Yang gojes gojes je

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Cukurlah segala bulu-bulu di badan anda :p

Kebersihan adalah sesuatu yang sangat diutamakan dalam Islam, malah dalam masyarakat Melayu sendiri, kebersihan itu perkara utama yang patut diambil perhatian. Bukan soal kebersihan luaran, kebersihan sekeliling tetapi juga kebersihan pada tubuh, pada diri sendiri.

Dan antara organ yang sentiasa terdedah dengan bahaya tidak menjaga kebersihan ialah alat sulit kita. Alat sulit adalah organ sangat penting dan ia sebenarnya memerlukan jagaan rapi agar ia tidak menjadi sarang pembiakan kuman. Malah dalam Islam, ada dinyatakan dalam sebuah hadis tentang bagaimana kebersihan pada alat kelamin terutama pada bulu ari-ari perlu dijaga. Bahkan kebersihan dan perapian perlu dilakukan pada mana-mana bulu yang ada, termasuklah misai, janggut, bulu ketiak, rambut dan sebagainya.

Daripada sebuah hadis, yang bermaksud:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis, "Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?"
Jawab iblis dengan panjang lebar: "Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari".

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. mengingatkan: "Di antara naluri manusia ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, mencukur misai, bersiwak (membersihkan gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemalun dan berkhitan". (Riwayat Imam Ahmad)." 

Jadi, janganlah dok bangga nak menternak bulu2 di celah ketiak mahupun pada alat kemaluan tu ... adehhh .... hehehee... ingat, kebersihan mesti diutamakan ... kerana ia sebahagian daripada iman.
pls don't be like this!heheheh

ujian menentukan tahap PH bau ketiak kut.kui3

ketiak abg hensem..jgn lupa saksikan episod hari ni Gemersik Kalbu ye!
Gambar:google

Mengapa Emak Tak Makan Sisa Anak dan Anak Perlu Habiskan Sisa Emak

Pernah dengar tak. orang kata jangan makan sisa anak,tapi anak makan sisa mak bapak takpe.sebab nti anak2 syg kat kita..ingat kat kita..saya pun dgr mcm tu terus amalkan.hehhe.suka dengar cakap org kan :p
Kalau bagi anak minum air,saya mesti dulu minum sikit dalam cawan tu barulah bagi anak minum.mcm tu jugak la makanan.mcm dah jadi benda wajib pada saya.bukan dgn anak je,dengan suami pun sama..tiap kali saya bancuh air,sebelum bg dekat suami mesti saya hirup sikit dulu..sebab tu kot suami saya syg gile kat saya.hahahaha!!
Itu semua kuasa Tuhan.tapi bila ingat balik, ye la mmg suami saya syg gile dan tak blh hidup tanpa saya..ececeh...untuk anak-anak ni kan,sesekali mmg ada la jugak habiskan makanan dorang..lps ni kena ingat lah...wlpun takde bukti saintifik yg mengatakan begitu :p

Jom baca artiek lkat bawah ni pulak :)

Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon.

Situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ... .

So satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... 

Monday, January 16, 2012

Ustaz..kenapa ya?

Soalan: "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang-kadang tiba-tiba je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati ni sedih? Kadang-kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang-kadang rasa macam rindu. Tapi taktau rindu pada siapa?"
 
 Jawapan Ustaz Azhar Idrus :
"Perkara biasa. Hati perempuan memang halus, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR.."
 

isteri janganlah pulak dera suami yer.hihihi :p
 
 
 
 
 
 

Friday, January 13, 2012

Cara menjawab telefon dengan betul

Pernahkah korang rasa sakit hati nak menjawab telefon?Esp kalau yg telefon tu asyik tanya benda-benda yg korang tak tau..Macam kat opis ni,ada je la nak tanya itu ini, salam pun tak bagi terus je tanya bila duit pampasan tanah dia nak masuk..ada jugak tepon hp kita lps tu tanya kita siapa..tu memang nak kena caruts ler tuh.hahahahah..Bagaimana mahu melayan panggilan telefon esp bila tengah sibuk banyak keje?Ini ada 12 cara menjawab telefon yang boleh dipraktikan. Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.






1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)



kihkihkih :p