Yang gojes gojes je

Sunday, November 20, 2011

Mak aihhh mahalnya!!

Sesaja la godek-godek nak cari information pasal kindergaten yang bagus untuk hantar Zaraa bila umur 3 tahun nanti.Plan nya nak hantar Q-Dees sebab dah tau yuran nya berapa dan dah tau sistem pembelajaran dia mcm mana.Boleh la mama jimat-jimat tak boleh mengular makan luar selalu dgn kawan2 kan sebab nak bayar yuran kak long..hahahahaha..**pengorbanan ibu utk anaknya huhu :p

Sesaja tgk kat CIC..bagus jugak tengok program dia..tapi tang yuran tu..tersedak jugaklah!!!mak tak mampu kau!rasanya kalau gaji i 4k pun belum tentu mampu lagi kot nak hantar anak belajar kat sini.Lainlah anak sorang je.Hai out of list lah nampak gayanya ye kalau yuran 11 bulan untuk full day program nak dekat 10 ribu!termasuk day care,transportation semua la..i nak cari utk kak long belajar takat 3,4 jam je.budak2 cepat bosan tak boleh lama-lama sgt masuk kelas.she's only 3 yrs lagi pun bila masuk nanti.Waduh2 agaknya yg hantar anak kat kindergaten kat sini semua org kaya-kaya kut?

Ni i cari kat http://www.cic.net.my/ kalau nak kepastian kena la pergi sana tanya course apa yg sesuai mengikut kemampuan kita kan.Pening jugak piki kan bila anak dah besar dan dah boleh mula masuk kindergaten.Nak hantar kat tempat yg bagus mmg la org kata kena korban sikit ongkosnya sebab berbaloi kita keluarkan duit byk bila tgk anak speaking berhabuk, umur 4 tahun dah fasih membaca kan!i tgk cousin2 i la, kalah kite speaking.i still remember amylia my cousin masa tu baru 3 tahun "kak yana i want to drink i feel thirsty..can u get some water in the fridge pls??lebih kurang gitu la ayat dia igt2 lupa..wah terpegun diriku yg masih skolah rendah tu..budak ni dah tak reti ckp melayu kah??kuikuikui

Kalau ckp dgn hubby ayat dia "abg dulu tadika perpaduan je masuk universiti jugak"..memang ler.budak2 ni kalau nak pandai hantar la mana2 pun pandai jugak.kalau tak brp nak pandai hantar lim kok wing college pun tak jugak habis belajar.:p

Bukan kita tak boleh nak ajar sendiri, i jugak try ajar zara guna program grolier punya tu.tapi susah la mcm mana nak tarik minat dia dan bagi dia paham apa yg kita nak ajar.kekadang i sendiri pun tak tau nak explain mcm mana kat dia.dan2 je i ckp kak long tak boleh lg belajar buku ni belum sampai umur lagi.alasan kan.heheheh..sebenarnya ada teknik yg betul tapi kita ni mana la tau, kita bukan dilatih utk mengajar kanak-kanak.Sebab tu perlu hantar kat tadika-tadika mcm ni.Ada ke tadika perpaduan dan kemas amik budak umur 3 tahun??takde kan..umur 6 tahun baru masukkan dia kat situ kot.

Tak lama je lagi bulan 5 tahun depan Zaraa dan 3 tahun pun.Dah kena piki kan untuk hantar dia tadika daripada dia duduk main merapu2 dekat rumah kan.sesiapa yg ada experience tentang tadika ni mai la share dgn saya...thx...:)

4 comments:

  1. aku dah siap p melawat tapak dah CIC tu..aku pi CIC putrajaya at presint 8, kalo full day 500 lebey sebulan.. tu belum yuran2 lain yer..
    pitam... apa kata ko p kursus yana, pastu ko bukak tadika.. pastu bukak kat Semenyih.. kompem aku dulu first customer ko.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. mmg impian aku nak bukak tadika pun.tgu aku amik diploma pembleajaran awal knk2 dgn g kursus utk bukak tadik a dulu ye.hahahaha..weh kat semenyih ada CIC la.ko antar la.aku serius tak mampu.

    ReplyDelete
  3. sebab tak mampuuuu jugakkkkkkkkkkkkkkkkk aku punnn

    ReplyDelete
  4. kalah dak2 yang masuk U.. hehehe... Kak Rai, cuba Montesori, Nuh's Ark dkat Shah Alam... situ suma budak blajar English... semua subjek ada.. sampai berenang pun jd subjek... xtau pulak yuran brp.. anak buah saya umur 4 thn dah masuk situ...

    ReplyDelete