Yang gojes gojes je

Thursday, August 11, 2011

KENAPA MURTAD?

KONSPIRASI MURTAD

Murtad dalam definasi kamus bermaksud meninggalkan (“keluar”) dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik. Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.

Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.


Kes-kes Murtad yang hangat di Malaysia

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan story ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 menjangkau 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
 
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Statistik Permohonan Tukar Agama

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut:-

1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Kes Aisyah binti Haji Bukhari.
    Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia. Duduk di Lembah Keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
    Hari terakhir dia telefon pada 19 Nov 1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian,” katanya. Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan bagaimana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.
    Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir itu meminta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan:-
- Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

- Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
- Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik“.

Kita tak boleh buat apa-apa kerana Article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang sivil, undang-undang syarak akan terbatal.

Maksud agama rasmi Malaysia iaitu Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, perasmian parlimen dll dan tidak lebih daripada itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi, agama…semuanya tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak’.

Kes Hartina binti Haji Kamarudin.
    Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya ke KL sewaktu 19 tahun untuk mencari kerja. Tidak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya sebagai Hindu dengan mencalitkan nandek di dahi. Malahan, anak yang sudah kafir itu, mencabar bapanya dengan memperlihatkan dirinya, kekasih dan kawan-kawan kekasihnya berpeluk-pelukan di dalam restoran. Haji Kamarudin takek tengkuk kekasihnya itu. Menggelupur terus lelaki itu di depan restoran.
    Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan kekasihnya sampai pengsan. Adik lelaki Hartina yang berumur 16 tahun turut dibelasah kerana cuba menyelamatkan akidah kakaknya di depan restoran tempat bapanya berniaga.
    Apa Hartina buat ketika itu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tidak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report mengatakan bapanya memukul kekasihnya. Selama 14 hari Haji Kamarudin dan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap akibat report Hartina, anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tidak cukup dengan itu, disaman pula bapanya RM3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Dia juga menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari iaitu nama untuk agama barunya iaitu agama Hindu.
    Semasa masih terlantar di hospital (akibat dipukul), Haji Kamarudin ditangkap polis semula kerana kekasih Hartina yang beragama Hindu itu, ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Haji Kamarudin, anak dan anak saudaranya dikurung ke lokap sebagai suspek utama kes pembunuhan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. Haji Kamarudin juga dikenakan pelbagai tuduhan. Setakat itu saja, sudah 4 tuduhan.
    Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Kes melibatkan Yusof bin Abdullah.
    Saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal mengikut agamanya yang dahulu, Santana. Mempunyai seorang isteri, anak lelaki bernama Sunjay (if not mistaken) yang berusia 2 tahun ketika itu. Yusof mengajak isterinya memeluk Islam sementelah abangnya juga lebih 20 tahun memeluk Islam. Isterinya menolak. Yusof bawa anaknya peluk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Selama 2 tahun dia hidup dua beranak.
    Selepas 2 tahun, bekas isterinya (yang masih memeluk Hindu) datang dan melarikan anaknya ke KL bersama kekasih barunya. Yusof segera ke mahkamah syariah Alor Setar, minta keluarkan perintah hak penjagaan ke atas anaknya.
    Melalui surat hak penjagaan mahkamah, Yusof ke KL dan ambil semula anaknya. Bekas isterinya pula pergi ke mahkamah tinggi KL minta hak penjagaan anak. Mahkamah tinggi meluluskan permintaan wanita ini. Namun, dia buat report polis bila tidak dapat ambil anaknya itu. Tahu polis buat apa? Polis cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap selama 8 hari. Syazani dipulangkan pada emaknya.
    Hari ni, Syazani kembali menjadi Hindu. Tak cukup dengan itu, bekas isteri Yusof, memohon kepada mahkamah tinggi agar batalkan perintah hak penjagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah syariah Alor Setar kepada Yusof.
Kes Suzie Teoh pula.
    Dalam kes Suzie Teoh iaitu budak perempuan Kelantan berumur 16 tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya yang marah, menyaman anaknya itu dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan seterusnya mengheret anaknya ke mahkamah persekutuan. Dia memohon pada makamah, agar pengisytiharaan anaknya ke dalam Islam dianggap tidak sah.
    Ketika itu, Tun Salleh Abas yang bertindak sebagai hakim, seorang yang alim dan warak. Apabila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, Tun Salleh Abas menangis. Terpaksa buat pengisytiharaan ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibu bapanya selagi belum cukup umur 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapa. Suzie Teoh yang memeluk Islam ketika 16 tahun dianggap tidak sah’.
    Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail itu selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, selepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka semula kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Mahkamah ketika itu mendapat liputan meluas dengan wartawan tempatan dan wartawan asing yang mahu mendengar keputusan Suzie Teoh.
    Suzie yang baru berumur 18 tahun, sambil menangis berkata, “Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini”. Maka Tun Salleh Abas dengan bangganya mengisytiharkan pengIslaman Suzie itu sah dengan nama barunya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.
    Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas dibuang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir yang paling teruk adalah kes saudara kita, Ibrahim.
    Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.
    Terjadi pada malam hari Valentine 14 Februari, sewaktu anak Melayu kita yang Islam bertukar-tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
    Ibrahim bukan saja dipancung kepalanya sehingga putus malahan tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
    Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk, darah mereka masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
    Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu dan bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam mengenai Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan mata. Amar diugut supaya menukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar berkata, “Allah hu Ahad”. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula daripada bawah tembus ke jantung dan mampu berkata, “Allah hu Ahad”. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Akhirnya mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtadini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap”. Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (kalau tak silap).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ini sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebiji, 70 ribu Melayu tak sembahyang di Stadium Shah Alam. Belum kira yang di rumah, leka melayan siaran langsung perlawanan bola.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam Perang Salib terakhir (iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir). Sebelum mati, dia meninggalkan wasiat yang ditulis dengan emas di London. Dia berkata, ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam‘.

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, pada 1492. Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung ketika itu tumbang di tangan Kristian. Pada 1511 kerajaan Islam Melaka pula tumbang. Kemudian, jatuhnya kerajaan Islam Pattani, kerajaan Islam Kedah, kerajaan Islam Mindanao, kerajaan Islam Acheh dan semuanya tumbang satu demi satu.

Macamana perkara ini boleh terjadi?
Gerakan Kristian berjaya berdasarkan kepada 3G iaitu GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitabnya, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque datang ke Tanah Melayu bukan kerana inginkan rempah ratus kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian iaitu Francis Xavier (kalau tak silap ejaan), kerana nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian?

Ia dinamakan sebagai gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia. Menggunakan kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita.

Contoh penyebaran melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi.

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian Melayu muslim tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati…’Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian’.

Cara kebajikan pula, hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulan, palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisma.Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ini mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.

Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Di konsert, di panggung wayang, di kelab-kelab malam, malahan terikut-ikut dalam pergaulan seharian kerana orang Melayu kita suka bermegah dengan sikap kebaratan. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati untuk menanganinya.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan penulisan ini kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, penulisan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Ini lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Wallahualam.

Disclaimer: Penulisan ini tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada. (Sensative to races/believer)
Sumber : cikwiduri.wordpress.com

No comments:

Post a Comment