Yang gojes gojes je

Wednesday, November 23, 2011

Suka baca blog yang macam mana?

Assalammualaikum

Berlambak-lambak jenis blog yang ada.Makin hari makin ramai yang berminat untuk berblog, menulis apa saja yang mereka mahu sama ada dari sudut positif atau negatif.Blog ni ada banyak jenis, anda tertarik dengan blog yang bagaimana?

Saya yang dah berkeluarga ni dah tentu pertama sekali suka baca blog yang ada tips-tips pasal rumah tangga dan anak-anak.Blog jiwang-jiwang pasal remaja cinta dan sebagainya saya kurang berminat.Mungkin sebab zaman remaja saya yang penuh warna warni sudah  berlalu kot.ahaks..

Selain tu saya jugak suka baca blog orang yang kreatif, cthnya dia bagi idea untuk menata rias kediaman.Kadang-kadang baca blog pasal keluarga dia sahaja pun seronok jugak, bergantung kepada cara penulisannya.Kena ada unsur-unsur kelakar sikit,ayat tak terlalu formal baru la tak bosan kita nak baca.Saya tak suka baca blog yang terlalu straight.Walaupun ada pengajaran yg kita boleh dapat tapi biarlah ada unsur humour.Sebab bosan nanti baca blog tu macam baca buku motivasi atau dengar ceramah pulak.hheheheheh

Macam-macam jenis blog la kita jumpa bila berblogwalking..Saya layan je semua kecuali blog-blog yang asyik cerita pasal cinta monyetnya sory not my taste la.Mungkin itu lebih sesuai utk remaja sahaja.Saya sudah tukar status mak dara dan beberapa tahun lagi nenek dara..ahahahahah..



p/s : Moga korang tak bosan blog ni..Sila tinggalkan komen :p


Thank you for reading this entry.XoXo

No comments:

Post a Comment