Yang gojes gojes je

Tuesday, August 30, 2011

Berita sedih di pagi syawal.al-fatihah untuk sahabat...

Berita sedih yg saya terima pagi ini,sms dari seorang sahabat lama di RTM, rakan lama saya seorang cameraman,saya kira paling nakal,ceria,suka mengusik,rajin bekerja,komited!ya sgt komited bila bekerja dgn beliau..Hanif Ngiring,nama mu kini hanya tinggal kenangan...Arwah meninggal dunia jam 4.21 pagi tadi,di kala semua org sedang lena tidur menunggu menyambut Aidilfitri dengan riang gembira...arwah kemalangan motorsikal dan koma beberapa hari..di saat dia sedang koma,isterinya pula selamat melahirkan seorang bayi perempuan hasil perkongsian kasih antara mereka.namun Allah lebih mengetahuinya,arwah tidak sempat melihat anaknya yang pertama...Tuhan lebih sayangkannya....sebagai seorang sahabat yg pernah baik dan berkongsi cerita,saya doakan moga rohmu tenang di sana.Ya Allah,ampunkan segala dosa hanif Ngiring.tenangkanlah dia di sana...al-fatihah untuk sahabatku....


**tak rasa nak upload gambar arwah wlpun ada sebab sedih bila tengok :(



Sunday, August 28, 2011

Rumah tok dan wan

Inilah aktiviti di rumah tok dan wan,yg terletak bersebelahan aje dgn rumah MIL.macam biasa setiap tahun,tok mesti buat ketupat.dedulu masa baru kawen dgn hubby,i rajin la tlg2 kan.pandai tau anyam ketupat tuh.lps ada baby tak buat dah.takde masa.sekarang lak tlg MIL buat kek.later i update psl kek yer.lets share the greatest moment at 'Rumah kayu tok dan wan' :p

 ini Tok hubby,means tok i juga la kan.tengah buat ketupat ni....


 see,kecik2 gugurl dah belajar buat ketupat daun palas tau.


 Wan dengan irfan boy


 Irfan boy pun  sibuk jugak.sibuk masuk mulut


 dari atas rumah tok.depan tu rumah MIL


 Irfan boy mengintai dari celah tingkap.hehehehe


 mama sangat bangga memiliki kamu berdua!


 alololo mama tak bole nafikan Irfan boy mmg hencem dan manis!


so sweet kan?tetibe lak teringat nape masa i kawen dulu tak amik gambo kat sini??hahaha



Thank you for reading this entry!



Mana mau dapat??


 Assalammualaikum..

alhamdulillah kenyang betul i hari ni.rasanya tak pernah sekenyang ini la.hopefully perut i tak naik menjelang aidilfitri.kalau tidak agak risau jika kurung moden ku akan tersangkut pada bahagian pinggang!hahahha!

Hajat i dah tercapai nak makan menu ramadhan yg special,hanya terdapat di bazar ramadhan kat stadium Kangar aje ye.tampat lain?nan hado.mende nih dah pernah masuk tv dlm rancangan bazar ramadhan yg host die syamsul ghau ghau tuh.tahun lepas terliur i tgh preggy kat irfan boy.tapi blk perlis mlm raye dah.sape nak jual lagi?tahun depan jela ko cari yerk.n this year tercapai gak kemengidaman nak makan mende kat bwh nih oi...


 tau tak apa benda ni?nama dia Udang Sanggul.sedap tau.sok serbu lagi keyh!


 Ni apa kebenda pulak?ini makanan siam ye.alamak siyes lupa nama dia apa.teka jela yerk?meng khum kot.kakakakka..ni pun masuk tibi gak.tapi i tak lalu pulak nak makan sebab cara dia mcm makan sireh.ko kene gulung2 gitew lagi best kalo ko takde gigi tenyeh2 kat gusi depan kan!


 Ok,muka puas hati blk dari shopping.gugurl muka tak puas hati sebab kene marah pijak air kotor.menana je dia!




Thank you for reading this entry!



Saturday, August 27, 2011

di Perlis sudah

assalammualaikum...

alhamdulillah selaamt sampai di Perlis.bertolak malam jumaat,takde la jam sangat.jam sebab ada beberapa accident je.Kids pun baik je,sebab malam kan so byk tido la drp berjaga.6 jam 30 min je dh sampai.lajunya laki aku bwk kan.sebab tak benti byk kali tukar pampers bagai.

Cuaca kat sini mendung dan hujan je.harap2 raya nanti tak hujan la sebab payah juga nak berjalan kan dgn anak kecik.takut diorang demam.nasib bwk baju byk mcm nak blk sebulan.aktiviti kat umh MIL ni biasa jelah.tolong masak,kemas,sempat i belajar buat kek.blk nti nak try,klu menjadi sebijik i nak buat bisnes kek lak,jual kat opis..hehehhe...haisshhhh otak ni piki bisnes je.hahahahah :p

Semalam dah pi kangar jln2,sempat jugak beli tudung lagi tu,padahal kat jkl dah berlambak beli.nak jugak.made in perlis la kununnya padahal jalan TAR punya je.hehehe

Errmmm tinggal sehari lagi kita berpuasa.sedih nak meninggalkan bulan ramadhan yer...semoga semua amalan diberkati Allah.

 Ok,tunggu suami bgn ni,nak g kangar beli kasut.hihihi




Thursday, August 25, 2011

Makan makan makan

Lepas shopping kat jusco last week,mcm biasa tempat feveret utk  dinner, Orchid Bistro.

 Grilled Fish With Lemon.isi ikan ni besar,mmg kenyang,tak habis makan.layan je rasa dia.Fish bites pun feveret.tapi tak amik gambo.biasalah bukan rajin sgt.klu rajin sudu pun amik gambo.kekekekke


Hencem boy pandai posing yerk?


Bertiga aje

 dia pun nak jugak.

 mesti nak makan mende tuh.ketagih dah.

 m n my feveret

 mama n hencem boy

muka berjerawat.mencik!


Gugurl mana?kt rumah atok,tak nak balik.so kami g jusco shoping sikit,lps tu lepak Old Town.bertiga sahaja.picture tak lawa,guna BB i.galaxy tak bwk.golap gambar.last lepak sebelum pulang ke kampung malam ni.



Final shopping for raya

Assalammualaikum..

Jumaat sudah.eh kenapa i keje lagi ni?sbb cuti kau dah tak banyak la kan.lagi mau tanya.Ingat hari ni kurang jem sbb ramai dah oh oh oh balik kampung.tapi still jem jugak..

Ok,mlm tadi lepas berbuka i g habiskan duit lagi kat jusco.beli baju utk FIL dan kasut utk MIL pulak.itu aje..lepas tu lepak kat Old Town White Coffe,layan ice blended.hubby makan lagi.mana tak bulat perut?hahahaha

So itulah last shopping utk raya.udah2lah...pembaziran di hari raya sungguh.hari ni i amik half day sebab nak blk kemas2 beg,kemas rumah siap2.mlm tadi basuh baju 3 round tau.kemas2 baju anak2 je dah pkl 12.30 malam.insyaAllah mlm ni pkl 10 kut nak gerak balik perlis.semoga selamat perjalanan kami sekeluarga,dan juga anda di luar sana.pandu hati2 k...mood raya!


Thank you for reading this entry!

Last membeli dan blah

Haishhhh,terpergi jugak Jalan TAR tadi.so terhabis la duit lagi kan.semangat betul nk raya.kalau hari biasa takdenya nak shopping bagai nak rak.So dah settle beli tudung kat MIL.kat ibu i beli handbeg kat Sogo,sebab dia tak nak tudung,dah byk katanya.kat ayah pun dah beli baju jugak.kat pak mertua nak beli,tapi tak tau la taste dia mcm mana,nanti tak berkenan pulak.so nti i ajak hubby g beli kat jusco jelah.hurrrmmm tudung pun i beli lagi tadi.aiyoooo boleh bukak kedai tudung dah ni.hahahaha

Aksesori utk pakai di hari raya pun dah beli.so rasanya semua dah complete bagai.esok malam nak balik Perlis dah...yahuuuuu 4 hari lagi nak raya oi....ceh macam budak2 prangai.kekekeke...hmmmm happy la walaupun duit dah habis...LOLOLOL


Thank you for reading this entry!

Wednesday, August 24, 2011

bebelan pada batik day

Assalammualaikum..

Lagi beberapa hari nak raya,ada yg dah mula cuti.hmmmm patut pagi tadi kurang jem sikit.jem tu masih la tapi tak seperti hari sebelum ni.ramai yg dah cuti blk kg kot??i pun tak sabar nak balik perlis esok malam.hehehe.tapi baju pun tak lipat 4 bakul,apatah lagi nak packing masuk dlm beg.abis camno?i tengah mencari ni org indon yg bole dtg hari minggu utk lipat kain shj.i bg la upah 30 rgt ke kan.hehehe

Semalam lepas berbuka dengan drumet ayamas dan sosej (hubby shj) i tak puasa cuti yer.kitorang ke Jusco Cheras Selatan.tak ada apa pun nk shoping sgt.cari hadiah baby utk anak mak sedara belah hubby yg baru bersalin,beli bj utk pakai kat umh gugurl dgn irfan boy.tapi i dapat jeans 2 helai la,hubby belanja eh.wah tak sangka aku dpt 2 helai,biar betul laki aku ni.tetttttttt!kah3.PDI sale,2 helai jeans RM149 shj.tapi kalau beli sehelai RM99.jadi lebih baik amik 2 helai kan.jimat.so i rembat slim fit jeans dgn slim fit coduroy.lepas tu baru la berbuka betul2 mcmc biasa tempat feveret kat JJ tu Orchid Bistro.nti i upload menu best yg ada kat situ eh.

Lepas tu kitorang pergi rumah makcik husband kat sg merab kajang,makcik nk kirim kuih raya utk MIL.So lepak2 kejap dekat pkl 11 baru gerak balik rumah.lepas balik rumah tido.itu shj.hehehe.ermmm hari ni i drive sendiri,hubby ada meeting smpi ptg.nak g Jalan TAR lunch hour nti.siapa nak ikut????jom!


Thank you for reading this entry!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalammualaikum....di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Maafkan segala kesilapan yang pernah saya dan keluarga lakukan tanpa disedari atau tidak,yang mungkin telah mengguris hati sesiapa yang tidak kami sedari.Marilah mengambil peluang sempena hari yg mulia ini untuk saling bermaafan,kerana kita tidak tahu bila kita akan mati.Jika kita tidak meminta maaf kepada sesiapa yg pernah kita sakiti hatinya,bimbang orang itu tidak memaafkan dan akhirnya kita mendapat kesusahan di dunia dan akhirat.Jadi janganlah pernah malu untuk meminta maaf kepada sesiapa jua..kepada yg sudah mula bercuti,berhati2 lah di jalan raya semasa pulang ke kampung.SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN.IKHLAS DARI YANA,MIZIE,ZARA DAN IRFAN :)



Tuesday, August 23, 2011

Percaya tak?

Mari kita lihat,mungkin kita juga terlibat tanpa disedari.itu juga punca berlakunya pergaduhan dalam rumah tangga sehingga bercerai berai.Jika anda mengesan ia berlaku pada anda,cepat2 la berubat sebelum parah.

Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :

    *
      Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).

    *
      Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.

    *
      Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.

    *
      Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:

a.      Lekas marah atau panas baran

b.      Irihati

c.      Cemburu

d.      Jahat sangka

e.     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan

f.       Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN

    * Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
    * Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
    * Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
    * Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
    * Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:

a.                  Api menyala dengan sendiri

b.                  Bunyi orang berjalan

c.                  Menangis

d.                 Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

Antara sebab-sebabnya ialah:

    * Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
    * Putus pertunangan.
    * Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
    * Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
    * Rebutan harta pusaka.
    * Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
    * Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.

TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI:

    * Mimpi.
    * Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
    * Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
    * Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
    * Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya. 

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

GANGGUAN KETIKA TIDUR

1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.

2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.

3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

5.     Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

6.     Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

7.     Mimpi melihat binatang yang menakutkan.

8.     Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.

9.     Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

5 years ago

Hah,lamanya gambar ni,ditag oleh  kak fatahah..la ni semua dah jadi mak orang,dan semua juga dah tiada di RTM.kak fatatah sekarang PTD,Kak lin pulak tak pasti,tak tanya pulak mana dia keje sekarang.Ermm shima reporter jugak kat Sinar Harian..yg bestnya masa gambar ni ialah purple day!tak janji pun nak boria,kebetulan je.lepas tu snap gambar...rindunya saat itu :)

patutlah penuh jerawat!

dekat seminggu ni byk tol jerawat naik kat dagu.masalahnya kat dagu aje.tempat lain licin suci murni.asal lah dari dulu jerawat ni suka sgt naik kat dagu ye.tempat feveret utk berteduh la tu.rupanya nak period.period hari ni,naiknya dah seminggu.tah hape2 la jerawat ni.mencik betul.nak dekat raya jugak cari pasal.dah berparut nampak.hilanglah seri di aidilfitri nanti.hurrmmm..hari ni agak panas hati dan panas badan.sebab aircond opis rosak,so tau la mcm mana azab opis yg tertutup tanpa aircond kan?serta merta hati pun panas.dah la PMS,bertambah2 panas.jgn sesiapa menambahkan panas di hati ni sudah..kang ade jugak yg kena staple mulut.kuikuikui

Hari pertama di ofis selepas bercuti 9 hari

Assalammualaikum...

Masuk opis dah hari ni lepas puas bercuti..ermmm tak puas pun.benti keje baru puas.lepas benti keje tak puas lak nak keje balik.mcm tu la manusia kan?ada je la tak kena nak komplen.siapa tak pernah mcm tu angkat tangan??nampak sgt ko tipu.hahahha

Adui byk juga tnt yg pending ni.ada jugak dah call tnya.siapa yg call tu i terus je la proses.phm la kan org nk pakai duit la tu nak raya ni.rasanya sebelum start cuti jumaat ni semua bole settle.tp tak guna jugak,org dah cuti raya,AG pun cuti jugak.lepas raya la jugak duit claim masuk.maap sgt2 la kpd yg tak sempat i proses tu.nak buat camne i final exam.bulan pose jugak nak buat UUM nih.huarghhhh!marah ni tau.nasib baik hari ni 'bendera jepun dah datang'.hahahaha

Balik keje nanti, nak pergi jusco kejap.nak beli baju sikit,baju utk ayah i dan FIL.utk ibu i dan MIL i ingat nak belikan tudung aje.mgu lepas nak beli baju kat ibu,tapi ibu kata tak pyh.nti tak muat rugi je.betul jugak kan.so beli tudung je la kan.esok kut nak ke Hajra borong tudung utk ibu dan MIL.Ermmm kuih raya pun dah amik sikit.kuih pun sama utk ibu i dan jugak MIL.rumah i punya ada 3 jenis je.selebihnya akan i angkut dari mak mertua.mak mertua i tokey kuih raya yer.dpt free jela..hahahaha..ermmm rindu nak makan MIL punya kek yg sedap tu.harus balik ni i belajar buat dengan dia.

Ini shj la catatan utk hari ni,nothing interesting pun.lemau day tau.so mengantuk,tunggu masa nak membuta aje nih...ZzzzZZzz


Thank you for reading this entry!

New stock after Raya

Ramai pulak yang tanya,takde stok baru ke tudung??sory guys takde lagi,yang hari tu dah sold out.bukan tak nak jual lagi,i kan sibuk sikit 2 minggu ni sebab final exam.tu yang i stop kejap bisnes.insyaAllah lepas raya nanti i akan aktif balik.nantikan la yer..ceh tak sempat jual online habis kat opis,kat kengkawan,kat sedara mara,kat jiran je dulu.keh3...moga rezeki terus mengiringi hidupku.aminnn.:)

Baju raya mama dah complete yay!

Baju raya mama dah complete.yay!utk hari raya pertama dah beres baju dan tudung.baju kain cotton,sama dgn gugurl.boria di aidilfitri.kain agak simple sbb tak nak sarat2,nti gugurl tak selesa.so tudung harus dapatkan yg sedikit glamorous dari baju so that mama akan looks lip lap lip lap pada pagi raya.puas hati dah jumpa yg sesuai dan gojes jugak la.hahahah taste sendiri,sendiri puji la kan.ko hado? :)
 

Monday, August 22, 2011

Merdeka!!

Final exam dah habis yahuuu100X!now boleh la pergi berjalan2 melihat suasana hari raya dan beraya dengan aman,tenang dan sejahtera.hahahah!hip hip horayyyyy!





Sunday, August 21, 2011

Alhamdulillah negatif!

Lega selega-leganya...hahahahah!!kenapa yer?actually i agak risau sebab bulan ni belum datang lagi.i sgt lah risau kot2 la termengandung ke kan.not ready yet la...tgu dulu bebudak berdua ni besar.so nk puaskan hati sendiri lps hbs exam tadi,lps amik gugurl kat rumah onninya,irfan boy tinggal sebab i nak study,petang baru amik.i bwk gugurl g jusco kejap beli barang dan aiskrim,sebab dah janji kat dia modal nk pujuk balik.

Lepas beli brg sikit i singgah farmasi dan beli pregnancy test.blk rumah terus testdan berdebar2 gila rasa omaigod!janganlah janganlah...huh nasib baik tidak!negatif!lega......klu tak irfan boy dapat adik lak.no no no...tungguuuuuuuu :)

Esok paper Law :(

Esok paper Law....paper yg sangat2 i tak suka.....masa study diploma kat Yayasan Pelajaran Mara atau Kolej Poly-Tech Mara dulu,paper LAw ni la yang paling susah la i rasa.financial accounting pun tak susah mcm Law.Sampai i pernah repeat utk paper ni.syhhhhhh!kah3...bagi i la susah sebab i tak minat sgt..

Now,bila amik Bachelor in Communication,still jugak kena amik Law.bezanya sekarang i blajar yg berkaitan dgn komunikasi la.cth akta mesin cetak,akta rahsia rasmi dan lain-lain.pale otak ni dah agak sedikit biul sebab mengingat kes-kes berkaitan,bukan 1,2 kes.mujur Lec bagi tips bab mana,bhg apa yg kena baca utk final.dia pun tau klu baca semua....pengsan 10 hari 10 malam!hahahah!

Serius,i dh baca ulang kali sampai dah takde mood nak membaca dan menghafal kes2 lagi...sigh....:( i memang tak bole jadi lawyer kan?loyar buruk boleh.heheheh...lately i rasa ntah kenapa otak i ni semacam agak lmbt nak mengingat bab2 pelajaran ni.sebelum ni,i mmg cepat tangkap,klu baca sungguh2,latih otak sungguh2,mmg i akan ingat dan boleh jwb exam dgn baik.semester ni,entahlah..agaknya i kena byk makan kismis,byk membaca balik kut.seriously sejak ada irfan boy,i tak pernah membaca buku apa2 lagi kecuali utk study je.bkn malas atau tak minat,tapi sebab i takde masa.kehidupan seharian sgt la sibuk dengan kerja,balik rumah dgn anak2,sangat penat.myb sbb tu kot i jadi pelupa mcm ni...tapi yg pasti wlpun i pelupa,i yakin akan lulus dgn cemerlang.amin.....:) wish me luck!

Saturday, August 20, 2011

Melawat tapak lagi :)

Assalammualikum...

Hari ni tiada aktiviti menarik.shopping keperluan raya settle.Baju raya anak2 dah complete,sorang 6 pasang.fuhhhh!!langsir baru dah pasang,carpet baru dah bentang.apa lagi yer??hurmmmm semua dah selesai la.tinggal nak amik kuih raye aje lagi.Rabu ni masuk opis balik dah setelah hampir 2 minggu bercuti sebab final exam..

Alhamdulillah,rasanya semua paper insyaAllah lulus dengan baik.Bulan oktober ni akan masuk semester baru,iaitu semester terakhir untuk menghabiskan ijazah saya ni.doakan saya berjaya ye...nak apply PTD!keh3..mcm rajin je nak berkursus selama 7 bulan kan! :)

Ok,nak cerita la pasal rumah kami.rumah lagi.mcm la beli rumah banglo kan??hahahhaah..pergi tgk tadi,dah buat pagar dah.cepat betul pemaju siapkan.rasanya hjg tahun ni dah siap sepenuhnya la kot.harap2 tahun depan dapat beraya di rumah kami sendiri,rumah yg dibeli atas titik peluh dan rasa cinta kami sekeluarga.wah!alhamdulillah,rezeki kami sekeluarga sentiasa murah.dah tentunya rezeki anak2 la kan.

Hopefully jiran2 nti orang melayu dan Islam la.situ byk org melayu.tapi campur2 jugak.sebabnya jiran sekarang pun bukan melayu.sgt tak selesa bila setiap petang ada bau bauan yg kurang menyenangkan.tambahan kita pulak ada anak kecil.risau kalau diganggu benda2 halus.kalau dah pindah rumah baru nti pun,terrace house,risau juga kalau dpat jiran yg bela anjing kan.iyelah,satu dah tentu bising.yg lain2 tak pyh cerita la.sendiri mau paham.kalau dapat yg jenis memahami dan menghormati budaya org lain,syukur sangat la.


Apa pun hati sangat la gembira,gembira dan tak sabar nak renovate rumah kami nanti.serius tak sabar!hahahaha!Orang kata jangan over sangat kan.ok tak nak over.takut tak menjadi yer?hehe.Hari ni berbuka di rumah family.ayah dah call suruh berbuka kat rumah dia.so kena pergi la kan.sedapnya masakan ibu!best! :p


Thank you for reading this entry!




Azab di Jalan TAR

Assalammualaikum...

Pukul 10.30 pagi hari ni,me n my hubby dah sampai ke KL.konon nak shopping.dekat sejam baru dapat parking.masuk Sogo je tengok dah ribuan manusia.masing2 kalau tengok macam sekumpulan semut tengah berkerumun nak makan gula.terus naik level pakaian budak,lepas tu turun balik.punya ramai tolak menolak,bersesak sesak,sory la i nak membeli dgn tenang.baik i pergi tempat lain,pening betul kepala.

Turun level baju utk lelaki,hubby i la yg shopping.i ikut je.tak sesesak kat level kanak2 wlpun beratur punya panjang nak bayar!adoi la heran i org sanggp bersesak macam tu,byk lagi shopping complex lain.mujur i dah shopping baju irfan boy kat Poney Alamanda and The Mines.benda yg sale sama aje dgn kat Sogo,lg byk choice.ntah la tak sanggup betul tgk keadaan kat Sogo tu.klu ada asma baik jgn pergi la.i pun nak pengsan dah rasa!

Lepas misi ke Sogo selesai,kami ke Jalan TAR pula.beli apa yg nak beli je.tkde masa dah nak round2.org punya ramai,sampai jem mcm kete jem kat jalan raya tuh!jalan rapat2 macam naik motor dgn bf peluk rapat seolah2 tak nak lepas!hahahah!dahsyat100X.

Lepas beli baju melayu hubby,mencari pulak baju melayu utk irfan boy.jenuh nak jumpa warna yg sama dan saiz sesuai.tp alhamdulillah jumpa jugak,warna yg sama dan jenis kain pun yg sama.complete!!lepas tu i ke hajra nak borong tudung lagi.yes ramai sampai berhimpit2!lst2 i amik sehelai je.takde mood nk beli dah.

Misi terakhir ke kedai carpet pulak.lpsbeli terus balik.mujur tak bwk bebudak berdua tu.kalau tak,alahai tak tau la.penat,decide blk umh rehat dulu.ptg keluar ke metro pint kajang pulak.nak beli baju gugurl 3 pasang lagi tak  cukup kuota.singgah butik PRecious Love,rembat 3 pasang,sume cantik2,puas hati,dan yg confirm sume tu takde kat Sogo k.nti sama je dgn bj org,sebab sume beli kat Sogo kan.hehehhe.i ada membe card,dpt la diskaun 20 percent.puas hati.settle sume dah kelengkapan anak2.

Yang tak best,duit macam air :)


**Thank you for reading this entry!




Friday, August 19, 2011

Upin Dan Ipin merosakkan??

Budak-budak mana yang tak minat dengan kartun animasi Upin dan Ipin? i pun minat jugak.cerita nya best,byk bg pengajaran utk kanak-kanak.Tapi i ada nak komplen sikit pasal kartun ni.Mungkin ada yg tak perasan,ia membawa sedikit impak negatif pada kanak-kanak kecil,yg belum tahu membezakan perkara baik dan buruk,boleh dan tak boleh.

Anak i berumur 2 tahun 3 bulan,sangat menggemari animasi Upin dan Ipin.Setiap hari dia akan tengok kartun ni.mulanya i tak kisah,sebab kartun ni memang best.tapi lama kelamaan i mula nampka yg ia telah memberi pengaruh negatif pada anak i yg sedang keletah dan banyak mulut bercakap.

Apa dia?perkataan yg digunakan iaitu 'AKU'.anak i juga sudah pandai menyebut aku.beberapa kali i memarahinya dan menjentik mulutnya dan cakap kat dia,jgn ckp aku,tak baik,ckp saya.sebelum ni dia sebut saya.tapi bila tgk kartun ni dia sebut AKU balik.Dan baru i perasan karakter Upin dan Ipin adalah kanak2 kecil berumur lebih kurang 5 atau 6 tahun.sepatutnya mereka tidak menyebut perkataan aku.mommies...adakah anda selesa jika anak kecil anda menyebut aku??

Mungkin ada yg tidak terpengaruh,bergantung kepada kanak2 itu.Jadi i rasa perkataan AKU itu perlu diganti dengan perkataan Saya.lebih sopan,dan tidak kasar.Diharapkan pihak terbabit ambil serius perkara sebegini walaupun ia mungkin kelihatan seperti 'kuman' sahaja.




Thursday, August 18, 2011

kenapa blog?kenapa bukan diari?

Kenapa ramai tulis dlm blog masing2,tak kisah la pasal apa.byk pasal cinta.ada yg kata over.kalau benda peribadi,tulis je kat diari,kau sorang jela baca,org lain tak payah baca.tak payah cite kat semua orang..

Kenapa tak tulis dalam diari?beberapa sebab diari tidak lagi praktikal pada masa sekarang ialah:

~ Kena tulis dengan tangan,penat,nak2 klu panjang berjela.tulisan pun buruk,sakit mata tengok tulisan sendiri.jadi blog lebih praktikal.taip sahaja.tulisan boleh pilih2

~ Diari berat,nak kena usung dalam handbag.laptop tu biasa la,memang selalu bwk.skrg pulak dah ada ipad bagai,lagi mudah.

~ Blog boleh pilih macam2 design.warna warni aidilfitri.boleh letak lagu,gambar dsb.diari boleh?tak boleh.

~ Bukan semua cite peribadiaje  kita tulis dlm blog.pasal artis,politik pun boleh.tujuan nak tukar2 pendapat.klu tulis dlm diari,nak tukar pendapat dgn siapa kalau kita je yg baca?

~ Blog lebih kemas,teratur,cantik.diari mcm budak2 sekolah,klu nak cantik,beli sticker tampal2.kos tinggi tu.blog semua free.silap2 boleh but duit lagi.


**ini antara sebab knp ramai tulis blog.jadi berhenti pertikaikan tentang blog org lain.biarlah dia nak cerita pasal boyfren tersayang ke,suami tersayang ke,anak2 tersayang ke.tak perlu kot bagi cadangan tulis diari kat orang tu.kisah cinta dia tu,biarlah dia abadikan dalam blog dia.tak suka jgn baca,kecuali terbaca.

**ramainya manusia yg gemar mengkritik org lain kan.perkara biasa dah tu.chill.....


Wednesday, August 17, 2011

Kacau sungguh

Memang tak boleh nak study,buat note sikit pun.bebudak ni mengacau sungguh.irfan boy ni macam tau2 je,bile mama duduk atas kerusi makan nak buat note dia nangis.klu duduk bwh takpe,tapi dia kacau nak amik pen dgn kertas.gugurl pun lebih kurang je.nak jugak pen.dia pun kata jgn kacau kakak nak buat keje nak exam...dushhh!pandai sungguh budak ni.

So camne?malam jugak la kena study sungguh2 sebab paper 3k ni esok pagi..plan asal nak study kat campus,tapi onni zara pulak kaki terseliuh.so i terpaksa la study2 ayam aje kat umah.huhuhuuh nanges!!

Nak cite sikit psl gugurl.dia main teddy bear,hadiah dpt masa besday dia.tak bsr tak kecik la bear tu.kelakar bile tgk dia main sorang2,sbb salunya dia tak layan bear2,anak patung nih.dia ckp kat bear tu kan, 'nam kinum susu ke?nak berak ke?nak pakai pampers ker?hahahaha..nasib baik i tak bg dia pampers.klu tak mesti dia pakaikan pampers kat bear tu kan.

Nak cite psl Irfan boy pulak.dia suka sgt lagu buka puasa tu,klu kat tv 3 lagu tu tema utk pengumuman waktu berbuka petang2 tu.lagu tu Raihan kut nyanyi.mcm ni lagunya 'nawaitu saumaghadin anadaifardiramadana hazihissanatillah'.sory i tak reti nak taip bhs jawi guna laptop ni.hehehe..lebih kurang la yer.dia leka sungguh tgk smpi hbs.yg kelakar tu,masa tu dia bersandar kat papa dia.dia siap goyang2 badan depan belakang lagi tu.sweet sgt..pandai pulak budak ni padahal kecik lagi,i pun tak pernah lak ajar dia camtu...funny funny funny...hihihi.mcm2 perangai anak2 ni kan.terhibur,geram pun ada.

mama luv kakak dan adik sangat.kakak dan adik,jadi anak yg soleh dan beriman,jgn tinggal solat ye :)


sesaja godek terjumpa lak.hehehehe :)

Entry sebelumnya video wedding i 3 thn setengah yg lalu...diupload oleh membe i Erdaliza.Si erda ni takde keje kat opis,dia rajin la pulak g buat video gambar2 wedding i.hehehe..teringat pulak zaman2 itu.wah macam dah lama je kan.padahal baru setahun jagungdalam alam perkahwinan.

mungkin video ni boleh dibuat kenangan sebab gambar2 nya tak tau la mana pegi dah.album aje yg ada.CD yg be;ah suami aje masih wujud.sedey nye..huhuhu :(

Perkahwinan Mizi & Yana

Talking Twin Babies - PART 2 - OFFICIAL VIDEO

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif

Masa untuk frozen yogurt!

Masa untuk frozen yogurt.desert yg menyihatkan tetapi juga boleh menyebabkan kencing manis..sangat suka Tutti frutti dah buka dekat BTHO.senang bila2 masa sahaja mau makan.tapi tak boleh la selalu.....kenapa??


 2 bekas ini sahaja harganya dan mencecah RM23 yer...dia ikut berat.

 Dah pilih  perasa chocolate dan red velvet+vanilla,apa lagi timbang dan bayar ler.

 dia sorang aje pulun makan.mama tengok je la.heheheh

 irfan boy pun nak jugak.menjerit satu kedai.bg la rase sikit.melampau tau budak nih.huhu

eh asal pin senget nih?tak senonoh betul.hahahaha!!




**Study untuk subjek 3K pulak...ZZzzzzZZ



Thank you for reading this entry!

Our choice :)

Just wanna share in my blog.bukan hendak menunjuk2 atau riak.utk apa semua itu?saya hanya manusia biasa,makan gaji,gaji pun kecil.sume org tau.tiada sebab utk menunjuk2 bukan??secara logiknya,ya tidak!hehehe ok sesaja je.bimbang,dalam kita menghapdate blog ni,kekadang kita tulis apa shj,tetapi terdapat segelintir manusia di luar sana so easy judge people without knowing them.seharusnya buangkan sifat sebegitu ya...kalau kita tak mengenali seseorang tu dengan mendalam,jgn nilai mengikut emosi kita shj.

Ok,actually i dah pilih design cabinet dapur dan jugak pagar utk rumah baru yg insyaAllah boleh diduduki tahun depan..nampaknya kerja2 ,membina dah 70peratus.hanya nak plaster2 dan benda2 kecil aje yg tinggal.So excited,maklumlah this is our first house..hasil perkongsian kami berdua,me n my beloved hubby.Alhamdulillah juga rezeki kami,tak pernah merancang atau bercakap soal beli rumah dgn serius pun.tapi itu lah rezeki kan.rezki anak2 dah tentunya.design kabinet ini taste i.hubby just ikut je.biasanya kalau i kata ok dia pun ok aje..i mmg minat design cenggini wlpun ada org kata tak cantik.takpe la,taste kita masing2 berbeza kan??so kita buat aje apa yg kita rasa kita nak,dan yg pntg kita gembira dgn hasilnya sudah,tak perlu fikirkan org lain,kalau kita nak puaskan atau jaga hati org lain,kita sendiri pulak yg meroyan kan??hahhaha..yang penting,kita happy!!!whoot whoot :p

 Final decision dah ni.i tetap minat design sebegini walaupun dah byk tgk design2 lain.hitam menjadi pilihan sebab susah kotor

 i tetap pilih yang ada oven,sebab nanti i senang nak membaking dan buat bisnes..ha3

 ni bukan rumah i.cuma pagar dia aje i nak buat yang macam ni.Linda,ok tak?tak ok habaq kat aku.aku tukaq.hehhe

 design ni i pilih utk grill kat tingkap depan.grill tingkap belakang buat grill biasa aje.







harap2 semua berjalan lancar hendaknya...im counting days....kan Linda? :p

Onni Zara meraung cucunya diculik!!

Assalammualaikum...nak cerita sikit pasal satu peristiwa ni,seperti diceritakan semula oleh ibu saya merangkap nenek Zara atau nama manjanya gugurl.Peristiwa yg membuatkan Onni menangis meraung2 macam orang gila.

Ceritanya begini,tengah hari tu macam biasa onni nak g amik pak usu,onni dah start enjin kete,tetibe perut onni sakit sgt.onni tak tahan onni berlari masuk toilet kejap.gugurl pulak onni tinggal jap dlm kete sambil pintu ditutup.jarak kete dgn toilet tak jauh,onni park kat belakang rumah,dekat je dgn pintu dapur.boleh dgr bunyi enjin dan boleh jenguk kejap2 melalui tingkap dapur.

Sekejap je,tak lama,onni kuat tgk gugurl dah takde dlm kete,pintu belakang terbukak.Onni panggil2 gugurl byk kali tapi takde jawapan.sebelum tu onni ckp dia ada dengar bunyi van lalu,terus terdetik di hati onni 'van tu dah culik cucu aku'!onni berlari2 macam org gila sambil menangis dan jerit nama Zara!jiran sebelah yg juga pak teh saya pun dengar.onni bgtau ada van culik Zara.

Dalam kekalutan itu onni g uh jiran sebelah pulak...terkejut tgk,gugurl tgh makan aiskrim dengan gembiranya!hahahahahahah!!suspen tau!oni ckp,jantung dia mcm nak luruh,lutut dia lembik,sebab ingatkan cucu kesayangannya diculik orang jahat.

Subhanallah,saya yg dengar pun tetiba rasa takut.takut andai itu benar2 terjadi.gugurl mmg biasa pg umh jiran tu,jiran tu jual aiskrim.dia salu panggil gugurl bg aiskrim.baik juga dgn ibu saya,nama akak tu yati.ibu saya marah akak yati tu.hehehehehe..

Saya tak tau jika saya berada di sana pada masa itu,apakah yg akan terjadi pada saya.entah pengsan terus agaknya..Ya Allah,mari kita doakan semua kanak2 di dunia ini dipelihara daripada Allah supaya tidak menjadi mangsa culik.aminn....

Selepas perisitwa itu,ayah saya dapat tau akan kecuaian ibu saya,teruk la ibu saya dimarah.peristiwa ni jadi pengajaran pada kami,jgn sesekali tinggalkan anak wlpun sesaat,walaupun di depan rumah kita.



Tuesday, August 16, 2011

1st paper done

Alhamdulillah,paper telecommunication dah selesai.syukur dapat menjawab hampir keseluruhan.insyaAllah la kut dpt A.hihihi..so tinggal 3 paper aje lagi.esok free,boleh study untuk subjek 3k pada pagi jumaat.hopefully dapat jawab dengan baik juga.amin...

Settle sikit!

Assalammualaikum...

Penatnya,petang tadi pergi bershopping kat the mines.lepas tu ke Alamanda pulak..kenapa sampai 2 tmpt yer??sebab shopping baju gugurl n irfan boy kat Poney.dah boorng kat Poney The Mines,tapi ada jugak tak cukup.ke Alamanda pulak,lebih byk choice berbanding di Poney The Mines yer..lega,baju irfan boy dah complete,kesemuanya 6 pasang dah!plan hanya 4 pasang,last2 lebih jugak.cuma gugurl punya aje belum hbs beli lagi.minggu depan nak ke Sogo pulak insyaAllah...

So far,persiapan raya dah hampir settle.langsir dah beli,kuih raya pun dah.cuma sikit2 baju aje lagi.itu minggu depan punya cerita pulak.carpet aje blom beli lagi.nx week jugak la.tahun ni rasanya i lebih berjimat dari tahun lepas..ok la tu kan.lepas shoping kitorang g berbuka pulak.semua restoran fully booked.i keciwa sebab nak makan kat Rasamas,penuh!last2 Pizza Hut je yg ada,itu pun last table utk kami.rezki kami la tu.syukur...mai tgk gambar2 di snap ketika boring menunggu waktu berbuka :)

      Dari The Mines,kemudian ke...

 Alamanda.oK,waiting time.sangat bosan okeh tgu waktu berbuka..dan inilah aktivitinya..keluarga bahagia kami.alhamdulillah

 Selingan.hahahaha

 gugurl ni kata puasa tapi makan dulu.

 Sebahagian menu yg telah terhidang..nyum3

Selingan lagi



**Esok pagi i exam first paper,subjek telecommunication.wish me luck :)


Thank you for reading this entry!





Monday, August 15, 2011

lewat berbuka

Assalammualaikum...

Alhamdulillah perut sudah kenyang.eh baru berbuka ke kamu??yup baru berbuka konon2,padahal melantak 2 keping sandwich dan 3 ketul ayam goreng lps maghrib tadi.tepuk tgn seploh kali utk saya.jom timbang berat badan.kamu sgt gumuk tau tak!

Hubby baru blk pkl 9 lbh tadi.terus i ajak,jom g makan sayang!so kitorang melilau cari kedai.byknya kedai kat Bandar Mahkota ni.ye,kedai cina.menu b**i byk la.hahahahaha

Merayau ke BTHO,kitorang singgah Bangi Kopitiam.1st time mkn sini,biasa kite suka Old Town..ok ler,menu lebih kurang sama.byk juga kitorang makan.yg syok tgk,bihun tomyam i,gugurl makan lps i kenyang dan tak nak pls go away la mangkuk2 sume.

So sweet tgk gugurl makan.ada kanak2 umo 2 thn panai mkn guna garfu dan sudu,siap pusing2 garfu so that bihun itu melekat dgn byk dan tak jatuh2 sebab licin?jatuh2 sebab licin?hahahah pape la kan.im not good in bahasa but good in writing.kekekek

Sayang seribu kali sayang Blackberry i yg dah huduh itu dan juga samsung galaxy ditinggalkan di rumah.jadi tak dpt la nak snap gambar gugurl tgh menikmati juadah..al maklumlah gugurl kata dia puasa kan.puasa yang yok.

Cuma sekarang i agak malu2 kucing bile bwk gugurl makan kat luar.sebab mulut gugurl sgt kepoh,menyanyi2 tak berhenti dengan kuat.test vocal.menjadi pandangan org ramai adalah perkara biasa bagi kami disebabkan gugurl yg notti dan panjang akal.opps lupa irfan boy juga telah menumpahkan susu sebotol.mcm mana ye dia pulas??so terpaksa i mintak tlg pekerja restoran mop..ish2 malunya...mcm cafe itu kami yg punya kan.hahaha

Ok,itu saja coretan.i mmg suka mencoret di blog ini.ini blog saya kan.tulis jela pape pun kan kan kan?nak sambung study.boboy n gugurl,g tido dgn papa tau!

Thank you for reading this entry!





Reunion

InsyaAllah,jika takde aral melintang,hari ahad ni jadi la nampaknya nak berbuka puasa di Istana Budaya dengan kawan2 rapat di RTM..sesaja bg cadangan pd mulanya,sebab rindu sgt dgn diorang,teringat masa di RTM,kitorang selalu lepas sama2 kalau takde keje,bangsar tu tmpt feveret la..rindu dgn housemate i kak rosma,dan kak yan.dulu,selalu kongsi kisah gembira dan duka.mereka ni tua byk drp 1,esp kak ros,dah masuk 35 kot.i anggap semua mcm kakak i sendiri.lbh kurang 2 thn duduk bujang bersama,tak pernah pun kami ber masam muka,selalu kongsi cite2 best,alahai rindunya saat tu kan.kalau kat opis,i pun baik dgn kak tien,kak fatahah,kak rahimah dan lain2..wah sume kakak ok!seronok kawan dgn mereka ni,lebih matang drp kita,selalu nasihatkan kita,nasihatkan kalau i ada buat salah.memang rindu sgt saat itu,gelak ketawa,bergosip paling penting ok!hahahahaha!!

Sekarang semua dah berubah.masing2 dah ada family,last jumpa masa wedding kak tien.lps tu ms besday Zara.hrp2 menjadi la reunion kecil kami ni..

"Abang,tunggu mak di syurga ya.."

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang?

Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama.

Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

iluvislam.com.my

Sunday, August 14, 2011

tak mudah tak juga susah

Ramai bertanya pada saya,mcm mana saya bahagikan masa antara kerja,family dan pelajaran???frankly speaking,mmemang tak mudah.semangat yg kuat amat perlu untuk menghadapi situasi di atas.tambahan pula jika final exam semakin dekat,kesibukan akan berganda.seperti saat ni,saya sedang membuat note dan irfan boy pun sama la mencapai2 pen dan kertas saya.mujur gugurl kat rumah atok dia.mmg bukan senang.asmt pulak tak pyh ckp memang byk.belum dicampur kuiz,mid term lagi,yelah,saya sambung degree,dah tentulah kerja pun byk kan,final year pulak tu.tak dinafkan sy agak stress kadang2.mcm saya katakan tadi,hanya semangat yg kuat shj kunci kejayaan,di samping tak lupa memohon kepada Nya supaya dipermudahkan segala urusan.saya bukan superwoman,ada kala semangat saya juga rapuh,tetapi saya banyak bermuhasabah diri,ini pengorbanan saya utk diri sendiri dan keluarga.Jika kita ingin mencapai cita-cita,haruslha diiringi dengan keazaman yg kuat,untuk lebih maju dan lebih baik dalam kehidupan.cita-cita yg ingin saya gapai,hanya saya seorang yg tahu,selain suami saya.Jadi jawapan kpd soalan2 itu,saya kira dah terjawab kot.ingat,semangat kena kuat ye :)

mama bangga dengan kamu wahai puteriku

Betul,sangat2 bangga dengan perkembangan anak dara sorang tu..umurnya bary sahaja mencecah 2 tahun 3 bulan,tetapi pemikirannya seperti budak berusia 4 tahun.kadang2 geli hati,kadang2 pelik,kadang2 geram,kadang2 rasa ish2 anak aku ke ni??saya tahu,ramai lagi anak2 mommies sekalian di luar yg mungkin lebih cerdik daripada anak saya.saya hanya ingin berkongsi dengan mommies2 sekalian.

Anak dara saya jika berbual dengannya,dia akan berbual seperti org dewasa.kadang2 saya risau.sebab umurnya masih muda dan masih saya anggap baby lagi.mungkin ada kanak2 yg masih pelat dan tak pandai nak berkata2 di kala usia yg sama seperti anak saya.tetapi anak dara saya ni,kebanyakan perkataan dia dah tak pelat lagi,dia sebut satu persatu dengan betul.mungkin jugak saya dan suami tak pernah bercakap pelat dgnnya.jika dia pelat,kami akan betulkan perbendaharaan ayatnya.di kala usia 2 thun ini juga,dia sudah menghafal doa makan.dia juga sudah menghafal 5 jenis lagu yg sering diajar oleh neneknya dan juga saya.

Yang membuat saya ketawa dan kadang2 risau juga,dia bole berbual mcm org dewasa dalam masa2 tertentu.cthnya,dia pernah cakap kat saya, 'mama tepilah sikit kakak nak buat kerja ni' sambil angkat laptop saya dan letak di atas pehanya.katanya lagi 'kakak nak baca buku,nak exam'...sebabnya saya ckp kat dia masa di tanya saya 'mama baca buku ke?'....jawab saya 'ya,mama baca buku mama nak exam ni'.cukup sekali sahaja dia pasti ingat.kadang2 itu juga merisaukan saya,kita ajar sekali je dia ingat.takut kalau2 unsur negatif mempengaruhinya.

byk lagi perkara yg ingin saya abadikan di sini,tapi nantilah.konsentrasi saya amat terganggu dengan bunyi bising renovate rumah atas ni,tak hbs2 dari thn lepas.selamat menjalani ibadah puasa untuk semua.



tahniah!

tahniah saya ucapkan kat seorang kawan yg bukan lagi kawan saya..sebab dia dah pregnant anak ke 2..tahniah sekali lagi..rezki di bulan ramadhan..wlpun sy tak baik dgn dia lagi,saya tak pernah la nak simpan dendam atau marah walaupun pada awalnya si dia yg cari pasal dulu dgn saya..biasalah kan,sy bukan jenis pendendam orgnya.past is past.klu kita selalu sakitkan hati org,tak berkat hidup kita,.dan moga dia selamat bersalin dan tak menghadapi kesukaran macam dahulu.cuma nasihat saya kita perlu la byk meminta maaf kpd sesiapa sahaja supaya senang hidup kita nanti.sempena hari yg mulia ni pun,saya pun mahu memohon maaf kepadanya atas segala salah silap dan kata2 saya yg mungkin telah mengguris hatinya.

monday blues.cam keje je

Pepagi je dah check maybank2u,bonus dah masuk blom.over!hahahah..dah masuk,tp sedikit keciwa sebab tolak epf..choi!baru aje berangan nak beli handbeg baru,berkenan sgt dengan handbeg calo rino tuh.takpela lupakan hasrat.beli bnda lain lagi penting kan.dah la nk blk kg,byk duit kena pakai...alahai....

Harus la mintak simpati kat suami kan.bonus dia sedikit masyuk la daripada bonus bini dia nih.kompem aku mintak sket!hahahahha!!

Hari ni maybe bukak pose sorang2 la dgn irfan boy,gugurl kat rumah atok dia.suami ada operasi hari ni,ptg lak tu,harus la lambat balik.baru aje nak ajak g mkn kat tutti frutti..aku keciwa...tutti frutti,nanti aku dtg tau..hik3



Saturday, August 13, 2011

Saya bangga dengan anda semua!

1-6 Oktober depan adalah hari yg paling bermakna dan memberi sejuta erti kepada rakan-rakan seperjuangan yg akan berkonvo selepas berjuang selama 4 tahun untuk menamatkan pengajian.Tahniah kepada semua pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia dalam program PLK atau Pengajian Luar Kampus.Penat lelah dan cabaran yg dihadapi berbaloi-baloi sangat,teringat zaman2 kita mula2 mendaftar di Sintok dahulu,semua dari latar belakang yg berbeza.Tapi selama 4 tahun kita sudah seperti adik beradik,tolong menolong supaya semua dapat menimba ilmu yg sangat2 berharga,anda semua sangat hebat,saya berbangga dengan anda semua,umur dan latar belakang tak menjadi halangan.hanya tinggal beberapa tahun nak berpencen pun,masih kuat semangat menimba ilmu utk masa depan dan kepuasan diri sendiri,sekaligus membanggakan anak-anak anda.bukan mudah bagi kita yg sudah berkeluarga dan berkerjaya membahagikan masa antara keluarga dan pelajaran.tapi anda semua sudah buktikan.Tahniah sekali lagi dan selamat berkonvo!

ini adalah group kami.sama2 mendaftar di UUM 4 tahun lalu.semua sudah tamat pengajian dan akan berkonvo,hanya tinggal 4 orang sahaja,termasuk aku yg akan konvo tahun depan insyaAllah...huhuhu..tahniah korang!!

big boss bersantai

 Big boss tengok tv atas sofa empuk dia.

hitam ke putih ke coklat ke tak kisah lah

Biasanya,kalau ibu bapak tu kulitnya putih,anak2 pun lahir mesti ikut putih jugak.kalau kulit ibu bapak nya kurang putih atau sawo matang ke hitam manis ke,mesti anak tu pun ikut sama kulit mak bapak dia.hello,dah nama pun sedarah sedaging mesti lah sama kan.hehehe.

Alkisahnya saya nak kongsi pendapat sikit.sebenarnya tak semua macam tu.tak semestinya kulit kita cerah,anak2 pun ikut cerah.ada membe tu laki bini kulit hitam manis,dapat anak punya putih melepak cam anak omputih.ada lagi tu,dua2 kulit cerah sebab pakai fair n lovely,tapi anak dia pulak hitam manis,terkenan sebab mak dia suka makan kicap masa preggy kat dia..ahahaha

Masa i preggy kat gugurl,hari2 i makan tauhu,minum air soya..memang betul la gugurl puith melepak.masa preggy kat irfan boy,i suka sangat makan rojak buah kat kantin KKR.ada makcik kat opis tuh kata nti anak i gelap lak mcm kuah rojak!ahahahahah

Hakikatnya,irfan boy masa lahir mmg tak berapa nak cerah cam gugurl.tapi bila dia makin besar,dia pun dah putih melepak lak.alhamdulillah lah kan.makcik kat opis i ckp,dah kulit i dgn suami i pun cerah,anak2 pun cerah la..bila masa lak aku putih ni?confuse jap.huhuhu..

Kulit cerah ke gelap ke yg penting anak kita sihat.comel2 gebu2 pun kalau asyik sakit pun tak guna jugak klu selalu sakit.betul tak mommies???


Thank you for reading this entry!




Hari ni makan meetiow goreng je

Assalammualaikum...apa menu berbuka hari ni?i masak meetiow goreng je.teringin pulak.meetiow tu apa?mee+kuewtiow la heheheh..sedap tau campur dua2 ni.kalau nak sedap lagi biar basah-basah sikit.yg penting kalau nak masak campur2 camni,pastikan kicap lebih masa kita masak tu.nak best lagi,letak la kerang,baru mantap.goreng sampai agak kering pun sedap,biar ada rasa garing sikit2,pekena lak dgn cili potong,yummyliciousss!!selain tu,hubby belikan i nasi kukus ayam goreng berempah kat depan rumah ni.mmg sedap.bole kata i agak ketagih la dgn nasi ni.kuah kerutup dgn sambal belacan dia yg sedap.nti i upload gambar nasi tu yer..heheheh..Malam ni nak lepak kat old town white coffe pkl 10 mlm ke.teringin nak coffe dia lak bulan2 puasa ni.mengada2 aku kan.ok,selamat berbuka untuk semua :)





Friday, August 12, 2011

Fuza's Beriyani Station

Ok,mari promote tempat makan lagi.Hari ni kami berbuka puasa kat restoran nasi beriyani.big boss mengidam nak makan nasi beriyani pulak.maklumlah dalam perut ada lagi sorang tapi dah bertahun tak keluar2..kihkihkkih.Restoran ni terletak kat Carrefour Bandar Tun Hussien Onn.Mai kita tgk apa yg kami try kat sini.

 Beriyani gam ayam.Harga pakej buka puasa termasuk air sirap RM10.90.jimat 3 ringgit.kenyang sebab byk,beras dia guna beras basmathi.


 Ni la menu buka puasa hari ni.termasuk sup tulang.again,big boss mengidam.Secara kesleuruhannya ok la nak kata sedap sgt tak la jugak.but y not try.i memang suka bab makan2 ni,klu boleh sume nak try.hehe

Nasi ayam idaman kalbu feveret suami

Ok,inilah nasi ayam feveret suami.senang je buat nasi ayam ni.tak mengambil masa yg lama..meh tgk gambo2 yg menyelerakan.sesapa nak resipi gtau.bayar seploh ringgit.hehehhe :)


 ayam goreng kicap sehati sejiwa

 Nasi ayam lazat beraroma asli cinta hatiku

 Sambal cili dan kicap di dadaku ada kamu

 ok,set complete nasi ayam idaman kalbu.anyone nak rasa jom dtg open house raya kat umh nti..heheheh


p/s:nama menu2 di dlm entry ni mungkin agak poyo.sila abaikan.aku takde keje.hahaha


Thank you for reading this entry!