Yang gojes gojes je

Wednesday, August 3, 2011

Jalan TAR yg meriah

Assalammualaikum...

Tengah hari tadi saya pergi jalan TAR.hajat asal nak pergi Hajra nak beli sehelai tudung utk dipakai pada pagi raya yg mulia.awal-awal saya sudah bajet cun dengan tudung baru...selepas selesai membeli 3 helai eh kenapa jadi 3 pula ye?ok 1X3=3.nak buat macam mana jika tauke Hajra menawarkan diskaun buat pemegang kadnya yg eksklusif seterusnya mencetuskan pembaziran wang rakyat iaitu Saya.

Walaubagaimanapun saya cukup berpuas hati kerana telah berjaya menghabiskan duit untung bisnes tudung saya.sedih!

Oh,nak cakap pasal Jalan TAR yg cukup meriah dengan gerai2 yg menjual pelbagai kelengkapan untuk raya ni..cantik2 baju yg dijual,murah2 boleh ditawar lagi tak seperti di Sogo.ahaks!

Iman agak tergugat melihat baju kurung yg cantik dan cun.tapi apakan daya ketika itu pitih di dalam wallet carlo rino hadiah dari suami tersayang hanyalah RM1..oh sungguh sedih dengan diri saya sekaligus padan muka.ok fine!

Jadi saya hanya jamu mata dan menahan rasa sahaja melihat keindahan duniawi disitu..serius aura raya amatlah terasa.lambatnya lagi nak cuti.hukhukhuk..

uolss,pergi la sana.tapi better pergi malam la.sebab penat tau panas siang2.disebabkan panas saya terbeli 100 plus lemon kat Sogo.jgn salah faham,saya beli aje tapi tak berbuka.bwk balik rumah lah.heheheh

Maaf tak sepat la nk amik gambar suasana kat sana sebab kepala dah pening sgt.pening sebab tengah fikir baju kaler apa lagi yg harus aku beli.hahahah..jawapannya ialah nan hado.

Jom ke Jalan TAR!!!


No comments:

Post a Comment