Yang gojes gojes je

Friday, August 19, 2011

Upin Dan Ipin merosakkan??

Budak-budak mana yang tak minat dengan kartun animasi Upin dan Ipin? i pun minat jugak.cerita nya best,byk bg pengajaran utk kanak-kanak.Tapi i ada nak komplen sikit pasal kartun ni.Mungkin ada yg tak perasan,ia membawa sedikit impak negatif pada kanak-kanak kecil,yg belum tahu membezakan perkara baik dan buruk,boleh dan tak boleh.

Anak i berumur 2 tahun 3 bulan,sangat menggemari animasi Upin dan Ipin.Setiap hari dia akan tengok kartun ni.mulanya i tak kisah,sebab kartun ni memang best.tapi lama kelamaan i mula nampka yg ia telah memberi pengaruh negatif pada anak i yg sedang keletah dan banyak mulut bercakap.

Apa dia?perkataan yg digunakan iaitu 'AKU'.anak i juga sudah pandai menyebut aku.beberapa kali i memarahinya dan menjentik mulutnya dan cakap kat dia,jgn ckp aku,tak baik,ckp saya.sebelum ni dia sebut saya.tapi bila tgk kartun ni dia sebut AKU balik.Dan baru i perasan karakter Upin dan Ipin adalah kanak2 kecil berumur lebih kurang 5 atau 6 tahun.sepatutnya mereka tidak menyebut perkataan aku.mommies...adakah anda selesa jika anak kecil anda menyebut aku??

Mungkin ada yg tidak terpengaruh,bergantung kepada kanak2 itu.Jadi i rasa perkataan AKU itu perlu diganti dengan perkataan Saya.lebih sopan,dan tidak kasar.Diharapkan pihak terbabit ambil serius perkara sebegini walaupun ia mungkin kelihatan seperti 'kuman' sahaja.




No comments:

Post a Comment