Yang gojes gojes je

Sunday, November 20, 2011

Tips elakkan pertengkaran dalam rumah tangga

Assalammualaikum w.b.t...
 
Sememangnya sebagai suami isteri kita tidak dapat mengelakkan pertengkaran dalam rumah tangga kerana pertengkaran itu adalah asam garam dalam kehidupan setiap pasangan yang telah berkahwin..Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami dan isteri kan.Kadang-kadang pertengkaran juga membawa kebahagiaan kerana dari situ kita dapat menilai keburukan dan kelemahan diri kita yg mungkin tidak disenangi oleh pasangan kita.Daripada pertengkaran itu kita berusaha untuk mengubah sikap kita dan seterusnya sentiasa positif dalam menangani segala permasalahan yang berlaku.Tipu lah kalau kata tak pernah bergaduh,tak pernah masam muka kan.Cuma pastikan pertengkaran tu tidak berlanjutan hingga menumbulkan rasa tidak puas hati terhadap pasangan masing-masing.suami dan isteri perlu bekerjasama dalam menangani segala masalah yg mereka hadapi, bukan hanya berdiam diri tak buat apa-apa.Terutama untuk si suami ye..janganlah biar isteri anda makan hati!Jom kita kongsi beberapa tips yg boleh dicuba untuk mengelakkan pergaduhan suami isteri :)
 
 
1) Jangan naikkan suara- Apabila anda tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara itu, cuba sampaikan terhadap pasangan dengan cara yang lembut. Jangan sesekali untuk mula menaikkan suara. Ini akan membuatkan pasangan akan berasa tercabar dan mereka juga akan turut menaikkan suara. Secara tidak langsung suatu perbincangan akan berubah menjadi pertengkaran dan ini akan memburukkan lagi situasi.
(2) Jadi pendengar yang baik- Apabila pasangan sedang meluahkan perasaan mereka, jadilah pendengar yang baik. Jangan sesekali mencelah terhadap apa yang sedang mereka cuba sampaikan kerana ia akan menaikkkan lagi kemarahan pasangan terhadap anda. Apabila perasaan marah telah wujud, pertengkaran mungkin akan berlaku.
(3) Mengaku kesalahan- Sekiranya anda sedar bahawa sesuatu masalah itu berpunca daripada anda, mengaku kesalahan yang telah dilakukan. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab terhadap segala tindakan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan sedikit perasaan marah pasangan terhadap diri anda.
(4) Faham situasi- Emosi wanita kadang kala berada di dalam keadaan yang tidak menentu terutamanya ketika mereka datang bulan. Lelaki perlu memahami situasi ini. Apabila wanita ada sahaja yang tidak kena pada waktu ini, adalah lebih baik anda melayan sahaja kerenah mereka kerana ia sememangnya lumrah bagi seorang wanita.
(5) Minta maaf- Ini adalah merupakan cara terbaik dan berkesan untuk anda mengelakkan pertengkaran didalam rumah tangga. Sekiranya anda merasakan sesuatu topik itu telah terlalu panjang dibincangkan, cara paling mudah untuk menghentikannya adalah dengan meminta maaf. Ia juga cara mudah untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

No comments:

Post a Comment