Yang gojes gojes je

Sunday, October 21, 2012

jatuh cinta dengan konsep moden tropika

Assalamualaikum



Sejak dua menjak ni, ku jatuh cinta dengan konsep hiasan moden tropika..moden tetapi ada unsur-unsur kayu dalam tata rias rumah..bila dicampurkan keduanya mmg nampak seimbang..kalau moden je semua mcm bosan lak aku tengok.hahaha..so wishlist baru nak dapatkan perabot dan hiasan dalaman ala2 kayu atau resort pulak..**hamboi byk duit aku :p

Takde benda besar pun nak beli sebab perabot basic dah ada, maybe nak tambah atau tukar baru jelah...tengah aim dapat bonus nak cari kerusi mcm kat bawah ni.


berkenan sungguh aku dengan kerusi mcm ni..nak beli siap dengan kusyen duduk tu,pastu carilah bantal warna warni kat jusco.heheheh..aku rasa yg ni macam mahal je..tak kisah janji dapat ala2 gini yg murah je cukup..ada nampak kat nilai ritu..harga dalam 600 blom mintak kurang..nanti nak g survey sana lagi..hehehe..oh duniawi sungguh ;p
*rasa happy dan tenang bila balik tengok rumah cantik.nak tgk sendiri je, bukan nak bg org tgk kan ;)



berkenan jugak yg ni. letak kat depan rumah..salah satu wishlist ku jugak..pun dah survey harga kat nilai 3..kalau ada rezeki beli la..tak de pun takpe..angan je kan..tak stress pun kalau tak dapat.errmmm mcm kecewa je bunyi nya ye?kah kah kah!psstt brg2 kat umah aku ni mostly aku beli guna duit sendiri, tak mintak duit suami.benda kecik2 je suami beli atas persetujuan bersama, bukan mintak2 sampai guling kat lantai. ;p

 

nak cari frame2 gini la..kat nilai banyak..lops ni aku tak jejak ikea dah sangat la..jejak nilai 3 pulak.kih3...

well uolss pernah pergi kaison tak?orng ckp brg2 hiasan rumah cantik2 dan murah sesangat..teringin gak nak jejak, nak cari frame cantik2..kalau bunga tu aku kurang sikit kecuali la ada pokok buluh yg dikeringkan warna coklat baru aku nak..dah lama cari tp tak tau nak beli kat mana..jumaat ni cuti kan nak ajak hubby cuci mata kat kaison lah ;)


kaison..bunga cantik2..tapi ku kurang minat bunga2 ni..semak.hehehe
 


mcm best je tengok...harus terjah ni..hehehe


**well,dah mintak jpa faks surat pertukaran.1 hb ni insyaAllah aku akan berada di tempat baru sebab ada pengganti serentak.tak perlu tangguh..sorang membe ofis fizah pun dapat tukar balik kg kat johor..pulang ke pangkuan ibu ayah..hehe..bestnya..alhamdulillah..tumpang happy untuk kengkawan :)

rabu depan adalah hari terakhir aku di sini..sedih juga..moga dpt pengalaman baru kat kajang,yg penting lebih dekat dan mudah untukku..insyaAllah...:)
 

Makin sihat

Assalamualaikum


Pagi semalam aku pergi darus syifa' teruskan perubatan..5 kali dah la pergi..Yang pegi tu sebab ada sesuatu berlaku kat aku masa kat rumah..jumpa seorng ustaz ni..mula la proses pengubatan..nak cite panjang..Alhamdulillah ustaz tu kata jin tu belum keluar habis lagi..tapi katanya aku dah banyak pulih tak seperti sebelum ini..Gembira sangat dengar..sykur pada Allah, sekurang2nya usaha aku dan doa ku termakbul..Sedih nak menangis pun ada...huhuhu..ustaz tu cakap, kita kena yakin dan percaya pada Allah..segala yang datang ni adalah dari Dia juga..Dia takkan uji kita kalau kita tak mampu dan hadapi dan menanggung ujian itu..sungguh aku terharu....dan aku kena kuat melawan.lama2 benda tu akan 'panas' dan tak mau ganggu kita lagi..katanya, banyak sebab mengapa jin ni mengganggu..macam kes aku ni katanya, jin tu 'berkenan; kat aku..huwwaaaaa tatoottttt ;p

Ustaz tu cakap, bukan mudah dan amik masa aku nak pulih..sebab dah lama sangat benda ni ikut aku.pendinding diri kita adalah solat,al quran dan amalan2 yang baik..sejak aku tau aku 'sakit' ni, alhamdulillah bukan nak riak atau apa sekalipun..demi Allah, aku semakin dekat denganNya..mungkin ini juga satu tanda baik untuk aku, sebagai peringatan yg kita ini hanya lah hambaNya yang kerdil, hidup di dunia yg hanya pinjaman sementara..Bila2 masa saja malaikat Izrail akan cabut nyawa kita.Banyak perubahan berlaku pada aku, rohani dan jasmani..aku lebih sayangkan akhirat berbanding dunia..aku sedar suami dan anak2 ku hanyalah pinjaman,bukan milik aku selamanya.aku sedar,kereta,rumah dan harta itu satu hari nti akan tinggal kenangan saja apabila kita mati..tidak kekal..kita sibuk berlumba2 kumpul kekayaan tapi kita lupa untuk mengumpul harta sebagai bekalan akhirat..dulu, aku mudah marah, mudah naik angin.orang kata hot temper la..tapi sekarang, banyak betul yg merubah diri aku..aku seperti telah temui diri aku yg sebenarnya..aku tenang, dimarah sekalipun aku tetap berdiam dan tersenyum, tak seeprti sebelum ni kalau org marah aku,aku sembur balik..hehehe..di kepala aku sentiasa positif,hari2 aku lalui dgn gembira tanpa masalah.ada masalah sekalipun aku pandang kecik je masalah tu....bagi aku setiap hari adalah hari yg terbaik dan aku lakukan yg terbaik seolah2 ia hari terakhir aku di dunia.syukur sgt..ada hikmahnya semua ini..Allah sayangkan aku..aku sangat yakin dan percaya pada Allah yang Satu.

Begitu hebatnya gangguan makhluk halus ni kan sampaikan bila kita dah teruk, kita dah tak jadi diri sendiri..subhanallah...dan aku teruskan amalan2 yg ustaz tu ajar, sebelum tidur,selepas solat dan lain-lain lagi..hubby ada ckp try berubat dgn someone ni dekat rumah mak aku..tapi aku tak nak,,aku leibh percaya ustaz yg ubatkan aku..sebab aku tak percaya ada ubat lain selain ayat-ayat suci al quran..Ya Allah, kau sembuhkanlah aku, jauhilah aku dari gangguan syaitan dan iblis yang terkutuk, serta lindungilah aku dari kejahatan manusia..amennnn..