1-6 Oktober depan adalah hari yg paling bermakna dan memberi sejuta erti kepada rakan-rakan seperjuangan yg akan berkonvo selepas berjuang selama 4 tahun untuk menamatkan pengajian.Tahniah kepada semua pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia dalam program PLK atau Pengajian Luar Kampus.Penat lelah dan cabaran yg dihadapi berbaloi-baloi sangat,teringat zaman2 kita mula2 mendaftar di Sintok dahulu,semua dari latar belakang yg berbeza.Tapi selama 4 tahun kita sudah seperti adik beradik,tolong menolong supaya semua dapat menimba ilmu yg sangat2 berharga,anda semua sangat hebat,saya berbangga dengan anda semua,umur dan latar belakang tak menjadi halangan.hanya tinggal beberapa tahun nak berpencen pun,masih kuat semangat menimba ilmu utk masa depan dan kepuasan diri sendiri,sekaligus membanggakan anak-anak anda.bukan mudah bagi kita yg sudah berkeluarga dan berkerjaya membahagikan masa antara keluarga dan pelajaran.tapi anda semua sudah buktikan.Tahniah sekali lagi dan selamat berkonvo!
ini adalah group kami.sama2 mendaftar di UUM 4 tahun lalu.semua sudah tamat pengajian dan akan berkonvo,hanya tinggal 4 orang sahaja,termasuk aku yg akan konvo tahun depan insyaAllah...huhuhu..tahniah korang!!
No comments:
Post a Comment