Yang gojes gojes je

Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

easy and delicious!

Assalammualaikum


Hari ni aku drive pergi keje sebab hubby aku kursus sampai malam.nasib baik kursus kat kl je..aku paksa la dia balik tido umah walaupun penginapan disediakan kat hotel tu.kekekeke.bestnya cuti sekolah jalan tak jem.aku gerak dari rumah ibu pun 6.45, sampai opis 7.10.kalau time tak cuti sekolah pukul 8 la aku sampai.kenapa la cuti sekolah tak sebulan??muahahahaha

Aku nak cerita pasal makan.Semalam balik keje aku terus masuk dapur memasak.hubby aku request nak makan ikan bakar cicah air asam.nak bakar guna arang kem salam kang tak pasal2 terbakar pulak apartment tu.jadi alternatif lain aku bakar je la dalam oven.nasib baik oven aku tu pelbagai guna.aku bakar 2 ekor ikan, satu siakap dan satu lagi cencaru.sebab aku tak makan nasi byk,aku meratah je la yg lebih..pastu aku goreng taugeh campur udang je.sedap wooo...esp air asam tu memang marbeles la!*puji diri sendiri kah kah kah

Act hubby aku ni makan dia takdela cerewet sangat.masak sambal ikan bilis pun dah cukup.tapi dia mesti nak ada sayur..tu yg aku menyampah sbb aku tak makan sayur sangat..kah kah kah..lepas kenyang makan tu, aku bergegas pulak buat bread puding.aku amik resipi dari mamatiamia..simple je buat bread pudding ni..sedap pulak tu *sekali lagi aku puji diri sendiri kekekeke


ni lauk dinner semalam.ikan cencaru takde dalam gambar sbb tgh bakar..kikiki..air asam tu aku guna belacan diimport khas dari beseri perlis..aku dgn ibu aku mmg guna belacan dari sana je..jiran mak mertua aku yg buat..kesedapan tiada tandingan..sape nak order bleh roger aku..eh?ada hati nak jadi tauke belacan lak..kah kah kah



ni la bread pudding tu..aku tak letak kismis sebab lupa beli..bila dah bakar,yg belah tepi roti tu jadik keras dan rangup.sangat la sedap..aku tambah satu sudu besar gula,bagi manis sikit baru sedap..ni 1st time aku buat, rupa mcm tak menarik sangat.kali kedua buat nanti mesti nampak lagi best mcm mamatiamia buat..kekekeke


lepas dah makan bread pudding tu sampai licin,aku tanya hubby nak karipap dgn donut tak aku nak goreng..hubby aku ckp tak pyh dia dah kenyang gile...tolonglah jgn gemukkan dia lagi.hahahahaah!!hubby ckp bertambah gemuk la dia kalo hari2 aku masak macam-macam..kakakaka..

Monday, March 12, 2012

oh bread pudding yummmylicioussss!!

Halamak...sedap pulak tengok bread pudding dalam blog mamatiamia..kak zu siap bagi resipi lagi..so easy to make it!balik keje petang kang nak buat lah......yummylicious!


bread pudding..gambar amik dari blog mamatiamia..pinjam ye kak zu..hehehe

Wednesday, February 29, 2012

Masak yee mee

Assalammualaikum...selamat pagi...nyamannya cuaca, sejuknya aircond kat opis ni.yelah sebab dari semalam hujan je kan.sampaikan lepas je isyak semalam saya terus pengsan dalam bilik tak sedar apa sampai pagi.hahahaha..mcm letih sgt je kan...act tak de apa pun nak story, tapi nak jugak update blog, jadi saya nak cerita la pasal menu untuk dinner semalam je.ni kira menu plg malas lah ni...saya masak yee mee.kosong tak letak apa, letak fish meatball dgn sosej je. pasai malas nak kuarkan seafood yang beku dari fridge tu.tak kisahlah janji suami dgn anak-anak dapat makan kan.hehe..hari ni plan nak masak ikan siakap stim pulak so kejap lagi ada pasar tani kat ofis ni, nak beli ikan siakap la..hopefully ada...ok tu je nak cerita ;)

gambar tak berapa clear sebab wap panas melekat kat kamera.;p


Monday, January 30, 2012

Nak masak nasi goreng udang

Tadi dah beli udang besau dan gumuks kat pasar tani..murah...RM10 satu plastik tu..byk jugak la kalau letak dalam nasi goreng, marbeles la!lepas tu beli carrot dgn sawi tuh je..byk ikan segar2 tadi tapi tak nak beli sebab esok hubby takde, kursus kat cameron highlands 3 hari..cuti masak la...hehe..esok cuti duduk rumah jela ye kak long dgn adik,papa takde.petang baru kita g umah onni tido sana..cepatlah anak besar, takde la takut sangat pasal hubby selalu outstation,nak2 lak nti dah duduk semenyih jauh dari rumah ibuku..huhuhu.

Balik satgi sampai rumah terus masak la..adik ipar ada rumah,pkl 10 nak hantar dia kat putrajaya sentral, naik bas balik perlis cuti semester.terliur dah nih membayangkan nasi goreng udangku..tumbuk cili padi, tumis, letak belacan sikit, masukkan perencah nasi goreng udang, hiris carrot nipis2, masuk sawi, masuk telur hancur sikit sedapnyaaa...eh kitorang tak suka sgt mkn nasi berlauk malam2, lebih prefer nasi goreng sebab siang dah mkn nasi berlauk..alahai terpaksa makan la mlm kang..tak jadi diet la okehh!hahahahah!!


MY:Dah sms hubby, malam nanti ajak layan DVD, dah download macam-macam cite nih..:p


pinjam google