Yang gojes gojes je

Showing posts with label home deco. Show all posts
Showing posts with label home deco. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

deco deco

Assalamualaikum

Salam rabu semua!Hari ni nampak gaya macam takde keje langsung.aku dah selesai dhuha, baca yasin dan ayat2 rukyah.kalau tak de meeting blh la habiskan setengah jam untuk semua tu.drp dok layan benda lain yg tak berfaedah kan.huhu..Aku tak brp sihat sgt hari ni.Tapi jiwa aku sentiasa sihat dan kuat.datanglah dlm bentuk mcm mana sekalipun, akan ku lawan dengan keyakinan penuh terhadap Allah.amin..semoga Allah melindungi kami sekeluarga..

Nak share deco2 kat umah aku la..byk aku ubah dah ni.lately aku rasa mata semak tgk byk brg.skang dlm proses 'melapangkan mata'.hehehe...ada beberapa lagi nak kena ubah tapi tunggu la sket2 ada rezki aku buat.ni anak2 nak masuk smart reader thn dpn byk wooo yuran nak bayor..nanges aku huhuhuhu..tapi takpela ada je rezki aku yakin.rezki kan dari Tuhan.:)

Ok, nak share gmbr deco kat umah aku.bukan nak menunjuk ke apa..takde maknanya nak menunjuk rumah perabot murah2 je oi....kekekekeke...

sofa ku dah bertukar!!sofa l shape gedabak tu aku dh jual RM400.hehehe..aku tak nak pakai sofa besar2 wlpun ruang tamu aku ni luas gak.nmpk semak sangat.aku nak lapang2 je.sofa ni cukuplah utk lepak2 tgk tv.kerusi malas ikea tu ade ckuplah.biar senang anak2 aku nak lari2 kat area depan tv tu.hehe..rak tu laki aku yg psg.untung dia rajin ikutkan kehendak deco aku yg mcm2 hehe..aku guna shelf ada kaki ni.igt nk guna yg tebal mcm kat tv dgn ruang makan tp aku rasa mcm sama je plak boring.ni tukar yg nipis dan ada kaki.asalkan mata aku nmpk cantik sbb umh aku, aku yg nk tgk hari2 kan.hehehe.buaian tu aku alih kat situ.aku ras kedudukan dan ngam.sofa klippan ikea tu kami bawa blk naik alza muat2 je.seksa oi seat kena ke depan.laki aku tak blh nk bwk kete sbb kaki dia pnjg.nsb baik aku kurus muat la.eh kurus??muntah hijau.hahaha


ruang makan tetamu.frame Allah Muhammad tu terbalik somi aku men gantung je tak tgk.masa gmbr ni diambil blom dibetulkan kedudukan lagi hehehe..aku rasa lapang dah ni.dan kemas dah.adeh perasan jap dgn hasil deco sndri muahahaha
 

dari sudut tepi.cermin tu aku rs mcm tak ckup bsar.aku berangan nk psg cermin keseluruhan tutup dinding tu.tp kosnya mahal gila.mmg lmbt lg la tercapai impian aku tu.huhuhu..console table tu aku mcm tak brp suka nk nengoknyer.hajat nak beli rak yg empt segi dan beroda kat ikea tu.tak silap harga 399 kot.nti lah tgu duit jatuh dr langit heheh.
 

dinding tu psg wallpaper tp corak yg tak nmpk sgt.kaler kelabu.laki aku yg psgkan.dia kan serba boleh.untung aku..hihi..aku rs dh ckup simple dan kemas..sekali lagi puji hasil deco sndri ngeh3

~~~~~~
tu jelah yg aku dpt share setakat ni...ruang tv aku tak nk share lagi.tgu nak pasang cermin baru aku share ek.kalo rajin hjg minggu ni aku g ikea beli cermin yg panjang2 lekuk2 tu.nmpk gaya mcm cantik klu pasang 8 bijik.jadi aku kena beli 4 set.tgk ongkos dulu camne.hehe.nanti aku sharekan pic bilik anak dara aku pulak.kalau rajin..ok, rehat time....yg blom ada takaful blh contact aku 0173435895 yer..utk info lanjut dan sebut harga percuma.PruBSN Takaful, the best in Malaysia and Asia.Always number 1.:p

Wednesday, February 29, 2012

Tema hiasan penting

Tadaaaa...nak share pasal dekorasi lah pulak boleh??saya pun tengah mencari-cari idea lagi macam mana nak menghias rumah saya nanti..dalam kepala memang dah ada perancangan, cuma tunggu masa untuk melaksanakan je..yg penting saya mengikut bajet la..kita buat ikut kemampuan kita asalkan nampak kemas dan cantik dan kita puas hati betul tak??Cakap pasal cat, mula2 saya ingat tak nak cat rumah tu, biarkan je warna putih yg pemaju bagi.tapi kalau dicat, rumah kita akan naik seri betul tak?cuma saya agak konfius nak cat satu rumah cantik  atau cat beberapa bhg dinding yg sesuai dengan susun atur perabot dan perhiasan..masih mencari idea ni..jom saya share sikit info yg saya dapat ;)

MENCIPTA ruang dalaman yang sempurna bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan perancangan teliti agar tidak terikut dengan kediaman orang lain. Ia lebih memberikan cabaran apabila berpindah ke rumah baru kerana suasana itu memberikan ruang-ruang dinding yang kosong.
Pilihan penataan memberikan gambaran gaya hidup penghuni kediaman itu sendiri dan ia menjadi tatapan tetamu yang bertandang.

Fikir konsep atau tema asas, pengisian ruang atau warna-warna yang sesuai termasuk penataan cat untuk segenap inci kediaman anda.


Cat semestinya menjadi elemen terpenting dalam mengubah suasana suram menjadi lebih ceria sepanjang masa.

Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skima warna yang anda inginkan.

Bandingkannya dengan langsir dan permaidani atau lebih baik jika anda uji terus ke dinding anda.

Biasanya cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding.

Jika anda ragu dengan tona sesuai, pilih yang lebih pucat dan dapatkan khidmat nasihat dari kedai cat yang anda kunjung itu.

Perancangan yang dibuat termasuk bajet perlu diambil kira dan anda boleh mengelakkan kediaman menjadi bahan uji dekorasi.

Dapatkan idea yang jelas berkenaan pembinaan dan hiasan dalaman kediaman anda untuk keselesaan semua.

Pembinaan dalaman bermaksud struktur atau kemudahan yang anda bina di dalam rumah selain dinding, lantai dan siling yang sedia ada.

Ia mungkin kabinet, almari pakaian atau dinding sempadan yang menambahkan seri kediaman.
Hiasan dalaman pula antara elemen yang memberikan warna, tekstur dan estetika kepada ruang-ruang dalam kediaman anda.

Ia mungkin cat, kertas dinding, lukisan, gambar, kemasan langsir atau perabot seperti sofa mudah alih.

Kombinasi yang kreatif serta bijak antara pembinaan dalaman dan hiasan dalaman menyempurnakan idea anda itu.

Jika anda melihat sesuatu perhiasan dan berkenan di mata padankan dengan latar kediaman anda dan kenal pasti sama ada sesuai atau sebaliknya.

Elak membeli, memilih atau membina secara rambang jika mahu menjadikan dalaman rumah anda benar-benar menarik dan membanggakan.


sumber:http://hiasanrekaindah.blogspot.com/

Thursday, January 26, 2012

Hob and hood, aircond dan water heater

Lepas dah kira bajet untuk renovation rumah seperti memasang grill, mengecat, membina tembok, membuat tiles, membuat plaster syiling dan pelbagai lagi (mengikut bajet sendiri) dan juga bajet untuk membeli lampu dan kipas..jangan lupa perlu juga ketepikan sejumlah wang untuk membeli hob and hood..ahah yang ni saya hampir lupa..iye-iye dok mengira itu ini, part yg paling penting sekali *kalau tidak tak boleh masak.heheh kelengkapan dapur kita..pelbagai jenis hob dan hood yang boleh didapati di pasaran dengan pelbagai jenama.Ada yg mahal, ada yang murah.Pilih mengikut bajet dan konsep yang diingini..





























dan tak lupa juga..........




aircond untuk rumah..better psg siap2 sebab kalau pasang kemudian rumah akan berhabuk teruk..we choose panasonic inverter 2hp untuk ruang tamu sebab jimat elektrik.dan guna time panas saja yer..jimatkan elektrik rumah anda..keh3

dan juga water heater...penting ni kalau tak nak menggigil mandi waktu pagi..we also choose panasonic sebab so far yg pakai kat rumah memang tak pernah buat hal ;)


Wednesday, January 25, 2012

Kitchen Cabinet idamanku...

Ho aloh..kontraktor yg akan renovate rumah saya nanti tu tak buat kichen kebinet ler pulak..dia cuma buat table top saja..kalau nak dia blh subkan dekat kontraktor lain untuk buat KC..huhuhu...kena cari sendiri jugak la..bukan apa kalau bukan yg direkemen org lain, kita tak tau hasil kerja dia mcm mana lagi,kang sakit hati je duit dah byk habis,tapi hasil tak semenggah kan..Hari sabtu ni kitorang nak pi survey kedai2 KC area Semenyih mintak quotation dulu.Kalau payah sangat amik jela kontraktor yg direkemen tuh, mesti la ok kan kalau idak takkan dia suggestkan..Design dah ada, just nak tanya berapa $$$ je la..tak mau terlebih bajet..tapi tak mau jugak terlalu murah tapi hasil tak memuaskan..alah..ukuran dapur tu pulak yg tak pasti berapa kaki panjang..lantaklah..yg penting kena berangan dulu.ahaks



kalau over bajet buat kayu camni jelah

ruang atas tu tinggi,banyak brg boleh letak kan..



berkenan gak patern camnih..pemegang tmpt bukak almari tu tak nak buat..nak yg kosong je..bg ruang nampak lagi luas.

kalo boleh nk yg material camni..nampak cam cermin.kalo melebihi bajet tkpe la kem salam.heheheh

patern ni pun ok..tapi pendek.umh yg dapur kecik buleh la.

ni pun ok gak..maybe pnjg dapur umh saya tu lebih kurang gini kot..cuma takyahla buat tmpt letak fridge tu sebab bkn nak sampai mati pki fridge ukuran yg sama.


suka ar yg ni..putih suci je..nak mencuci mati.hahaha




Wednesday, January 11, 2012

Checklist rumah baru

Jeng jeng jeng...lagi 2,3 bulan rumah siap.Haruslah dah buat checklist yer..pasal duit tu jangan piki..Buat-buat tak tau,buat-buat pejam mata atau anggap je duit akan turun dari langit!muahahahaha!!

Mostly perabot rumah hampir lengkap dah..Cuma nak upgrade sikit-sikit yang lebih elok ler...sofa untuk ruang tamu,meja makan dengan set katil untuk our bedroom je nak beli baru..Yang lain pakai je apa yang ada dulu.Selow2 kite beli..adakah bonus tahun ini?hehehe..Jom tengok checklist nak shopping dekat IKEA :p



nak beli rak tv ni untuk letak tv dekat dapur.murah je RM39 tak silap.

murah weh!dah turun harga!dapat gaji ni nak beli terus!ngehngehngeh..untuk letak dekat meja makan.untuk ruang tamu pertama dengan kedua pakai carpet yg sedia ada shj.

ni pun murah tak silap RM89 sahaja..nak letak dekat mana nanti piki.yg pntg beli dulu..hahahaha 



nak beli set meja makan ni..tapi haruslah amik kaler merah..RM199 murah kan..nak letak deakt dapur untuk port potong memotong.


bakul letak menan anak-anak

katil letak dlm bilik anak.wlpun dorang tido dgn mama n papa,belikan jugak la utk lepak2 dlm bilik.hehe

carpet dlm bilik anak

carpet lagi

benda wajib beli

ni pun.rumah skang sempit sebab tu tak beli

haaa khemah ni nak beli jugak.untuk dorang main2 dalam bilik mainan.

lampu ni dh lama berkenan.harus beli!

rak ni nak beli lagi satu.ada satu dekat rumah.jadik 2 sebab nak ltk kiri kanan sebelah tv rack.hehhe





Tuesday, January 10, 2012

Geram tgk wallpaper comel!

Assalammualaikum


Korang minat tak wallpaper?Saya minat sangat.Pada saya wallpaper akan buat rumah kita nampak lebih elegen dan cantik.Tak lama lagi rumah saya nak siap, memang harus saya pasang wallpaper.Tapi bukanlah untuk satu rumah.Kalau penuh sgt nanti ruang nampak sempit dan semak.yang penting sebelum memilih wallpaper, pastikan ia matching dengan warna tema perabot anda dan juga cat rumah.Untuk menampakkan ruang yg luas, corak yg dipilih seperti garisan lurus ke bawah,corak bunga kecil, mampu membuatkan ruang nampak luas dan lebih tinggi.Saya dah jumpa satu tempat ni, dicadangkan oleh kawan saya yang baru je pasang wallpaper kat rumah dia.banyak corak menarik untuk dipilih, harga berpatutan dan hasil kerjanya kemas.Untuk maklumat lanjut boleh la add facebook Istana Deco Home Furnishing untuk set appointment dgn pemiliknya.Saya baru survey2,rumah siap nanti baru set appoinment untuk site visit..heheheh..

Ada lebih 2000 corak untuk anda pilih.Jom tgk antara wallpaper yg menarik perhatian saya!







so sweet untuk wallpaper bilik anak




HOME FURNISHING / HIASAN DALAMAN
Wallpaper / Wallcovering mampu milik untuk kediaman anda

Antara kebaikan wallpaper ini adalah:

1. Tahan lama.
Wallpaper boleh tahan sehingga 5-10 tahun. Kebanyakan wallpaper yang bermutu tidak akan pudar, tapi kalau pakai cat, tentu saja sudah 2 atau 3 kali perlu dicat semula



2. Wallpaper amat mudah dibersihkan.
Sekiranya kotor, maka kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, eloklah seminggu sekali dikebas dengan menggunakan bulu ayam (amat mudah). Dan untuk setahun sekali, elok dicuci dengan sabun lembut.

3. Kerosakan wallpaper boleh di baiki.
Sekiranya wallapaper ada yang terkoyak, kotor yang tidak dibersihkan, maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan. Oleh itu, perlu dan AMAT perlu menyimpan sekurang2 nya setengah roll dari wallpaper untuk keadaan kecemasan seperti ini.

4. Wallpaper = tidak berbau.
Kalau cat, jika bukan jenis yang mahal akan berbau dan tidak menyenangkan

5. Wallpaper memberi texture menarik.
Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan naik seri dan memang mengindahkan ruang rumah.


thanks for viewing!