Yang gojes gojes je

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

sambutan anniversary kami :-)

Assalammualaikum


Hujan lebat la pagi ni..jem toksah cakap la.sejam lebih aku stuck!dah la sakit perut tak ingat, nasib baik tak tersembur dalam kete.kah kah kah!elok je sampai opis, toilet la tempat dituju terlebih dahulu..hahahaha!!

Ok, nak cerita pasal sambutan anniversary aku semalam..sambutan la sangat kan!huhu.aku tanya hubby takde ke bunga ke kad ke bagi kad aku?dia cakap takde, tak tau nak beli kat mana.cis!dah agak dah!takpe la...*merajuk di hati tak siapa yg tahu ;p

Lepas amik bebudak tu, masuk kereta hubby aku cakap 'mama cuba tgk kat belakang kerusi tu ada apa'.aku pun dgn excited la tgk apa kebenda kat situ.tadaaaaaa!!!yeay yeay dapat kad!terus senyum simpul gitu wah!tapi bunga takde la..hubby aku bukan reti beli bunga2 ni.dan aku pun tak kisah sebenarnya..saja je nak mengada-ngada kan.ahaks.

Terharu aku baca apa yg dia tulis..seterusnya buat aku sebak dan bergenang air mata..hahaha poyo!serius la..tak pernah lak aku tau yg dia pandai bermadah indah...walaupun aku agak musykil...huuurrmmmm...ce korang baca kad ni..






Aku tak rotate terus je upload dari tablet..maafkan aku jika kepala korang terpaksa disengetkan.jiwang kan ayat dia...namun segala kemuskilan aku terjawab malam tu..copy paste rupanya...aku agak dah!kakakakaka




 Red velvet cake ni aku order kat bff aku..sedap tau..kalau korang nak rasa boleh la roger aku...gerenti makan sekali nak order lagi!hehehe..tapi strawberry terjatuh ke bawah sebab cream tu licin,aku lak bawak kete cam pelesit.nasib baik tak hancur kek tu.kekekeke





                                                  Happy 4th anniversary to us! ;)
                                                                        







menu special aku, ketam masak lemak cili padi.sedap!










Siakap 3 rasa yang menjilat jari ;)
makan semalam dah hancurkan diet aku untuk  seminggu!huwaaaaa

Wednesday, March 28, 2012

Masak-masak sempena anniversary ;)

Assalammualaikum


Tadi dah cakap kan, hari ni anniversary aku yg ke 4 tahun..hikhikhik..tadi aku tweet hubby...hari ni nak aku masak ke dia nak blanja makan??ok kan aku tanya cenggitu?hahahaha...dia reply tweet aku 'u masak la hehe'..ceh!dah agak dah mesti nak suruh aku masak punya la tu..ptg semalam hubby dah belanja aku McD lepas balik keje, so hari ni aku boleh ar tolak ansur balik masak!keh3

Tadi kat pasar tani opis, aku dah beli lauk pauk yang nak masak hari ni...waaaa byknya menu aku nak masak!*byklah sangat! eeermmmm special day la katakan..ahaks.So, menunya ialah ketam masak lemak cili padi,siakap 3 rasa, sayur campur goreng belacan dengan dessert red velvet cake (bukan aku buat,order je..hehe)..ok tak?ke nak tambah menu lagi?hahahhahah..tu pun rasa dah tertonggeng kekenyangan!

To my cayang, happy birthday darling!mmuaahhhhhhh100X!!!*eeerrrr hadiah takde ke?;p




 tak sabarnya nak balik masak kat bawah ni! ;p


ketam masak lemak cili padi!*google

 

siakap tiga rasa!*google gak
 ~
~
~
~
.................dan................




red velvet!*google lagik


Esok berat aku naik 3 kilogram okeh!lol
 

Monday, March 26, 2012

4th anniversary

Diam tak diam, 29hb ni masuk 4 tahun dah perkahwinan aku..alhamdulillah...bagi aku usia perkahwinan ni masih baru sangat lagi..macam kerja kerajaan la..kalau 4,5 tahun keje tu jgn cakap dah lama kerja..masih baru masih hijau..lainlah 15 tahun ke atas, itu baru boleh berbangga cakap dah lama aku keje, dah lama aku kawen! :p

Syukur alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak..yg sulung nak masuk 3 tahun bulan 5 nanti..tu aku kawen awal tu, umur 23 tahun..kekadang ada gak rasa menyesal kenapa aku kawen lambat!hahahaha..seronoknya alam perkahwinan, ditambah dgn 2 orang anak.hanya yg melaluinya sahaja yg faham..perceraian???jauhkanlah sekali!sedih tgk kawan2 yg bercerai-berai!kadang-kadang mereka ni lebih mengikut hawa nafsu dan ego masing-masing!setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.kita yg perlu bijak menghadapinya.jgn terlampau ego dan rasa diri bagus maka senang dan bangga pula bagitahu satu dunia "ye aku dah bercerai sebab pasangan +*$#^!!

Rumah tangga mana tidak dilanda badai..itu lumrah alam rumah tangga.tak ada masalah, tak manis la kehidupan,takde pergaduhan, takde la kita semakin memahamj pasangan kita..biar apa dugaan (kecuali pasangan curang dan tak nak berubah,kaki pukul,kaki botol dsb) kalau kita bijak menanganinya pasti rumah tangga dapat diselamatkan!kalau boleh katakanlah tidak pada 'perceraian'!kesian pada anak-anak..bila mereka besar nanti dan tak nak jaga ayah.mak dia sebab ayah/mak dia tinggalkan dia sewaktu kecil, nak salahkan siapa??siapa puncanya??tanya lah diri sendiri :) bagi aku, waktu enjoy2 dah lama habis, sekarang adalah waktu untuk berubah menjadi ibu bapa,anak,isteri dan hambanya yang sempurna sahaja..sempena ulang tahun perkahwinan ni, tiada apa yang aku harapkan kecuali semoga Allah mengekalkan kebahagiaan, menjauhi segala anasir-anasir negatif yang boleh memusnahkan rumah tangga kami dan doaku semoga suami terus menjadi ketua keluarga yg bertanggungjawab,beriman dan boleh membimbing kami anak beranak ke jalan Allah...ameennnnn..

Sambutan?nan hado la..tapi aku dah tempah red velvet cake.ahaks..nak jugak kan!tak de hadiah takpe janji kek tu wajib ada!hahahaha...

Aku tau cam poyo lak aku buat pre-post pasal anniversary ni..eh pre-wedding tau la aku..kakakkaka....nanti baru aku selitkan gambar kek kalau rajin kecuali aku dapat hadiah best, aku akan buat new entry part II punya!hahahaha *verangan nak dpt hadiah sila tersedar dari mimpi ;p



29 Mac 2008 kami diijabkabulkan..hampir tak kenal ini suami aku..kenapa kurus ek??buaahahahaah larikkkk!!!