Yang gojes gojes je

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Cemburu tau

Assalammualaikum w.b.t


Sampai hati dia upload gambo tepi pantai nih....sob sob sob ;(


hubby ku di Penang ketika ini selama 3 hari...kalau tak sebab cuti tinggal sikit, aku dan anak-anak pasti mengekornya ke sana!kih3..cepatlah balik......rindu mula berputik..huahuahua

Wednesday, April 25, 2012

tak bestlah iklan macam ni

Assalammualaikum w.b.t


Pernah tengok iklan kat bawah ni??Aku tertengok dalam paper metro..tak tahu nak cakap apa...hehehe...in my opinion, macam kurang sesuai la...tak semestinya produk untuk 'tenaga' perlu diiringi iklan sebegitu rupa, apatah lagi modelnya makcik2 dan pakcik2.Kesian model yang menjadi mangsa ni.huhuhu..ada lagi satu iklan tu yg pasal membesarkan payudara sebelum dan selepas, model tu bertudung dgn aksi menggoda...agak keterlaluan bila dialog dia berbunyi 'suami pun cemburu bila lelaki di luar sana menoleh ke arah saya!'...alahai...dah berdosa pulak kat situ sebab menayang aset...tauke2 produk ni pun janganlah over sangat kut iye nak melariskan produk dan model pula sila fikir baik dan buruk sebelum anda 'beraksi' ;)

Apa pendapat korang???





Monday, March 5, 2012

jimat duit kerajaan kalau semua jujur

Sebelum ni saya la kan ada la rasa sakit hati kalau semak claim sorang PAR ni sebab dia naik motor tapi claim teksi..bulan2 claim dia 800 lebih tu tak lari la..saya tau la tu dia punya hak tapi bila libatkan duit kerajaan ni jujurlah sikit..kerja dah lama kan..kiranya dia hidup dgn duit claim pun dah mewah.tapi kitorang tak boleh buat apa sebab bos dia yg sign.selebihnya tanggung sendiri la..bukan nak cakap, yg india pulak jujur lebih lagi.naik motor claim lah motor kan.buat pe nak tipu..tak berkat nanti duit tu..tadi dia hantar claim tiba2 dia ckp dia claim motor.total 300++ je lah..nampak tak betapa bezanya dgn claim teksi tanpa resit??agaknya bos dia dah tegas kot..kan dah jimat duit kerajaan..kalau semua jujur, byk la pendapatan kerajaan,boleh bagi kita gaji lebih.ni tak, kita yg tak jujur lps tu bising gaji tak naik..ckp pasal gaji naik ni, semalam la hubby saya ada meeting dgn orang2 besar JPA kut..dia dpt la list kenaikan yg cuepacs tuntut tu..betul atau tak saya tak tau la..tapi ni dari mulut PTD tu la..opsss!ala share jelah ye...yg hubby saya bagi untuk gred 41 kenaikan RM1800..untuk gred 17 kenaikan RM1000...yg lain2 saya tak ingat.hehhehe..TETAPI...elaun kola (sara hidup) dan elaun perumahan ditarik balik!kalau dikira pun kita masih ada banyak kenaikan wlpun setelah ditolak kedua2 elaun tersebut..kalau betul alhamdulillah la...org jpa tu cakap PM dah setuju..tak tau la betul ke tak kan..atau gosip semata..hahahhaa..klu betul mesti semua gembira tak terkata..iyela selama ni gaji ciput je tak mcm la org keje swasta dgn bonus yg lebat lagi..kalau kakitangan kerajaan dapat, kiranya itulah hasil yg ditunggu setelah bertahun2 kan..berbaloi lah tu...for me...errmmm boleh la tambah bagi elaun kat mak bapak.amennnn ;)

Sunday, March 4, 2012

Meratah milo

Jadi lak keje merapu ku hari ni...tetiba tekak teringin nak meratah milo!oh sungguh lama ku tidak melakukan aktiviti yang sangat menerujakan ni!eh?hahahahha..

Pagi tadi dah makan mihun goreng, so tak lunch la..terpaksa ar nak jaga badan punya pasal.ceh!lepas tu tetiba je rasa nak makan milo tau..sedapnyer..korang suka meratah milo tak?mesti korang pernah buat macam tu kan..duduk tgk tv, sambil menjilat2 sudu yg penuh dengan minum milo anda jadi sihat dan kuat!zaman budak2 sangat la suka buat keje meratah milo ni..my mom pernah la gak menjerit marah 'macam ni beli seploh tin milo pun tak cukup kalau asyik ngup ngap siang malam!!kah kah kah

Lepas tu tadi masuk la pentry,tunggu orang tak ramai ler.apa lagi kunun2 nak buat air milo..sambil senduk milo sambil suap mulut.senduk suap senduk suap senduk suap entah berap kali LOL

Bukan kat umh sendiri jadi agak2 ler nak mentibai milo opis kan *nasib baik aku jrg buat air so takde la rasa bersalah sangat kehkehkeh lepas dah rasa agak melepas gian tu terus ku bancuh buat air lak....ahhhhhh lega.....;p



minum milo anda jadi sihat dan kuat!percayalah :p



kalau aku buat kek batik pun aku letak milo gak.milo ni byk kegunaan tau.buleh buat kek,puding dan macam2 lagi :) *gmbr gugle