Yang gojes gojes je

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

masak,makan,joging

breakfast di pagi sabtu..bangun pagi gigih masak kuewtiaw seafood basah.Linda, rugi hang tak singgah umah aku.kekekek..weh cantik grill umah hang..hihihi

 

preparing for dinner..tak masak nasi langsung.tengah hari makan laksa dgn cendol kat semenyih yang sedap tu.ni nak masak apa ntah..main reka-reka resipi je.gunakan apa yang ada.hehehe

 

tumis bawang putih yg dicincang halus, masukkan 4 sudu besar sos spaghetti.kacau,masukkan cendawan butang dan cili merah yg dihiris halus,masukkan garam,serbuk oregano,parsley,black pepper dan mixed herbs.gaul sampai cukup masak.
 

dengan menggunakan frying pan, pukul 2 bijik telur sebijik pun bole...telur tu dicampur dgn satu sudu besar mayonis dan taburkan daun parsley sikit..

 

masukkan daging cincang tadi ke atas telur dan bungkus secara bulat..tak nak bungkus pun boleh...

 
hasilnya..taburkan sikit sos thousand island..boleh dimakan begitu saja atau....

 

dijadikan sebagai inti roti..serius sedap!asyik guna sardin , telur je kan...sesekali ubah selera macam ni memang terangkat.hihihihi..oh mlm tadi dinner sandwich telur..muka pun dah macam telur.kah kah kah

 

burger ayam..roti burger takde kat tesco so aku guna roti biasa je.salad dah amik pastu bole tertinggal kat tesco kih3..aku tak letak dlm troli sebab ipan dok cabut daun salad tu..bila dah pegang singgah amik itu ini tetinggal plak..dengan udang sekali aku tinggal.kah kah kah

 

makan coco crunch sambil layan Rio..tau tak, sehari dok ulang Rio dari pagi sampai malam.tension aku..skang dua beradik ni memang lepak kat dapur je tgk Rio.tak jemu-jemu pulak tu.heran aku.ni mesti bil elektrik tinggi bulan ni sampai dua bijik tv bukak pagi sampai malam.hahahaaha


 
see...rumput dah bercantum, dah cantik..weeee...yg belah kena  makan ulat tu mmg tak sesuai tanam rumput sebab bila hujan aku tgk air bertakung sikit..rumput takkan hidup sihat dan ulat pun mula menyerang..kat situ nanti aku deco guna batu dgn kayu2 ke kan..so far biarkan je dulu.

 

aku ajak hubby pergi ikea hari sabtu nak makan meatball, tapi dia tak nak..ada ke jauh nak pergi semata nak makan meatball?dia cakap kita pergi jumaat ni, boleh shoping barang rumah sekali..what???yes!hahahahaha **part ni aku suka wink wink :p
pasu besar aku ipan bagi pecah dia terbalikkan console meja.ganas tak??pasu kecik ni je yang hado..nak cari pasu la ni kat ikea nanti.hehe

 

dinner malam jumaat kat restoran beranang cafe corner...boleh tahan la makanan dia, harga pun murah..kitorang makan nasi dgn beberapa jenis lauk.
dah makan nasi byk memalam, sabtu tu aku berjaya joging 10 round kat taman.hebat kan?kekekeke..pastu buat sit up 50 kali, buat senaman guna peralatan gym kat taman tu, pastu buatlah lain2 senaman utk otot..serius sedap rasa badan..semalam pun berjaya jugak exercise.gigih lps hujan terus berlari pusing padang.kih3..dua hari buat senaman esp sit up,memang terasa perut fit, kempis awwww...tahu tak, bila dah mula exercise kita akan jadi ketagih kalau tak dapat keluarkan peluh.hahaha..hari kerja tak dapatlah nak berlari, maybe lps pindah opis ke kajang ni dapatlah berlari sebab balik awal dah.yes!


 
oh cendol yg sedap..sayangnya pulut habis..huhuhu..makan dengan laksa.sedappp.......
**nanti aku update cite pasal gangguan jin tu.

Monday, May 28, 2012

Roti goreng bersalut telur dgn meatloaf dan cheese di dalamnya *sekali napas taw!

Assalamualaikum w.b.t


Kenyangnya, makan free lagik..sukanya dapat makan free kan.tak payah keluar duit..eleh, korang pun suka gak kan?tak yah malu-malu cat pulak..paham sgt la..kui3..orang belanja tadi, reramai satu opis secara berjemaah.opis tutup dua jam tau tadi, boleh?mekasih kat piee,kak nik n cc zaharah..dorang ni dapat APC...(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang).

Aku nak gebang menu sedap ni, first try aku buat tau...sedap sangat..sape lagi nak puji kalo bukan diri sendiri?kakakaka..hubby aku siap request lagi malam tu nak makan meatlof nak makan meatloaf dah macam budak kecik mintak aiskrim.ok tipu.

Senang je buat dia...bahan2 yg diperlukan ialah roti gardenia, meatloaf,cheese dan telur.Cara buat potong roti jadi bentuk segitiga mcm nak buat sandwich tu sma jugak potong cheese dgn meatloaf bentuk yg sama.lps tu just lapiskan je meatlof diikuit cheese dan meatloaf sekali lagi.lps tu celup roti tu dlm telur yg dipukul hancur letak garam sket lps tu masukkan dan goreng dalam minyak yg panass siapppp!


sedap tau, goreng bg garing sikit.cheese kat dalam tu mencair masa korang makan tu...sedap serius tak tipu ;p


Sunday, May 20, 2012

Pancake

Assalammualaikum w.b.t


Pagi sabtu hari tu, aku buat pancake untuk breakfast...dah lama beli tepung pancake tu tapi tak terbuat pun..hehehe...ada lebih nasi masak malam tu, aku buat sekali nasi goreng kampung...Zaraa suka rupanya pancake ni..dah habis siap mintak lagi..aku pun layankan je lah, masak lagi untuk dia..petang pun dia makan lagi..nampaknya kena buat selalu ni ;)


buruk kan rupa pancake aku..sila abaikan..kakakaka..aku takde bekas khas nak bg pancake tu jadik bulat..nanti la aku beli..hehehe..aku letak peanut butter pada setiap lapis pancake ni (ada 3 lapis).boleh letak madu,strawberry jem dan lain2 perasa. lepas tu aku tuang kan syrup jek kat atas tu..serius sedap..aku guna tepung segera kat bawah ni je ha...




aku guna tepung ni..satu peket tu campur dengan 240ml air..aku letak susu cair sikit..sedap tepung ni.reccomended!





tuangkan aje syrup pasti sedap!senang kan?malam kang aku nak buat lagi..ada sepeket tepung lagi tu..hehehe




untuk dinner aku masak spaghetti..adip ipar aku datang, aku jamu kan spagheti aje, kes tak de lauk kat umah..hahahaha..lepas tu aku goreng la tempura, pastu buat buat meatball sekali.kuah yg beli kat ikea tu ada sebungkus lagi, aku habiskan terus.banyaknya makan...makin gemuk aku skang sob sob sob ;(


**hari ahad tu, kitorang makan pancake gak lagi..tapi pancake kat mekdi ler..hehehe..sebelum pergi umah boolat, kitorang breakfast kat mcd dulu..tetiba teringin nak breakfast kat situ.ngengada.


kitorang amik yg family set punya..aku bagi zaraa makan pancake tu, dia makan sikit je.dia ckp tak sedap..maksudnya pancake aku buat lagi sedap lah kan??kikikiki...ok kak long, malam nanti mama buat ok, siap dgn telur hancur macam kat mekdi tau :)
 
 




 















 

Sunday, April 22, 2012

The happy me

Assalammualaikum w.b.t


Korang dah makan?Alhamdulillah..aku pun dah..tapi kesian sangat kat aku..makan sayur kubis jek sob sob sob takpela nak sihat punya pasal lah kononnya tu.ahaks

Malehnya nak menaip, apa kata aku letak gambo je baru aku cerita sikit-sikit yerk? ;p



sabtu malam ahad, bawak anak-anak main kat klcc park..tgk si ipan tuh, kuat betul tgn dia bergayut..hahaha!penat kejar budak ni, dia kurang pandai berjalan tapi terlebih pandai berlari tanpa henti.aku kalau g sana mesti kena pakai tshirt dgn sua track, pastu pakai tudung ala2 makcik..sebab tak guna nak melawa, nanti berpeluh2 mengejar ipan ni.huahuahua

 

tgk anak dara ni, budak lelaki pun tak panjat macam tu tau..dia panjat dari bawah sampai atas.tinggi jugak tau.aku tgk kan je, kalo dia jatuh aku tepuk tangan jek.kejam tak?kui3

 

nasi goreng kampung breakfast pagi ahad..byk betul aku letak cili padi.memang pedas la sampai hubby aku sakit perut..hehehe..makn dgn ayam goreng, kenyang sampai petang.

 

manggo puding..dessert petang sabtu.aku saja letak syrup hersyey tuh.stok puding ada lagi, apa lagi campurkan lah dengan air dan susu cair siap!

 

petang semalam aku buat puding marble..1st time buat tgk resipi..alhamdulillah menjadi..sedap pulak tu..ahahaha puji diri sendiri jap..mcm biasa aku mesti buat untuk ibu aku sekali :)

 

kanak-kanak riang belum mandi, sibuk main belon sambil mamanya mengemas rumah.itu sajalah serba sedikit cerita di hujung minggu..mcm biasa, hidup aku hanya dgn keluarga dan aktiviti masak-memasak.apa pun aku bersyukur dgn kebahagiaan hidup sekarang ni..walaupun semua serba sederhana, tapi aku tetap gembira....:)

Thursday, April 19, 2012

Triffle

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah baru selesai solat zuhur berjemaah lepas mendengar ceramah daripada Ustazah feveretku, Siti Norbahyah..Topik hari ni bertajuk "terlena dalam dunia'..Moga segala ilmu dan nasihat yang diberikan, mampu menjadikan aku wanita solehah insyaAllah...amin....

Entry aku nak tulis ni dah berkepuk sejak 2 hari lepas..baru skang aku nak show off...kakakakak...biasalah, aku mana ada masa nak transfer2 gambar dari memory card ke laptop pulak..no time for that..kalau gitu gamaknya blog aku ni bersawang la..sebab tu aku amik gambar guna kamera tablet lps tu aku edit terus upload kat facebook, dari facebook aku bukak time lunch hour kat opis, barulah aku save gambar dan update kat blog pulak..gitulah citenya...ye Puan Meme'san Johari..nah aku nak show off triffle aku..hukhukhuk

Kan aku ada cakap nak buat triffle..maka menjadi jugak la..1st time aku buat dan alhamdulillah jadik dan sedap.Siap bwk opis 1 loyang, bagi kat ibu aku satu loyang lagi..Lepas ni aku nak buat eksperimen ikut stail aku sendiri lah pulak..hehehe...


triffle aku buat..takde lak gambo dari sisi..takpela janji aku tepek.kang bising lak Meme'san Johari tuh tanya mana gambo triffle aku..mentang2 aku cedok resipi dia.kuikuikui



sebelum tu aku masak nasi dulu..ni lauk sambal ketam bersalut telur..1st time jugak aku buat resipi ni.alhamdulillah menjadi dan hubby aku cakap sedap..bangga jap.ahaks ;p

















Tuesday, April 17, 2012

Bila mood memasak sedang menggila.eh!

Assalammualaikum w.b.t..


Lambat lagi nak balik tapi aku dari pagi dah pening dok piki nak masak apa petang kang..boleh tak cenggitu?kakakakaka..alah aku kan contoh isteri mithali di era globalisasi.sila muntah hijau ;p

Takdela..aku ni kan bila time aku rajin nak masak, memang betul2 aku masak..dah masak lauk, buat dessert, kekadang sempat lagi buat kek..tgk2 dah pkl 10 malam aku masih tak mandi lagi..patutlah bau masam.kah kah kah!hubby lak ckp patutlah aku masak sedap sebab aku belum mandi lagi.hahahahaha!

Tapi bila datang angin pemalas aku, pernah seminggu aku tak masak langsung..makan luar takpun tapau je..yang aku pelik sejak akhir2 ni, hari kerja aku rajin lak memasak wlpun sampai rumah dah lewat, penat lagi..tapi hari cuti sabtu ahad aku langsung tak masak..makan luar je..kikikiki..bergantung pada keadaan kewangan jugak kot..kalo dah hujung2 bulan tu, aku rajin la sikit masak kan..ahahahaha!!opssss! ;p


Ok, tadi aku tepon MIL aku mintak resipi kek pelangi dia yg sedap dan menjilat jari tuh.aku dah dapat, simple je pun..tapi kenapa sedap sangat eh??so balik nanti aku nak buat sebab brg2 untuk baking memang ada je kat rumah tu.cuma aku kena beli pewarna merah je..kek tu kan warna warni.kalo aku rajin aku buat la 5,6 warna..aku nak tambah buat topping je..MIL aku buat kek biasa je, yela jual kat orang2 kampung situ..mana suka makan buttercream tu cepat muak kan..aku lak suka letak buttercream, buat lapis2 dgn kek tu mesti sedap kan.itu pun bergantung pada tahap kerajinan aku..sebab byk pulak yg aku nak masak petang kang..entah sempat ke tidak.tekak aku teringin nk makan triffle..so menu yg aku cadang nak masak rini ialah ketam (ketam lagi deng!) masak merah bersalut telur, kari ayam dgn ikan kerisi goreng.Manakala dessert pulak aku plan nak buat triffle dengan kek pelangi tu kalo sempat la..ish rajinnya aku..hak hak tuihhhh!teheee ;p



kari ayam yg sejak 2 hari lps aku teringin



ketam masak sambal bersalut telur.1st time aku nak buat.insyaAllah selalu aku try resipi baru sentiasa menjadi.




triffle..mudah je buat triffle ni..tapi blk kang aku kena singgah kedai la beli brg dulu.



kek pelangi..MIL aku punya nampak lg menyelerakan la..kekekeke..tgk aku buat nti jadi sebijik tak mcm dia buat.huhu!



kalau sempat aku nak buat toping nya sekali.kalau tak sempat biar jela bogel janji sedap..kekekeke..esok aku tepek gambo kalau plan aku ni berjaya dilaksanakan malam nanti..hehehehe..

Sunday, April 15, 2012

ketagih makan ketam

Assalammualaikum w.b.t


Moga semua umat Muhammad S.A.W dirahmati Allah...

Korang suka makan ketam tak??Frankly speaking, aku baru-baru ni je masak ketam.sebelum ni mmg tak pernah beli dan masak, sebab aku tak reti nak menyiang ketam itu..kikiki..Baru bulan ni la aku try masak, tu pun sebab kat pasar tani opis aku ni, dia dah siang siap2, ikan ke apa ke, just balik masak je.Mudah kan?sebab tu aku rajin beli kat sini..harga pun ok la..skang ni tetiap minggu aku makan ketam..seminggu pasar tani 2 kali makanya 2 kali la aku masak ketam..hehehehe.

So far aku buat masak lemak ketam dengan nanas atau aku goreng dulu ketam tu lepas tu aku masak 3 rasa.kuah tu last sekali aku tuang atas ketam tuh..sedapnya..meleleh air liur aku ni sambil menaip *tipu 


Nak pulak hubby aku puji sedap sampai menghirup kuah masak lemak tu, bertambah rajin la aku masak ketam je..bangkrap kalau tetiap hari makan ketam!hahahaha!esok pasar tani, harus la aku beli ketam lagi.LOL



ketam masak lemak..jgn lupa letak nenas, lebih mantop rasanya.slurrrppp!tapi kan aku sebenarnya bukan reti mkn ketam sgt.aku makan isi kat badan dia je..kaki tgn ketam tu aku tak reti makan.part tu hubby aku yg tolong settlekan.kih3..hubby aku cakap kalau gitu caranya aku makan ketam, 20 ekor aku sorang pun tak cukup!kah kah kah!

 

biasanya kalau aku masak ketam, aku mesti buat siakap atau kerapu 3 rassa..ni ikan kerapu saiz kecik2..aku nk cari yg besar tak de lak..tak puas makan ikan kecik.hehe..


switch to another story....aku baru dapat surat anjakan gaji nih..cepat pulak..terkejut mak.pelarasan gaji tahunan aku setiap bulan april..tabik hormat sungguh aku pada mereka yg bertanggungjawab mengeluarkan surat ni..sungguh aku kagum akan kecepatan pegawai kerajaan ini membuat kerjanya..tahun lepas punya surat pun aku tak dapat..tetiba thn ni lak..same month pulak tu..motif?hehehe..bersangka baik yana!subhanallah.....;p apa pun alhamdulillah la, kat situ tulis prestasi aku baik...kikiki

 



switch to another story lagi, semalam kan boring, aku ajak hubby g ikea, motipnya aku kepingin nak makan puff dia tuh je..tapi terbabas shopping sampai seratus lebih.nampak sangat tujuan asal ke sana dah terpesong!huhu..:)

Aku beli baru semua yg kat atas meja tuh.aku rasa bosan pulak asyik merah je kat dalam rumah ni, so aku try la warna hijau, nampak segar sikit mata..lari daripada kebiasaan..cewah!Aku beli baru alas atas meja yg colourful tu, pasu baru, bunga baru 3 batang (selebihnya yg sedia ada), tisu baru warna hijau (sebelum ni warna merah) dengan alas mcm bentuk daun tu..semua murah2 belaka je..sebab tu aku beli..kakakaka..lps tu aku beli kabinet tv untuk letak dlm bilik..kabinet lama tu aku dah let go kat ibu aku, sebab panjang sangat, menyemakkan ruang bilik jek..hhhurrmmm puas ht bila tgk meja makan cantik begini..tapi percayalah keadaan mcm ni hanya smentara je..maklumlah aku kan ada 2 orang anak kecik yg aktif dan cergas.huhu! 

 ~
~
~
tu je aku nak story..aku dah malas sikit nak update blog setakat cerita2 syok sendiri yg tak penting (wlpun aku tau ni blog aku hak aku nak tulis apa pun) hehehe..sekarang ni ntah kenapa la aku berubah sikap, dah malas nak bercakap dgn orang.bukan aku sombong ke apa ke..tapi aku rasa lebih elok berdiam diri kalau takde benda penting yg nak dicakapkan..sebab aku bimbang kalau byk bercakap dan bersembang akan menjerumuskan aku ke arah umpatan dan bercerita hal org lain tanpa disedari atau tidak.bukan bercerita je,dengar orang mengumpat pun sebolehnya aku nak elak.jadi kengkawan sila jgn mengumpat psl org lain kat aku ye..aku tak sudi nak tadah telinga dan tambah dosa.tak guna solat 5 waktu sedangkan mulut kita laju je suka cerita buruk pasal orang dan dengar orang mengumpat..apa pun jgn pandang kebaikan diri kita je bykkan juga menilik keburukan diri kita supaya kita sentiasa menjadi hambaNya yg beriman dan menjauhi dosa-dosa besar..amennn...
 



Monday, April 2, 2012

resipiku tak silap!

Aku ada buat entry pasal pavlova yg aku buat tu terlalu manis sampai aku campak dalam tong sampah!hahahahah!..aku frust jugak sebab aku dah ikut resipi..aku google mmg itu jela resipinya dan aku takde pun rasa yg aku silap buat.So aku rasa geram, aku nak buat sekali lagi sampai la dpt rasa pavlova tu sedap mc yg org cakap..tapi bila aku buat research (ayat tak bole blah ;p) memang terbukti pavlova itu mmg manis rasanya dan tak sesuai untuk pengidap diabetes..dan untuk aku pun tak sesuai sebab aku tak makan manis!huhu!mcm mana rasa pavlova?di luar rangup, di dalam lembut mcm marshmallow tu..buah strawberyy dan kiwi itulah berfungsi untuk mengimbangi rasa manis yg teramat tu..jadi...betul la resipiku tidak silap! :)


                                


**gambar:google.Red velvet masih belum cuba.sedang mencari masa ;)

Sunday, March 25, 2012

baking membaking

Assalammualaikum


Aku nak tepek gambar cup cake aku buat malam tadi..bertungkus lumus aku buat tau...sebab teringin nak makan kek punya pasal..bagus jugak kan aku buat sendiri daripada membazir duit beli kat kedai..hehehehehe...malam kang aku nak buat lagi tapi kek lain pulak...oh aku sudah gila membaking! ;p



kat dalam tu aku buat simple chocolate muffin..aku tak letak choc chip dgn koko pun..toping dia pun simple and easy but delicious..*puji diri sendiri jap kekeke

Thursday, March 22, 2012

pavlova oh pavlova

Baru aku tau apa rasanya pavlova..ye...dan aku takkan makan atau buat lagi dah...hahahaha...kenapa?sebab tak kena dgn tekak aku..manis..aku bukanlah penggemar makanan manis malah air suam adalah air harian aku di rumah dan pejabat kecuali en hubby belanja makan kat luar hehehe..apa pun aku puas hati sebab aku dah buat sendiri..resipi?aku amik dari myresipi..korang bole la goggle resipi nya sendiri okeh!and make sure kalau tak suka manis, jgn totally ikut sukatan gula tu...kalau aku..aku akan kurangkan setengah!dan untuk buttercream pun korang boleh kurangkan setengah daripada sukatan gula icing tu..apa pun i really love my buttercream, it taste like a red velvet buttercreamyyummyliciousss!!




akhirnya aku berjaya buat pavlova...ku ingatkan ia sejenis kek tapi bukan..dan aku tau apa fungsinya strawberry and kiwi tu..rasa masam buah akan kurangkan rasa manis, ia meneutralkan rasa gula tersebut...apa pun aku tak suka la...ini kali pertama dan kali terakhir aku buat...kah kah kah well buttercream tu sangat sedap..*ceh puji diri sendri kakakaka



Monday, March 19, 2012

membaking

Assalammualaikum


Semalam tetibe lak hubby aku kena wakil pengarah dia pergi dinner sempena pembukaan dewan dengan Sultan Selangor..siap dia amik aku awal lagi semalam sebab nak kena ada kat concorde shah alam by 8pm.aku tanya tempat sorang aje ke?sebab aku nak follow laa...kakakaka...sebenarnya plan aku nak buat pavlova yang tak jadi-jadi lagi tu..terus tak jadi buat sebab hubby takde nk tlg jaga budak2 ni daripada mengacau mamanya kat dapur..so aku decide buat chocolate muffin jelah simple and easy to do..lepas je hubby aku keluar aku start dah mulakan kerja..anak-anak tak bagi mandi lagi sebab nanti makan muffin hbs comot nak kena mandi sekali lagi..serius mmg tak boleh membaking kalau takde org monitor si kenit berdua tu..sibuk nya la hai nak menolong..tolong tgk takpe jugak..ni idak..tlg mengacau ada la..habis tumpah tepung dibuatnya.aku tak menang tangan dok cairkan coklat atas dapur sambil ulang alik amik irfan panjat meja makan..aku bg turun tolak kerusi msuk dalam dia tarik panjat balik..lasaknya aku tak tau nak gambarkan macam mana..tapi takpe la orang cakap budak2 lasak n nakal ni otak bijak,cerdik dan cergas..ameeennn..

Dapur yg sebelum tu bersih, pinggan mangkuk dalam sinki pun clear jadik tunggang langgang lepas aku membaking tu..kah kah kah..aku tak sempat amik gambar byk pun sebab kelam kabut.baru aku nak pegang tab aku, irfan dah panjat meja.baru aku nak snap,irfan dah tuang air dalam botol...gggrrrrrrr....



balik keje aku goreng karipap dgn donut dulu sebab lapar tak mkn tengah hari..aku beli kat opis ni..mmg sedap esp donut tu.rangup!



muffin aku dah siap..tunggu habis bakar je..si zaraa dah menunggu nak makan..dia tak hbs2 ckp nak makan kek..jadi aku pun tunaikan la hasrat anak.wlpun mungkin kek aku tak sesedap di secret recipe, tapi rasa puas sebab buat dgn tgn sendiri ;)



tadaaa....muffin chocolate dah siap!aku taburkan je warna warni aidilfitri tu ikut suka asalkan ada kaler-kaler, budak2 ni suka la korek2 warna warni aidilfitri tu..eh dah aku pg nama benda tu warna warni aidilfitri eh?lantaklah kikiki...resipi ni simple je, tapi sdp dan rangup.kalau tambah chocolate chip baru la lagi sedap..hubby suruh aku try lak resipi muffin yg complicated sikit..dia bg aku semangat suruh buat muffin mcm famous amous punya ceh

 ~
~
~
itu la saja cerita semalam...hari ni aku nak buat masak lemak udang dgn kacang panggang..semua bahan aku dah beli kat pasar tani tadi...hehehe

gambar:google



Sunday, March 18, 2012

weekend story

lepas habis keje, aku dgn hubby layan John Carter kat Leisure Mall..serius best cerita ni, memang taste aku..heronya sgt lah hensem.mcm muka Tarabas dalam cite The Cave Of The Golden Rose yg heroin dia Fantaghiro tuh...korang ingat tak cite tu??? :p



sabtu, aku masak ikan bawal masam manis..korang nampak tak ikan tu sedikit hangit?terjadi masa aku tgh menggoreng.sambil goreng sambil kejar budak lasak irfan zarif tu...sampai hangit ikan..kalau la korang bole rasa mcm mana jaga si kenit hero ni...letih wooo!!sampai kurus aku *tipu



sambal telur..hubby aku tak kisah la makan apa pun janji aku masak.even mulut dia kekadang menyakitkan hati sebab suka komen, janji bg dia kenyang makan sudah. *wlpun rasa nak lempang laju2 :p



aku nak habiskan sekoq ikan cencaru nieh.aku bako je dalam oven.pastu aku letak la sampah2 kat luar tu,perah limau sikit bg ada bau dan rasa..kakakakak..bekas tu aku baru beli kat ikea..untuk masak dalam oven punya...hehehe



ni dessert..campur syrup dgn warna warni aidilfitri tuh memang layan la..warna warni aidilfitri tu (aku tak tau nak panggil apa kikiki) mmg ada je kat umah untuk tabur kat kek...



lepas tu aku membako bread pudding lak..kali ni aku letak kismis..tapi aku tersilap g bako kismis sekali.patutnya letak last sekali lps roti dah menggaring..dah hangit kismis aku..kah kah kah



ahad kitorang lunch kat Wong Solo..aku takyah masak,yeay!hahahaha...mmg feveret kami suami isteri..pedas sampai sakit perut..kih kih kih



lps lunch gerak ke ikea, ibu aku suh belikan almari baju.tapi dah habis hari sabtu..takde rezeki lah tu..ni baru sampai ikea, nak naik lif..zaraa tu pura2 je tido sbb papa amik gambo dia.pandai btol berlakon..kakakaka



almari baju ibu dgn jiran kirim tak dapek, aku pulak yg lebih menyoping..kagum dan bangga dengan hubby yg berjaya psg lemari baju irfan nih..dekat dua jam jugak la dia pasang termasuk kerusi kat bawah ni...huhuhuhu.....:p



sibuk dia panjat kerusi lps siap pasang..tu belum kira dia sibuk nak 'tolong' papa dia bertukang..aku siap bwk lari dia masuk dlm bilik tak bg kaco papa dia..pastu dia bosan, dia g tarik rambut aku kuat-kuat *sakit wooo , lps tu dia panjat aku lak.last2 aku bwk dia kuar balik...huhuhuhu



ni meatball, aku letak carbonara mushroom sauce pasal spagheti sauce dah tak bole pakai, lama sgt aku simpan dlm fridge tapi tak guna..kekekeke..aku campur dgn low fat mozarella yg tak sedap..jgn beli yg low fat tau..beli yg full of fat baru sedap..hehehe..pastu aku letak thousand island sauce..tapi lupa nak bubuh oregano dgn black pepper..nasib baik sodap..kikiki



dessert lagi..vanilla icecream bukan vanilla coklat ye..heheheh...ermmm tetibe terliur,balik kang nak makan aiskrim!! ;)