Yang gojes gojes je

Friday, September 7, 2012

frame menaikkan seri ruang




Assalamualaikum w.b.t


Dah lama tak cerita pasal deco-deco yer...hari ni nak membebel pasal deco lah pulak boleh??boleh la yer...kihkihkih..

Bahan yang dijadikan tema untuk dekorasi hari ini ialah frame ye anak murid..eh?macam cekgu kelas kemahiran hidup lak..hehehehe...

Bermacam jenis frame yang ada dijual, pelbagai bentuk, size dan mengikut tema dekorasi rumah anda..anda hanya perlu bijak menyuai padankan frame dengan dinding dan ruang yang ada di dalam rumah anda..teknik menyusun pun penting supaya ruang yg diletakkan frame tidak terlalu sarat dan seimbang.

Anda boleh memilih untuk meletakkan gambar kenangan keluarga ataupun poster-poster dan gambar yg menarik seperti bunga-bungaan,alam sekitar dan sebagainya..mai kita tengok hasil dekorasi menggunakan frame gambar ye..


gunakan frame bersaiz sama untuk menampakkan keseimbangan penataan ruang dinding.chewah.pandai lak aku berkata-kata seperti interior designer kah kah kah.
 

frame yang diletakkan secara melintang akan nampak menarik jika ia digantung secara berpasangan.

 

sumber pencahayaan menjadikan ruang dinding tampak menarik dan menyerlahkan lagi imej di dalam frame tersebut ewahhhh

 

frame pelbagai saiz digabungkan.kreatif kan.

 

simple dan mampu menaikkan seri ruang.
 

boleh dijadikan sudut mengabadikan memori indah di sini..anda perlu bijak memilih warna yg seimbang dengan tema kediaman dan warna dinding.pelbagai rupa bentuk frame menyerlahkan lagi kecantikan kediaman anda ecececeh..

 

mana weh nak cari frame macam ni??mcm menarik aje..aku rasa dia tebuk tengah frame tu pastu masukkan mentol kecik,buat wirering blkg frame tu ke dinding pastu masukkan la kayu2 tu dlm frame tu gitu aje..boleh??kekekeke...serius kalo jumpa aku beli je terus!hahahaha
~
~
~
~
sekian idea deko untuk hari ini..kalo aku rajin aku sharekan la deco frame kat ghumah aku yer.ala simple2 jek pun...dan kalau nak cari mana frame mcm dalam gambar ni, korang pergi je kat ikea berlambak.macam2 harga ada.dari yg kecik sampai ke beso.yg penting kena pandai mix and match je mesti cantik la jadinya tu..heheheehee.well...selamat bercuti..esok aku keje bnyak baucer nak susun huhuhuhuhu

No comments:

Post a Comment