KONSPIRASI MURTAD
Murtad  dalam definasi kamus bermaksud meninggalkan (“keluar”) dari sesuatu  agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih  untuk kekal tanpa agama (ateisme).
Terdapat juga orang yang murtad tetapi  masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang  itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh  kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam  Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran  Islam, dianggap sebagai musyrik. Kebanyakan agama menganggap murtad  sebagai satu dosa.
Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari  bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa  Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada  selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang  kembali daripada sesuatu kepada selainnya.
Kes-kes Murtad yang hangat di Malaysia
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang  murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk  menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad  dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,  ikut boyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak  panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan  agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan story ini  kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya,  berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada  fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya  petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini  Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini  sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut  jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 menjangkau 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil  alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang  disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa  kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang  tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat  rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak  nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut:-
1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
- Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang  didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia  takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6  atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak  melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia  dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga  hafal surah Yasin. Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang  dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya  Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam  gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu  kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan  Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde  apa yang pelik pada dia. Duduk di Lembah Keramat AU5C. Kakak dia pun  macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu  terkini. 2 tahun di KL begitu.
 
- Hari terakhir dia telefon pada 19 Nov  1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak  bagitahu, Intan dah kristian,” katanya. Bayangkan hati seorang bapa.  Kita sendiri hairan bagaimana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol  anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.
 
- Apa yang Haji Bukhari boleh buat?  Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis,  pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah  akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir itu meminta Aisyah  dibebaskan untuk dimurtadkan.
 
Butir asal permohonan:-
- Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
- Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
- Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
- Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik“.
Kita tak boleh buat apa-apa kerana Article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan  mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak  mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan  orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut  kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan  itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang  sivil, undang-undang syarak akan terbatal.
Maksud agama rasmi Malaysia iaitu Islam  adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya  perlantikan sultan, perasmian parlimen dll dan tidak lebih daripada  itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi, agama…semuanya tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana  undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini  adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak’.
Kes Hartina binti Haji Kamarudin.
- Pada masa ceramah ini dibuat, Haji  Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kerana  memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu  susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang  penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya ke KL sewaktu 19 tahun  untuk mencari kerja. Tidak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran  bapanya sebagai Hindu dengan mencalitkan nandek di dahi. Malahan, anak  yang sudah kafir itu, mencabar bapanya dengan memperlihatkan dirinya,  kekasih dan kawan-kawan kekasihnya berpeluk-pelukan di dalam restoran.  Haji Kamarudin takek tengkuk kekasihnya itu. Menggelupur terus lelaki  itu di depan restoran.
 
- Haji Kamarudin juga dipelupur oleh  kawan-kawan kekasihnya sampai pengsan. Adik lelaki Hartina yang berumur  16 tahun turut dibelasah kerana cuba menyelamatkan akidah kakaknya di  depan restoran tempat bapanya berniaga.
 
- Apa Hartina buat ketika itu? Hartina  papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tidak cukup  dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report mengatakan bapanya  memukul kekasihnya. Selama 14 hari Haji Kamarudin dan adik lelaki  Hartina merengkok dalam lokap akibat report Hartina, anak kesayangannya  yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tidak cukup dengan itu, disaman  pula bapanya RM3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara  kerana anak sendiri. Dia juga menghina bapanya dengan menukar nama  Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari iaitu nama untuk agama  barunya iaitu agama Hindu.
 
- Semasa masih terlantar di hospital  (akibat dipukul), Haji Kamarudin ditangkap polis semula kerana kekasih  Hartina yang beragama Hindu itu, ditembak oleh seseorang yang tidak  dikenali. Haji Kamarudin, anak dan anak saudaranya dikurung ke lokap  sebagai suspek utama kes pembunuhan tersebut. Anak yang ditatang begitu  rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. Haji Kamarudin  juga dikenakan pelbagai tuduhan. Setakat itu saja, sudah 4 tuduhan.
 
- Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan  hendaklah mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang  Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian  rupa.
 
Kes melibatkan Yusof bin Abdullah.
- Saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah  , nama asal mengikut agamanya yang dahulu, Santana. Mempunyai seorang  isteri, anak lelaki bernama Sunjay (if not mistaken) yang berusia 2  tahun ketika itu. Yusof mengajak isterinya memeluk Islam sementelah  abangnya juga lebih 20 tahun memeluk Islam. Isterinya menolak. Yusof  bawa anaknya peluk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Selama 2  tahun dia hidup dua beranak.
 
- Selepas 2 tahun, bekas isterinya (yang  masih memeluk Hindu) datang dan melarikan anaknya ke KL bersama kekasih  barunya. Yusof segera ke mahkamah syariah Alor Setar, minta keluarkan  perintah hak penjagaan ke atas anaknya.
 
- Melalui surat hak penjagaan mahkamah,  Yusof ke KL dan ambil semula anaknya. Bekas isterinya pula pergi ke  mahkamah tinggi KL minta hak penjagaan anak. Mahkamah tinggi meluluskan  permintaan wanita ini. Namun, dia buat report polis bila tidak dapat  ambil anaknya itu. Tahu polis buat apa? Polis cari Yusof dan tangkap!  (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor  Setar). Yusof masuk lokap selama 8 hari. Syazani dipulangkan pada  emaknya.
 
- Hari ni, Syazani kembali menjadi Hindu.  Tak cukup dengan itu, bekas isteri Yusof, memohon kepada mahkamah tinggi  agar batalkan perintah hak penjagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah  syariah Alor Setar kepada Yusof.
 
Kes Suzie Teoh pula.
- Dalam kes Suzie Teoh  iaitu budak perempuan Kelantan berumur 16 tahun telah memeluk Islam atas  kerelaan sendiri. Bapanya yang marah, menyaman anaknya itu dan Majlis  Agama Islam Negeri Kelantan seterusnya mengheret anaknya ke mahkamah  persekutuan. Dia memohon pada makamah, agar pengisytiharaan anaknya ke  dalam Islam dianggap tidak sah.
 
- Ketika itu, Tun Salleh Abas yang  bertindak sebagai hakim, seorang yang alim dan warak. Apabila dihadapkan  dengan kes Suzie Teoh, Tun Salleh Abas menangis. Terpaksa buat  pengisytiharaan ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak  tertakluk dibawah jagaan ibu bapanya selagi belum cukup umur 18 tahun.  Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapa. Suzie Teoh yang  memeluk Islam ketika 16 tahun dianggap tidak sah’.
 
- Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas,  dia simpan fail itu selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, selepas hari jadi  Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka semula kes itu dan bagi peluang  Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Mahkamah ketika itu mendapat liputan  meluas dengan wartawan tempatan dan wartawan asing yang mahu mendengar  keputusan Suzie Teoh.
 
- Suzie yang baru berumur 18 tahun, sambil  menangis berkata, “Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih  nak nama Nur Aini”. Maka Tun Salleh Abas dengan bangganya  mengisytiharkan pengIslaman Suzie itu sah dengan nama barunya Nur Aini.  Selamat akidah seorang budak.
 
- Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas  dibuang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang  budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas  terpaksa bayar.
 
Kes terakhir yang paling teruk adalah kes saudara kita, Ibrahim.
- Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.
 
- Terjadi pada malam hari Valentine 14  Februari, sewaktu anak Melayu kita yang Islam bertukar-tukar bunga di  Dataran Merdeka. 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi  mempertahankan agama.
 
- Ibrahim bukan saja dipancung kepalanya  sehingga putus malahan tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis  Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah  saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
 
- Apalah dosa anak kecil yang berusia 5  bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim  seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang  Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut.  Walaupun 5 hari dalam peti sejuk, darah mereka masih memancut keluar  pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan  darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka  dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
 
- Kalau saudara semua tak mengalirkan air  mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan  itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga  tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah  melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk  dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
 
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang  budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu dan bukan kerana dia Islam.  Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam.  Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam  mengenai Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan mata. Amar diugut  supaya menukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar  berkata, “Allah hu Ahad”. Terus Yasir kena pancung di padang pasir.  Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula daripada bawah tembus ke  jantung dan mampu berkata, “Allah hu Ahad”. Berlari Amar menemui  Rasullullah SAW. Akhirnya mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid  berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir.
Dalam satu hadis yang berbentuk  futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu  melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa,  satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam  di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah  besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di  hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.  Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu  ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya  dengan nilai dunia”.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara  ini, “Akan datang fitnah murtadini dalam keadaan seperti semut hitam di  atas batu hitam di malam gelap”. Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita  tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di  Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Henry Ford (orang kaya yang  buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau  30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (kalau tak silap).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam  masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang  kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi.  Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti  merokok, ambil ini sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola  sebiji, 70 ribu Melayu tak sembahyang di Stadium Shah Alam. Belum kira  yang di rumah, leka melayan siaran langsung perlawanan bola.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih  terperinci lagi. Semenjak kalah dalam Perang Salib terakhir (iaitu dalam  pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir). Sebelum mati, dia  meninggalkan wasiat yang ditulis dengan emas di London. Dia berkata, ‘Kepada  semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan  kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang,  bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam  menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita,  mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak  mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.  Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam‘.
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah  King tu mati, pada 1492. Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung  ketika itu tumbang di tangan Kristian. Pada 1511 kerajaan Islam Melaka  pula tumbang. Kemudian, jatuhnya kerajaan Islam Pattani, kerajaan Islam  Kedah, kerajaan Islam Mindanao, kerajaan Islam Acheh dan semuanya  tumbang satu demi satu.
Macamana perkara ini boleh terjadi?
Gerakan Kristian berjaya berdasarkan kepada 3G iaitu GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitabnya, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque datang ke Tanah Melayu bukan kerana inginkan rempah ratus kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian iaitu Francis Xavier (kalau tak silap ejaan), kerana nak sebarkan ajaran Kristian.
Gerakan Kristian berjaya berdasarkan kepada 3G iaitu GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitabnya, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque datang ke Tanah Melayu bukan kerana inginkan rempah ratus kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian iaitu Francis Xavier (kalau tak silap ejaan), kerana nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian?
Ia dinamakan sebagai gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia. Menggunakan kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.
Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu  dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.  Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam  gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam  di malam gelita.
Contoh penyebaran melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi.
Pendekatan seperti ini tidak memerlukan  seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang  dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan  terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam  keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang  diletakkan dalam gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan  terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa  kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat  formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan  kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi  ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya.  Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran  Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke  atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan  revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan  memperolehi satu Kristian Melayu muslim tempatan yang  mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati…’Sebenarnya dia ingin. Akan  datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan  buat revolusi untuk menjadi Kristian’.
Cara kebajikan pula,  hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion,  bulan sabit merah, Saint John’s Ambulan, palang merah. Mereka masuk  dengan cara menghidupkan sekularisma.Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ini mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.
Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat.  Di konsert, di panggung wayang, di kelab-kelab malam, malahan  terikut-ikut dalam pergaulan seharian kerana orang Melayu kita suka  bermegah dengan sikap kebaratan. Kita kena ambil tindakan samada dengan  tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati untuk  menanganinya.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar  kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun,  fowardkan penulisan ini kepada saudara kita yang lain yang tak tahu  menahu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, penulisan ini tiada kena  mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar  meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Ini  lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
Wallahualam.
Sumber : cikwiduri.wordpress.com
No comments:
Post a Comment