Yang gojes gojes je

Showing posts with label tips rumah. Show all posts
Showing posts with label tips rumah. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Tips kesan defect rumah baru.

Assalammualaikum w.b.t


Memandangkan aku dah dapat kunci, maka langkah awal yg perlu diambil ialah mengesan jika ada kecacatan defect pada rumah baru..tips ni aku amik daripada blog Ben Ashaari..copy paste ye BA..:)


PERALATAN yang diperlukan semasa check defect pada rumah.

  • Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
  • Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
Apa perkara penting yang perlu kita periksa?
A) Air.
1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.

B) Elektrik
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..

C) Jubin (Tiles)
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...

D) Pintu dan Kunci
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..

E) Grill besi atau Geriji
1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..
5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drpd luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..

F) Bumbung, atap atau ceiling (roof)
1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta pemaju replace segera...
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...

G) Tangki air
1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install pemaju pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, mereka akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

Wednesday, April 4, 2012

lampu rumah

Dah lama dah aku beli lampu rumah ni..baru nak story lampu jenis apa yang aku beli...heheheh..so far persiapan untuk pindah rumah baru,50% dah selesai..kira benda yang penting-penting dulu la tu macam lampu,kipas semua aku dah beli siap..takut nanti aku takde duit ke kan..at least aku dah beli benda basic untuk rumah aku tu..

Kedai yang aku beli tu kat Puchong..aku borong kat Houses of Lighting dengan Top Ten..kiranya ni kedai yang paling murah dan paling ramai orang la..aku main beli je ikut citarasa aku masa tu+aku dah lenguh leher mendongak tgk lampu yang cantik-cantik tu..huhu

Act banyak yg jenis aku berkenan tak dapat nak direalisasikan..sebabnya lampu tu tak cukup terang kecuali aku pasang downlight baru aku boleh beli lampu ala-ala suram tuh..apakan daya bajet takde, aku tak buat la plaster syiling so tak blh la nak psg downlight kan..hhuuuwaaaaaa!!takpe la mujur syiling rumah aku tu dah cantik.ahaks.

Antara lampu yang aku beli...


aku beli kat top ten..rege rm22 gitu kot tak silap tapi tak lebih rm30 la..murah je..ni untuk letak dalam bilik air..so aku beli 2 bijik size kecil.

 

ni pun kat top ten, hrga rm27 gitu kot...untuk bilik punya..so aku beli 4 bijik la saiz yg paling besar baru ler terang..hehehe

 

untuk dapur lak aku beli ala-ala macam ni la 3 bijik memanjang..aku beli 2 set untuk letak kat dapur.harga rm50++ kot aku lupa la..tapi lagi murah drp yg ruang tamu punya la.


 

untuk ruang tamu dengan ruang makan aku beli yg ala-ala tergantung 3 bijik atas bawah mcm ni..aku beli 4 set..2 untuk ruang tamu 2 untuk dining..satu set tu rm75 tak silap.

 

ala-ala macam ni la..masa aku beli tu design baru sampai,harga pun tak letak lagi..aku paksa apek salesman tu lekat harga cepat..kakakaka

 

  
lampu belakang rumah pulak aku beli yg lebih kurang gini..murah je rm56 tak silap..untuk porch depan aku lupa la design camne..kui3

 

aku berkenan yang camni..tapi hubby ckp tak cukup terang..lainlah kalau ada downlight baru bole..huhu!sedih!Tips, lampu mcm ni susah cuci sikit..tauke kedai pun cakap..yg aku beli semua jenis senang cuci.yeay! ;p

 

aku target tahun depan nak tukar lampu kat living room tu camni 2 set..baru la cantik letak kat depan..takpun kalau dh psg nti aku tgk cam tak puas hati,aku g belasah je beli lampu macam ni..hahahaha..mampus kene pelangkung dgn laki aku kah kah kah



carpet dan keperluannya

Aku suka sangat carpet, especially yang gebu-gebu gitu..bila pijak kaki tenggelam.Bila baring badan pun tenggelam, macam duduk atas bulu kambing biri-biri.kekekeke..tapi tau tak carpet pun perlukan penjagaan yang rapi selain membuatkan rumah nampak menarik??

Atas sebab kekangan masa dan kemalasan yg melanda, maka aku simpankan saja 2 carpet gebu yang aku beli tu..sebabnya, carpet jenis gebu ni sangat mudah kotoran nak lekat.Yang ada anak kecik nakal macam anak-anak aku tu, memang tak sesuai la letak carpet kat rumah..nanti daripada warna asal carpet tu coklat, terus bertukar warna jadi warna warni akibat susu ygn sengaja ditumpahkan, makanan yg sengaja dilenyekkan dengan kaki, bedak dan losyen yg sengaja dituang pastu digosok-gosok pula pada carpet tu..haih!tu la anak-anak aku..tension betul asik nak mengelap aje..

Kotor satu hal, bab nak membersihkan pun perlukan kerajinan jugak oleh empunya badan tu..carpet gebu ni bukan jenis ko boleh sapu gitu je.ko kena vacum supaya segala kotoran yg melekat di dalam bulu-bulu itu akan keluar.Kalau tak, tunggu la setahun nanti korang boleh tgk semut buat sarang kat dalam tuh..kah kah kah *tipu ;p


jadi aku telah bertukar kepada karpet yg senang dicuci dan senang nak lap bila kotoran melekat..malas nak usung hantar dobi kan..memang mudah semudah abcdefg..kalau ank aku muntah, aku just lap je terus dgn kain basah..hilang la..kalau byk sampah pun tak semestinya aku kena keluarkan vacum daripada stor tu..tak payah.amik je penyapu ko sapu je terus!kan senang ye tak?hahahaha...itu aje la tips daripada aku mengikut pengalaman sendiri..hehehehe


aku ada carpet merah mcm ni..aku gulung simpan dalam stor je..raya baru aku pakai kot.heheheh

 

yg macam ni pun aku ada..pun sama aku simpan tak larat nak jaga..nanti aku letak dalam guest room je la kot.

 

bawak keluar time raya aje la..takpun letak dalam bilik di mana anak-anak takkan bawak masuk cokolat depa.huhu

 

part yg paling aku malas ialah memvacummmm...tambah2 ada kenit suka off butang vacuum tu time aku tengah memvacumm.ipan boy la siapa lagi!

 

carpet inilah yg aku gunakan kat rumah sekarang..aku beli kat ikea.satu warna merah,satu lagi warna kelabu..murah je..lepas tu senang je nak cuci.aku just lap dgn kain basah.pastu aku belasah je sapu dengan penyapu..kekekekeke
*gambar google
 


Sunday, February 19, 2012

checklist untuk 1st stage dah settle!

Alhamdulillah.boleh tarik nafas lega sikit sebab barang-barang elektrik untuk rumah dah siap beli dah...itu termasuk la kipas untuk satu rumah, lampu, peralatan untuk bilik mandi dan juga water heater...cuma aircond je belum beli/booking lagi..perabot pun dah booking jugak, bila daapt kunci dan siap buat cornice baru la suruh kedai tu hantar..kiranya sekarang ni dah takde nak buat apa la kecuali nak renovate sikit aje..macam buat kitchen cabinet, cornice kat syiling, dengan awning aje..lepas kira-kira auot gate mungkin kitorang hold dulu kot, tgk dulu budget macam mana..tembok pun ingat nak tanya jiran sebelah kot dia nak share buat sama-sama kan.ataupun kalau dia buat dulu syukur alhamdulillah la.hehehhe..cuma tile kat depan tuh je nak pecah letak semua tile.itu sahaja la nampak gayanya..kalau ada duit lebih ingat nak tukar gate tu kalau tak, pakai je dulu yg pemaju bagi, cuma cat putih sahaja...hari sabtu n ahad memang kitorang shopping brg untuk rumah saja kat puchong.penat tak ingat la..nasib baik kenit berdua tu tinggal dgn aonni dia.kalau bwk diorang harus tak terkawal keadaan kot.hahahaha..kira area puchong mmg murah la..lampu kitorang beli kat top ten dgn houses lighting, kipas kat HL and water heater pun kat HL..act harga dua kedai ni ada yg lebih mahal ada yg lebih murah, tgk brg la..so surver je dua2 kedai ni..kedai lain pun byk tapi 2 ni la yg paling murah dan orang ramai sampai berlaga punggung!!yg best kat HL sbb siap ada nombor giliran untuk bayar.sistem mmg sistematik la.best!beli punya beli sebenarnya dah terlebih sikit bajet untuk brg2 ni..kalo ikut kiraan dah tetapkan jumlah maksimum, tapi lebih jugak..tu la kan...huhuhuh...takpe la janji puas hati bila tgk rumah cantik nanti.cantik ker?ahaks.perasaan?rasa gembira sgt sbb first time kot ada rumah sendiri..korang yg belum beli rumah lagi,nti bila dah beli mesti korang akan rasa excited yg tak terhingga..ke aku je yg excited lebih?hahahha :p so brg2 yg dah beli tu kitorang susun atas almari baju penuh sampai syiling.hehehehe..hai bila pemaju nak call suruh datang amik kunci rumah ni???? :p


Lokasi pertama beli kipas kat houses lighting..suggested by makcik norze..murah 2-3 rgt berbanding kat top ten
 

houses lighting jugak..ni beli lampu..sebelum tu dekat top ten beli lampu utk bilik tidur dgn toilet aje.utk luar punya kat top ten mahal sikit.

 
  
lepas borong lampu,kipas, jom balik!sebab kete dah full..hehehe..bathroom punya brg kitorang pergi beli esok tu pulak :)
 

itu jela ceritanya...act byk je bnda nak cerita..kat blog ni hanya secebis aje dari kehidupan seharian..bukan semuanya dikongsi..yg umum2 aje bole kongsi..buleh?hahahah..so korang kalo nak beli lampu dan kipas g lah kat puchong tu yer..mmg murah la berbanding tmpt lain..mmg kedai ni jadi tumpuan, dah mcm stesen bas yg sesak masa raya aidilfitri!

Thursday, January 26, 2012

Hob and hood, aircond dan water heater

Lepas dah kira bajet untuk renovation rumah seperti memasang grill, mengecat, membina tembok, membuat tiles, membuat plaster syiling dan pelbagai lagi (mengikut bajet sendiri) dan juga bajet untuk membeli lampu dan kipas..jangan lupa perlu juga ketepikan sejumlah wang untuk membeli hob and hood..ahah yang ni saya hampir lupa..iye-iye dok mengira itu ini, part yg paling penting sekali *kalau tidak tak boleh masak.heheh kelengkapan dapur kita..pelbagai jenis hob dan hood yang boleh didapati di pasaran dengan pelbagai jenama.Ada yg mahal, ada yang murah.Pilih mengikut bajet dan konsep yang diingini..





























dan tak lupa juga..........




aircond untuk rumah..better psg siap2 sebab kalau pasang kemudian rumah akan berhabuk teruk..we choose panasonic inverter 2hp untuk ruang tamu sebab jimat elektrik.dan guna time panas saja yer..jimatkan elektrik rumah anda..keh3

dan juga water heater...penting ni kalau tak nak menggigil mandi waktu pagi..we also choose panasonic sebab so far yg pakai kat rumah memang tak pernah buat hal ;)


Tips untuk kitchen cabinet

ahaaaa..saya nak kongsikan tips untuk memilih kitchen cabinet..saya dapat info ni dan nak share dengan anda semua:)

Step 1 : decide concept



Sebabnya kalau jumpa interior designer pun, soalan pertama meraka ialah “rumah puan konsep macamana?”


a) Modern : biasanya sebut je modern, design yang ada “wooden” element mmg tolak tepi la kan. Oleh itu, material pilihan ialah chipboard 16mm water resistant, acrylic, high-gloss 3D, melamine. Lebih nampak moden gituu.
b) Kontemporari / klasik / oriental : konsep rumah macam ni tak kesah, samaada nak pakai wooden material macam solid nyatuh, membrane pressed, chipboard pun boleh. Ramai jugak orang yang masih suka pada design klasik ni, ada alur2 kayu gitu, mmg klasss. Sebab ada yang berpendapat, kayu lebih tahan lama. Terpulang ok
c) country / english style : raaaaamaaai yang sangat sukakan konsep ni, betul tak? Biasanya dapur yang konsep ni materialnya adalah wooden jugak. Yang hardcore mmg akan pilih warna kayu putih, kemudian nanti dekorasinya sarat dengan bunga-bungaan. Saya memang suka tgk dan memang sangat cantekk. Tapi untuk rumah sendiri, saya yang pemalas ni takboleh bayang macamana nak maintainkan ke’country’an dan ke’english’an dapur kunanti.




Step 2 : at least dalam kepala ada plan ruang kerja anda


a) Mungkin ada rumah yang ada kedua-dua wet & dry kitchen, dan mungkin 1 sahaja. Ada juga yang wet & dry bersambung dalam satu ruang, ada juga yang terpisah.
b) Jadi dalam kepala mesti dah plan nak masak kat mana, sinki kat mana, nak letak refrigerator kat mana, hob & hood kat mana yang sesuai (not too near dgn tingkap ya), nak simpan pinggan mangkuk, nak letak tong sampah, tempat nak terap pinggan etc, tempat tong gas, mungkin juga nak letak water purifying system ke kan. Penting juga pikirkan apa barang2 elektrik yang kita pakai kat dapur & kat mana nak letakkan nanti (kalau ada oven & microwave, toaster, blender tu bagai, mana nak letak).
c) Information ni amat berguna nak tentukan design dapur anda nanti tau, samaada nak buat L shape ke, U shape ke, I shape ke or perlu ade island ke. Nampak macam remeh temah kan? Huhuuu.... Jangan pulak jadi nanti masak kat sini kat wet kitchen... refrigerator nunnn jauh di dry kitchen.. (mentang2 la refrigerator latest design kan? Hehehe..) yang penting kita yang nak masak hari2 (walaupun tak hari2 sbnrnya, haha!) ni selesa nak buat kerja, setuju? 




Step 3 : konsep dah ada kan, ruang kerja pun dah identify sendiri. Now boleh dah pilih material apa nak pakai. Dan budjet nya sekali ya ibuk2, bapak2..huhu! ni pun factor yang kritikal jugak ni kan?

Dua benda kena decide : material untuk TABLE TOP & DOOR



DOOR
:
Untuk step ni, ambillah masa yang secukupnya, perlu rajin survey! Dan jangan ikut cakap orang ok? Katalah memang dah decide nak pakai chipboard water resistant / anti-moisture, pastikan anda dapat harga yang sepadan dengan kualitinya. Jangan chipboard biasa tapi harganya macam anti-moisture. Jangan tertipu ok! Kedai yang murah mungkin cakap saja water resistant, tapi padahal dia bagi chipboard biasa.




Antara acrylic dan 3D high gloss apa bezanya? Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti yang shiny, berbanding dengan 3D high gloss iaitu kaca yang dispray/sembur dengan warna yang dikehendaki.


a) Acrylic : Acrylic boleh dibasuh / dilap, dan kering dengan cepat. Tahan terhadap peluntur, asid & alkali cair, cuaca dan mikrob. Boleh calar, tapi tak teruk kesannya.


acrylic doors



b) Kayu nyatuh/ oak/ semanguk : kualiti berbeza antara jenis kayu tu. Pastikan anda ‘kenal’ mana satu nyatuh, mana satu oak / semangkuk. Sekali lagi, supaya tidak ditipu! Sebab tu saya kata perlu banyak survey, tak kira lah baca majalah, google di tenet, atau masuk kedai satu-satu. Mesti survey!

c) Chipboard : Raaaaamai orang pilih chipboard sebagai pintu KC. sekarang ni dah baaaanyak design yang cantik2. ada woodgrain, solid design, decorative design etc. harga pulak lebih murah dan affordable berbanding acrylic, 3D high gloss dan kayu. kalau boleh, ambil chipboard yang water-resistant / anti- moisture TERUTAMA di WET KITCHEN.

d) Melamine : jenis material ini juga raaamai orang pakai. design yang variety, kualiti yang bagus, harga yang affordable. Melamine ni kualitinya lebih kurang sama dengan chipboard.



Harga memang berbeza2. Itu yang buat pening kepala. Dah dapat yang murah tapi diragui pulak kualiti kerjanya, dapat yang mahal, mahal sangat.

TABLE TOP

Ada banyak pilihan sekarang. Granite / solid surface / water resistant chipboard / tiles / marble /


a) Granite :
Kelebihan : batu granite ni memang kelass, selain tahan lama, ia juga mudah dijaga sebab tidak mudah scratch, tak perlu risau nak letak periuk2 panas direct di atas permukaannya, kalau tumpah apa mudah je lap dengan kain basah. No problem at all 

Kekurangan : Harga granite ni biasanya semakin gelap semakin mahal. Ada yang made in china, Malaysia, india, etc. Pastikan jenis mana yang anda pilih dan sepadan dengan harga ya kawan2


b) Solid surface

Ada 3 jenis solid surface : matte, high gloss, satin.


Kelebihan : biasanya joining antara pieces nya tidak kelihatan. Ia akan Nampak smart dan kemas! Bila join tak Nampak, maka tidak perlu risau dengan kotoran/ daki di celah2 joining. Plus, anda boleh buat sinki customade dengan solid surface ni, mmg sangat smart! 



Kekurangan : penjagaan perlu cermat. Tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaan, tidak digalakkan juga memotong di atas permukaan solid surface ni always use cutting board. Tidak digalakkan berdiri di atas countertop anda ya. Kalau sinki anda pun ialah solid surface, pasti jangan tuang air panas ke dalam sinki, melainkan anda lalukan dengan air sejuk / air paip!

c) Tiles


Paling raaaamai orang suka letak tiles. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga yang ratusan ringgit pun ada

Kelebihan : lebih murah dari granite & solid surface. Banyak pilihan tiles. Tahan lama jugak. 



Kekurangan : Nampak joining antara pieces. So kena rajin sental daki kat celah2 ok?

d) Marble


Marble pun ok jugak sekarang, banyak design baru sekarang, tahan lama jugak. 



Kelebihan : biasanya kalau stone-based material ni tak leceh sangat nak jaga. Sama macam granite.



Kekurangan : Cuma marble mungkin lebih senang scratch berbanding granit. Tapi boleh polished!

e) Chipboard (water resistant / anti-moisture)


Chipboard pun raaamai orang suka juga. Sekarang dah banyak pilihan.


Kelebihan : harga lebih murah berbanding material yang stone-based. Sekarang dah ada yang water resistant & anti moisture, jadi tak perlu risau chipboard anda ‘kembang’ lagi 

Kekurangan : tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaannnya, always pakai lapik. Strictly memang tak boleh memotong direct atas permukaannya jugak ok, always use cutting board. Kalau nak lap, pastikan kain lap tidak terlalu basah, walau dah anti-moisture kita mesti go back to basic di mana material jenis ni bukan stone-based ok? Kalau tumpah kalau boleh lap dengan cepat sebab khuatir akan tinggalkan ‘stain’ yang susah nak dikeluarkan. 



Step 4 : now ilmu dah cukup, pilihan konsep ada, ruang kerja dah ditentukan, material apa pun dah decide. Sekarang tiba masa survey (survey lagi..huhuh) pulak kontraktor yang nak dipertanggungjawabkan...




Jangan risau survey banyak tempat, sebab biasanya kalau setakat depa datang rumah, buat measurement, buat rough planned, it wont cost us anything! Explain kepada mereka, apa konsep anda, ruang kerja macamana yang anda mahukan dan material yang anda minat. Let them buat kerja mereka!



Bila dah dapat harga & rough design dari mereka. Timbang betul-betul apa service yang depa boleh bagi selain dari membina KC kita. Maksudnya, adakah harga yang diletakkan tu termasuk dengan aksesori yang kita nak atau tidak, apa material yang diorg propose untuk engsel2 pintu2 cabinet tu, handle pintu, ada soft-close atau tidak etc.



Kalau ada peluang, mintak kontraktor tunjukkan projek2 yang beliau dah pernah buat. Biar lebih sikit kerja kita, tapi puas hati dengan hasil kerja mereka. Harus ingat pelaburan anda bukan sikit, dan takkan lah nak berganti KC setahun sekali macam langsir kan?:)

Step 5 : observe / monitor kerja-kerja pembikinan KC anda.
Luangkan masa sikit, ambil tahu perkembangan mereka. Biasanya less than 1 bulan dah boleh siap KC anda tu.



info.blog mrsfarizal.