Yang gojes gojes je

Monday, July 9, 2012

konvo tahun depan sob sob sob

Assalamualaikum


Dengan sukacitanya saya memaklumkan, saya tak dapat konvo bulan 10 ni disebabkan kecuaian dan kelekaan saya menyemak tarikh ujian MUET, maka terlepaslah ujian speaking pada 3 July lalu...huwwwaaaaaaaa!!!!eh asal MPM ni tak hantar surat ke rumah ha?nak harap kita je semak online..mana la nak ingat lepas daftar terus lupa...sob sob sob sedeynya tak dapat konvo bulan 10 ni....nak pakai jubah konvo tau..kejam sungguh *padahal salah sendiri

Melayang RM100 bayar yuran, lepas tu kena bayar sekali lagi lak nak amik nanti..huhuhu..takpela, takde rejeki ku nak konvo tahun ni,maka tahun depan la jawabnya ye..tak kisahlah , janji transkrip tu ada, nak mintak keje pun guna transkrip bukan guna gambar amik degree masa konvo kekekekek *ayat sedapkan hati sendiri

Ok, nak lupakan pasal tu la, buat tension je nanti, tahun depan harap2 panjang la umur nak genggam segulung ijazah atas pentas kovokesyen amin.....

Anyway, semalam aku EL,bawak ipan g klinik kesihatan kajang buat blood test sebab dah 5 hari dia demam panas..jumaat dah bawak g klinik private, doc masukkan ubat kat muntut dia sebab suhu tinggi sgt, tapi tak elok2 jugak..so aku tunggu semalam bawak dia..kesiannya la hero tu kena cucuk kat dua2 tgn amik darah.meraung, meronta tak hengat.hahahaha..alhamdulillah takde bacteria merbahaya ,dia demam virus je..on off dan akan elok sendiri..doc just bagi ubat demam,kahak dgn antibiotik..suara dia punya la rock ooooo..mcm suara aku masa demam 2 minggu lepas.tu pun ada hati menyanyi2 je keje dia..kakakakaka..

Malam tadi,si kakak pulak panas badan.pagi tadi lak berapi panas badan dia.adik blom elok betul,kakak pulak berjangkit..hubby, ur turn after this ok!hahahaah..aku rasa perubahan cuaca kat smenyih yg buatkan kitorang demam sebab cuaca sana memang panas..even rumah aku ni syiling tinggi pun,masih rasa jugak la sket panas dia..wajib pasang econ ye duduk sini..

Ok la,nak buat keje,,cuti sehari je pun keje bertimbun..aku ni memang tak bole cuti lelama la..claim berlambak je...takde kot time nak buang masa, curi2 buang masa jap boleh la..hahahahaha

2 comments:

  1. wei, nak gambar konvo tu, nanti hang p tangkap kat kedai gambaq..macam2 gaya buleh buat..kekekeke..
    ipan and Zara, moga cepat sembuh..minum ayaq kosong banyak2...

    ReplyDelete
  2. HAAH KAN..mau tak sabaq sgt aku pi la tangkap gambaq kat studio dulu kan..kah kah kah!tapi kang jubah konvo tak sama lak.kakakakaka

    ReplyDelete