at least ada usaha kan!hehehe..daaaa..

Tuesday, October 16, 2012

bila mama lipat kain

aku tengah lipat baju kat depan, dapatlah 2 bakul.anak dara ni sibuk nak tolong lipat baju jugak.pastu aku cakap pergi amik buku baca lagi elok.hahaha..pastu dia terus masuk play room amik buku.pastu suruh aku bacakan.aku pun layankan jap la..pastu aku sambung lipat kain, dia baca sendiri.pandai tu baca buku english..campur cakap jerman dengan perancis.muahahahaha
 

ni sepah2 ni japgi aku gak la yang kena kemas..kak long ni tak reti jaga barang.play dough dia tu tak simpan dalam bekas, kena angin jadi keras.bila main dia jadi hancur-hancur.yg ipan pulak pegi pijak2 tenyeh kat lantai dgn kaki dia..geramnya..pastu aku sapu je buang terus yang keras-keras tu..beli buang.banyaknya duit mak ko nak oi...

 

ni dia tengah main cikgu-cikgu sensorang dia.siap marah anak murid tu..garang betol.hahahaha

 

eh tetibe gambar carpet pulak..kikiki..aku baru beli ni kat nilai 3..yg carpet gebu kat depan sebelum ni aku bawak masuk master bedroom.sedap sikit bila solat tak sakit lutut masa sujud.

 

zoom dari jauh plak.hahahaha..murah je carpet ni.RM109 kat kilang yg aku cakap sebelum ni.memula nak pi beli kat ikea, tapi tak jadi sebab malas nak ke sana.baik aku beli kat sini, lagi tebal lagi lebar lagi murah.yg kat ikea tu RM139.jimat di situ..heheheh..aku berkenan ada carpet gebu2 sedap pijak tu..harga RM500.tapi tu tunggu raya la, nak ganti carpet gebu dekat ruang tv.carpet gebu tu susah jaga.tak boleh sapu kena vacum kalo kotor.untuk ruang laluan mcm ni aku lebih suka guna carpet yg biasa, senang sapu.tapi silap pilih warna la..banyak warna cream, ipan pun dah kotorkan dgn susu perisa coklat dia..gigih aku mengelap.huhuhu...

Monday, October 15, 2012

upah kolam mandi

lihatlah betapa seronotnya anak2 ku mandi kolam.sejam lebih kot main air.ipan dah bukak seluar nak bawak masuk, dia boleh lari nak terjun dalam kolam tu balik.miahahaha..dah mandi lama lapar la kan perut tu..aku sempat la g masak mee kuah kejap pastu terus aku suapkan kak long dalam kolam.laju je makan mau nya tak bgn tido terus terjun kolam!hahahaa..ipan lak kita suap dia buang dalam kolam tu pastu kutip nak suap kak long dia lak..sorry ler kak long tu cerewet benda kotor dia tak nak..kih3..

 

sampai kecut jari tangan kaki..aku pun join gak kejap.hahahah..tapi tak best lah kolam kecik.tak boleh nak kuak lentang.kah kah kah..

actually aku beli kan kolam ni sebagai upah kat Zaraa sebab dia baik je masa bawak jalan kat jusco malam sebelum tu, dengan mak tok dan tok su dia.ikut je mana aku pergi, takyah pegang tangan tak lari pun..baik lak dia..heran aku.hehehe..pastu pagi sabtu tu aku siap2 nak g tesco, aku cakap la mama nak beli kolam kat kak long sebab kak long baik masa mama bawak jalan kat jusco malam tadi..pastu dia jawab "kolam?Yeay!mekasih mama" sambil datang peluk lutut aku...sweet je kak long ni..cair hati mak kau nak...huhuhu..apa lagi beli la kat tesco..cadangnya nak beli yg besar punya boleh aku join sekali kekekeke tapi habis plak..tinggal size ni je....

Hari ahad aku pi nilai 3 lagik...beli carpet baru..ada satu kilang carpet korang akan nampak kat depan sekali masa masuk simpang nak ke kedai2 tu..memang murah sebab harga kilang.nanti aku tepek gambo...ceh gambo carpet murah pun nak tunjuk.kikiki..

Monday, October 1, 2012

JALAN-JALAN

Dah lama tak keluar jalan-jalan sejak pindah semenyih ni..bukan apa, malas nak keluar.nak kata jauh sgt pun..takde hal lah..jem tu lagi teruk drp jarak jauh sikit je tapi tak jem.cuma malas je nak keluar jenjalan..so semalam hubby ajak pergi Alamanda..usai asar, terus kami gerak.saja je jalan-jalan, nak shopping apa pun takde kot..duit kena jimat-jimat.ehehehe..penat kejar ipan tu..kami tak bawak stroller. apa lagi kemain happy la dia dapat lari, buat2 lembik tak nak jalan pastu duduk atas lantai tersengih2..nakal tol budak ni.huhuhuhu..pastu masuk la parkson kat bahagian permainan tu..saja je nak bawak diorang jalan situ..dekat sejam kot duduk kat situ.hahahaha..kak long sibuk nak beli stationery.aku tak beli pun sebab tunggu hjg tahun dia nak masuk sekolah baru la aku belikan segala bagai tu..pastu dia mintak play dough..aku belikan la yg murah2 punya.hahahaha..ipan lak sibuk menekan menan2 tu..dia suka la ada lagu kan..tak tentu arah dia duduk kat situ..daripada menonggeng sampai lah duduk atas lantai main.hahaha..kelakar tengok budak kenit tu..aksi dia sentiasa mencuit hati.aksi nakal yg lebih..keh3...dah main tak nak balik lak..aku tarik dia pengsan atas lantai.pastu aku angkat menggelupur terus melalak sekuat hati kah kah kah!malu mak kau nak!dia nak gitar tu..aku tgk pun memang best gak..harga rm90..tapi tak bole la nak beli satu nanti berebut..kalo beli 2 dah rm180..duit dah habis byr hutang.hahahaha..papa dia janji bulan depan lak beli...hehehe...



ben 10 untuk ipan, dora untuk kak long..botol ni pun diorang boleh berebut tau tak.

 

play dough kak long..pandai je dia main sebab selalu main kat umah onni dia.tapi aku kena pantau takut dia pi calit kat dinding rumah lak..ipan pun sibuk nak main sama walaupun aku dah belikan dia kereta best.dia pi makan play dough tu.hahahaha
 

sampai duduk atas lantai main bunyi2 tu...tu menan baby lah nak. takdenya mak kau ni nak belikan.hihihi
 

laa..sampai dua2 duduk atas lantai..nasib baik kak long tak pengsan macam adik tak dapat apa yg dia nak..kak long ok, dia tak mintak2 sangat..kalau tak belikan aku cakap la nanti kita beli, papa takde duit ke, dia paham.good girl.adik...dia mana reti mana paham..kalau dia nak, nak jugak..tak dapat dia memengsankan diri.aku pun konpius dia ikut sapa ntah suka pengsan2...hahahaha..lepas tu kitorang g makan claypot kat Rasa.pastu pecut balik takut terlepas maghrib..20 min je uollls sampai rumah..laju ke tak laki aku bawah.kekekeke
 

balik rumah tak sempat bukak baju, mandi main dulu tu...yelah,nanti papa kamu dapat bonus masyuk, korang pau la menan byk2 kat papa yer..bonus mama sikit..hahahaha 


yeayy...kad ike family dah sampai..boleh la ku berbelanja di ikea dan menebus mata ganjaran.like100X 

 

red velvet cake order dari bff fizah..sehari setengah je dah habis, duit pun blom bayar lagi.ahahhaa..fiza...pm no akaun ko sebelum aku lupa.kih3.

 

aku memang ketagih betul dgn kek ni..buat masa ini, kek buatan fizah la yg paling sedap pernah aku jumpa.tiada tandingan..aku berani rekemen dan gerenti kat korang memang sedap sangat2!kalau nak order boleh melalui aku yer...hujung taun ni aku nak order 2 bijik, makan sorang2..kan dpt bonus..kek ni mahal tu..hahahaha..tapi aku dapat hrga special..sebab kami bff dari kecik ;) fizah...aku tau ko busy. sila confirmkan dgn aku cepat jadi ke tak ni nak jadi pengapit ngko??hehehehe

~
~
~
nanti aku share deco landskap umah aku.ececeh landskap kunun..padahal tanah seciput.kakakakakaka


 

Sunday, September 9, 2012

tentang anak-anak

Assalamualaikum


  
chicken porridge+potato+brocoli+carrot adalah favourite anak-anakku...time cuti je boleh masak..hari keje onni dia buat bubur ayam jugak...diorang makan je nasi, tapi kalau bubur mcm ni,bermangkuk2 boleh habis pagi sampai malam.kalau mamanya ni cuti 3 hari ada kat rumah, memang nampak sangat irfan tu menggemuk..skang pun tembam je pipi tu..lately dia kurang makan..nak kena beli vitamin balik ni.as a mom, bila kita penat masak dan bila anak makan habis, sangat puas rasanya...but the other side, pernah ku nak suapkan irfan but he refuses to eat, ku jadi sedih..boleh??teruk betul mama dia ni kan..hehehe..kena banyak sgt sabar dgn anak, tu diorang masih kecik, bila besar nanti lagi byk cabaran yg perlu kita hadapi.doaku setiap hari bukan saja nak anak2 jadi anak yg baik,yg soleh, tapi doa supaya diri sendiri jadi yg terbaik buat anak-anak,disayangi dan dihormati anak-anak.amin..

ni kenapa baby chair sampai ke living room ni??hehehe..actually irfan didenda oleh mamanya.as i said early, sometimes quite hard nak suapkan dia makan..he plays a lot, lari sana sini, kita pulak kena kejar di ke sana sini.bila dah masuk mulut dia boleh muntahkan balik..dah kena lap lantai yg kotor..itu lantai takpe..kena carpet berbulu gebu tu?alahai...geram jugak, tapi fikirkan balik, dia hanyalah anak kecil..tak mengerti apa-apa.tak faham lagi mamanya tak suka kotor,tak suka sepah,tak faham mamanya penat.lepas tu mood kembali ok, ucapkan alhamdulillah sebab diberi Allah anugerah tak ternilai yg bukan semua dapat memilikinya...irfan didenda duduk dalam kerusi dan diikat selama sejam!lama tak?hehehe..suapkan dia makan sampai habis (papa suap).lepas tu sempat mama vacum rumah, papa tolong mop satu rumah (thx a lot papa really appreciate ur cooperation in housework) irfan stay duduk dalam tu tengok kartun.bising jugak dia nak bangun tapi kami biarkan je.sebagai denda sebab tak nak makan mama suap..hihihi..kalau lepaskan dia, kerja rumah bole jadi tunggang langgang sebab dia sangat rajin nak tolong.sometimes ku biarkan je dia buat apa dia nak buat kecuali hal yg mengotorkan dan membahayakan.

ni minah motor versi cute tau..hahahaha..tengok la tu, dia pakai sendiri helmet,sarung tangan papa dia.lepas tu naik kete menan adik dia kat rumah onni.bab merapu boleh tahan jugak si kakak ni.dia bijak bercakap, kadang2 kita boleh rasa eh biar betul dia yg keluarkan kata-kata yg mengagumkan kita orang tua ni..she's only 3 yrs old.cuma satu je dia masih pakai pampers.on saturday u cuba ajar dia tak pakai pampers.alhamdulillah dia boleh.malam je kantoi kencing dlm seluar dalam.hahahah..cuma bila nak yak yak, dia tak nak buang dalam toilet.dia nak pakai pampers.kalau tak, dia tak nak berak.so misi satu hari dikatakan agak berjaya..on sunday gagal meneruskan misi mengajar dia sebab sibuk (tok ngah dia meninggal dunia).dan isnin, mama dah kerja pula...weekend ni ku dah pesan kat papa dia..kan cuti 3 hari.papa dia plus satu hari lagi on friday..ku suruh hubby ajar dia lagi.sebab ku ke pangkor kan.insyaAllah anak mama mesti boleh.mama balik ahad nanti nak dgr papa cakap kak long dah tak pakai pampers kecuali time tido je yer....


ahaa...zaraa dan irfan ni suka lepak tgk kartun atas coffe table yer...dia tak reti nak duduk atas sofa yg empuk tuh..kadang2 berdiri,duduk,menonggeng dan macam2 gaya.bukan tak marah dia suruh duduk atas sofa. risau kaca meja tu retak nanti.tapi budak kan..apa yg kita laranglah dia suka buat..esp memanjat grill pintu dan tingkap!itu yg kekadang rasa nak pengsan tgk, sebab kita takut dia jatuh..panjat pulak sampai ke atas..yg irfan malam td, hilang.selak langsir, ada di sebalik tu rupanya, memanjat sampai ke atas paling tinggi..kita selak langsir, dia sengih2 nampak gigi.nak marah pun tak jadi.sudahnya mama dan papanya gelak.heheheehe..anak-anak..tolonglah jgn panjat grill..mama bukan bole pantau tiap saat.tak larat la mama macam tu...takut je dia jatuh..kalau tgk tinggi tu, memang boleh patah kaki tangan.tu belum bab suka main fius...yg ni irfan, cukup suka main plug bukak tutup.pandai pulak cari benda nak korek fius tuh.ku tamparkan je tangan dia tu kuat2 biar dia tau kita marah dia main benda macam tu..tapi,,,esok buat balik..aiyoo.......ku cakap kat hubby, 2 orang ni macam ada 5 orang anak..bising rumah.hahaahaha..alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal hendaknya...kalau  kita nak anak-anak kita baik, kita dulu kena perbaiki diri kita..pandanglah setiap perkara yg ada di sekeliling kita dengan positif..jangan kedekut dgn ibu bapa, beri apa yg kita mampu, bukan saja wang ringgit..kasih sayang, perhatian,pertolongan di kala memerlukan.nak pupuk jiwa kita supaya peka dgn perasaan orang lain bukan mudah..tapi perbaikilah diri hari demi hari.bangun tidur berazamlah aku mahu jadi anak/isteri/suami/sahabat/pekerja yg lebih baik hari ini.kalau bukan kita yg ubah diri sendiri, siapa lagi??setiap orang ada masa silam,ada kesilapan.jadikan itu semua pedoman untuk kita jadi manusia yg lebih baik, hamba Allah yg lebih beriman.insyaAllah, kita perlu yakin dan serahkan semau urusan kita kepada Allah, pentadbir sekalian alam.kita sudah usaha yg termampu, selebihnya terima lah qada' dan qadar dari Tuhan.insyaAllah.

 






Monday, September 3, 2012

hujung minggu

Assalamualaikum


Petang ahad lepas bawak la anak-anak g taman dekat umah sebab dah janji..bulan posa sampai lepas raya tak menjenguk ke taman budak-budak bertuah tu..hehehe..kitorang naik moto 4 orang,,mampu??motor takde bakul kat depan lak tu..kak long duduk depan, mama dgn adik kat belakang..ranap moto tu sebab ada dua orang debab yg naik kah kah kah!!memula pusing taman dulu, nengok rumah2 yg tengah renovate..pastu cakap la kami laki bini nanti nak buat itu nak buat ini macam la duit ada kan.hahahaha...

Kami lepaskan la anak-anak main, kak long takpe..ipan tu kena monitor..being a mommy to a toddler like irfan ni sebenarnya more challenging especially dia sangat lah lasak!orang naik papan lungsur dengan tangga, dia naik turun kat situ jugak.pastu turun tu kalau duduk takpe gak..ni otai je dia turun sambil berlari??sikit lagi nak gedebuk atas lantai.ada sorang budak cina same age but irfan younger 3 months than him.baik je.sopan.takde nak lari-lari cargas macam irfan tu.senang atok dia jaga.si irfan, eerrmmmm dia tak kenal erti berjalan perlahan-lahan..agaknya dia nak jadi atlit lumba lari 100m kut??kekekekeke..setengah jam je kami laki bini penat dah, dengan cuaca yg panas..so kitorang naik moto balik g ronda2..

Masa ronda-ronda tu kak long buat lawak aje..dia nampak budak2 yg ada tepi jalan semua dia tegur..hye kakak!kakak!hye!ramah benor anak pompuanku nih..lepas tu ada anjing tengah jalan...dia bole cakap "hanjengggggggg" *dalam nada manja pulak tu,macam panggil anjing tu nak bagi makan pulak..kekekeke..bukan anjing ye..HANjenggggggggg......hahahahahaha!!!

lepas tu lalu taman fasa 2, ada lagi anjing dengan tuannya sekali...kak long boleh cakap apa tau.."langgar dia langgar dia" kuat pulak tu!!hahahahah!!!sakit perut kami gelakkan dia.selamba je nak langgar anjing tu depan tuan dia..kui3...lepas round balik rumah dah dekat pukul 7.


sepetang di #thegreens #semenyihmewah3


oh, this is our breakfast..mee hailam in the houseeee...i took recipe from my mom..i woke up early in the morning and prepared this for breakfast..licin!hihihihi



and this is puding karamel..i cooked on friday night..act dah lama tak buat puding ni...berdebar jadi ke tak puding ku.hahahaha..ah simple recipe je ni, insyaAllah jadi..cuma manis sikit sebab kurang air dalam karamel tu..hubby suruh buat untuk bawak ke opis dia hari jumaat ni,ada pot luck jamuan raya.alamak!hehehee..malam ni nak buat puding roti lak..sedap pulak linda buat masa makan kat umah dia bulan posa ritu..dah amik recipe dari ana suzana..tunggu linda email takdak pun...hehehehe
~
~
~
~
itu aje cite kami anak beranak di hujung minggu ;)

Wednesday, August 22, 2012

zaraa datang opis mama

Assalamualaikum

Hari ni Zaraa ikut saya g opis...pagi2 lagi pukul 5.15 dah bangun sama dgn mamanya..excited nak ikut mama pi opis katanya.hehehe..mandikan dia pepagi buta tu siapkan dia bawak la g opis nak ikut sangat..opis pun takde ramai orang sebab ramai masih cuti.sampai je opis dah mintak susu so saya bwk masuk bilik solat suruh dia minum susu dulu..apa dia buat kat opis??merayap je satu opis,usik mesin fotostat,mesin faks,susun kerusi dalam pantry dan macam2 lagi..bukak cite upin ipin kat tab tak nak pulak tengok.lagi best dia tolong mamanya tebuk baucer..tolong tekan butang mesin tu..kekekeke...senang keje mama..pastu dia ckp letih la...pulak...hahahaha

Pukul 11.30 saya hantar dia balik rumah onni dia.kesian lak tgk dia bosan je kat opis.takde adik nak main,takde mainan..sempat la jugak kutip duit raya kat opiss...hehehehe..malam tadi saya tanya dia, duit raya kak long nak beli basikal ke nak simpan???tau tak apa dia jawab??nak simpan,tak nak beli basikal...pandai kan dia..selalunya budak mesti lah jawab nak beli itu ini (mainan) standard lah kan budak2..tapi dia cakap tak nak basikal, nak simpan!pandainya la dia..kecik2 dah ada inisiatif nak simpan duit walaupun diumpan dgn basikal baru..hahahahaha...eerrmmm niat nak belikan dia basikal baru jugak..basikal yg beli bulan 2 hari tu dah kecik untuk dia..yg lama bg adik,kat dia nak beli baru..tunggu kumpul duit raya kat kampung lak.hahahaha..alhamdulillah tahun ni byk pulak anak2 dpt duit raya walaupun tak jalan ke mana sgt pun..ada la 5 buah rumah je yg pergi.selebihnya org dtg rumah nenek dia, bagi duit raya kat budak2 tu selain saudara mara, kawan atok dgn onni dia pun bg duit raya.boleh tahan jugak la jumlahnya sebab tak beraya mana pun kan..balik kampung nanti, kumpul lagi ye anak2...bole mama buat beli susu dgn pampers kah kah kah!


dalam bilik solat menyusu.hhehehehe

Sunday, July 22, 2012

bila tengah layan magic english...

memula tu duduk atas sofa dua-dua ni..pastu dua2 bgn layan magic english camni lak..hahaha..time nyanyi lagu diorang tergedik2 menari.paling kelakar ipan la..cute giler..aku lupa je nak amik video time dia dancing..hehehe..seluar kecik tu sama kan..aku beli kat pasar payang masa pergi kuala terengganu bulan lepas..hihihi

 

lepas tu ubah posisi lagik..zaraa tgh tergedik menari la tu.hahahaha


 

last sekali duduk atas coffe table terus!kakakaka...aku umpankan dgn magic english so diorang tak mengacau aku kat dapur.keh3


ok,jom amik gambar sendiri..hehehehe


Sunday, July 15, 2012

selamat hari isnin

Assalamualaikum

Kejapnya cuti 2 hari..mcm biasa pepagi je aku mesti rasa malas nak bgn,malas nak gi keje.kunci jam 5.30 bgn menung jap 5 minit dok piki nak g keje ke tak?tak pegi keje byk, cuti pun dah tinggal sikit, takkan nak amik MC kot (memang tgh selsema n sore throat ni) last2 lepas 5 minit dpt kekuatan, semangat nak masuk opis terus capai towel mandi.hahahahaa...gitu la hari2 sebenarnya..liat betul nak bgn..dah bgn mandi tu takpe dah...korang ada tak alami benda yg sama??ke aku je??keh keh keh tah hape2 kan...:)

plan nak puasa hari ni tak jadi, sebab flu dgn sore throat ni makin menjadi-jadi, masih belum betul2 dpt sesuaikan diri dekat rumah baru, panas betul semenyih..nak pulak area rumah baru, pokok pun takde, kecik2 lagi...Zara dah elok demam selsema dgn batuk balik pulak..alahai....sabar je la..hope lepas ni ok la..my weekeend activity, kemas rumah je..me n hubby gotong royong cuci rumah...aku vacum, hubby mop satu rumah...tak larat oi aku nak mop luas tu..bgn pagi pukul 10.30 ahaks terus buat breakfast untuk suami dan anak, mandikan anak,susukan anak bg kenyang2 so that depa tak buat perangai (tak buat la sangat)..lepas tu mula kemas rumah, lap habuk, vacum, mop semua..kitorang buat sama-sama la..apa yg penting kata wonderpets??kerjasama!!!hehehe..selain tu apa lagi kalau bukan aktiviti memasak..

Petang pulak bawak anak-anak main kat tmn depan rumah..luckily taman dekat kan..ada 2 lagi tu..kat area belakang rumah pun ada..jalan kaki je..happy duduk kat tmn baru ni..even takde jusco ahaks..time cuti duduk rumah pun takpe skang ni sebab dah tak bosan terperap dalam umh apartment mcm dulu..agak boring keluar la sapu porch ke, belek2 bunga ke kan..ada je la keje yg nak dibuat...alah baru duduk 2 minggu kan..cuba dah lama...kakakaakak..dengarnya ada satu tapak kat semenyih nak naik jusco..kalau jadi lega sikit...dekat nak pi shopping.hahahahah..sbtu ni dah puasa kan??ada yg dah sibuk shopping raya dah..beli langsir,sarung kusyen,cadar pun ada yg beli motip raya beli cadar??hahahaha...mcm2 la...aku tak shopping pun lagi, bulan depan la baru nak pi shopping baju anak-anak kot...aku rileks je toksah kelam kabut nak beli awal sgt..sogo dgn jusco tu tak larinya hahahahah...kelengkapan rumah takde beli baru kot sebab semua pun baru kan :p cuma kalau ada rezeki nak tambah sket la furniture ye en hubby???kui3..ok la membebel sangat pepagi ni...selamat bekerja untuk semua, kerja elok2, sungguh2, ingat rezeki yg kita dpt tu nak bg anak bini makan, jadi keje sungguh2, jgn mengelat, jgn merayap berjam2, time keje buat keje sampai siap lps tu nak dgr radio ke, nak berinternet ke suka hati..jgn lps waktu keje baru sibuk nak buat keje, waktu bekerja sebenar sibuk buat bnda lain..hehehe..peringatan utk diri sndri jugak..moga rezeki yg kita dapat diberkati Allah amin...


anak dara apa cenggini??hahahaa

 

orang naik guna tangga..dia naik turun kat sini..pandai tak die??

 

ipan boy si awan nano..org ckp dia pompuan sebab rmbut keriting pnjg lak tu kalah kakak.hahahaha..nti nak raya ni mama potong sikit yer..syang nk potong sbb cantik rambut ida.belakang curl2 gitew...hahaha

 

my kids..dah besar kan..alhamdulillah...bahagianya hidup..doa mama, anak2 mama jadi anak yg soleh dan baik budi pekerti yer..amin...

 

tomei mama...luv both of so much!