Yang gojes gojes je

Wednesday, November 16, 2011

Dah rezeki si penjual nasi lemak

 Assalammualaikum..


Pepagi ni MizzYana nak bergosip pasal artis pulak..izinkan yer..heheheh...rasanya penggemar dan peminat artis Malaysia dah tau kot pasal perkahwinan tanpa tajaan bernilai RM15 juta ringgit Nursyella Kamaruddin dengan suami VVVIP nya yang tidak diketahui identitinya...nanti kita mintak detective conan siasat siapakah jutawan itu yer..

Ramai yang mencercanya,ramai jugak yg menyokongnya..pada pendapat saya, itu rezeki dia.Biarlah.Bini no 2 ke, bini no 3 ke, dah tertulis jodoh dia.Dengan jutawan pulak tu.Hantaran banglo RM5 juta dengan kereta Audi R8.Kau ada?takde kan?hahahahaha

Dulu masa i study, hostel i dekat Bandar Sri Permaisuri.I duduk dekat Lestari Apartment..Tetiap malam kitorang pergi makan kat gerai-gerai yg berlonggok kat depan apartment nih..Salah satunya ialah gerai nasi lemak Nursyella ni.Dia rajin cari duit berniaga nasi lemak, nak bantu family yg susah, adik beradik berbelas-belas orang.Sebagai anak sulung dia harus mencari nafkah untuk adik-adiknya.Rasanya zaman remaja dia dkorbankan untuk bekerja gigih mencari duit untuk sesuap nasi.

Nasi lemak dia mmg sedap.Syella ni pun masa tu boleh tahan cantiknya, tanpa make up pun dia sudah cantik.Itu masa diri bergelumang dengan minyak panas menggoreng ayam berempah untuk nasi lemak dia.Sekarang dah jadi bini org kaya harus la bertambah2 gebu nya ye tak?

Lepas tu dia bukak butik pengantin pun dekat tmpt yg sama.Family dia duduk dekat flat berhampiran.I pernah la survey kat butik dia tu masa nak kawen dulu.Mak aih mahal gila pakej!

Itu la serba sedikit pasal dia yg i tahu.Pernah jugak bersembang dgn dia.She's a nice person even hanya artis suam2 kuku, pandia jugak dia cekau orang kaya ya...hahahaha

Jadi i rasa mungkin ini rezeki dia.Dulu dia susah, tlg mak ayah.Sekarang Allah dah balas balik atas kebaikannya pada ibu bapanya mungkin.Tak usahlah kita sebut kelemahan dan kekurangan dia yg lain sebab kita tak tahu apa kabaikan yg dia buat..takkan bersedekah pun announce satu dunia kan?Jadi kalau kita cakap wedding dia satu pembaziran tak boleh jugak.bygkan la kalau duit dah berkepuk2, setakat RM15 juta tu celah gigi dia je.Lain la kita ni.Sebab tu bila org kawen bsar2an kita ckp membazir, baik sedekah kat anak yatim.Mana kita tau dia ada sedekah ke tidak?

Sebagai sesama muslim lebih baik kita doakan kesejahteraan org lain bukan mendoakan kejatuhannya apatah lagi ckp 'tak lama lagi cerai la tu'..tak baik tau.dosa..:)



Tahniah untuk Syella!





2 comments: