Assalammualaikum w.b.t
Apakah nifas?
Nifas atau nufas (dengan dhammah nun) ialah darah yang keluar dari qubul wanita selepas bersalin.Seandainya dia bersalin dengan cara pembedahaan, iaitu dengan cara membedah perut wanita hamil dan mengeluarkan bayi kandungannya dari bedahan tersebut, maka wanita tersebut tidak mempunyai darah nifas. -dari buku FIQIH WANITA-
**baru ku tahu, wanita yg bersalin melalui pembedahan tak mempunyai darah nifas...maksudnya tak keluar lah darah yang banyak beberapa hari selepas kita bersalin tu...hehehe..itu lah..byk baca blog hiburan, buku--buku untuk tambah ilmu tak nak baca...hihihi :p
Yang gojes gojes je
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Sunday, April 29, 2012
Tuesday, April 17, 2012
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Paling bermakna dalam hidup aku, aku mahu jadi insan yg lebih mulia di sisi Penciptaku.Didikan yang baik bermula dari rumah..Sikap ibu bapa yg beradap, kerap solat bersama, makan bersama, mengaji Al Quran bersama, insyaAllah Tuhan akan memberkati dan memakbulkan doa kita.Aminnn..
Monday, April 9, 2012
Jangan bukak aircond sebaik menaiki kereta!
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik
memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.
Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi
udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu
carcinogen yang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba
bahan plastik di dalam kereta.
Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik.
sumber:wanitasihat.com

Subscribe to:
Posts (Atom)