Yang gojes gojes je

Sunday, May 6, 2012

Al-fatihah

Assalammualaikum w.b.t


baru aje dapat berita, rakan sekampus dikenali sebagai nani di kalangan rakan-rakan,meninggal dunia bersama suaminya akibat kemalangan jalan raya di kuantan berhampiran gambang, petang semalam..ajaibnya kuasa tuhan, baby mereka berumur 7 bulan terselamat...pilu hatiku mengenangkan segala macam..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..walaupun saya tak mengenali arwah dgn rapat, sekadar tengok muka saja kerana kami berlainan course, saya turut tumpang sedih..harap siapa saja yg mengambil alih tugas sebagai penjaga kepada bayi tersebut, menyayanginya sepenuh hati..dia mesti tercari-cari ibu dan ayahnya kan..Ya rabb, menitis air mata aku, sedih dan pilu..bila ingatkan aku masih ada anak kecil, kalaulah itu terjadi pada aku dan suami...Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sekurang2nya biarlah anak-anak kami boleh berdikari...al fatihah untuk keduanya...amin....

--------------------------------------------------------------------

Kejadian ini mengingatkan kita kepada kematian..bila-bila sahaja kita akan mati..adakah kita sudah cukup bersedia atau tidak sahaja..Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kpd sesiapa juga yg pernah berkecil hati dgn saya, yg pernah sakit hati dgn saya dan macam-macam lagi..saya juga seperti anda, kadang-kadang melakukan kesilapan dan kadang-kadang bila diprovok kita suka pula melawan..subhanallah..dan saya juga telah memaafkan sesiapa sahaja yg pernah menyakiti hati saya, kerana saya bukanlah jenis pendendam walaupun karakter saya tegas dan mungkin ada yg tersalah anggap..apa pun, sementara hidup biarlah kita berbuat baik sahaja walaupun mungkin balasan yg kita terima sebaliknya..Allah lebih mengetahui...sabar kita ada balasan yg baik nanti..insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment