Yang gojes gojes je

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Minum banyak air untuk kurus??

Penatnya ulang alik toilet dalam tempoh setengah jam sekali..toilet kat ofis ni jauh sikit, kalau korang senak perut, janganlah dilambat2kan ke toilet kalau tidak ada jugak yang tercicir kang..larian pulak mestilah pecut 100meter supaya tepat2 sampai tatkala perut sudah tidak dapat menahan lagi..kat opis ni saya suka g toilet kat bawah, dah la jauh, kena turun naik tangga setingkat..kira salah satu senaman jugak la tu drp duduk melekat kat kerusi.hari ni kan baru la dapat kesedaran nak minum air banyak2..kesian tau, kalau kat opis kdg2 saya minum air masak, sebotol mineral tu pun tak habis..blk umh jela minum tu pun lepas makan dan sebelum tido..patutlah kulit pun cam bermasalah aje sejak dua menjak nih.agknya kurang air kot..ada membe ckp,kalau nak kurus minum air byk2..confirm berat turun.dia dah try.dia minum 5 botol besar air mineral tu sehari..erkkk..ni pun dah kembung perut jek rasa, nak muntah pun ada.hahahah..nak amalkan jugak la, kot brt mau turun..tension lah...tak kurus-kurus pun haa *makan nasik tak benti ada hati mau kurus!;p

Baik, kita cuba ya..dah merayu kat hubby, nak beli jusmate 5 dpt turun 5kg pun cukup dah,barulah kuwus cam dulu..heheheh :p

Jom baca kat bawah kebaikan minum banyak air masak!

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.
2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.
3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.
4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.
5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.
6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.




7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.
8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.
9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum  bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.
10.  Minum sekurang-kurangnya 2  hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.
11. Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.

Wednesday, January 25, 2012

Didik anak dengan cara berhikmah

Assalammualaikum..
Didik anak harus dengan cara yang sangat berhikmah.
Tetapi sekarang ni ibu bapa lebih memberi kasih sayang yang teramat sangat hingga menjejas usaha mendidik itu. Maksudnya, kasih sayang itu akhirnya menjadi punca anak-anak merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja hingga tidak sesuai dengan norma dan tatasusila sekarang.....
Macam saya dan suami, memang kami pukul jugak anak..si Zaraa tu..kalau dia tak dengar cakap, melawan, cakap bukan-bukan (pengaruh anak2 jiran) memang kami cubit pipi dia.papa dia pulak akan pukul tapak kaki atau tapak tangan dia.Biasanya suami akan rotan dengan hanger kecik..sebab doktor cakap jgn biasakan pukul anak dgn menggunakan tangan kita.Nanti dia tak tahu nak bezakan sama ada pukulan tu pukulan marah,sayang atau benci..Kalau papa dia pukul tapak kaki dia, dia mmg akan menangis berbeza kalau pukul dekat tmpt lain..kenapa beza?sebelum ni (silap saya), bila saya marah, saya cubit dia ataupun tampar punggung dia.Walapun dia menangis, nampak dia mcm menangis tu melawan..tapi bila papa dia rotan tapak kaki, dia akan menangis hiba dan sedih.Saya rasa mungkin dia dpt pengajaran daripada situ..Tapi selalunya lepas kami biar dia puas menangis, papa akan pujuk balik and explain dekat dia kenapa papa pukul dia..contohnya dia suka main bedak sampai habis..so kita explain kat dia, kita pukul sebab dia main bedak,habis kotor.Itu cara kami..Ibu2 yang ada cara lain untuk mengajar anak supaya berdisiplin, kongsilah di sini supaya kita dapat memanfaatkan bersama.Pada pendapat saya la, walaupun anak masih kecil, kalau kita tak pernah marah langsung pun tak boleh jugak..melentur buluh biarlah dari rebungkan..jadi dari kecil kita kena bagi dia pendedahan apa yg boleh dan tidak boleh..Cthnya kalau anak saya pukul anak org lain, saya akan marah dia..Kalau dia pukul adik dia pun,saya akan pukul tapak tangan dia.Sebab kalau kita biar, dia tak rasa benda tu salah dan dia akan terus buat perkara yg sama berulang kali.Saya tak pasti la sam ada cara saya ni betul atau tidak..cuma saya rasakan itu lah caranya untuk mendidik anak..kalau saya silap tlg betulkan..saya masih lagi belajar bagaimana nak menangani kerenah anak ni..insyaAllah tahun depan saya berniat nak sambung master dalam bidang psikologi khususnya untuk kanak-kanak dan remaja ni..moga impian saya tercapai la..amennn ;)




Jadi bagaimana nak mendidik anak kita mengikut cara terbaik? Dalam Islam, telah ada panduan serta syariat mengenai cara bagaimana mendidik anak-anak, dan di antaranya ialah menghukum dengan merotan anak-anak. 

Walaupun merotan atau memukul anak ini dibolehkan, ia perlu menepati beberapa panduan dan syarat berikut:

5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
  1. Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
  2. Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
  3. Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
  4. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
  5. Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)” (H.R Abu Daud)

Walaupun ada syarat dan pukulan itu dibenarkan, harus ingat bahawa hukuman ini hanya boleh diberikan jika telah dilakukan nasihat, teguran dan diberikan amaran akan apa yang mereka lakukan.


Sumber Asal (diedit kembali mengikut pengalaman penulis MY): Didik Anak Harus Berhikmah | 5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak | HASRULHASSAN.COM™

Tuesday, January 17, 2012

Cukurlah segala bulu-bulu di badan anda :p

Kebersihan adalah sesuatu yang sangat diutamakan dalam Islam, malah dalam masyarakat Melayu sendiri, kebersihan itu perkara utama yang patut diambil perhatian. Bukan soal kebersihan luaran, kebersihan sekeliling tetapi juga kebersihan pada tubuh, pada diri sendiri.

Dan antara organ yang sentiasa terdedah dengan bahaya tidak menjaga kebersihan ialah alat sulit kita. Alat sulit adalah organ sangat penting dan ia sebenarnya memerlukan jagaan rapi agar ia tidak menjadi sarang pembiakan kuman. Malah dalam Islam, ada dinyatakan dalam sebuah hadis tentang bagaimana kebersihan pada alat kelamin terutama pada bulu ari-ari perlu dijaga. Bahkan kebersihan dan perapian perlu dilakukan pada mana-mana bulu yang ada, termasuklah misai, janggut, bulu ketiak, rambut dan sebagainya.

Daripada sebuah hadis, yang bermaksud:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis, "Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?"
Jawab iblis dengan panjang lebar: "Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari".

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. mengingatkan: "Di antara naluri manusia ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, mencukur misai, bersiwak (membersihkan gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemalun dan berkhitan". (Riwayat Imam Ahmad)." 

Jadi, janganlah dok bangga nak menternak bulu2 di celah ketiak mahupun pada alat kemaluan tu ... adehhh .... hehehee... ingat, kebersihan mesti diutamakan ... kerana ia sebahagian daripada iman.
pls don't be like this!heheheh

ujian menentukan tahap PH bau ketiak kut.kui3

ketiak abg hensem..jgn lupa saksikan episod hari ni Gemersik Kalbu ye!
Gambar:google

Mengapa Emak Tak Makan Sisa Anak dan Anak Perlu Habiskan Sisa Emak

Pernah dengar tak. orang kata jangan makan sisa anak,tapi anak makan sisa mak bapak takpe.sebab nti anak2 syg kat kita..ingat kat kita..saya pun dgr mcm tu terus amalkan.hehhe.suka dengar cakap org kan :p
Kalau bagi anak minum air,saya mesti dulu minum sikit dalam cawan tu barulah bagi anak minum.mcm tu jugak la makanan.mcm dah jadi benda wajib pada saya.bukan dgn anak je,dengan suami pun sama..tiap kali saya bancuh air,sebelum bg dekat suami mesti saya hirup sikit dulu..sebab tu kot suami saya syg gile kat saya.hahahaha!!
Itu semua kuasa Tuhan.tapi bila ingat balik, ye la mmg suami saya syg gile dan tak blh hidup tanpa saya..ececeh...untuk anak-anak ni kan,sesekali mmg ada la jugak habiskan makanan dorang..lps ni kena ingat lah...wlpun takde bukti saintifik yg mengatakan begitu :p

Jom baca artiek lkat bawah ni pulak :)

Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon.

Situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ... .

So satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... 

Monday, January 16, 2012

Ustaz..kenapa ya?

Soalan: "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang-kadang tiba-tiba je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati ni sedih? Kadang-kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang-kadang rasa macam rindu. Tapi taktau rindu pada siapa?"
 
 Jawapan Ustaz Azhar Idrus :
"Perkara biasa. Hati perempuan memang halus, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR.."
 

isteri janganlah pulak dera suami yer.hihihi :p
 
 
 
 
 
 

Friday, January 13, 2012

Cara menjawab telefon dengan betul

Pernahkah korang rasa sakit hati nak menjawab telefon?Esp kalau yg telefon tu asyik tanya benda-benda yg korang tak tau..Macam kat opis ni,ada je la nak tanya itu ini, salam pun tak bagi terus je tanya bila duit pampasan tanah dia nak masuk..ada jugak tepon hp kita lps tu tanya kita siapa..tu memang nak kena caruts ler tuh.hahahahah..Bagaimana mahu melayan panggilan telefon esp bila tengah sibuk banyak keje?Ini ada 12 cara menjawab telefon yang boleh dipraktikan. Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.






1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)



kihkihkih :p