Yang gojes gojes je

Monday, August 8, 2011

Bila gugurl takde kat rumah

2 hari rumah sunyi tanpa jeritan gugurl dan tanpa jeritan mama dan papanya yg boleh naik hantu dengan kenakalan gugurl.kisahnya gugurl tido rumah atok tak nak balik.dok la kamu kat sana.aman sket rumah,mama dgn papa pun senang sket nak tido..kah3..senang tido sebab gugurl ni tido lmbt,susah benor nak tido,masuk bilik kekadang dekat sejam baru nak lelap.Memang terasa gugurl takde.mcm mana la rasa ibu2 yg kehilangan anak buat selama2nya tu kan?luv gugurl so much la.blajar rerajin tau.kakak nak jadi apa besar nti??gugurl jawab 'ginier'!korang teka la sndri 'ginier' tu apa.hehe.


tengok, spec mata mama yg mahal beli kat uptown tu jugak dia nak rembat.nti mama beli spec barbie keyh!

Cakap pasal anak susah tidur,ada kemungkinan kanak2 itu terlebih gula dalam badan.i ada terbaca pasal bnda ni.i jarang bg minuman manis kat gugurl.biasanya bg air suam je.klu kat rumah atok dia,sume dia balun.melampau tau.atok dgn onni layan je apa dia nak sume bagi.

Kanak2 yg dah ada gigi kena jaga betul2,tak nak la nti muka comel tp gigi rongak sebab byk makan gula2.sebelum tido kene pastikan mummy2 sume gosok gigi anak yer.klu gugurl tu pantang nampak air gas.mama nak air gash!nan hado mama nak bagi.

**ni sikit pasal artikel berkenaan.boleh rujuk.
http://www.hmetro.com.my/articles/Kafeinpuncaanaksukartidur/Article/artikelMA



Apabila melihat anak-anak agak gelisah, tidak mahu duduk diam dan sukar tidur ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi perkara berkenaan. Akibatnya ramai anak-anak yang menjadi mangsa kemarahan ibu bapa kerana berkelakuan demikian; walaupun ia bukanlah salah mereka.
Kajian menunjukkan tingkah laku seperti berasa gelisah, resah, tidak boleh duduk diam, sakit perut, sakit kepala, sukar menumpukan perhatian dan tidur adalah antara gejala yang dialami akibat pengambilan kafein setiap hari.

Kafein boleh didapati dalam pemakanan kita setiap hari terutama kopi, teh dan minuman berkarbonat. Pada orang dewasa terutama peminum kopi, kafein menjadi 'perangsang' emosi dan fikiran kerana ramai yang berasa kurang tenang selagi tidak mendapat sumber kafein mereka pada waktu pagi.

Keadaan ini berbeza pada kanak-kanak kerana selain gejala disenaraikan di atas, kafein juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan degupan jantung.

Kajian terbaru yang dijalankan penyelidik Pusat Perubatan Universiti Nebraska di Amerika Syarikat ke atas 200 kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun mendapati kira-kira 75 peratus kanak-kanak mengambil kafein setiap hari dan kebanyakannya melalui minuman berkarbonat.

Kajian berkenaan dilakukan di klinik paediatrik dengan cara bertanya soalan kepada ibu bapa yang membawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan iaitu jenis dan jumlah snek yang diambil oleh anak mereka setiap hari.


Daripada soal selidik itu didapati kanak-kanak berumur lapan hingga 12 tahun mengambil kira-kira 109 miligram kafein sehari; bersamaan dengan tiga tin minuman berkarbonat (350 mililiter setiap tin). Kanak-kanak yang lebih kecil mengambil kurang kafein iaitu kira-kira 36 miligram (satu tin minuman berkarbonat).
Dalam kenyataan bertulis yang ketua penyelidikan itu, Dr William Warzak berkata, lebih banyak kafein diambil, seseorang kanak-kanak itu akan lebih susah hendak tidur. Apabila kurang tidur, daya tumpuan kanak-kanak di dalam bilik darjah akan terjejas.


Thank you for reading this entry!




No comments:

Post a Comment