Yang gojes gojes je

Showing posts with label idea deco. Show all posts
Showing posts with label idea deco. Show all posts

Friday, September 21, 2012

wall deco

Assalamualaikum


O, nak buat entry pasal idea deco la pulak..hihihi..hari ni takde keje la...sebab tak bole buat keje...peruntukan untuk byr claim pegawai habis, tengah tunggu peruntukan masuk sampai isnin ni..so kena hold dulu TNT yg ada, tak boleh peraku lagi..apa lagi, hari ni rileks je la..takde keje pun bosan jugak kan..esok nak datang susun baucer yg beribu lemon tu.haih!

Ok, kali ni saya nak share pasal wall frame la...act frame ni bole buat sendiri..kita hanya perlu beli kain/wallpaper,kayu mengikut size yg dikehendaki dan paku kecil sahaja.memang plan nak buat sendiri, guna kertas wallpaper yg banyak lebih tu..frame kayu ada 2 set, yg lama punya..saya tak berkenan design frame tu..so nak koyak, dan tampal wallpaper kat frame tu..minggu depan la kot nak buat, sebab hjg minggu ni takde rumah.kalau menjadi bole buat sendiri je pasni..kalo tak jadi....ermmmmm jom terjah blog http://dywalldeco.blogspot.com/
ngeee...;)


berkenan design ni.
 

letak dalam bilik anak lawa gak ni.

 

pilihanku always merah! :)

 


nak cari design mcm ni, letak kat ruang tv di dapur.
 

hitam sentiasa jadi pilihan gak :)
~
~
 ~
sape tau, kat nilai ada tak kedai jual frame2 macam ni???eh tadi bru ckp nk DIY kan.hampeh!kekekekeke

Friday, September 7, 2012

frame menaikkan seri ruang




Assalamualaikum w.b.t


Dah lama tak cerita pasal deco-deco yer...hari ni nak membebel pasal deco lah pulak boleh??boleh la yer...kihkihkih..

Bahan yang dijadikan tema untuk dekorasi hari ini ialah frame ye anak murid..eh?macam cekgu kelas kemahiran hidup lak..hehehehe...

Bermacam jenis frame yang ada dijual, pelbagai bentuk, size dan mengikut tema dekorasi rumah anda..anda hanya perlu bijak menyuai padankan frame dengan dinding dan ruang yang ada di dalam rumah anda..teknik menyusun pun penting supaya ruang yg diletakkan frame tidak terlalu sarat dan seimbang.

Anda boleh memilih untuk meletakkan gambar kenangan keluarga ataupun poster-poster dan gambar yg menarik seperti bunga-bungaan,alam sekitar dan sebagainya..mai kita tengok hasil dekorasi menggunakan frame gambar ye..


gunakan frame bersaiz sama untuk menampakkan keseimbangan penataan ruang dinding.chewah.pandai lak aku berkata-kata seperti interior designer kah kah kah.
 

frame yang diletakkan secara melintang akan nampak menarik jika ia digantung secara berpasangan.

 

sumber pencahayaan menjadikan ruang dinding tampak menarik dan menyerlahkan lagi imej di dalam frame tersebut ewahhhh

 

frame pelbagai saiz digabungkan.kreatif kan.

 

simple dan mampu menaikkan seri ruang.
 

boleh dijadikan sudut mengabadikan memori indah di sini..anda perlu bijak memilih warna yg seimbang dengan tema kediaman dan warna dinding.pelbagai rupa bentuk frame menyerlahkan lagi kecantikan kediaman anda ecececeh..

 

mana weh nak cari frame macam ni??mcm menarik aje..aku rasa dia tebuk tengah frame tu pastu masukkan mentol kecik,buat wirering blkg frame tu ke dinding pastu masukkan la kayu2 tu dlm frame tu gitu aje..boleh??kekekeke...serius kalo jumpa aku beli je terus!hahahaha
~
~
~
~
sekian idea deko untuk hari ini..kalo aku rajin aku sharekan la deco frame kat ghumah aku yer.ala simple2 jek pun...dan kalau nak cari mana frame mcm dalam gambar ni, korang pergi je kat ikea berlambak.macam2 harga ada.dari yg kecik sampai ke beso.yg penting kena pandai mix and match je mesti cantik la jadinya tu..heheheehee.well...selamat bercuti..esok aku keje bnyak baucer nak susun huhuhuhuhu

Saturday, June 9, 2012

curtain

Assalamualaikum w.b.t

Tengah bosan ni, hubby kursus sampai malam.anak-anak jela tempat bersembang.Aku still selsema ni.ubat dekat satu papan dah telan tak jugak baik..sabo jelah..anak2 pun still batuk.kesian dengar dok batuk koh koh koh..sakit dada kan batuk mcm tu..apatah lagi si kecik berumur 3 dgn 1 thn 6 bulan ni..moga anak-anak mama cepat sembuh.amin...depa dok memunggah almari dapur tu.habis dikeluarkan senduk bagai.lantak ler maleh aku nak larang-larang.

Esok nak pergi tgk rumah lagi, sebab nak hantar paip sinki dapur..kontraktor nak pasang besok.boleh aku belek lama-lama sikit dapur tu.tadi tak dan nak amik gambar pun.semua dah settle, bab langsir je belum decide lagi.kos utk langsir rumah aku tak byk sebab tingkap 3 panel kat depan je.yg lain kat master bedroom,dapur dgn bilik no 4 tuh.untuk master bedroom aku tak yah beli dah..makcik hubby bagi kat aku,dia tak pakai pun sebab umah dia tak guna jenis roll tu so payah nak pasang...cantik jugak warna brown..rezeki,tak yah membeli dah.yeay!So untuk living room, sama ada aku beli kain kat nilai,macy atau aku beli yg siap jahit jek.tema tak tentu lagi sebab aku tunggu siap psg wallpaper,masuk perabot bagai baru bole pilih warna dan konsep yg sesuai..sudah semestinya antara hitam,merah dan putih atau kombinasi ketiganya sekali.

Jom layan gambar aku google.





patern mcm ni untuk tingkap dapur

Thursday, May 24, 2012

divider

Saja nak share..cantik-cantik belaka..Yang mana satu pilihan anda?? :)








**psst..saya berkenan yg no 3 tuh..siapa nak bg free kat saye?:p



Sunday, April 22, 2012

Jam dinding yang unik

Assalammualaikum w.b.t


Aku dah tukar template baru...ok tak?hahahaha..very simple..lebih sesuai kot dengan mata aku yang kian berusia nih..tak suka dah colourful dan semak-semak kat blog..ececeh nak muntah hijau pula cakap begitu tentang diri sendiri.kuikuikui..

Aku ni kalau kerja dah kurang sikit, mula la gatal tangan nak menghapdate blog je, tak kira la nak cerita pasal apa..paling byk pasal angan-angan je..kekekekke..aku lebih suka melayan blog daripada melayan facebook, sebab aku rasa la, bila kita menulis blog, kita jujur pada diri sendiri..kita luahkan dalam bentuk penulisan, apa yg ada dalam fikiran kita ketika itu..daripada kita melayan gosip dan mengumpat pasal orang di ruangan komen facebook, adalah lebih baik bercerita tentang hal sendiri dalam blog, asalkan jangan cerita pasal buruk orang lain yg kita tak puas hati sudah....errkk cam pernah je.btw learn form mistakes! ;p

btw back to the main topic seperti tajuk..aim aku nak beli jam dinding yang unik-unik dekat HomeDec 2012 nanti..Susah wooo nak cari jam unik-unik bentuknya ni..bila ada peluang haruslah terjah kan..hihihi..nasib baik depa buat exhibition time kami ni gaji.Kalau tak melepas lah aku nak menyibuk ke sana.haha!Nak gak rembat satu dua kan ;p



simple



berkenan gak yang ni



putih yg simple
 



nak cari yg patern macam ni satu, letak kat dapur..muehmuehmueh



hameekkk..nak yg mana pilih aje..rambang mata oi, ni baru tgk gambar, mesti kat sana nanti mata aku berpinar-pinar *tangan di bahu mata ke atas* lol

Bi-Fold door

Assalammualaikum w.b.t.


Aku berkenan pulak dengan pintu jenis bi-fold door ni lepas tgk kat satu blog pasal deco-deco rumah ni..kebaikan pintu jenis bi-fold ni ialah menjimatkan ruang sebab dia macam sliding door jek..sangat sesuai untuk rumah jenis apartment/kondo dan bilik air yang kecil..nak pulak bermacam-macam corak kita boleh pilih..harga pulak untuk pintu bilik air yg aku survey dalam 300-400..kalau tambah corak kat pintu lak kena up sikit duit lingkungan Rm20 atau lebih tuh je..apa lagi, aku pun berkira-kira nak tukar pintu bilik air kat dapur tu kepada bi fold door...lps tu ada rezki tukar yg dalam master bedroom plak..bukan sebab bilik air tu kecik, tapi sebab aku berkenan nampak moden jek kan.ahaks..harga pulak mampu milik, boleh la dapat gaji tu terjah ke Houz Depo ke beli terus kan..kikiki..nti aku nak tgk kat Homedec 2012, mana tau boleh dapat lagi murah..;)










Wednesday, April 18, 2012

Motor+Bedroom set+coffe table

Assalammualaikum w.b.t


Yeay, kerja aku dah beransur2 selesai..kalau ikut kan aku, memang aku nak buat cepat2 jek bagi siap..tapi nanti kalau cepat sgt takde keje bosan pulak kan.semak2 claim tu memang aku utamakan la..just print baucer,susun baucer,tebuk baucer,susun baucer tu kemudian pun takpe..takde la sampai aku kena buat ot..kalau difikirkan, memang aku bosan pun buat keje yang sama je selama hampir 2 tahun ni..tapi nak buat macam mana kan, rezeki aku memang kat sini..kalau aku still jadi reporter pun aku rasa kehidupan aku pun tak sebaik ini..byk masa bersama family, masa beribadat pun senang nak jaga..tak macam dulu.ke hulu ke hilir macam lipas kudung..apa pun tipu la kalau aku kata aku tak rindu buast reporting..nak pulak tgk orang buat stand upper, terus teringat zaman2 anak dara di RTM dulu..Rasanya itulah kenangan yg paling tak boleh dilupakan...kerja yg betul2 kena dgn jiwa dan kemahiran aku..tapi macam aku kata tadi, Allah s.w.t dah aturkan yg terbaik buat kita..Dan aku rasa inilah yg terbaik buat aku..Alhamdulillah syukur tak terhingga..Moga2 aku cepat dapat naik 41 cukuplah..aku nak beli proton preve...kah kah kah tetibe!oit cantik kan preve..alahai aku berangan jelah dulu..duit takde sob sob sob..Hubby aku cakap dia tak kisah dah pasal kereta sebab kete skrg pun dah cukup beso rasanya.Dia dok target nak tukar motor lagi besau je...yg 1000cc tuh..aku ckp boleh...boleh blah!kuikuikui...tunggu la lagi 5,6 tahun ke..pakai je motor 150cc tu, dah cukup laju dah aku rasa mcm nak terbang bila hubby aku pecut..dan2 tu jugak aku say no utk dia beli motor besar sbb nti dia bwk lagi laju kan..aku ni takut sikit naik motor.walaupun enjin tak mengaum macam motor 1000cc tu...eh aku suka betul dgr bunyi enjin motor besau2 nih. nak pulak time dia press minyak motor tu...nasib baik aku takde sakit jantung..kekekekeke....semalam masa balik keje tgh jem2 tuh, ada la motor ni kawasaki yg 850cc punya kaler oren dok sebelah motor kitorang..tetibe rasa kerdilnya kami..ahahahaah..bila dok sebelah motor2 biasa rasa besar dan tingginya motor aku naik, tapi bila dok sebelah motor berkuasa tinggi nih rasa kecik tet sangat!dan2 jugak la 'hubby jom la tukar motor besau camtuh'!kakakakakakak macam lah murah kan main tukar-tukar jek...insyaAllah nanti2 lah..bagi settle duduk rumah baru 4,5 thn ke baru la boleh pikir nk tukar ke tak..dan yg plg penting masa tu aku bukan kerani lagi la kan..hikhikhik


insyaAllah satu hari nanti..tunggu dah stabil kewangan baru lah boleh beli ye en hubby..buat masa sekarang simpan lah impian kamu itu..bini mu ini tidak mengizinkan lagi..ehehehehe



Ok, nak merapu pasal bedroom set dgn coffe table lah plak..minggu ni kedai tu nak hantar dah..aku dah settle byr sampai habis sebab aku malas nk jwb tepon nyonya kedai tu, tnya bila nk hntr..hampeh sungguh..kata bole booking 6 bulan..tapi habuk pun takde..nak duit cepat je..coffe table tu mmg akan jadi tmpt ipan panjat dan terjun lah jawabnya..hahahahah..susah la anak2 aku tuh..lasak kemain, bagi rosak barang je dia tau.huhu!Kunci rumah katanya bulan 6 pulak..lantaklah bulan brp pun.Dah ada ejen rumah call tanya kitorang nak jual tak rumah tu, dia nak tlg cari pembeli..hamboi...cepat je diorang ni kan..tapi lupa la nk tnya berapa harga rumah tu sekarang ni..kiranya setahun 2 bulan gitulah rumah tu dibuat start dr bln 3 thn lepas lagi.Hopefully dpt kunci cepat la..amin..


bedroom set solid..lbh kurang camni la aku beli tapi warna hitam.tolak diskaun rm1600.mintak kurang lagi tak bagi.ikutkan aku, nak beli katil kat ikea.tapi bila campur set almari bagai dah jadi lagi mahal pulak..takpela lupakan.beli yg termampu sudah.janji katil baru.hihi

 

set sofa lebih kurang bentuk gini la kot..aku amik warna hitam, kusyen warna merah..bukan aku yg berkenan tapi hubby aku, sebab dia nak yg sedap bila duduk dan boleh duduk ramai..aku tak berkenan langsung pun, sebab aku nak beli yg ikea punya, 3 seater je cukup, buat apa besar2, semak je.Tapi hubby aku degil, dia ckp ikea punya mahal, 3 seater je pulak tu...aku rasa dia lupa kot yg dia bukan beli umah banglo nak sofa besar gedabak!haha!nasib la..sampai nanti aku tgk tak cantik warna yg aku nak tuh, memang boleh hangin satu badan la kan.hopefully aku berkenan la..lps diskaun dpt rm1250..murah je..lorenzo punya tak mampu lagi;p


aku berkenan ni je..rm1600++ tak silap.kat ikea.tapi harapan tinggal harapan :(

aku target nak beli yg ni letak kat ruang tv kat dapur..murah sikit dr yg atas.rm639 kot..nanti la dpt bonus tahun depan.huhu
 
 




Sunday, April 8, 2012

Bathroom hardware

Assalammualaikum


Entry pasal lampu dan kipas dah settle..harap boleh juga membantu sesiapa yang tengah mencari-cari kedai yang murah tu..heheheh..last entry aku nak cerita pasal bathroom hardware pulak..untuk ni aku spend sekitar 1k jugak untuk 2 bilik air..aku amik yg murah-murah aje pun tu..memula aku g kedai nama IKIES bukan IKEA yer...kat sebelah jusco balakong tuh..aku masuk 10 minit pastu aku keluar balik..pasal harga mahal gila sebab branded punya..hahahahah tak layak kot untuk rumah murah aku tuh..kekekekek..pastu aku ajak hubby pergi puchong lak..semalam tu dah g sana.esok tu pun pergi lagi gak..kitorang tak survey byk kedai pun sebab letih wooo...bawak bebudak berdua tu pulak..tapi ok la harga tu tak lari banyak..ada yg untung ada yg rugi sikit..huhuhuhu..aku lupa la nama kedai tu apa.tapi byk choice, murah, byk jual yg satu set punya..antara contoh brg untuk bathroom yang aku beli..




cermin untuk master bedroom..lbh kurang gini cuma yg aku beli tu lagi lebar, ada 4 tingkat yg belah tepi tuh, lps tu tepi cermin ada corak sikit warna hitam.kedai tu murah jugak berbanding 2 kedai lain yg aku tgk.harga lps mintak diskaun RM110 tak silap.



untuk 2nd bathroom aku beli yg biasa je, empat segi tepi ada corak warna hitam bunga2 sikit..aku beli kat houses lighting RM25 je drp harga asal RM70 sebab aku beli brg kat situ melebihi RM500 dpt la murah cermin nih..untung kan..hehehe



ya ampun...aku berkenan yg ni sebenarnya..luar cermin,kat dalam boleh letak barang..tapi kan mahal la..plg murah aku tgk 300++..yg 200++ ada tapi kecik tak lawa ler pulok..aku dah berbelah bahagi..hati kata nak, duit kata jangan..kah kah kah.last2 aku tak amik pun..sedih!takpe, next time boleh je tukar kan en hubby??pang!



perkakas basic untuk bathroom semua aku dah beli



mcm ni pun aku beli gak untuk dua2 bilik air kat umah nun..



mcm ni pun beli gak..yg pendek kat 2nd bedroom.yg panjang kat master bathroom.yg panjang harga lps diskaun tak silap Rm70..yg pendek Rm40++ kot..



bekas letak berus gigi

gantung baju dalam master bathroom



gantung baju dlm 2nd bathroom



gantung towel muka



mcm ni pun aku beli..kiranya penuh la bilik air tu sebab brg aku kan byk..cuci muka je ada 5 jenis, sabun ada 3 jenis, syampu ada 3 jenis, berus gigi ada 5 batang, ubat gigi colgate ada 2, brg anak2, sabun baju,clorox,vanish,berus sabut,berus kain, eh!hahahahah!kbai!

Wednesday, April 4, 2012

Kipas rumah

Semalam aku dah update pasal lampu rumah, ni aku nak update pasal kipas rumah pulak...kos untuk kipas dan lampu saja mencecah 3k..aku bgtau bukan sebab nak eksyen ke apa ke takde maknanya pun.aku just nak share kat sesiapa yg plan untuk beli brg kelengkapan rumah, berdasarkan pengalaman aku..memula aku buat kira2 nk spend 2k je untuk kipas dan lampu..tapi bila dah masuk kedai membeli, memang over bajet jugaklah..ni baru rumah single storey..kalau double storey tu sekali ganda lagi lah kot jawabnya.

Untuk kipas, aku beli sebanyak 8 buah...satu untuk ruang tamu, satu untuk dining, 4 untuk bilik tidur, dan satu untuk dapur..fuh!nasib baik aku beli umah setingkat je..hehehehe..kos kipas la yg agak mahal sikit berbanding lampu..untuk kipas kat luar (living+dining+kitchen+master bedroom) aku amik brand KDK (established) 5 bilah dengan remote warna kelabu..satu set aku beli kat Houses Lighting Puchong, RM257.Disebabkan dah over bajet kat situ, maka untuk 3 bilik yg lain aku amik kipas biasa je...still KDK tapi 3 bilah warna putih tuh..hahahahahaha...nak cut cost punya pasal..maklumlah bukannya duit byk jadi kena cut sana sini la..huhu!tak apa la kipas tu pun laju je, cuma takde remote and design biasa jelah...yg tu harga Rm119 sebijik pun sama kat Houses Lighting.




kipas 5 blade brand KDK untuk ruang tamu,ruang makan,dapur dan master bedroom.cantik,aku suke! ;p



 

untuk 3 bilik lain,mcm ni jela aku beli sebab duit dah habis beli yg kat atas nun!hahahaha




tetibe aku berkenan kipas dengan lampu mcm ni..nak letak kat living room.tapi hubby aku cakap tak laju pun,cantik je lebih..tgk lah kalau aku rasa nak tukar, nti masuk rumah aku pi beli lain..nak carik warna hitam..kekekekek pang!


~
~
~
settle segala kelengkapan asas untuk rumah..water heater pun aku beli kat houses lighting..aircond untuk master bedroom dah memang ada, untuk living room je aku blom beli..tgk la kalau cukup bajet..tapi wiring dah buat, kalo tak psg sesiap, aku tak blh la psg wallpaper kan, nti psg econ hbs habuk sana sini..huhu!money money plllsssss!;p

lampu rumah

Dah lama dah aku beli lampu rumah ni..baru nak story lampu jenis apa yang aku beli...heheheh..so far persiapan untuk pindah rumah baru,50% dah selesai..kira benda yang penting-penting dulu la tu macam lampu,kipas semua aku dah beli siap..takut nanti aku takde duit ke kan..at least aku dah beli benda basic untuk rumah aku tu..

Kedai yang aku beli tu kat Puchong..aku borong kat Houses of Lighting dengan Top Ten..kiranya ni kedai yang paling murah dan paling ramai orang la..aku main beli je ikut citarasa aku masa tu+aku dah lenguh leher mendongak tgk lampu yang cantik-cantik tu..huhu

Act banyak yg jenis aku berkenan tak dapat nak direalisasikan..sebabnya lampu tu tak cukup terang kecuali aku pasang downlight baru aku boleh beli lampu ala-ala suram tuh..apakan daya bajet takde, aku tak buat la plaster syiling so tak blh la nak psg downlight kan..hhuuuwaaaaaa!!takpe la mujur syiling rumah aku tu dah cantik.ahaks.

Antara lampu yang aku beli...


aku beli kat top ten..rege rm22 gitu kot tak silap tapi tak lebih rm30 la..murah je..ni untuk letak dalam bilik air..so aku beli 2 bijik size kecil.

 

ni pun kat top ten, hrga rm27 gitu kot...untuk bilik punya..so aku beli 4 bijik la saiz yg paling besar baru ler terang..hehehe

 

untuk dapur lak aku beli ala-ala macam ni la 3 bijik memanjang..aku beli 2 set untuk letak kat dapur.harga rm50++ kot aku lupa la..tapi lagi murah drp yg ruang tamu punya la.


 

untuk ruang tamu dengan ruang makan aku beli yg ala-ala tergantung 3 bijik atas bawah mcm ni..aku beli 4 set..2 untuk ruang tamu 2 untuk dining..satu set tu rm75 tak silap.

 

ala-ala macam ni la..masa aku beli tu design baru sampai,harga pun tak letak lagi..aku paksa apek salesman tu lekat harga cepat..kakakaka

 

  
lampu belakang rumah pulak aku beli yg lebih kurang gini..murah je rm56 tak silap..untuk porch depan aku lupa la design camne..kui3

 

aku berkenan yang camni..tapi hubby ckp tak cukup terang..lainlah kalau ada downlight baru bole..huhu!sedih!Tips, lampu mcm ni susah cuci sikit..tauke kedai pun cakap..yg aku beli semua jenis senang cuci.yeay! ;p

 

aku target tahun depan nak tukar lampu kat living room tu camni 2 set..baru la cantik letak kat depan..takpun kalau dh psg nti aku tgk cam tak puas hati,aku g belasah je beli lampu macam ni..hahahaha..mampus kene pelangkung dgn laki aku kah kah kah