Yang gojes gojes je

Wednesday, November 9, 2011

Kata-kata Mutiara di pagi khamis :p

Assalammualaikum
 
 
Pagi-pagi ni saja blogwalking kejap sementara mula kerja pukul 8, Saya tertarik dengan entry dari blog  suterakasihyann.blogspot.com tentang bahaya mulut jahat?Siapa rasa dia mulut jahat?atau pernah rasa dia pernah bermulut jahat?atau pernah bermulut jahat tanpa disedari?Saya pasti ada kan..kita biasanya mudah kalah dengan hasutan syaitan.mengumpat orang lain mcm sebati pulak dengan diri kita..selebihnya tepuk dada tanya iman!
 
 
Bahaya mulut jahat?
 
Bercakap tentang sesuatu yang dia sendiri tak pasti kesahihannya. Hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Bila dah dengar dari sebelah pihak sahaja, makanya silap-silap boleh jadi fitnah. Bila dah jadi fitnah, akan timbul rasa curiga dan prasangka buruk seterusnya mulalah nak menilai seseorang hanya disebabkan mendengar kata-kata atau gambaran negatif dari si pemulut busuk. Kalau kita nak menilai seseorang, jangan hanya berdasarkan gambaran atau mulut orang semata-mata. Pernah bayangkan tak, orang lain menilai diri kita?
 
 
 




renung-renungkan dan selamat beramal!
 

1 comment: