Yang gojes gojes je

Saturday, September 17, 2011

Doaku untuk ayah

Assalammualaikum...

Baru berkesempatan nak buka blog..actually ayah saya kemalangan jalan raya pada pagi khamis yang lalu..agak teruk la sebab bahu dia patah..isnin ni nak kena jumpa dengan pakar tulang.hasil perbincangan saya dengan doktor kat PPUKM pada khamis lalu,doktor mencadangkan agar perlu lakukan pembedahan untuk masukkan besi.kalau tgk bahu ayah memang nampak la tulang terjungkit naik atas.kesian sangat tengok dia.

Masa ayah saya call bgtau dia accident,saya terus bergegas dari opis ke PPUKM.thx sgt kat opismate iera sebab hantarkan.masa tu ramai yg offer nak tlg hantar bila tgk saya keluar dari surau dan menangis tersesak2,dan bila ditanya saya ckp ayah kat ICU PPUKM.sebenarnya kat wad kecemasan.ayah salah sebut.bunyi mcm kat ICU tu memang kritikal la kan..ayah oh ayah..buatku gelabah dan nak pengsan je.huhuhu

Masa sampai hospital terus saya g kat pendaftaran dan cari ayah.terus masuk ke wad kecemasan tu.bila tengok tangan ayah berbalut tergantung,bila tengok bahu luka berdarah,tangan,dan kaki pun luka2,sedih sangat rasa.tapi tahan je la kan.interview ayah sikit,lepas tu ayah mintak saya belikan air.dari pagi dia tak makan dan minum.saya pun pergi la kat kantin tu beli air roti bg ayah minum.rupanya doktor tak bagi minum sbb belum check habis lagi,takut ada effect apa2.kiranya saya sorang la teman ayah.ibu tak dpt nk dtg sbb payah dengan 2 org cucu dia,lagipun saya suruh hubby bwk ibu je,tak nak ibu bwk kete dalam keadaan risau kan.

Alhamdulillah la,saya bersyukur sekurang2nya ayah masih hidup,terima kasih Allah...saya tak tahu bagaimana jika saya kehilangan ayah saya.hanya tuhan yg tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.selagi saya tidak melihat keadaan ayah dengan mata sendiri,selagi tu saya bimbang..Ayah pun orangnya sangat kuat,siapa yg kenal ayah saya,tahu la dia bagaimana.kalau orang lain,mungkin tak boleh nak jalan2 ke sana ke sini.walaupun doktor benarkan ayah pulang,tapi isnin ni kena g hospital balik.ayah pun dah selamat ke balai polis buat laporan untuk tuntut insurans..kira boleh jalan2 lagi la dia kan :)

Isnin ni saya amik cuti nak bwk ayah.hubby pulak kebetulan kursus 3 hari.kalau ayah kena tahan kat wad,saya pun kena la cuti 2,3 hari jaga gugurl dgn irfan boy.ibu dah tentu la nak jaga ayah kan..apa pun saya berharap semoga semuanya berjalan dengan lancar.buat masa ni ayah kena byk berehat dan tak boleh banyaj bergerak walaupun dia berjalan2 keliling rumah...:) mari doakan kesejahteraan ayah saya semoga dia kembali sihat seperti sedia kala.terima kasih :)




1 comment: