Yang gojes gojes je

Tuesday, July 31, 2012

gagal

Assalamualaikum


Tadi aku call sorang pegawai JPA dari bhg saraan berkenaan claim dia yg bermasalah.act aku dah kuiri pertama kali dan dipulang blk tp tak menjawab kuiri.dia tuntut tambang teksi,hotel,makan dsbg masa jadi penceramah kat demong beach,tmpt yg sama aku pergi tu..so aku decide call dia sendiri sebab melalui cc cwgn jalan dia degil tak nak sertakan dokumen yg bhg kewangan mintak.aku call sendiri mintak boarding pass sbb dia nek flight.audit sini ko beli sndri ke guna waran ke kena sertakan BP.bukan kitorang sesaja mintak tp audit naziran yg nak..klu time audit dokumen yg disemak takde semua dokumen yg wajib kita jugak nak kena jawab.dia persoal dan tnya knp nk boarding pass..jpa tak perlu pun semua tu.bab BP ni aku ok lagi.dah dia tak nk bg sgt aku ckp buat surat hilang BP.pun dia persoal knp nk buat surat knp strict sgt sape yg nak semua tu..of coz la audit yg nak takkan atok aku yg nak pulak kot?bab tu aku ok lagi, wlpun suara aku makin tegas tp nada masih blum marah..sedaya upaya kawal marah berdepan dgn org sarkastik mcm ni..lps tu psl nak claim makan, aku pun g sana jugak makan disediakan nak claim apa lagi?bila aku tnya waktu bertolak dan blk sebab aku nk kirakan elaun harian if layak sbb mkn tgh hari disediakan dia bole ckp knp perlu nk kira jam semua tu tak perlu pot pet pot pet mmg sarkastik gila mamat gred 41 baru 3,4 thn keje kot based on basic salary dia..dan2 jugak la aku punya suara dah tinggi, kawan2 pun dah dgr aku marah..dia degil jugak aku ckp kalau byk soal sgt sila call bos saya.salah satu cara aku tak nak marah lagi la tu..geram betul..aku dah ckp kita bukan saja mintak,kita byk lg keje lain selain nak call nak kuiri org tau.pun tak phm jugak.susah sgt ke nk buat surat?susah sgt ke ckp potong la el makan tu kalau sy tak layak..spesis manusia degil tak makan nasihat sungguh.bila dah letak tepon tu dada aku ni kemain debar sebab aku mmg tak bole mrh org, nti aku gigil je rasa..memang patut aku mrah pun dan jelas dia yg salah..but the end aku rasa menyesal krn gagal kawal kemarahan..baru teringat pesanan prof dr muhaya, kita jgn expect org layan kita dgn baik tapi apa yg kita boleh beri pada orang itu lebih baik..maksudnya si polan tu salah pun kita jgn anggap dia salah..kita anggap kita yg salah oleh itu kita akan bersedia memberi lebih drp apa yg kita harap lebih drp orang lain.astaghfirullah..rasa gagal berdepan dgn satu cabaran hari ni..insyaAllah aku akan cuba sematkan dalam hati segala ceramah dan kata2 prof muhaya yg hari2 aku dengar untuk jadi manusia yg lbh positif,tenang dan sentiasa menyayangi dan menghormati org lain lbh drp apa yg aku harapkan sebagai balasan.amin...

apa kes takde air??

Assalamualaikum


Bengang betul la balik keje semalam air masih takde lagi...jiran selang 4 buah rumah, chinese dtg tnya umh kami ada air tak..aku try bukak paip depan ada air tp tak kuat..masuk dalam kat sinki pun ada meleleh..tp dalam toilet takdak..ya ampun!!apa kes selangor teruk sgt air ni?Bandar Mahkota Cheras umh sewa dulu pun dah 3 hari takde air.mana SYABAS ni woitttt!!!bikin hangin je la...aku dah bengang tahap tak bole sabar sebab kita ada anak kecik kencing berak nak susu bagai..kalau bujang takpe la aku singgah je petronas mandi kat situ hahahaa..aku call syabas yg tak berapa nak syabas tu, dia cakap takde masalah air pun kat tamanb kitorang dan akan hantar orang check malam td..kepala lutut dia la..habis tu asal umh kitorang takde air?yg umh chinese tu tinggi sikit lagi langsung tak keluar setitik air pun..umah kitorang kat sinki tu boleh la kami tadah air simpan dalam baldi.tapi nk mandi memang tak bole.tekanan air sgt rendah itu bole terima lagi sbb syabas sendiri mengaku diorang rendahkan tekanan air..bole mandi bole bsh pinggan bole basuh baju takpe lagi.ni apa kes air kencing pun lagi laju?LOL

lepas berbuka kami pergi umah ibu tido sana.developer pun kitorang dah inform pagi ni depa check sama ada masalah air ke atau paip ada masalah.dah 3 hari aku tak dpt basuh baju berlambak tu ha..mana tak stress??suar dalam baju dalam pun dah tinggal nyawa2 ikan kah kah kah..malam tadi tgk news kat kajang dah 11 hari takde air lagi kesian diorang kan..kami untung sebab mak ayah dekat bole la lari jap umah diorang.mcm ni kena beli tong besar simpan air la gamaknya..masalah sungguh la dgn kerajaan negeri ni..masing2 ada masalah dalaman, rakyat yg jadi mangsa.so orang2 selangor nak pangkah pembangkang lagi ke kalau mcm ni?????kan aku dah termasuk bab politik tetibe hahahaah!!

Pagi tadi ibu kejut sahur pukul 5, siap masak nasi..kitorang laki bini jenis tak sahur berat2, bgn minum air makan roti tak pun minum je cukup hehehe..sesekali ibu masak best jugak..kari ikan, ikan goreng dgn ikan bilis goreng kicap dgn nasi panas sungguh menyelerekan.lepas tu sakit perut mencirit!hahaha!!that's  the reason knp tak bole makan berat pagi2 ;)

home sweet home ;)

rumahku..biasa je..konsep??aku lebih suka mix and match je..tapi nak fokus pada konsep moden klasik/moden kontemporari..ada ke?hahahaha
 

warna merah,hitam dan putih diutamakan..tapi campuq jugak dgn warna coklat sebab ada unsur tradisional kan..banyak lagi nak touch up nih..huhu..



pokok-pokokku..so far kena stop beli poko atau berangan nak buat mini garden yer sebab kakak dgn adik tu tangannya alahai rasa nak titik je dgn lilin kejam tak?kah kah kah..habis dicabut pokok dibuang batu kat umh jiran sebelah..siap ada dalam sinki dapur apa kes??tensi mak kau nak oi...sabar je la tunggu korang besar sikit yerk...

Monday, July 30, 2012

KENALI WANITA MELALUI CARA BERJALAN

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
 
**uolss yang mana satu??saya yg combination no 3 dgn 4 ;)
sumber: tentangcinta.com

gian nak masak tapi...

Assalamualaikum


Aku kan suka masak, bulan puasa ni tak dapat nak masak hari-hari sebab sampai rumah pukul 7..beli je..bila google resipi, tgk blog masakan, tetiba rasa nak masak lak..huhuhu..tapi mana nak sempat kan...hari sabtu ni aku nak lepas geram la...nak masak nasi daging, ayam percik, daging masak kicap dgn dessert puding gula hangus..kalo rajin nak buat kek sekali hehehe..adoi gian nak masak!!minggu depan nak start buat kuih raya la..kuih yg senang2 je..harap2 menjadi la kuih aku tu sambil ditolong oleh si kakak dan adik yg menyibuk tu...azam aku nak berjimat cermat.kurangkan beli makanan luar dan masak sendiri serta kurangkan junk food..kfc,mekdi semua tu aku dah kurangkan sebab tak elok utk kesihatan.dulu seminggu sekali kekadang 2 kali aku makan..termasuklah anak2 aku..kesian depa mkn benda tak de khasiat..sekarng ni ok sikit sebulan sekali tu ada la kami makan sebab teringin (aku yg teringin hahaha) ..lebih sihat dan berkhasiat bak kata Prof Dr Muhaya hehehehe...anak2 aku pun memang aku tak ajar makan gula2 dgn keropok walaupun depa berguling atas lantai.sesekali je aku bagi sebab kesian..kalo kat umh atok dia tu, aku tak bole buat apa la..memang diumpan dgn gula2 keropok dan coklat je..atok nenek ikut je cucu2 tu kan..huhuhuhu..kat umah aku byk bagi biskut berkhasiat,susu kultur, susu full cream, buah2han,vitamin c dan scott emulsion tu wajib.zaraa dulu mkn sayur,skang tak nak makan lak kecuali brokoli dgn kangkung tu pun mkn sikit jer..pasal kat umh onni dia tak penah masak sayur,onni atok dia tak makan sayur..heheh..aku sedang belajar menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga..terima kasih kat Prof Dr Muhaya, dgr ceramah dia terus aku insaf kah kah kah..harap2 aku istiqamah la dalam semua ni.amin...;)

ayaq takdak!

Assalamualaikum


Geramnya bangun pagi tadi nak mandi, air takde!*&%^%^!malam tadi air memang slow gile, terbantut tugas2 nak membasuh pinggan mangkuk dan baju yg banyak...pastu dah ok sikit ku terus je basuh..ingatkan pg tadi dah ok, rupanya elok aje aku masuk toilet dgn bangganya 'pancut' sekali bukak paip air takde!oit camne aku nak cebuk ni??huwwaaaaaa!!terus aku jerit kat hubby suruh amik air kat sinki..kah kah kah..hubby cakap len kali bukak paip dulu ni tak main pancut kencing je kah kah kah

Air kat sinki ada sebab direct dari paip, yg dlm bilik air lak air dari tangki..semalam kan air slow jadi dia lambat naik ke tangki la...tension btol la kalo air takde..kite dah la ada anak kecik.selangor mmg masalah air sungguh..byk kali dah air slow..pernah sekali benti trus tp esok tu ada balik..oit Syabas boleh tak tolong atasi masalah air ni??ingat negara mundur ke takde air memanjang..sigh!

Nak cite pasal apek jiran depan rumah fasa 2..mlm td hubby nak g tnya la umh dia ada air tak.yela nk tnya jiran sendiri,jiran pun blom ada..pastu hubby panggil la hello..dia mmg bukak pintu..pastu hubby aku tnya la air ada tak?apek tu geleng kepala je kuar umh pun tidak..gile sombong!tak pe cheq....hang mintak tolong apa2 esok, hang tau la...hubby aku dah bengang.hahahahhaa..cina dua bijik umh tu mmg tak campur orang.depa tension kot keliling org melayu yg duduk..hahahaha..apek oh apek...tak nak tegur orang g duduk dalam hutan la apek oi...

So pagi tadi siap2 brg g mandi umah ibu aku je...hari ni jgn takde air lagi dah..kang ada gak opis syabas tu kena serbu kah kah kah

tragedi jerutan

Assalamualaikum


Pastinya ramai dah tahu kes kematian eksekutif tv9 Nur Syaleza Jaffar dipercayai pada mulanya akibat membunuh diri..masa dengar berita tu, saya rasa mcm dia tak bunuh diri pun..manakan sanggup di bulan ramadhan, arwah ada anak kecik pulak dia sanggup nak bunuh diri tinggalkan anak dia??saya rasa memang tak mungkin..lepas tu polis sahkan arwah bukan mati akibat bunuh diri tapi ada kesan jerutan di leher dan lebam di badan..siapa lagi yg ada bersama selain suaminya?kenyataan suaminya byk mengelirukan..kalau lah benar arwah dibunuh suaminya sendiri..alangkah kasihan...cantik dan bersih wajahnya...ke mana pergi kasih sayang dan cinta seorang suami pada isterinya ye hingga sanggup membunuh ibu kepada anaknya??subhanallah..dunia akhir zaman...ikutkan perasaan marah bunuh je senang bukan??sedih betul saya baca kisah ni..harap2 kematian arwah akan terbalas dgn penangkapan dan hukuman setimpal terhadap pembunuhnya...kesian anak yg baru berusia 2 tahun tu..apa pun sama-sama la kita sedekahkan al-fatihah kepada arwahyarhamah Nur Syaleza, semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang yg beriman...

Suami-suami, sayangilah isteri anda...walau mcm mana sekalipun salah yg isteri buat, anda tidak ada hak untuk 'mengambil nyawa' isteri anda..ingatlah insan yg pernah dikasihi dan dicintai hingga termeterainya ikatan suami isteri.ingatlah semua kenangan manis yg dilalui bersama.jgn ikutkan nafsu...subhanallah...

Sunday, July 29, 2012

sibuknya..



notti face..hahaha..on d way ke ikea.hubby balik keje petang tu terus gerak ke ikea.siap bawak bekal nasi dgn lauk sayur campur dan asam pedas takut jem dan terpaksa berbuka dalam kereta..kih3...memang berbuka dlm kete pun.suap menyuap antara kami..kakakakaka...


lama tak snap gambar berdua..hihihi


 
mencari bidai untuk tingkap dapur.kami beli warna hitam.pastu nyesal sebab hitam cpt nampak kotor hukhukhuk


 
  

apa yg dibeli di ikea??langsir putih belah dalam tu..beli dgn rod dia sekali pasang kat belakang.so langsir dah complete..beli paling murah punya.aku kan penjimat kedekut.kah kah kah


 
  
pagi sabtu tu orang datang pasang aircond dalam bilik..siap servis, cuci dan masukkan gas baru..malam tu terbungkang tido dalam econ dgn perasaan nikmatnya sebab dah berpanas setiap hari kih3..ada rezeki nanti nak beli aircond pasang kat living room pulak..tu pun kalau duit terlebih2 sebab rasanya mcm tak perlu je aircond kat living room..hehehe..next project pasang wallpaper dlm bilik..tu nak buat sendiri, beli online pasang sendiri jimat sesangat..mcm biasa aku kan penjimat dan kedekut..kah kah kah.

 

langsir dalam bilik pun siap pasang sebab dah beli rod besi tu..ikea punya jugak..wrna hitam hbs putih pun boleh la.sebelum ni langsir tu main gantung je.sangat la lawa..hahahaha

 

grundtal set ni pun beli jugak sebab harga dari 60++ tinggal 35rgt jek..harus rembat dengan batang tu sekali..hubby pasang sendiri jugak.untung ada suami pandai bertukang kan....:)

 

vase,frame dgn pokok tu pun baru beli termasuk cermin.ya ampun susah gila pasang krabb mirror ni.hubby dah ukur drill 4 lubang masukkan cermin tak sama gak.memang susah.last2 kita tampal je guna double sided tape settle!!yg gambar dlm frame tu satu peket rm4.90.aku igt sekeping je so aku beli la 4 pejam mata..sekali bukak dalam tu ada 6 keping ye..dah rugi rm15 sob sob sob...nampaknya aku kena beli frame byk2 lagi la kan..heheheh..frustnya sebab kerusi rotan kat ikea yg aku target nak beli tu habis..wall shelf dgn bar table pun habis..byk stok takde..frust!
 

sabtu malam berbuka puasa dgn parents aku yg dtg ke rumah..pagi tak sempat g pasar sbb org econ tu dtg lmbt pastu 2 jam lbh gak buat keje..tgk2 dah pkl 12, so kitorang g tesco je..ada udang je la pun..ikang sgt tak fresh..ketam pun takde..so aku beli udang buat masak lemak cili padi je.dgn kangkung goreng belacan.yg lain beli dan ibu aku bawak..gila kenyang ada ayam golek,aym bakar madu..sia2 la puasa aku sebab makan byk..kah kah kah

 
ahad pagi lak orang astro dtg pasang astro kat rumah..yeay!bole la tgk tv dpn tu kan...so settle la segala keperluan penting kat rumah..lega...ada sikit2 nak tambah tu, slow2 la kumpul duit kan...next target nak beli meja dan kerusi untuk letak kat depan rumah.tempat lepak2 gitu..dah survey harga..bonus hujung thn la beli (ceh kalau ada bonus hahaha)..apa pun alhamdulillah ada rezeki..bila blk rumah tgk rumah cantik dan kemas, penat pun hilang..rasa bahagia je bila mata tengok kan..hahahaha...next project lagi nak cat gate dgn warna putih ;)

tertekan

Assalamualaikum


Makin lama makin tertekan..asyik kuiri je..kerja dtg makin banyak.asyik kuiri je, mana sempat nak buat yg baru sampai.dengan yg melampau hantar lewat sampai berbundle..naik lemak betul..serius fed up!!kalau bole tukar, sekarang jugak aku nak tukar!

Thursday, July 26, 2012

buka puasa hari sabtu

Sabtu ni, saya dah plan nak ajak parents buka puasa kat rumah saya..saya nak masak special..hehehe..almaklumlah bulan puasa ni during weekdays memang tak sempat nak masak sebab balik lambat kecuali cuti jer..so menu yg dah dipiki nak masak ialah ketam masak lemak cili padi dgn nenas, siakap 3 rasa, daging bakar dgn air asam dan kangkung goreng belacan..ala kami tak ramai dewasa 4 org je...cukuplah tu kan..heheh..mcm ni la, saya dua beradik je..adik baru darjah 5..tak meriah sgt la keluarga kami kot berkumpul pun..kalau family mertua ada baru la best, meriah..tapi jauh kan nun di kampung, nan hado la jawabnya nak berkumpul...hehehehe...sabtu dan ahad ni akan sibuk sikit..sabtu pukul 9 pagi org airconda nak dtg pasang aircond, astro pun nak datang jugak kot tunggu diorang confirm dulu..lepas tu nak g pasar semenyih cari lauk..pastu nak g sophie paris amik brg client, lps tu gegas blk prepare untuk masak lak..plan nak g ikea dgn hubby tapi rasanya tak sempat..so kita postponed la ke ahad ataupun esok lunch hour saya g sndri jer dgn kawan beli apa yg nak dibeli tu..ahad nak g nilai, cari cermin besar dgn pasu dan bunga lak..sibuk kan...baju raya anak tunggu la bonus plak...hehehe...minggu depan dah nak start buah kuih raya lak..oh sibuknya saya...terawih tak plak kau nak g ye yana??hehehe...takde sapa nak jaga anak cmne nak pegi :(

Well selamat berbuka semua :)

shopping raya

Assalamualaikum


Tadi aku jenjalan kat jalan TAR..hehehe...memula g sogo cari baju anak..sudahnya pusing2 beli la 3 helai je..tak berkenan pulak semua..buruk2 je..huhuhu..agaknya yg lawa2 orang dah tibai dulu...nampaknya kena cari destinasi lain la untuk beli baju raya anak..pastu g jalan TAR lak...meriahnya..harga pun boleh tahan gak..pandai2 la mintak kurang...saja usya baju kurung zara dgn baju melayu ipan..nanti pegi dgn hubby la beli..tunggu bonus setengah bulab gaji masuk 9hb ni..ehehehehe..alhamdulillah rezeki...bulan ni jugak aku dapat duit kutu..ok la pengubat rumah masuk pencuri kan..rezeki...syukur...huhuhuhu....sembang2 dgn org yg jual kat jalan TAR tu, sewa sebulan tapak rm15k...ada yg 25k...mak ai....mahai gila!so diorng kena pulun la kan nak dpt blk duit modal..mcm tu la org berniaga..kalau untung, rezeki..kalau tak, jgn putus asa.adat la kan...ada satu gerai jual brooch je, untung bln puasa selama sebulan RM1 juta....fuiyooooooo..tu jual brooch aje...kaya kaya kaya.....hahahaahaha...nak meniaga gak la...tapi tak reti, kang muflis terus kah kah kah..meniaga sophie paris je la kecil-kccilan.bulan ni byk jugak dapat order..rezeki anak2..alhamdulillah...harap2 semuanya berjalan lancar la lepas ni....berdebar nak blk rumah, masih fobia dgn peristiwa kemarin!!Ya Allah...lindungilah harta benda ku yg tidak seberapa itu......amin....

Wednesday, July 25, 2012

dugaan bulan puasa

Assalamualaikum

Tadaaa...im back!heheh..semalam cuti..due to hypertension...macam berat je masalah sampai hypertension..kih3...sebenarnya, rumahku kena masuk pencuri hari selasa..balik rumah lebih kurang jam 7 petang, aku tgk sofa senget..heran jugak sebab biasanya aku akan kemas rumah sebelum tidur..then hubby masuk bilik no 2, dia tgk laci almari solek, side table, almari baju zaraa dgn irfan terbukak..hubby tanya aku, tak tutup ke pagi tadi?belum sempat aku jawab hubby terus masuk master bedroom...masyaAllah, Allahuakbar mama!kata hubby..aku tersentap bila tgk bilik berselerak, kain baju yg baru dilipat dan disusun dalam almari habis dikumbah pencuri durjana itu..tingkap bilik terbukak.tau nak nak ckp mcm mana perasaan tu..sampai hari ni aku fobia, trauma..malam tu tido asyik tekejut je,mimpi pencuri masuk rumah..huhuhuhhuhu.....:(

Kerugian, laptop aku yg hubby letak bwh coffe table dicuri..lain2 brg takde,aku bukan simpan duit kat rumah, brg kemas pun takde, cuma gelang tgn aku baru bukak letak kat dlm bookcase selamat..kalau dia tgk almari tu sebab dia mmg lalu kat ruang tamu, memang jelas nampak bangle aku tu berkilat..tapi rezeki aku kan, selamat bangle tu..alhamdulillah..laptop tu dah 4 tahun, keypad pun byk tertanggal budak2 tu buat, jual pun entah laku ke tak..cuma yg terkilan dlm tu byk gambar anak2 dari kecik sampai besar, gambar kawen, hbs mcm tu je..tu yg sedih sgt....nsb baik la aku rajin upload dlm fb wlpun bukan semua, at least masih ada la kenangan tu...sedihnya rasa......:(

Mujur tingkap pencuri tu tak pecahkan,,grill pun tak potong cuma rosak sikit je..grill tu kuat jugak la..sebab grill tu separuh wrought iron..payah sikit nak potong oleh pencuri kecil2 ni..dia masuk melaluu rumah sebelah yg kosong, potong dawai hijau tu..bilik tu memanga tersembunyi org tak nampak celah tu..nti kami nak buat tembok tinggi terus yg susah nak panjat..lps isyak hubby pergi balai buat report..ibu dgn ayah aku pun dtg masa tu..rupanya rumah belakang pun kena jugak hari yg sama..jahat betul, anak siapa la tu..kesian mak ayahnya, gagal mendidik anak menjadi manusia berguna..pkl 10 polis dtg, kesan cap jari tapi takde, dia pakai sarung tangan.cara masuk pun sama, rumah jiran yg belah hujung 3 minggu lepas kena pecah masuk jugak..dia mmg aim area rumah baru yg mana keliling masih kosong..sedangkan umh aku depan pejabat pemaju pun dia boleh buat keje kan apatah yg belah belakang tu..polis ckp org yg sama sebab cara pecah tu sama..hrp2 pencuri tu akan tertangkap kalau tak mesti dia akan buat keje kat umh lain pulak yg baru pindah.

Takpela, kurang2 laptop je yg hilang.boleh beli lain..yg pntg nyawa kami semua, buatnya aku dgn anak2 ada kat umh masa tu??nauzubillah..patutlah aku mmg tak nak balik kg raya ni,rupanya sblm blk pun dah kena.bygkan klu aku blk seminggu, dia masuk sekali lps tu esok pun dia boleh masuk byk2 kali sebab tingkap terbukak, lps tu angkut brg satu rumah??aku tak nak amik risiko..memang aku takkan tinggalkan rumah langsung walaupun untuk 2 hari..semalam aku pergi klinik, demam sebab terkejut kot..pastu kitorang g beli kunci yg mahal (sblm ni pakai yg biasa polis tu ckp buat sekali je terbukak) siap dgn besi apa ntah..susah la nak bukak take time sikit pastu kena bawak alat la nk potong.beli untuk semua pintu dan tingkap..berhabis jugak la duit..tapi takpe la kurang2 susah sikit nk bukak..polis tu ckp pakai la mahal punya ke, paling canggih ke kalau pencuri nak masuk, dia masuk jugak ada caranya..cuma kita sbg org islam tawakal sahaja la...

Takpe la, mungkin takde rezeki kami, mungkin jugak ada hikmah di sebalik semua ni..aku redha sebagai hamba Allah yg serba kekurangan..cuma aku baru sedar, kamera pun rasanya kena curik jugak...kamera lama la, murah je beli..tapi byk la gmbr dalam tu..kalau jual pun belum tentu laku kamera tu sebab dah rosak sikit kadang ok kadang tak..dah lama la tak guna..takpela..beli SLR lak..kakakakaka..nasib baik aku bawak tab aku..kalau tak selamat...laptop tu dgn charger pendrive hubby sekali dia amik..sakit hati btol..klu kena tangkap tu aku sure la pencuri tu kena belasah dgn org ramai kan..byk kes pecah rumah kat semenyih cuma blom ada kes kena ikat la..dia masuk keluar tu aje..rumah depan aku yg belah hujung sekali 4 kali kena masuk pencuri..skang dah pakai cctv dan alarm system..kami plan nak pasang jugak bila ada duit nti..untuk keselamatan..bukanlah dlm rumah tu ada brg berharga pun.rugi je masuk rumah kami, duit takde, brg kemas takde (nsb baik aku bukan jns suka beli brg kemas) kalau tak selamat...aku pakai yg kat badan aje, takde kat umh..bangle tu pun pakai tapi aku bukak sebab kurang selesa pakai gelang nak buat keje umah..so lps ni kena pakai selalu lah yer..huhuhuhu...nak raya ni mesti lagi galak dia buat keje..polis kena ronda selalu la..ada guard pun tak boleh harap!

Tuesday, July 24, 2012

Peringatan buat isteri

untukPeringatan buat para isteri 

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.

Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.
 
 
dari blog Prof Dr Muhaya

Monday, July 23, 2012

Sunday, July 22, 2012

bila tengah layan magic english...

memula tu duduk atas sofa dua-dua ni..pastu dua2 bgn layan magic english camni lak..hahaha..time nyanyi lagu diorang tergedik2 menari.paling kelakar ipan la..cute giler..aku lupa je nak amik video time dia dancing..hehehe..seluar kecik tu sama kan..aku beli kat pasar payang masa pergi kuala terengganu bulan lepas..hihihi

 

lepas tu ubah posisi lagik..zaraa tgh tergedik menari la tu.hahahaha


 

last sekali duduk atas coffe table terus!kakakaka...aku umpankan dgn magic english so diorang tak mengacau aku kat dapur.keh3


ok,jom amik gambar sendiri..hehehehe


hari ke 3 berpuasa

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa...semalam panas betul cuaca kat semenyih..petang pergi pasar ramadhan hamek,,,matahari rasa mcm betul2 atas kepala..tu baru panas dunia..panas api neraka??Subhanallah....semoga kita semua dilindungi daripada azab api neraka...

Puasa kali ni rasa macam sunyi sikit sebab rumah baru ni sunyi je keliling, maybe sebab kiri kanan belum ada org duduk..dua bijik rumah dpn rumah pun kosong..surau lak jauh sikit..rasa tak meriah..umah sewa kat bandar mahkota, surau depan rumah je..azan dan bacaan quran selalu dengar la..pastu apartment orang lalu je sepanjang masa..tak la sunyi..sekarang ni sunyi gila kat rumah tuh..huhuhu...

Menu berbuka so far rasanya kena beli je during weekdays sebab memang tak sempat balik masak.pkl 7 sampai rumah nak masak?kang berbuka dgn air kosong jek kan..hehehe..hari minggu baru la bole masak..so lps blk keje hari ni kena terus singgah suntex tapau menu berbuka, amik anak terus pecut blk semenyih, sampai je terus makan!hahahaha

2 hari berpuasa kena lak waktu cuti kan, mencabar sungguh!apa yg mencabar??dah tentulah anak2 ku yg sungguh bertuah tuh..mama dah la batuk seminggu dah, dok menjerit kat diorang sampai takde suara terus..huhuhuh..nakal nya la hai...ada je la keje merapu diorang buat..yg si kakak dgn prangai dia, yg si adik pun ada jelah perangai dia..lasak,nakal complete semua la...tension je mama diorang nih...huhuhuhu...nasib baik la takde orang gaji,kalau idak orang gaji tu cubit pun aku tak mo marah sebab tau diorang ni super duper nakal+aktif!!mama diorang sndri pun tak bole tahan, ku rotankan je dgn hanger kecik!kah kah kah!hari ni g umah onni, jgn la depa nakal..kesian kat onni tu..org tua lagi la penat..nsb baik onni tu cergas mcm orang muda lagi tenaga..klu mak tok yg jaga, alamat bertambah sakit lutut tak bole bgn mak tok tu...huhuhuh..sabo jelah...errmmm anak korang nakal mcm tu gak ek??share la sikit..aku tak suka nak marah anak, tapi kekadang menguji kesabaran sungguh, memang kena jugak la..korang ibu2 camne lak??

Thursday, July 19, 2012

penjelasan dari keluarga angah




dari blog : http://aaudb.blogspot.com/

tolong doakan dan bantu angah

Assalamualaikum


Saya nak kongsikan sesuatu, dgn harapan ada la insan mulia yg sudi menghulurkan bantuan sama ada doa ataupun dari segi kewangan..Saya pun baru tau tentang ni..pasal penderitaan seorang anak kecil, dipanggil angah..Dia sedang dirawat di PPUM akibat penyakit leukimia..teresak saya menangis melihat gambar angah, membayangkan betapa deritanya dia..subhanallah..boleh add fb ayah angah Khairulnizam Mohd Noor 

Saya rasa ada baiknya siapa yg nak bantu pergi sendiri ke PPUM.hulurkan sendiri bantuan kepada ayah angah..insyaAllah, minggu depan jika diizinkan Allah saya nak pergi melihat sendiri keadaan angah...saya kongsikan sikit gambar Angah, mana tau ada yg sudi menghulurkan sumbangan untuk anak kecil ni...walaupun seringgit, jika 5 ribu orang yg menderma??insyaAllah...doakan angah tabah menghadapinya :(





selamat berpuasa

Assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah puasa...jangan lupa solat tarawikh jika berkesempatan, lipat gandakan amalan kita di bulan yg penuh keberkatan ini, moga2 kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T....di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua, maafkan segala kesilapan saya sebagai manusia yg byk kekurangannya...ingat, berbuka dengan seadanya yer...jgn membazir ;)

Tuesday, July 17, 2012

Jom tengok CAT 5

Assalamualaikum

Sophie catalogue 5 dah ready pun..feel free pls visit my blogshop Zara's Shoppe yer..ada link kat sebelah blog ni..kalau nak tgk full katalog kena pi kat www.sophieparis.com.my  jom join membership senang je modal RM15 seumur hidup dan anda boleh mulakan bisnes anda sendiri...lebih lanjut tanya je saya jgn malu jgn segan..linda, kata nak buat side income??meh join aku cepat..hehehe


koleksi baju

 

 tudung pun ada yer..
 

dress...byk lagi kena view online katalog lah yer

 

couple shirt
 



Sunday, July 15, 2012

new hobby

Assalamualaikum

Sejak ada rumah snediri ni, aku ada hobi baru...iaitu berkebun.eh silap...membela pokok, bukan menanam pokok yer...mampus mati pokok tu kalau tangan ni yang tanam.kah kah kah.So far baru beli sikit aje pokok...masih banyak ruang perlu ditambah pkok bunga...ada aku tgk rumah kat corner lot deret rumah aku tu, kemain cantik..dia buat kolam ikan kecik depan tingkap tu, lepas tu pokok punya la banyak sampai tak nampak rumah!hahaha!!cantik tapi bg mata aku nampak semak sangat..ermmm ikut citarasa memasing la, kan tak sama ;p
So berangan2 la nak buat kolam ataupun beli kolam siap kan banyak jual, lepas tu nak jadikan belah tepi rumah tu tempat letak pokok aje..ala2 mini garden la kan.lepas tu letak kerusi dengan meja kat luar, port lepak petang2...wah!angan sungguh kau ye..insyaAllah ada rezeki tahun depan boleh la kot buat..ahahahaha...aku nak pi cari rumput carpet, nak tanam dulu..tak tau la konfiden ke tak nak tanam rumput tu..sebab dgr org ckp rumput carpet ni tempat ternak serangga dan binatang seperti lipan!eeeeuuwwwww!!nasib baik ruang yg ada tanah tak la byk kan..bukan umh corner lot dgn banglo pun..sape yg pernah tanam rumput carpet??komen la sikit :) kalau memang betul jadi tmpt ternak lipan dgn semut merah..aku tak mau la...proceed dgn batu batu je la...hehehe

Jom tgk gambar aku gugle, pastu berangan siang malam..kakakakaka

plan aku nak susun batu mcm dlm pic ni je, tak payah rumput carpet..lepas tu beli meja ala-ala gini, port minum petang depan rumah.


belah tepi tembok tu, nak buat kolam kecik mcm ni..aku dah survey harga, makan ribu jugak la..2,3 ribu gitu..huhuhuhu


belah tepi tembok pagar nak buat ala-ala gini la..beli pasu yg ada air mengalir tu. kos rasanya dalam 300 je kot..

 

cantik la...simple je...boleh buat kat tanah belah master bedroom tuh...lps tu letak je la pokok-pokok kan..arghghhh ku sudah gila nak buat taman kat umah!hahahah


berkenan pulak tgk pagar mcm ni..lawa jugak kan..tak pasti kayu ke besi ni..wrought iron pun boleh jadi gak..kalau kayu mesti mahal gila..kalau jiran aku tak buat tembok, aku buat mcm ni la..hehehe..plannya tahun depan la...serius cantik la...berkenan sungguh aku..duti je yg tak berapa nak berkenan dgn aku.hehehehe..simple je landskap ni kan..aku nak buat pun mcm ni jela..tanah pun seciput gak mcm ni..tak mau semak2 nanti serabut..aku kan mmg simple dimple..uwekk..hahaha

kena carik pokok yg tinggi mcm ni...baru la cantik kan.

 

 
pagar putih ni tak beli lagi..tgk la petang kang gi tgk harga berapa..kalau murah terus beli la..kalau mahal tunggu gaji..kekekeke..last week aku beli batu putih tu..peket size sederhana,byk jugak Rm18..tgk mcm byk..balik lambakkan kat umh alahai mau kena beli 5,6 peket lagi untuk letak kat tanah belah depan tu..byk jugak kos ye nak buat landskap nih..huhuh...takpe...tahun ni aku tak balik raya perlis...buleh simpan duit..kui3
 
 
 

selamat hari isnin

Assalamualaikum

Kejapnya cuti 2 hari..mcm biasa pepagi je aku mesti rasa malas nak bgn,malas nak gi keje.kunci jam 5.30 bgn menung jap 5 minit dok piki nak g keje ke tak?tak pegi keje byk, cuti pun dah tinggal sikit, takkan nak amik MC kot (memang tgh selsema n sore throat ni) last2 lepas 5 minit dpt kekuatan, semangat nak masuk opis terus capai towel mandi.hahahahaa...gitu la hari2 sebenarnya..liat betul nak bgn..dah bgn mandi tu takpe dah...korang ada tak alami benda yg sama??ke aku je??keh keh keh tah hape2 kan...:)

plan nak puasa hari ni tak jadi, sebab flu dgn sore throat ni makin menjadi-jadi, masih belum betul2 dpt sesuaikan diri dekat rumah baru, panas betul semenyih..nak pulak area rumah baru, pokok pun takde, kecik2 lagi...Zara dah elok demam selsema dgn batuk balik pulak..alahai....sabar je la..hope lepas ni ok la..my weekeend activity, kemas rumah je..me n hubby gotong royong cuci rumah...aku vacum, hubby mop satu rumah...tak larat oi aku nak mop luas tu..bgn pagi pukul 10.30 ahaks terus buat breakfast untuk suami dan anak, mandikan anak,susukan anak bg kenyang2 so that depa tak buat perangai (tak buat la sangat)..lepas tu mula kemas rumah, lap habuk, vacum, mop semua..kitorang buat sama-sama la..apa yg penting kata wonderpets??kerjasama!!!hehehe..selain tu apa lagi kalau bukan aktiviti memasak..

Petang pulak bawak anak-anak main kat tmn depan rumah..luckily taman dekat kan..ada 2 lagi tu..kat area belakang rumah pun ada..jalan kaki je..happy duduk kat tmn baru ni..even takde jusco ahaks..time cuti duduk rumah pun takpe skang ni sebab dah tak bosan terperap dalam umh apartment mcm dulu..agak boring keluar la sapu porch ke, belek2 bunga ke kan..ada je la keje yg nak dibuat...alah baru duduk 2 minggu kan..cuba dah lama...kakakaakak..dengarnya ada satu tapak kat semenyih nak naik jusco..kalau jadi lega sikit...dekat nak pi shopping.hahahahah..sbtu ni dah puasa kan??ada yg dah sibuk shopping raya dah..beli langsir,sarung kusyen,cadar pun ada yg beli motip raya beli cadar??hahahaha...mcm2 la...aku tak shopping pun lagi, bulan depan la baru nak pi shopping baju anak-anak kot...aku rileks je toksah kelam kabut nak beli awal sgt..sogo dgn jusco tu tak larinya hahahahah...kelengkapan rumah takde beli baru kot sebab semua pun baru kan :p cuma kalau ada rezeki nak tambah sket la furniture ye en hubby???kui3..ok la membebel sangat pepagi ni...selamat bekerja untuk semua, kerja elok2, sungguh2, ingat rezeki yg kita dpt tu nak bg anak bini makan, jadi keje sungguh2, jgn mengelat, jgn merayap berjam2, time keje buat keje sampai siap lps tu nak dgr radio ke, nak berinternet ke suka hati..jgn lps waktu keje baru sibuk nak buat keje, waktu bekerja sebenar sibuk buat bnda lain..hehehe..peringatan utk diri sndri jugak..moga rezeki yg kita dapat diberkati Allah amin...


anak dara apa cenggini??hahahaa

 

orang naik guna tangga..dia naik turun kat sini..pandai tak die??

 

ipan boy si awan nano..org ckp dia pompuan sebab rmbut keriting pnjg lak tu kalah kakak.hahahaha..nti nak raya ni mama potong sikit yer..syang nk potong sbb cantik rambut ida.belakang curl2 gitew...hahaha

 

my kids..dah besar kan..alhamdulillah...bahagianya hidup..doa mama, anak2 mama jadi anak yg soleh dan baik budi pekerti yer..amin...

 

tomei mama...luv both of so much!

Saturday, July 14, 2012

barbeque dan sesi suai kenal

assalamualaikum


malam ni ada barbeque n makan2 kat depan umh aku.kebetulan pjbt pemaju dgn tmn dpn umh so apa2 majlis mmg buat kat sini je.aku pun dijemput gak hihi..ramai rupanya melayu kat tmn ni..aku pun pi kenai2 la dgn depa...makanan sedap2 lak tu.pot luck memasing bwk mknn.aku pi bwk perut ja sbb ptg td baru tau.kakakaka..ada kenduri tahlil sama kat umh belakang,area umh linda.tp aku tak pi.hehe..skang kt umh dah ipan buat prangai dok makan ais ja.tak dpt ais ngamuk.tak smpt aku nk mkn byk2 lagi.hahahaha..hubby dgn zaraa dok melepak lg tu..dok sembang2.aku ni pemalu sket..dulu ye peramah.skang awat tah tak mcm dulu..wahaahaha..apa pun, makin selesa dok sini..alhamdulillah..cuma kena carefull, ada umh kena pecah masuk.nsb bek umh aku dpn pjbt pemaju depa dok ada ja.thp kerisauan tu kurang la sikit walaupun masih risau jugak..huwwwaaaa...al maklumlah kawasan baru memang jadi tmpt feveret si pencurik durjana.Ya Allah lindungilah rumahku aminn.....

Friday, July 13, 2012

ceramah Dr. Robiah

Assalamualaikum


Hamboi....seronok ye pergi Sogo?dengarnya ada orang tu 2 jam stuck dlm kete sebab jem, pastu patah balik makan kata atas..kihkihkih cian mak hayam gojes hasrat nak sopping tak kesampaian...kekekekeke..

Tadi aku pergi dengar ceramah, hari ni Dr Robiah..alamak bestnya...idola ku selain ustazah Norbahyah dengan Prof Muhaya..topik hari ni pasal puasa dan ramadhan..nak share sikit ye apa yang aku dengar tadi..ilmu yg ada perlu dikongsi..jangan kedekut haaa..nanti tak berkat ;)

Bulan ramadhan atau lebih senang sebut, bulan puasa, adalah satu kaedah atau proses mengawal diri hingga terbinanya FITRAH yang pada akhirnya benar2 kembali kepada fitrah di penghujungnya (Aidilfitri)..FITRAH itu apa?suci,bersih, maknanya suci dan bersih dari segala dosa dengan Allah dan manusia..bulan puasa adalah bulan untuk kita melatih dan mengasah FITRAH bukan saja pada hati tapi pada seluruh perbuatan kita..tanya pada diri, tangan,mata,telinga,mulut,hidung kita sudah terlepaskah dari dosa???sudah terlepaskah FITRAH kita daripada fikiran negatif dan buruk sangak??tanda puasa kita diterima iaitu apabila otak kita bebas daripada perkara negatif yg boleh mencemarkan FITRAH kita, cthnya buruk sangka.

situasi 1.

A:sedap ke kuih raya dia ni?nampak mcm tak sedap je..muka macam tak pernah buat kuih raya je..betoi ka ni dok jual kuih ni...

Hello.....beli jela, jangan banyak komen, jgn banyak mulut..beli je, sedap tak sedap makan je..HANCUR puasa!!FITRAH masih tak cantik, tak bersih!jgn merungut banyak sangat ye..think positif!

Pensucian bukan saja dari hati tetapi diikuti perasaan,pemikiran dan akhir sekali perbuatan dan seluruh anggotanya!kata Dr Robiah ;)

Mari kita semak diri sendiri dah bebas ke daripada perasaan buruk sangka dgn kawan,dgn suami,isteri,mak mertua,makcik, pakcik dsb??

Situasi 2.

A:nak balik raya umh sapa dulu ni?umah mak aku ke umh mak mertua?kang blk umh mak aku, mesti mak mertua aku ckp aku control anak dia.

Hello....balik je mana-mana, sampai jugak kan?kampung jugak kan?berbincang ye..jangan rumitkan keadaan.

Semak diri,ada lagi tak rasa sombong,ego,tak berkenan dgn orang??kalau masih ada rasa tak senang dgn org tapi kita tak usaha membantu nasihat, maknanya kita masih ego.HANCUR puasa!

kita semua ada prinsip hidup yg kita pegang.tapi jgn hingga prinsip yg kita pegang buatkan kita jadi sombong.selagi tidak melanggar perintah Allah teruskan tetapi ubahlah untuk kebaikan supaya kembali kepada FITRAH.

Situasi 3.

A:jom la bukak puasa makan nasi dgn kari ni.
B:eh saya bukak pose minum susu dgn kurma je, tak makan nasik.

amboi..sombongnya...Hello.....makan jela...tak susah pun..ngap masuk mulut..jangan pegang prinsip hidup tu ketat-ketat sangat.HANCUR puasa!

kita mesti suka membandingkan kan??jgn suka bandingkan orang, dan tidak adil pada orang..jgn suka semak ibadah orang,solat orang,bandingkan puasa orang,badan orang..itu dia punya hal la..kita jaga diri kita.

Situasi 4.

mak:along kau balik raya ni ok sikit boleh tlg mak. jgn angah kau, balik bukan nak menolong.along buat kuih sedap.angah kau buat kuih selalu hangus je..kuih ni sedap simpan dlm almari, kuih hangus ni bagi anak aku makan la.HANCUR puasa!

Jangan bandingkan anak2 yer.dan tolong bersikap ADIL pada semua orang.

Last sekali semak fikiran kita.pengalaman lalu boleh buatkan fikiran kita jadi jahat, kalau ada tolong buang!ia buatkan hati kita jadi kotor, tak bersih FITRAH lemah!Kita susah nak jadi baik sebab kita belum semak puasa kita luar dan dalam.kuih raya pun tak boleh nak adil mcm mana nak adil dgn orang??

itu lah serba sedikit yg aku dgr tadi...sorry kalau tak phm yg penting aku paham.kehkehkeh..byk cth Dr Robiah bagi, sakit perut gelak...act 1st time aku dgr live ceramah dia..nx week patutnya ustazah Norbahyah tapi dia kat melbourne, so ganti org lain la..teringin nak dgr ceramah prof Muhaya la pulak...hrp2 berkesempatan la...

Akhir sekali, pesanan untuk diri aku sendiri, moga2 apa yg disampaikan meresap ke dlm hati dan sanubari, insyaAllah aku nak jalani ibadah puasa dgn sebaiknya dan diberkati Allah, dan berusaha berfikiran positif dan semoga Allah sucikan hatiku drp perasaan buruk sangka dan suka mengeluh.amin..

Thursday, July 12, 2012

keluarga anugerah tak ternilai

Assalamualaikum

p/s:entry luahan perasaan aku, tak baca pun takpe..hehehe


Bertuahnya kita masih ada suami/isteri/anak/ibu bapa dan saudara mara....ada yg sebatang kara, di rumah kebajikan.....ibu bapa ditinggalkan anak2 yg lupa diri apabila sudah kaya raya...my hubby kan JKM, dulu masa kat kelantan dia duduk bahagian kanak-kanak dan orang tua..mcm2 cerita saya dengar..menyedihkan pun ada...kenapa la sanggup buat mak ayah sendiri mcm tu?cuba bygkan betapa sygnya kita kat anak kita, kena jentik nyamuk, kita bunuh nyamuk tu penyek dia sampai leper..mcm tu jugakla mak ayah kita kasihkan kita dlu, dan mcm itu juga la kita kena kasihkan mereka..tak semestinya dari segi wang ringgit krn ada yg banyak tanggungan masing2, tapi dari segi lain cthnya bantuan di kala susah, dan paling penting doa untuk mereka setiap kali lepas solat, itu wajib...saya tak pernah lupa doakan ibu dan ayah saya 5 kali sehari usai solat...tanpa mereka, siapala saya..mungkin ibu bapa kita byk kekurangan, begitu juga diri kita sendiri..but at last u will find, kekurangan itulah yang akan melengkapkan sesebuah keluarga asalkan setiap ahli saling kasih mengasihi dan cinta mencintai..dan percayalah, anda akan lebih menghargai ibu bapa anda apabila anda sendiri mempunyai anak!(wlpun tak semua mcm tu). Bila anak lawan cakap, degil tak dgr kata, saya mesti teringat eerrmmmm mcm ni lah aku dulu masa kecik2 kan..sama je perasaan tu ;) pengalaman dan kesilapan mengajar kita menjadi manusia yg lebih baik (walaupun tak semua jadi lebih baik).hubby cakap kat saya, nak keje jgn masuk JKM..walaupun di hati ni teringin nak jaga rumah orang2 tua dan kanak-kanak yatim piatu...sebab saya sangat kasihkan anak-anak kecil ni..ingat tak Boolat?saya selalu ingat kat Boolat, apa khabar la agaknya..insyaAllah sebelum raya nak melawat Boolat, nak bg dia baju raya..hrp2 panjang umurku..amin...kecik2 dah jadi yatim piatu, kita ni untung sgt masih ada mak ayah kan.apa pun, berbalik pada hubungan kita dengan Allah...jika baik hubungan kita dgnNya maka baiklah hubungan kita sesama manusia..jika tidak, perbaikilah diri lagi dan perbaiki hubungan anda dgn Ya Rabb...jika itu sudah sempurna tetapi hubungan manusia belum juga sempurna, anggaplah itu ujian dariNya untuk kita..Allah menguji kerana Dia sayang kita, dia mahu kita amik pengajaran drp setiap peristiwa dan menilik apa kesalahan yg kita buat?for me, kalau tak pernah rasa susah atau sedih sikit pun, tu tandanya anda tak dapat keredhaan Allah..sebab tu anda terus menerus melakukan dosa dan maksiat.jadi bila diuji, istighfar byk2 untuk menghilangkan rasa marah..nama pun manusia, baik mcm mana pun takkan tak pernah marah bila orang asyik cari pasal je kan?mcm sy kata tadi istighfar byk2.Alhamdulillah, saya dapat keluarga mertua yg baik,bukan dgn mertua je, saudara mara belah hubby pun saya rapat juga.mereka baik2, esp tok perlis, mesti peluk cium kalau jumpa.saya anggap mcm tok saya sendiri dan semua ahli keluarga hubby mcm keluarga saya sendiri.begitu jugak adik beradik belah ayah saya.semua kat kl je so kami memang rapat..kalau belah ayah saya paling rapat dgn mak su dan anak2 nya 5 orang tu..mak su pun saya anggap mcm mak saya sendiri..oh bahagianya hidup saya kan!dikelilingi keluarga yg baik2, meriah!pak ndak pula (abg ayah saya) jenis tak berkira bab pelajaran..baru nak cerita, yuran pertama saya masuk UUM dulu, pak ndak la yg bayarkan..saya ckp dpt masuk UUM, pak ndak tanya berapa yuran?terus masuk bilik amik duit bagi kat saya dan pesan, belajar sungguh2, dpt keje elok, hidup senang (mcm dia la :) dan masa saya ckp saya dah hbis dgree dan nak ganti duit dia blk, dia cakap tak perlu..dia tak nak duit, dia nak saya capai cita-cita dan suruh saya sambung master pulak..insyaAllah..pak ndak saya kongsikan kesenangan dia dgn org lain, dan Tuhan pun menambahkan lagi rezeki dia..kalau atok bidin ada, mesti atok bangga dgn anaknya ni, Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bin Bidin, abang kepada ayah saya....tetibe rindu atok ;( atok meninggal masa saya tadika, tapi saya masih ingat setiap kenangan dgn atok..sayangnya terlalu awal atok pergi...sebab atok baik kan..Allah tak sabar nak amik atok..;(  sayangnya pada seluruh ahli keluarga saya...terima kasih tuhan kerana menganugerahkan orang yg baik2 hati di sekeliling kehidupanku..jauhkanlah mereka yg berniat jahat pada kami..amin...

jumaat yeay!

Assalamualaikum


tik tok tik tok hari ni dah pun jumaat.yeay!suka betul bila hari ni last keje then esok off for two days!penat sangat sekarang ni during weekdays...supplemen dah habis, lepas tu sibuk sama pindah kemas rumah, tak sempat nak beli lagi...padanlah letih, mengantuk aje...orang pun dah tegur muka nampak sembap..huwwwaaaa!!hilang kejelitaan ku terus.kah kah kah!

Pagi ni aku makan nasi goreng punya la banyak, biasanya boleh buat makan tengah hari sekali sebab aku jenis tak bole mkn byk sekali harung.makan 7,8 sudu dah gile kenyang then kena stop..tapi pagi ni aku balas dendam sebab semalam tak makan nasik..al kisahnya semalam aku puasa, lps tu hubby amik aku pukul 7 petang dah pasal sidang dun selangor tak habis lagi ahli dewan berdebat.hampeh hampeh hampeh!waktu berbuka sepatutnya kat rumah, tapi masa berbuka tu duduk atas moto lagi...gile lembik dah aku..dah la tak sahur, minum air je..huhuhuhu..hubby ajak berbuka kat Wong Solo pun dah tak selera..sampai umah ibu aku je terus menuju ke peti ais minum air sejuk 2 gelas!hahahaha!lepas tu aku makan roti coklat jek, ibu aku tak masak la pulak semalam..sob sob sob...takpe la janji ada roti sedap, org miskin lain tu roti pun belom tentu dapat makan kan...alhamdulillah...syukur..

Ondway balik semenyih hubby singgah tapau McD siap dgn aiskrim sundae coklat dgn lemon.2 bekas aku makan sampai kenyang.hahaahah!!balik rumah tak dan bukak baju terus nom nom nom ayam goreng mekdi spicy...yg siang td punya lapar, seketul je aku makan ayam tu.kalau hari2 cmnih kurus aku.kakaakkaa

Penat betul, tak basuh baju, tak kemas umah apa pun..lepas mandi dan solat isya' aku gosok baju then terus masuk tidur sampai la subuh...tu baru sehari puasa..kalau bulan puasa tak pulak letih semacam kan..agaknya sebab semua org puasa kot.Minggu depan insyaAllah nak puasa direct sampai la masuk bulan ramadhan insyaAllah....eh rasa perut cam slim sket lah hahahaahah

apa aktiviti korang esok??aku duduk umah jela rehat..sejak pindah semenyih ni malas nk berjalan dah.mana ada jusco kat situ..dulu jusco depan umah.jusco lagi satu pun dekat umh.carrefour,giant jalan kaki pun bole sampai.old town depan umh..mana tak berjalan sakan kan.tapi elok jugak, jimat duit laki aku.huahuahua....errrmm maybe membega pokok2 aku kot..eh aku ada hobi baru, membela pokok bunga..nanti aku deco dulu cantik2 mini garden aku tu baru aku share yer..hehehe...anyway happy working to everyone may Allah bless all of us ;)

comei

untuk bilik zaraa comei gak ni..harga pun murah.

 

ni untuk bilik irfan..apun murah gile jugak...
~
~
~
~
~
~
angan jela dulu sob sob sob :p

Wednesday, July 11, 2012

yang nak ditambah kat rumah

Assalamualaikum


Dah habis waktu aku keje, jadi jangan buat keje walaupun lagi 40 minit kena tunggu suami amik..kekekeke...Well, sebelum pindah angan nak buat mcm2, dah pindah masuk, dah deco sikit2 pun tak habis angan lagi aku ni..kah kah kah...apa yang aku nak tambah kat umah aku adalah seperti list di bawah.korang janganlah muntah atau menyampah ye.kah kah kah..


  
sofa merah ikea..dan di depan sofa ni nak letak carpet kat bawah ni.


 
  
warna hitam gelap but dlm pic ni kurang kehitaman sikit hahahah...also from ikea.

 
rak..nak letak kat dinding belakang sofa tadi..maybe perlukan 2 rak tebal untuk letak frame2 gambar atau barang hiasan.
 


console table dan cermin besar.pilihan warna hitam.konsep umah aku kan hitam+merah+putih hihi


kerusi rotan nak beli 2 bijik, kat tengah letak meja bulat..ni nak letak tepi pintu masuk..yg jati punya tu nak letak kat porch tmpt rehat2 gitewww
 
 
dan di dinding kat kerusi rotan tu nak letak frame mcm ni tapi warna hitam dan size sederhana....all item from ikea..


itu lah idea aku..maka kalau terlaksana semua ni, complete sudah la idea deco aku untuk rumah..yeay!!sekarang ni masa untuk mengumpul pitih dan projek akan dilaksanakan bermula hujung bulan ni *tunggu dapat gaji lettew ahaks

semoga terlaksana..amin....hehehe



Tuesday, July 10, 2012

my simple dining

ini lah hasil decoration aku untuk dining area..ngeh3...takde la cantik mana...simple jek..kebanyakan barang2 lama je..meja tu aku beli kat ikea.kerusi lak aku mix n matchkan je,tu yg meja lama punya, yg pecah masa pindah tu..kan tak membazir namanya..kekekekeke...ada rezeki nanti nak beli meja kerusi 6, yg ni nak letak kat dapur..tapi tunggu la, nak capai angan2 lain dulu...hehehehe...banyak lagi bnda nak buat kat rumah ni..rasa masih byk ruang kosong yg perlu ditambah dgn dekorasi yg menarik...mari kita kumpul fulusssssss....