Yang gojes gojes je

Thursday, November 24, 2011

Dapat gaji habis gaji

Assalammualaikum


Sesiapa yang keje gomen hari ni dah gaji kan..seronok ronok la pasai dompet dah tinggal duit syiling saja.Nak mintak kat suami nanti kena bebel 'padan muka sapa suruh boros kan duit gaji dah habis'.Lepas tu hari-hari buat muka simpati mintak nafkah kat suami nak makan kat opis.dapatlah satu hari seploh hengget.Ok la kan.Nasib baik bini dia ni diet bab makan tak kisah sangat la.Tak makan lagi bagus.Tapi kesian dekat mekjangok pulak takde org teman dia makan nasi lemak pagi-pagi nanti.kekekeke..

Hari ni duit gaji dah terbang dekat Ikea.Asal gaji saje mesti nak pergi sana perabih duit.nasib baik hari ni habis sikit saja.Kawal2 ler napsu nih pasai bukan ada benda sangat dah nak beli.Umah dah ler tak berapa nak besau.perabot lak kiri kanan depan belakang.Bising 'org tua' kat umah tu..si suami ler org tua itu..kikikiki

Cenggitu la, dapat gaji bukan nak bayaq hutang yg keliling pinggang ni dulu.Hp kena blok tak bayaq bil pun belom pi settle lagi, dah sopping sana sini.Sila jangan tiru perbuatan ini yerk..hehehhe

Ok, banyak benda nak settle ni.wirering rumah dah kena bayar.Bulan depan kakitangan gomen senyum lebar dapat bonus.Saye kena bayar kontraktor pulak..hukhukhuk sedey!!

Sebaiknya bila kita dapat gaji kita settlekan segala hutang piutang dulu.Bayar sewa rumah, kereta, kad kredit dan lain-lain lagi.dah settle baru la simpan untuk sopping sket.Macam saya dapat gaji je terus g beli pampers dengan stok susu anak-anak untuk sebulan.Tu rasa yg paling penting.Hujung-hujung bulan kalau dah sesak sangat pun brg2 keperluan anak especially susu dia masih ada.

Saya akui la bukan nya byk duit sangat kami laki bini ni keja gomen je sebab tu kena la berjimat cermat setakat yg rasa mampu beli kami beli.Kalau ada memang kami ckp ada kalau takda buat apa nak diada adakan.Tapi takpe la bersyukur je dgn rezeki yg ada ni.Susah2 dulu senang2 kemudian.InsyaAllah..:)



Thank you for reading this entry!

4 comments:

  1. amboi hang..tahu la aku mkn nasik lemak ari2,hehehe..setiap bulan kita kena la jugak terapi(shopping) setelah penat lelah buat keje...keluarkan duit untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. mekjangok:lps kuarkan duit utk diri sendiri pun lagi penat lelah sebab duit hbs!hahahaha

    ReplyDelete