Yang gojes gojes je

Monday, December 29, 2014

persistency 95%!

Assalamualaikum

Hari ni langit cerah.panas.tak hujan.alhamdulillah..hrp2 la kain kat rumah kering.lembap je sebab hujan kan.Alhamdulillah persistency kitorang 95%.melayakkan kami untuk dapat bonus pada end januari 2016.bonus 3 lapis untuk 3 tahun berturut.persistency masih gak kena monitor tahun depan.semua payment client dah settle.ada yg aku bayarkan..alhamdulillah semua ingat bayar balik hutang huhu..sbb jg thn kitorang mesti buat collection sblm tarikh persistecy run.so mmg mtk client bayar cepat.sbb persistency ni pntg.kalau bawah paras silap2 lesen ejen boleh ditarik balik, dah tak dpt nak jaga client2 sedia ada..bahaya tu.thats why dr thn pertama ni kitorang jaga betul2.alhamdulillah client2 so far jenis mudah kira mudah bayar dan mudah bagi kerjasama.hrp2 nya client akan dtg pun serupa jugak.tinggal 2 hari lagi sblm 31hb dis..aku ada satu appt hari ni.tu je.yg lain tak sempat dah.biar jadi case untuk januari 2015 la.semoga rezeki kami sekeluarga dipermudahkan...tambah2 lagi tahun depan adalah tahun paling getir dlm hidup aku agknya..dengan keberanian dan keyakinan aku akan terus melangkah walau seribu dugaan dtg menerjah..gitu.....hahahahahaha...takpe yakin pada Allah.Dia yg bagi kita rezeki kan.bff aku yg register sbg ejen takaful di bawah kitorang nampaknya semakin bergerak laju.tahniah untuk amim dan suami.jaga attitude dan berdisiplin inshaaAllah kejayaan akan jadi milik korang.dlm apa bisnes sekalipun, attitude plg penting.kau hebat bercakap, present produk mcm mana sekalipun tapi kalau kau malas, suka beri alasan, suka bertangguh, dtg training lambat, ponteng kelas, tak follow apa leader ckp ssh kau nak berjaya.di prudential jalannya dah tersedia cantik.ikut je.klu ikut, inshaaAllah, tgk saja cth org2 yg dah berjaya mcm mana sikap dan motivasi diri dia.pokok pangkalnya adalah diri sendiri.selebihnya doa dan tawakal.

Baru td aku mesej teacher rani smart reader, tanya uniform dah boleh amik ke...tak blh lg rupanya.nsb baik aku tak pegi sana.cehhh...khamis ni cuti new yr.korang pg jalan mana?aku dok umh je kot.habis2 jalan kat shoping complex.hehehe..nak kemas2 umh sket lipat baju.pagi jumaat mak dgn pak mertua sampai kang terkejut tgk umh yg bersepah.biarlah kali ni mak dtg dia takyah tlg lipat baju kahkahkah....mmg aku tak lipat baju sgt pun.smgu sekali baru lipat.mana sempat nak lipat?ada kat umah pun pkl 7.masak cuci kemas segala bagai mana ada masa nak lipat lagi?penat tau tak..tu blm lg klu aku kuar jmpa client.celah mana la yg sempat nak kemas umh.anak2 plak mmg kaki sepah..ibu yg bekerja kebanyakan mmg camni btol tak.jgn cop kami malas.tp rasalah dulu mcm mana kehidupan ibu yg bekerja ni dlm ms yg sama nak buat kerja rumah, handle bisnes lagi.masa tu cukup2 untuk tido je.walau tahun depan aku fokus bisnes takaful je pun ttp sama je kehidupan aku.keje pagi meeting jmpa client ptg br blk.ntah2 mlm baru balik.itulah kehidupan...syukur je apa yg ada.pkl 12 nak g beli makanan.eh lupa cite, aku diet atkins skang.hari ke 13 dah.dah turun 5.5 kg camtu.inchloss byk.baju size m dah longgar balik hehe.rs ringan badan bile dh kurus sikit.ritu mmg mcm dipam2 bdn aku makan tak ingat dunia.semua baju ketat.ni dah mengecik sket baru selesa.target aku lg 5kg ni.skang brt 61.4.statik dr smlm sbb ada cheat sket kui3...nk dpt 56kg ni.mcm sebelum kawen.tp agak sekeping la.kalu mcm papan sgt naikkan balik ye tak.hehe.nti aku share apa yg aku makan sepanjang 13 hari untuk turun 5.5 kg.ni kira sikit.ada yg turun 10kg dlm ms 2 minggu.yg best diet ni yg aku rasa la, bdn rs sht, segar.yg best lagi kulit licin.jerawat pun tak naik wlpun period.sbb byk makan sayuran hijau dgn amik protein agknya.aku nk teruskan je diet ni demi untuk kesihatan.:)


                                        thank you for reading this entry!

Sunday, December 28, 2014

sekolah tangguh akibat banjir

Assalamualaikum

Baru je dapat mesej daripada principal smar reader kids tempat kak long dgn ipan sekolah next year, patutnya sekolah mula 5hb isnin.tapi dsebabkan banjir dan announcement sekolah ditangguhkan, pre school pun terlibat sama.ok la tu aku tak kisah pun.sama je...9hb ada orientation day.12 hb sekolah bukak.Orientation day tu 3 jam je.aku cuti separuh hari la kot settlekan anak2 dulu then baru la keje balik..mcm mana la agknya ipan sekolah nanti..kak long tu takpe sebab dah biasa.mungkin nanti tukar sekolah lain ni ada beza la sket sebab kat smart reader tu cikgu mengajar iqra' fardu ain je melayu.yang lain cina dan india.dan kat situ mmg speaking omputih je.pandai la anak aku nti ckp meleret2 omputih hahahaha...ipan la kira 2 tahun la nti kat smart reader inshaaAllah..kak long setahun je.pstu masuk darjah 1 dah lega sket aku tak dibebani dah dengan yuran yang bisa memutuskan urat2 dlm badan kih3..

Kelengkapan persekolahan pun aku tak cari lagi.sebab daripada uniform, kasut, beg stokin dll semua smart reader sediakan khas dia punya.senang la sikit.kalau nak beli pun alat tulis tu je...sabtu ni aku nak pi amik brg2 diorang dan settlekan lagi separuh yuran yg baru bayar.baru bole tarik nafas lega...demi anak2, kena kerja keras lagi.plan aku cuti sekolah thn depan sblm kak long masuk darjah satu nak hntr dia tuisyen bahasa cina.kiranya tusyen je smpi blh baca , cakap dan tulis dlm bhs cina.walaupun aku decide tak jadi hantar sekolah cina tapi aku nak gak anak2 menguasai bahasa cina.plan gak nanti nak hntr dorang kelas muzik ukelele ke biola ke.inshaaAllah kalau ada rezeki..yg penting tahun depan aku kena keje keras siang malam la untuk kesenangan family di masa akan dtg...semoga Allah mempermudahkan jalan dan rezeki kami...Hubby aku lak baru dpt surat kenaikan pangkat ke gred 44 untuk calon simpanan....doa aku semoga rezeki berpihak pada dia...tp klu naik pangkat kena transfer dia nak tolak je...aku pun ok je takde masalah.sama je.yg penting susah senang kami sentiasa bersama, mcm yg kami dah harungi beberapa tahun ni.syukur la Allah sentiasa bantu kami walaupun ujian yg perit dan mencengkam sanubari kami rasai sendiri.moga tahun depan yang akan datang turut meninggalkan episod duka kami sekeluarga seperti angin lalu..enggan menoleh ke belakang lagi, aku hanya target untuk gapai impian aku, semuanya demi anak2 aku dan juga keluarga aku.soal tgjwb tu biarlah Allah yg menentukan kerana aku masih tidak mampu dan diberi peluang untuk menggalasnya.apa pun aku redha dgn semua yg terjadi kerana Allah tidak memberatkan hambanNya dengan ujian yang tidak mampu untuk dipikul.alhamdulillah berbelas tahun aku memikul ujian itu satu demi satu.hanya kesabaran, doa dan tawakal saja yg mampu aku usahakan.aku yakin pasti ada sinarnya nanti.entah kan bila?biarlah Allah saja yg menentukan..sesekali aku tidak pernah melupakan, setiap hari aku titipkan dalam doa di setiap waktu solatku...inshaaAllah..baru aku tau aku seorang yg sgt penyabar rupanya.hasil dari ujian yg tak pernah putus mendidik aku menjadi insan yg redha dgn setiap apa yg berlaku.walau dibuang, walau dihina , walau tidak diingini aku redha.Lailahaillaantasubhanakainnikumtumminazzolimin...